Você está na página 1de 2

JAYMANI A/P

SEVANATHAN ( A158513 )

Artikel ini membincangkan mengenai kajian yang dilakukan oleh dua sarjana yang
berasal dari Eropah iaitu Liesbet Hooghe dan Gary Marks dari University North
Coralina terhadap masyarakat Eropah, selepas menolak terhadap Perlembagaan
Perjanjian Kesatuan Eropah (EU). Pengkaji telah mengunakan analatikal teoritikal bagi
mencari jawapan sebenar kepada masalah dan sebab-sebab kepada penolakan yang
dilakukan oleh masyarakat Eropah bagi menukarkan perlembagaan yang lama bagi
menjenamakan semula EU menjadi sebuah entiti politik.Kita dapat melihat EU telah
memasuki satu era baru dimana belakunya persaingan kuasa dan masyarakat Eropah
seharusnya menerima hakikat bahawa Kesatuan ini hanya akan dapat dikekalkan
melalui sistem pemerintahah secara demokrasi dengan memperkenalkan pilihanraya.
Sebelum mengkaji intipati artikel ini, seharusnya kita memahami kesatuan Eropah.
Kesatuan Eropah(EU) diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dengan nama
European Economic Community (EEC) dan pada tahun 1993 dibawah perjanjian
Maastricht telah berlaku banyak berubah dalam polisi Kesatuan ini dan diberi
pengenalan nama sebagai Kesatuan Eropah (EU).Usaha- usaha bagi menyatukan
negara- negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan
penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil EU merupakan satu kesatuan
antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Fungsi utama EU
adalah dalam hal ehwal kewangan dan politik. Pengkaji telah mengunakan
postfunctionalist bagi mengkaji bagaimanakah pembentukkan indentiti eropah itu akan
dibentuk dalam negara-negara dalam benua Eropah yang menpunyai kepentingan yang
tidak sama. Pengkaji melihat pembentukkan kumpulan-kumpulan pendesak merupakan
punca utama kepada konflik dan projek EU ini seharusnya sebagai satu agenda yang
dapat menguatkan semangat mempertahankan budaya nasional kedaulatan sesebuah
negara. Pengakaji juga melihat penyatuan Eropah juga akan membawa kepada masalah-
masalah yang lain seperti masalah imigrasi dan anti globalisasi. Dengan melihat kepada
kegagalan dua teori bagi melihat kesatuan wilayah-wilayah ini yang menyimpulkan EU
adalah mengagalkan efisen dan mengurangkan peranan pembentukan autoriti kuasa.
Maka teori postfuntionalist akan memberi jawapan kepada soalan-soalan yang bangkit
mengenai konflik-konflik politik..Kesatuan Eropah telah menukar landskap politk
tempatan, diman kuasa membuat keputusan tidak lagi ada di tangan pemimpin
tempatan tetapi segala keputusan dibuat secara formal oleh rakyat melalui referendum.
JAYMANI A/P
SEVANATHAN ( A158513 )

Você também pode gostar