Você está na página 1de 5

1.

0 PENGENALAN

Pada tahun 2018, genap 61 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan telah membangun
dengan pesat serta menjadi sebuah negara yang mampu mengekalkan kestabilan politik,
keselamatan sosial dan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun,
masalah penagihan dadah di Malaysia mampu menggugat keselamatan negara sekiranya ia
tidak ditangani secara berhemah (Sabri Yusoh & Che Mat, 2008). Penyalahgunaan dadah
turut memberi kesan terhadap usaha pembangunan negara untuk mencapai status negara maju
yang digariskan oleh Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir
Mohamed di bawah Dasar Wawasan 2020 (Mohd Basir, Hassan, Ismail, Danu, & Alias,
2014).

Menurut Junaidi (2015), sehingga hari ini, dadah adalah masalah sosial yang paling
rumit dihadapi oleh negara dan ianya masih merupakan musuh nombor satu negara yang
perlu ditangani. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah drastik bagi
membendung masalah penyalahgunaan dadah. Misalnya, pada tahun 1983, kerajaan telah
mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara iaitu
dengan mengisytiharkan masalah dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.
Falsafah dasar tersebut adalah untuk melahirkan masyarakat yang bebas daripada ancaman
dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Yang Amat
Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen
Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara sehingga kini
(Agensi Antidadah Kebangsaan, 2015).

Laporan Berita harian yang bertarikh 31 Oktober 2018, pihak Agensi Anti Dadah
Kebangsaan negeri Sabah membuat Op Cegah di Beaufort mendapati terdapat seorang ibu
cuba menikam perutnya dengan pisau selepas kecewa anaknya yang ditahan dalam Op Cegah
di sebuah kampung yang terlibat dalam penagihan dadah. Ketua Operasi AADK Sabah,
Erwan Roslan, berkata enam anggota melakukan operasi di sebuah rumah dan menahan
seorang lelaki berusia 30-an, selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Ketika operasi itu, suspek terjaga dari tidur apabila menyedari kehadiran anggota
AADK dan ketika suspek dibawa keluar rumah, tiba-tiba ibunya berusia 60-an
mengancam untuk membunuh diri sambil berlari ke dapur rumahnya,” katanya ketika
dihubungi, hari ini.
“Ibu suspek bertindak demikian selepas kecewa anaknya itu terbabit dalam
penyalahgunaan dadah dan mengatakan rela mati kerana kecewa anaknya menagih
dadah,” katanya.

Dengan ini, dapat dikatakan bahawa ibu penagih dadah ini risau apabila anaknya terlibat
dalam dadah. Risau adalah bermaksud hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg
mengganggu fikiran (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Penyalahgunaan dadah memberi impak
yang besar kepada keluarga terutamanya ibu dan ayah penagih itu sendiri. Menurut Abdullah
Al Hadi, Iran Herman (1997) menyatakan seorang penagih dadah itu akan hilang maruah diri
dan tidak menghormati ibu bapa mereka. Terdapat tiga faktor yang dilihat mendorong kepada
kerisauan ibu bapa penagih dadah yang ingin dikaji oleh pengkaji.

Padangan masyarakat merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kerisauan ibu
bapa penagih dadah. Berdasarkan kajian Ahmad Shukri,Paimah,Rozeyta (2000) hasil dapatan
kajian menunjukkan majoriti masyarakat umum (69.5%) hanya mempunyai persepsi yang
sederhana positif terhadap penagih dadah. Fakta ini menunjukkan masih ramai di kalangan
masyarakat yang masih mempunyai sikap prejudis terhadap penagih dadah menyebabkan
wujud jurang antara para penagih dengan masyarakat. Jurang yang seperti ini tentulah
mewujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk proses pemulihan para penagih kerana
sebahagian besar masyarakat masih bersifat prejudis terhadap mereka. Kepada masyarakat
umum penagih adalah sampah masyarakat yang tiada harapan untuk dipulihkan, mereka
dianggap sebagai membebankan yang menjatuhkan imej keluarga dan masyarakat serta harus
diberikan hukuman yang lebih berat. Inilah yang membuatkan ibu bapa risau apabila anak
mereka adalah penagih dadah, mereka sukar mendapat tempat semula dalam masyarakat
mahupun ahli keluarga sendiri. Kajian yang dijalankan oleh Fauziah et al. (2014) pula
mendapati penagih dadah berhadapan dengan risiko yang tinggi berkaitan dengan dengan
stigma sosial masyarakat. Pandangan masyarakat terhadap penagih sebagai “golongan yang
kurang berfungsi” memberikan kesan psikologi kepada penagih dadah sehingga
menyebabkan kecenderungan penagih untuk kembali terjebak semula dengan masalah
penyalahgunaan dadah.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Azlan dan Mahmood Nazar (2009) mendapati
bahawa masyarakat yang prihatin mempunyai pengaruh yang kuat dalam membendung
penagihan semula dadah. Mereka juga menjelaskan bahawa bekas penagih dadah akan
mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan normal apabila masyarakat memberikan
pandangan serong, prasangka, diskriminasi dan pelbagai tindakan yang cuba untuk
menyisihkan mereka daripada masyarakat umum. Malah Mohd Azlan dan Mahmood Nazar
(2009) turut menjelaskan bahawa penolakan masyarakat dan anggapan bahawa bekas penagih
dadah adalah sebagai penjenayah menyebabkan kehidupan bekas penagih yang berada di luar
daripada pusat pemulihan menjadi sukar. Label negatif yang diberikan oleh masyarakat
kepada mereka ini telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan, lantas
mendorong mereka untuk melakukan aktiviti lama dengan mengambil semula dadah.

