Você está na página 1de 2

Teks Ucapan Perasmian Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2017

Saya mengucapkan terimakasih kerana diberikan peluang untuk menyempurnakan


Majlis Pelancaran Bulan Membaca Peringkat Sekolah. Program Membaca 1 Malaysia
adalah Program Pusat Sumber sekolah adalah disambut serentak seluruh Negara sepanjang
April ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya
dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia atau pelajar
selaras dengan hala tuju kerajaan untuk iaitu mewujudkan masyarkat yang kaya dengan
maklumat

Guru guru dan pelajar sekalian

Sifat membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur
hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu
pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain , melalui
membaca kita boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan
maklumat dan membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan
bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat
yang suka membaca merupakan asset kerajaan yang tidak terhingga nilaiannya kerana
kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.

Salah satu penekanan Wawasan 2020 ialah untuk membangun Malaysia sebagai
sebuah Negara yang kaya maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmu
pengetahuan. Selaras dengan PPPM yang bermula 2013 hingga 2025 menekankan Enam
Aspirasi Murid yang berfokuskan kepada aspek pembacaan kerana dengan membaca
mempastikan murid menguasai 4 daripda 6 aspek iaitu aspek pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, serta kemahiran dwibahasa. Justeru itu, saya sangat
berharap pelajar pelajar dan guru guru SMK Penarek dapat menanamkan minat membaca
dalam diri masing masing.

Berdasarkan statistic

1997 – purata rakyat Malaysia membaca sehelai mukasurat dlm setahun………….

Sempena dengan Bulan Membaca ini, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru
guru untuk berkunjung dan menyertai program program dan aktiviti yang dirancang
sempena kem Membaca 1 Malaysia ini. Selain itu, gunakanlah kemudahan kemudahan yang
disediakan oleh perpustakaan dengan sebaik mungkin dalam menimba ilmu ilmu yang baru.
Harapan saya semoga program ini mencapai kejayaan demi hasrat Negara kita melahirkan
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020.

Sebelum mengakhiri ucapan saya ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa Kem Membaca 1 Malaysia serta semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang telah anda curahkan kejayaan
pada hari ini tentu sekali sukar untuk kita perolehi.

Dengan ini saya dengan sukacitannya dan banggannya dengan lafaz yang mulia, Saya
merasmikan Pelancaran Program Bulan Membaca Peringkat SMK Penarek untu tahun 2017

Sekian, wabillah.hitauffik.wal hidayyah

Wasalaallaikum w.b t

Você também pode gostar