Você está na página 1de 6

ANDAIAN UMUM STRUKTUR FUNGSIONAL

Teori struktur fungsional dipelopori oleh tokoh-tokoh sosiologi seperti Herbert

Spencer, Emile Durkhiem, Talcott Parson Dan Robert Marton. Teori ini mengkaji fungsi

perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan

masyarakat. Berdasarkan teori ini masyarakat dianggap seperti tubuh badan manusia yang

mempunyai bahagian-bahagian dan fungsi masing-masing.

Ini yang dinyatakan oleh Herbert spencer iaitu fungsionalisme adalah sama seperti

organ tubuh yang mempunyai fungsi masing-masing bekerjasama untuk menjaga kefungsian

tubuh badan keseluruhannya. Ia bermaksud setiap bahagian masyarakat bekerjasama untuk

menjaga fungsi masyarakat. Maka bahagian masyarakat yang disebutkan adalah institusi

sosial seperti kerajaan pendidikan, keluarga, penjagaan kesihatan, agama dan ekonomi. Setiap

peranan yang dimainkan oleh institusi sosial ini akan saling mempengaruhi dan dipengaruhi

antara satu sama lain justeru ia turut menetukan kefungsian sosial sesuatu masyarakat.

Manakala Durkheim percaya masyarakat adalah suatu sistem yang kompleks setiap

bahagian saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain bagi bekerjasama untuk

mengekalkan kestabilan masyarakat. Maka bagi mengkaji sesuatu masyarakat seseorang ahli

sosiologi harus memahami fakta-fakta sosial yang dipegang oleh masyarakat tempatan seperti

nilai, moral, undang-undang, kepercayaan agama, adat, fesyen dan ritual yang semuanya

berperanan dalam mentadbir kehidupan sosial. Sebagai contoh undang-undang masyarakat

digunakan untuk melindungi masyarakat daripada keganasan manakala dalam makna yang

lain ia bertujuan untuk menghukum tingkah laku jenayah, sementara itu kewujudan undang-

undang ini turut memelihara kesejahteraan masyarakat.

Robert Merton turut menegaskan bahawa proses sosial mempunyai dua fungsi iaitu

fungsi manifestasi dan fungsi laten. Fungsi manifestasi adalah akibat dari proses sosial yang

dicari atau dijangka manakala fungsi laten pula ialah akibat yang tidak disengajakan daripada
proses sosial. Sebagai contoh fungsi manifestasi oleh pendidikan kolej adalah bertujuan untuk

meningkatkan pengetahuan, membentuk karier dan mencari pekerjaan yang baik daripada

bahagian pendidikan ini. Manakala fungsi laten melalui pendidikan pula ialah individu akan

bertemu dengan orang baru, terlibat dalam aktiviti kokurikulum atau mencari pasangan atau

rakan kongsi. Selain itu fungsi laten bagi pendidikan ialah ia akan mewujudkan hierarki

pekerjaan berdasarkan tahap pendidikan yang dicapai. Maka mana-mana bahagian yang tidak

memberi sumbangan atau tidak menjalankan peranan masing-masing dengan baik dianggap

tidak berfungsi atau disfunction.

Oleh hal yang demikian bagi setiap perubahan fungsi dan peranan daripada setiap

sistem turut mempengaruhi perubahan sosial dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana

masyarakat dilihat sebagai suatu sistem yang saling berhubungan dengan sistem yang lain.

Hubungan timbal balik daripada setiap sistem mampu membentuk integrasi sosial dikalangan

masyarakat secara tidak langsung sistem sosial dapat bergerak kearah kestabilan yang bersifat

dinamik. Disamping itu, perubahan dalam sistem sosial terjadi secara berterusan dan melalui

kesesuaian dan penerimaan secara evolusi. Manakala perubahan yang berlaku secara cepat ini

hanya melibatkan aspek luaran sahaja.

Maka andaian teori fungionalisme dapat dirumuskan bahawa masyarakat biasanya

ialah suatu sistem yang stabil, berintegrasi, tersusun rapi dan setiap anggota bersetuju dengan

nilai-nilai asas yang dipegang bersama. Melalui sistem-sistem sosial seperti keluarga, sekolah

atau negara saling teratur dan membuat kawalan terhadap tingkah laku setiap individu demi

kestabilan masyarakat. Dengan ini secara tidak langsung akan memberi sumbangan terhadap

masyarakat pada keseluruhannya.


SISTEM SOSIAL

Secara umum sistem sosial dapat di maksudkan sebagai suatu sistem yang terdiri

sekumpulan tindakan yang dibentuk dari berbagai interaksi sosial antara satu individu dengan

individu yang lain dimana ia akan selalu tumbuh dan berkembang di dalam masyarakat.

Sistem sosial ini dapat terbentuk dengan sendirinya dengan adanya satu penilaian umum

terhadap sesuatu nilai yang telah menjadi sebuah kesepakatan diantara kelompok masyarakat.

Penilaian umum ini biasanya memiliki tahap tertentu yang di sebut juga dengan norma sosial.

Manakala menurut Talcott Persons sistem sosial dapat di definisikan sebagai suatu

proses interaksi yang terjadi di dalam masyarakat diantara para pelaku sosial. Interaksi yang

terjadi diantara para pelaku sosial ini tentunya akan melibatkan sebuah struktur perhubungan

yang di sebut sebagai sebuah sistem.

Sistem sosial juga turut merujuk kepada susunan yang teratur, hubungan antara

bahagian-bahagian. Dalam susunan itu setiap bahagian mempunyai tempat tetap dan peranan

masing-masing serta berhubung dengan interaksi. Seterusnya menurut Lapiere istilah

masyarakat tidak merujuk kepada sekelompok orang tetapi kepada corak yang kompleks

daripada norma dan interaksi yang timbul dikalangan mereka. Justeru di dalam sistem sosial

terdapat individu-individu yang berinteraksi dan bersosialisasi sehingga mencipta hubungan

sosial. Maka hubungan sosial dan sosialisasi ini akan membentuk nilai dan adat yang baru

sehingga terjalin kesatuan hidup bersama yang teratur dan berkesinambungan.

