Você está na página 1de 7

1

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SK ABANG KADIR GEDONG, 2017

TEKS TINDAKAN /
CATATAN

Mengumumkan ketibaan .............................................................


(wakil PPD). Para hadirin diminta untuk berdiri.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menghormati dan


menyanyikan lagu Negaraku dan lagu kebesaran Negeri Sarawak,
Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah, Bersemangat dan Berbakti.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia


dan Salam Ibu Pertiwiku.

1. Yang Berbahagia, .................................................................


(wakil PPD)
2. Yang Berusaha, Hajah Saimah binti Chek, Guru Besar SK
Abang Kadir Gedong
3. Yang dihormati, Encik Yusufifan bin Haji Sitam, Yang diPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Abang Kadir Gedong;
2

4. Yang dihormati, Encik Yakup bin Lias, Penolong Kanan


Pentadbiran SK Abang Kadir Gedong
5. Yang dihormati, Encik Joblee bin Ojer, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SK Abang Kadir Gedong
6. Yang dihormati, Encik Abu Suppian bin Bujang, Penolong
Kanan Kokurikulum SK Abang Kadir Gedong
7. Seterusnya barisan guru, barisan AKP, ibu bapa dan murid-
murid sekalian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Abang Kadir


Gedong bagi tahun 2017.

Tepi berangan rumpunan buluh,


Buluh merimbun subur teramat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput


.....................................................................untuk mengetuai bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


diatas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan, majlis kita akan
berjalan dengan lancar atas berkat doa yang dipohon.

Hadirin sekalian, sebagai persembahan pembukaan, kita akan


dipersembahkan sebuah tarian ...................................... oleh Kelab
Kebudayaan di bawah bimbingan Cikgu Eda binti Obeng. Marilah
3

sama-sama kita saksikan.

*persembahan pembukaan*

Begitulah tadi persembahan pembukaan oleh Kelab Kebudayaan.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormati,


Encik Yusuffian bin Haji Sitam, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Abang Kadir Gedong untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Hajah Saimah binti


Chek, Guru Besar SK Abang Kadir Gedong bagi menyampaikan
ucapan. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis kita diserikan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia


.................................................................................(wakil PPD) untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
4

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada hari ini kita singkap


dengan Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun 6.

Majlis dengan ini menjemput ……………………........... untuk


mempersilakan dan mengiringi …………………………........... ke
pentas untuk menyempurnakan Penyampaian Sijil Tamat Sekolah
Tahun 6.

Mendahului senarai *rujuk senarai*

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


….................................................................. atas kesudian
menyampaikan sijil tamat persekolahan Tahun 6.

Sebagai selingan, majlis kita diserikan lagi dengan Persembahan


........................................oleh adik-adik Prasekolah. Ayuh sama-sama
kita halakan pandangan ke pentas utama.

*Persembahan Prasekolah

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis kita dilanjutkan lagi dengan Penyampaian


keseluruhan terbaik Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis dengan ini
menjemput …………………… untuk mempersilakan dan
mengiringi ………………………….. ke pentas untuk
menyempurnakan penyampaian keseluruhan terbaik Tahun 1
5

hingga Tahun 6.

*rujuk senarai*

Hadirin sekalian, majlis pada hari ini juga diadakan bertujuan untuk
meraikan sumbangan & kejayaan murid-murid SK Abang Kadir
Gedong yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

*rujuk senarai*

1) Bagi Tokoh Murid Asrama 2017, dianugerahkan kepada...


2) Tokoh Kokurikulum 2017
3) Tokoh Akademik 2017
4) Tokoh Murid Harapan 2018
5) Tokoh Murid 2017
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ………. atas
kesudian menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan sijil
sebentar tadi.

Majlis akan berhenti rehat selama ..... minit. Mohon para hadirin
untuk kembali mengambil tempat masing-masing sebelum pukul
.............. . Sekian, Terima Kasih.

*Majlis berhenti rehat

Majlis akan bermula sebentar lagi. Mohon para hadirin untuk


mengambil tempat.

Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


anugerah – anugerah khas dan Penyampaian Pelajar Terbaik Tahun
6 Keseluruhan.
6

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Hajah Saimah binti


Chek untuk mempersilakan dan mengiringi
______________________________________ (wakil PPD) ke pentas
untuk menyempurnakan sesi penyampaian anugerah dan pelajar
terbaik.

*Rujuk Senarai*

1. Anugerah Ibu Bapa Contoh Kategori Prasekolah, PPKI dan Kelas


Perdana.

2. Pelajar Terbaik Tahun 6 Keseluruhan 2017

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………...................... atas kesudian menyempurnakan anugerah dan
pelajar terbaik sebentar tadi.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian anugerah sebentar tadi,


maka majlis kita berada di penghujungnya. Kami bagi pihak majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SK Abang Kadir Gedong pada tahun ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
7

Daun selasih permainan budak,


Bunga melur berbau wangi,
Bertaut kasih bercerai tidak,
Panjang umur berjumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalam wbt.

Você também pode gostar