Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
1) Perkongsian Bilik
i. Pelajar lebih selesa dengan etnik yang sama, tidak mahu sebilik
dengan kaum lain.
ii. Pelajar yang tidak beragama Islam disatukan dengan kaum Cina atau
India.
iii. Pelajar yang asal kaum lain yang beragama Islam digabungkan
dengan kaum Melayu.
iv. Perkara di sini jelas menunjukkan isu perkongsian bilik diagihkan
mengikut agama / kaum iaitu antara Melayu, Cina dan India.
2) Bilik Kuliah
i. Pelajar lebih suka duduk mengikut puak-puak kaum sendiri. Contoh:
kaum Cina yang rapat dengan kaum Melayu atau kaum India akan
dipulaukan oleh kaumnya sendiri, begitu juga sebaliknya.
ii. Pelajar-pelajar tidak bercampur kaum dalam tugasan berkumpulan.
3) Persatuan-Persatuan
i. Mahasiswa lebih berminat memilih persatuan berasaskan kaum atau
agama.
ii. Jarang buka keahlian kepada semua kaum.
iii. Seharusnya membentuk satu kerajaan mahasiswa yang berkongsi
kuasa.
iv. Perwakilan pelajar daripada kaum yang berbeza akan mewujudkan
kesamarataan.
4) Interaksi
i. Kurang pergaulan antara mahasiswa pelbagai kaum menjurus kepada:
ii. Sukar menyelami hati budi kaum lain, tidak dapat merasakan cara
berfikir dan pendekatan kepelbagaian kaum dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
iii. Tidak dapat memahami tradisi, budaya dan prinsip agama masing-
masing dalam pergaulan, pembicaraan dan penyelesaian konflik
ketika berlaku konflik atau seumpamanya.
iv. Penggunaan bahasa ibunda masing-masing ketika berkomunikasi.
v. Jarang wujudnya ‘meja majmuk’ seperti di perpustakaan, di cafeteria
atau ketika berbual-bual, berkumpul atau berjenaka.
5) Tugas Pensyarah
i. Tinggal sebilik bercampur etnik.
ii. Membentuk kumpulan kerja bercampur etnik.
iii. Melakukan program merapatkan pelbagai etnik.
iv. Menceritakan tentang zaman pra-merdeka.
6) Persepsi Mahasiswa
i. Melakukan keselesaan interaksi ketika perbincangan tutorial dan
penglibatan pelbagai etnik dalam kerja kumpulan atau berpersatuan.
ii. Menggalakkan percampuran individu/ kelompok/ organisasi serta
komuniti.
iii. Mengelak atau mencari kesesuaian apabila timbul perbezaan
perwatakan dikalangan ahli kumpulan.