Faktor kedua yang membuat ibu bapa risau adalah hubungan kekeluargaan mereka
yang terganggu. Hubungan keluarga adalah sangat penting kerena mereka adalah insan yang
paling dekat penagih. Ibu bapa risau akan aspek penerimaan adik beradik terhadap insan yang
mengambil dadah, mereka merasakan anak mereka itu akan dipulaukan daripada adik beradik
yang lain, menjadi bermusuhan serta akan wujud satu jurang dimana tindakan memulaukan
adik beradik yang mengambil dadah ini. Penagih dadah yang ingin pulih amat memerlukan
sokongan ibu bapa adik-beradik serta ahli keluarga yang lain. Sokongan keluarga juga
memberi impak yang sangat tinggi dalam usaha memantapkan ketahanan diri dan
membebaskan seseorang penagih daripada kehidupan berisiko dadah.

Kajian yang dijalankan oleh Ruhani, Abdullah dan Nor Ezdianie (2012) turut
menjelaskan bahawa sokongan padu daripada ahli keluarga berupaya meningkatkan
keyakinan dan ketahanan diri penagih dalam menjalani program pemulihan dadah. Hasil
kajian yang dijalankan oleh Brook, Whiteman and Gordon (2000) pula mendapati keluarga
yang bermasalah dan bersifat tidak menyokong mempengaruhi kepulihan bekas penagih
untuk bebas daripada pengaruh dadah. Sokongan keluarga amat diperlukan untuk
memastikan proses rawatan dan pemulihan berjaya diteruskan dan perkara seperti tidak
mengambil peduli dan memulaukan bekas penagih yang telah berjaya boleh memberi impak
negatif dan menjejaskan kepulihan dan seterusnya menggagalkan proses rawatan dan
pemulihan seseorang penagih (Fauziah, 2012). Semakin tinggi sokongan keluarga terhadap
bekas penagih, maka semakin rendah risiko seseorang bekas penagih yang telah pulih untuk
mengambil semula dadah (Aquilino & Supple, 2001; Wills, Resko, Ainette & Mendoza,
2004).

Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Menurut akhbar
Utusan Borneo, (2016) penyalahgunaan dadah di Malaysia bukan sahaja memberi ancaman
kepada negara, keselamatan dan pembangunan sosioekonomi tetapi menjadi masalah pada
masa depan apabila kanak-kanak seawal umur tujuh tahun sudah ketagihan dadah. Naib
Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye
berkata, seperti yang didedahkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kanak-kanak
terbabit dalam penagihan dadah kerana ibu bapa mereka adalah penagih dadah.

“Sesetengah kanak-kanak menggunakan dadah yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka
di rumah sementara ada juga yang dibiarkan oleh ibu bapa mereka untuk menyimpang
dalam penyalahgunaan dadah.

“Kanak-kanak sekolah pula ketagihan dadah apabila mereka diberikan gula-gula


percuma yang telah pun dicampur dengan dadah oleh pengedar dadah,” katanya
menerusi kenyataan akhbar di sini, semalam.

Malah, Lee memberitahu, kini dadah juga lebih murah sekali gus menjadikannya lebih mudah
dan murah untuk anak-anak muda.

“Ini adalah satu perkara yang sangat serius kerana anak-anak adalah pemimpin masa
depan yang sepatutnya membesar menjadi rakyat yang produktif dalam pelbagai
kedudukan,” jelasnya.

Inilah yang salah satu perkara utama yang menjadi faktor kerisauan buat ibu bapa yang
mempunyai anak penagih dadah. Masa depan ini merujuk kepada masa depan anaknya
daripada pelbagai aspek pekerjaan, sosialisasi, kemenjadian manusia, pendidikan serta tahap
ketahanan fizikal anaknya untuk menjauhi dan membenci dadah terutamanya. Setiap ibu bapa
mahukan anak menjadi insan yang berguna dan boleh bekerja sendiri tanpa memerlukan
bantuan dan khidmat sokongan ibu bapa mereka. Melihat kepada statistik yang dikeluarkan
oleh agensi Anti Dadah Kebangsaan, sehingga Disember 2013 telah memperlihatkan jumlah
penagih tertinggi bermula pada umur dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun iaitu seramai
5342 orang. Mereka ini tergolong dalam lingkungan remaja dan belia. Walaupun setiap tahun
terdapat penurunan dari segi angka namun jumlahnya masih lagi membimbangkan. Jadi
sememangnya kedua-dua ibu dan bapa merasa bimbang akan keadaan anak mereka di masa
akan datang jikalau gejala pengambilan dadah ini tidak dibendung.

1.2 Tujuan kajan


Berdasarkan permasalahan di atas,tujuan kajian ini adalah bagi meninjau kerisauan dalam
kalangan ibu bapa anak penagih dadah. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan
berpandukan kepada beberapa objektif iaitu;

1.3 Objektif kajian

Berdasarkan tujuan kajian yang dinyatakan, terdapat tiga objektif kajian digariskan seperti
berikut:

1.4.1.1 Menilai faktor pandangan masyarakat terhadap tahap kerisauan ibu bapa anak penagih
dadah
1.4.1.2 Menilai faktor hubungan kekeluargaan terhadap kerisauan ibu bapa anak penagih
dadah.
1.4.1.3 Menilai faktor masa depan terhadap kerisauan ibu bapa anak penagih dadah.

1.4 Kerangka Konsep

Faktor Pandangan
Masyarakat

Ibu bapa anak penagih Tahap


dadah Faktor Masa Depan Kerisauan

Faktor Hubungan
Kekeluargaan

Você também pode gostar