Você está na página 1de 3

SENARAI AHLI KUMPULAN

ANUDTHIDA A/P SUT BA16110186


MANISHAH NADIRA BINTI MOHD IDRIS BA16110268
NUR APIPAH BINTI SUBRI BA16110251
NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN BA16110084
RONNIE ANAK RAMBAI BA16110159
MOHAMAD AMZAR BIN MAKKLANI BA16110175

FORUM 3 :

APAKAH YANG ANDA FAHAM BERKAITAN ISLAMOPHOFIA?

Islamofobia juga digunakan bagi merujuk kepada fenomena kebimbangan atau fobia
kepada Islam. Istilah seperti ‘Muslim radicalization’, ‘anti-Muslim hate crime’, ‘anti-
Islamic phenomena’, ‘xenophobia’ dan ‘religiously based hate crimes’ juga sering kali
digunakan. istilah Islamofobia ini telah mula digunakan di Perancis oleh Etienne
Dinet dan Slima Ben Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya “Acces De Delire
Islamophobe”. Istilah Islamofobia ini walaubagaimanapun tidak popular dan ianya
juga sama sekali tidak menjadi isu pada waktu itu. Di Amerika, Islamofobia ini
sebenarnya telah mula digunakan pada 1991 melalui satu artikel di dalam majalah
‘Insight’, namun masyarakat tidak ambil kisah dan tidak memberikan apa-apa reaksi
terhadap fenomena Islamofobia ini.

Secara umumnya, Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan
terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja
yang berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna
“suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat
ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka”.
Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan ‘Commission on British
Muslims and Islamofobia’ yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada “dread or
hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims”atau “irrational
fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab
racism”. Melalui pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia ini
merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai
yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat
Islam.

Beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan


umat Islam walaupun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama
yang lain. Sebagai contohnya Peristiwa 11 September 2001 yang telah
mengorbankan kira-kira 2996 nyawa diikuti oleh pengeboman di Madrid pada 11 Mac
2004 melibatkan kematian 191 orang dan pengeboman di London pada 7 julai 2005
yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim, telah memburukkan
lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Seiring dengan perkembangan negatif ini,
istilah Islamofobia telah menjadi popular dalam memberikan gambaran tentang
persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan Islam itu sendiri. Fenomena
Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai
kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-negara Islam telah
menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini
dan juga mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif
terhadap Islam.

Akibat daripada persepsi negatif terhadap Islam, diikuti dengan rasa


kebimbangan atau ketakutan yang tidak berasas, Islamofobia ini telah diterjemahkan
ke dalam pelbagai bentuk diskriminasi dan ketidakadilan. Dalam hal ini, Islamofobia
boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Penulis mengklasifikasi Islamofobia ini
kepada beberapa kategori iaitu ‘institutional Islamophobia’ dan ‘non-Institutional
Islamophobia’, ‘Islamophobia of the State’, ‘dominant Islamophobia’ dan ‘non-
dominant Islamophobia’ dan ‘unconscious Islamophobia.

pada hakikatnya fenomena Islamofobia telah pun berlaku sejak permulaan


pengembangan Islam di Makkah tetapi dalam bentuk yang berbeza. Menurut
Runnymede 2011, mengesahkan bahawa Islam telah disalahfahami secara serius
oleh ramai pihak terutamanya masyarakat bukan Islam di barat. Sehubungan dengan
itu, persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan segera bagi memastikan Islam yang
menjadi rahmat sekalian alam ini difahami atau tidak disalah tanggapi.
Sesungguhnya, tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap individu Muslim
termasuk institusi-institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam.

Ringkasnya, Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah


lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam
dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah.

Você também pode gostar