Você está na página 1de 2

Raja Abd.

Rahman, Raja Roslan (2003) Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan
Amalan dalam Tiga Organisasi Terpilih. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Apa itu ISO?


International Organization for Standardization (ISO) atau Pertubuhan Penstandardan
Antarabangsa ialah Persekutuan Standard Kebangsaan (badan anggota ISO) di
seluruh dunia. Ianya juga adalah satu piawai bertulis yang menetapkan dan
menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan
perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Standard Antarabangsa ini menggalakkan penerimagunaan pendekatan
proses apabila membangunkan, melaksanakan dan menambahbaik keberkesanan
Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dengan cara
memenuhi keperluan pelanggan.

2. Apa hubungan ISO 9001 dan Kualiti?

ISO 9001 ialah piawai antarabangsa yang menjelaskan keperluan di dalam Sistem
Pengurusan Kualiti. Ia diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi bagi menunjukkan
kemampuan untuk menghasilkan produk dan penyediaan perkhidmatan yang
konsisten bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan keperluan perundangan
yang digunapakai. Pemakaian ISO menggalakkan pendekatan proses di dalam
membangun, melaksana dan menambahbaik keberkesanan Sistem Pengurusan
Kualiti.

3. Apakah hubungan ISO dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?

ISO menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan TQM. TQM adalah satu proses
pengurusan kualiti yang berasaskan kepada falsafah kualiti berorientasikan
pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan semua aspek organisasi dan
memberi penekanan kepada kerja berpasukan. Aspek utama organisasi yang menjadi
tumpuan TQM ialah sokongan pengurusan, perancangan strategik kualiti dan
pengurusan proses. Sistem kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan
melalui pelaksanaan ISO akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
pengurusan proses yang diberi tumpuan oleh TQM. Dengan demikian, pelaksanaan
ISO boleh memantapkan usaha ke arah pelaksanaan TQM.

4. Apa Faedah-faedah ISO 9001?

Pelaksanaan ISO 9001 akan memberi faedah kepada organisasi termasuk:

1. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu


masalah.
2. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas yang patut dijalankan serta
memperincikan tindakan yang perlu diambil.
3. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan
cara bekerja.
4. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah serta
mengelakkannya daripada berulang.
5. Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan
setiap kali (right at the first and everytime).
6. Membolehkan organisasi membuktikan kepada pihak yang membuat penilaian
bahawa perkhidmatan yang diberi dan sistem yang digunakan adalah terkawal.
7. Membolehkan organisasi membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat
penting.

5. Apakah Skop SPK di UKM?

Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP UKM)

Skop Pensijilan di bawah SPKP UKM meliputi 17 PTJ yang memberikan


perkhidmatan berikut:

Skop PTJ
1) Pengurusan Sumber Manusia dan
Jabatan Pendaftar
Perkhidmatan Am
2) Pengurusan Kewangan Jabatan Bendahari
3) Pengurusan Perpustakaan Perpustakaan
4) Pengurusan Teknologi Maklumat Pusat Teknologi Maklumat
5) Pengurusan Perkhidmatan Pelajar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
6) Pengurusan Pembangunan dan Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan Penyelenggaraan
7) Pengurusan Penerbitan Penerbit, UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan &
8) Pengurusan Penyelidikan
Instrum

Você também pode gostar