Oleh itu, terdapat beberapa elemen-elemen yang wujud didalam sesuatu sistem sosial

antaranya ialah kepercayaan dan pengetahuan, unsur kepercayaan merupakan unsur yang

paling penting dalam sistem sosial kerana tingkah laku dalam masyarakat dipengaruhi oleh

kepercayaan mereka seperti institusi agama. Ia secara tidak langsung bertindak sebagai

kawalan sosial kepada tingkah laku masyarakat dan juga menjadi panduan kepada mereka

untuk bertingkah laku baik yang sesuai dengan tuntutan agama. Yang ke-dua adalah
sentimen, seperti yang kita ketahui setiap individu tidak mampu untuk hidup berseorangan.

Setiap orang mempunyai keinginan berkasih sayang dan mencintai malahan didalam teori

Maslow turut menyatakan tentang keperluan berkasih sayang dalam keluarga, pasangan dan

rakan-rakan. Maka keperluan untuk bersosial ini memainkan peranan penting dalam

membantu proses perluasan dan perkongsian budaya dikalangan masyarakat.

Seterusnya elemen yang ketiga ialah matlamat dan objektif, penetapan matlamat

dan objektif adalah penting untuk kita mencapai sesuatu. Maka di dalam sistem sosial

masyarakat akan menetapkan objektif dan matlamat mereka untuk memenuhi keperluan dan

kepuasan mereka sendiri. Manakala elemen yang ke-empat ialah norma, ia adalah salah satu

bentuk kawalan sosial yang diberikan oleh masyarakat kepada ahli masyarakat sendiri. Oleh

itu masyarakat akan memasukkan norma tertentu bagi menjaga sisitem sosial yang utuh.

Norma-norma ini menetapkan peraturan kepada masyarakat tempatan bagi mencapai

matlamat dan sasaran budaya mereka. Dengan kata lain, cita-cita dan norma

bertanggungjawab didalam struktur atau sistem ideal masyarakat. Oleh kerana itu tingkah

laku manusia tidak menyimpang dan mereka bertindak mengikut norma masyarakat. Antara

norma-norma dalam masyarakat termasuk adat istiadat, tradisi, fesyen, moral, agama, dan

lain-lain lagi.
SISTEM BUDAYA

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah

kelompok orang dan diwarisi dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur

yang rumit, termasuk daripada sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, pakaian,

bangunan, dan karya seni. Budaya adalah suatu pola hidup yang menyeluruh ia bersifat

kompleks, abstrak, dan luas. Kebanyakan aspek budaya turut mempengaruhi komunikasi

dalam masyarkat. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial

manusia.

Sistem budaya adalah interaksi masyarakat terhadap sesuatu budaya ia melibatkan

penerimaan sesuatu budaya atau penolakan sesuatu budaya bagi mengekalkan budaya yang

lama. Oleh itu perubahan sosial budaya dipengaruhi oleh perubahan struktur sosial dan pola

budaya dalam sesuatu masyarakat. Perubahan didalam sesuatu budaya berlaku disebabkankan

oleh penyerapan sesuatu budaya dalam kehidupan masyarakat melalui proses amalgamasi,

akulturasi, asimilasi dan akomodasi. Penyerapan nilai sesuatu budaya akan membentuk

sesuatu budaya yang baru seperti kewujudan budaya Baba Nyonya adalah hasil penerimaan

unsur-unsur dan budaya melayu kedalam kehidupan masyarakat cina di negeri Melaka.

Seterusnya perubahan sosial berlaku dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor

komunikasi melalui cara dan pola pemikiran masyarakat. Ini kerana setiap individu akan

terpengaruh dengan pola pemikiran orang disekeliling mereka maka secara tidak langsung

menyebabkan penyerapan nilai sesuatu budaya dalam sistem budaya masyarakat turut

berlaku. Seterusnya ia juga dipengaruhi oleh faktor dalaman internal seperti penemuan baru,

ataupun terjadinya konflik atau revolusi. Sebagai contoh kepesatan teknologi maklumat dan

gajet dalam kehidupan kita menyebakan penyerapan teknologi dalam masyarakat kita dewasa

kini menyebabkan perubahan dalam bentuk komunikasi dikalangan masyarakat. Akhir sekali
perubahan sosial yang dipengaruhi oleh faktor luaran external seperti bencana alam,

perubahan iklim, peperangan dan pengaruh kebudayaan masyarakat lain.

Oleh itu sistem budaya memainkan peranan yang penting dalam perubahan sosial

masyarakat ia berfungsi sebagai panduan terhadap tingkah laku setiap individu, ia juga turut

membentuk variasi pola pemikiran disebabkan oleh perbezaan budaya. Tambahan lagi,

melalui sistem budaya ia mampu membentuk kawalan sosial seperti amalan sopan santun,

adat-resam, pantang larang dalam kehidupan masyarakat supaya tidak tidak bertentangan

dengan norma masyarakat.

Reading: Structural-Functional Theory | Sociology. (2017). Courses.lumenlearning.com.

Retrieved 15 December 2017, from https://courses.lumenlearning.com/alamo-

sociology/chapter/functionalism/

Social System: Meaning, Elements, Characteristics and Types. (2017). Your Article Library.

Retrieved 15 December 2017, from http://www.yourarticlelibrary.com/sociology/social-

system-meaning-elements-characteristics-and-types/8524

Você também pode gostar