Você está na página 1de 79

1

MAJALAH HIBORAN SEBAGAI SUARA


MASYARAKAT 1946-1958

AMALINA BINTI MUSTAFA


(D20041019186)

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SESI 2007
2

MAJALAH HIBORAN SEBAGAI SUARA MASYARAKAT


1946-1958

AMALINA BINTI MUSTAFA


(D20041019186)

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEJARAH):
JABATAN SEJARAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SESI 2007/2008
3

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan rangkaian

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

______________ _______________________
Tarikh ( Amalina Binti Mustafa )
D20041019186
4

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan restu-Nya saya dapat
menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada Cik Siti Zahrah Binti Mahfood pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti
Pendidikan Sultan Idris selaku Penyelia Latihan Ilmiah ini yang banyak membantu saya
dalam menyempurnakan latihan ilmiah ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Prof. Adnan
Nawang Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan serta pensyarah-pensyarah di Jabatan
Sejarah atas dorongan dan bimbingan kepada saya dalam kajian ini.

Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Arkib Negara
yang banyak membantu dalam mendapatkan sumber-sumber asli dalam penyelidikan ini.
Penghargaan juga diucapkan kepada kakitangan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia di atas
bantuan yang diberikan bagi mendapatkan bahan-bahan penyelidikan.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada keluarga tercinta iaitu kedua ibu
bapa saya Mustafa Bin Khatib Mohammad dan Zawilah Binti Abd. Majid serta adik-beradik
iaitu Adilah, Aminuddin, Nasruddin, Rodiah, Mohd Nurul Hadi dan Siti Nur Najmie yang
sentiasa memberi dorongan serta sokongan dari segi kewangan kepada saya dalam
menyiapkan latihan ilmiah. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam penyelidikan
ini.

AMALINA BINTI MUSTAFA


DEPAN KILANG ASRAMA RAYA,
JALAN JERANGAU 21810 AJIL,
HULU TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
5

ABSTRAK

Majalah Hiboran merupakan sebuah majalah yang bercorak hiburan pada peringkat awal
penerbitannya. Namun begitu, di bawah pimpinan Harun Aminurrashid yang dikenali sebagai
seorang reformis membawa perubahan kepada majalah Hiboran. Majalah Hiboran tidak
hanya memaparkan isu tentang hiburan semata-mata tetapi mula mengupas isu-isu berkaitan
sosial, ekonomi dan juga politik. Majalah Hiboran menyiarkan isu berkaitan sosial dengan
memberi tumpuan kepada isu wanita-wanita Melayu. Selain, keadaan masyarakat Melayu di
Negeri-Negeri Melayu (NNM). Isu-isu wanita yang dikupas oleh majalah Hiboran ialah
seperti kehebatan wanita dan kemajuan wanita di mana terdapat sebilangan wanita yang
berjaya di dalam lapangan politik seperti Dato’ Halimahton yang menjadi ahli Parlimen
wanita yang pertama. Majalah ini juga membuat perbandingan kemajuan yang dicapai oleh
wanita di Barat sebagai satu kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu. Selain itu,
isu perkahwinan juga dikupas oleh majalah Hiboran seperti kahwin paksa yang memberi
kesan buruk kepada sosial masyarakat Melayu. Majalah Hiboran juga menyelar ibu-bapa
yang tidak mementingkan pendidikan terutama kepada anak perempuan. Sementara, dari segi
isu ekonomi, majalah Hiboran mengkritik kemunduran orang Melayu dalam lapangan
ekonomi sedangkan bangsa lain terutama orang Cina mencapai kemajuan dan dan
meninggalkan orang Melayu jauh di belakang. Selain itu, majalah Hiboran juga menjadi
penyambung bagi membangkitkan semangat kebangsan orang Melayu untuk menentang pihak
penjajah untuk kemerdekaan tanah air.
6

SENARAI KEPENDEKAN

JMBRAS Journal of Malayan /Malaysian Branch, Royal Asiatic Society

NNMB Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

NNMTB Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu

NNM Negeri-Negeri Melayu

NNS Negeri-Negeri Selat

Peny Penyusun

Terj. Terjemahan

SITC Sultan Idris Training School

MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris

SP Surat Persendirian
7

ISI KANDUNGAN HALAMAN


PENGAKUAN 3
PENGHARGAAN 4
ABSTRAK 5
SENARAI KEPENDEKAN 6
ISI KANDUNGAN 7-8
SENARAI JADUAL 9
SENARAI LAMPIRAN 10

BAB SATU: PENGENALAN PENYELIDIKAN


Pengenalan 11-12
Objektif Kajian 12
Tujuan Kajian 13
Skop Kajian 13
Kepentingan Kajian 13-18
Permasalahan Kajian 19
Kaedah Penulisan 20
Ringkasan Bab-Bab 20-21

BAB DUA : SEJARAH PERKEMBANGAN MAJALAH HIBORAN


Pengenalan 22
Latar Belakang Majalah Hiboran 23-28
Kandungan Majalah Hiboran 28-30
Latar Belakang Pengarang-Pengarang 30
Mahmud Bin Ahmad 30-31
Harun Aminurrashid 31-35
Kesimpulan 36
8

BAB TIGA : ISU MASAYARAKAT (SOSIAL)


Pengenalan 37
Isu wanita 38
Kehebatan Wanita 38-42
Wanita Dan Kemajuan 42-44
Isu Perkahwinan 44
Kahwin Paksa 44-45
Kahwin Muda Dan Kahwin Tua 45-47
Isu Pelacuran 47-50
Isu Pendidikan 50-52
Kesimpulan 53

BAB EMPAT: PERANAN DARI SEGI POLITIK DAN EKONOMI


Pengenalan 54-55
Politik 55
Semangat Kebangsaan Orang Melayu 55-59
Penentangan Terhadap Malayan Union 60-61
Menuju Kemerdekaan Tanah Air 61-63
Ekonomi 63-66
Kesimpulan 67

BAB LIMA : KESIMPULAN 68-72

RUJUKAN 73-76

LAMPIRAN 77-79
9

Senarai Jadual Halaman

Jadual 1: Jumlah Pengeluaran Surat Khabar dan Majalah 16-17


Pada tahun 1946 Di Singapura

Jadual 2: Kategori Majalah Melayu Selepas Perang 18


10

Senarai Lampiran

Lampiran 1 : Muka depan majalah Hiboran yang menunjukkan muka


depannya dipaparkan dengan gambar artis.

Lampiran 2 : Muka depan majalah Hiboran yang memaparkan gambar tentang


pendidikan di NNM.

Lampiran 3 : Blue Book For The Year 1946 “Colony of Singapore”.


11

BAB 1

PENGENALAN PENYELIDIKAN

Pengenalan

Pengkaji akan melakukan pengkajian terhadap salah sebuah majalah yang diterbitkan selepas

perang, iaitu majalah Hiboran. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1946 yang

diterbitkan oleh Syarikat Royal Press Ltd. bertempat di Singapura.1 Faktor yang

membolehkan Singapura menjadi pusat penerbitan Melayu yang terpenting adalah kerana

Singapura pada ketika itu menjadi pusat tumpuan penerbit dan pencetak dan kota itu juga

menjadi pusat komunikasi yang maju. Justeru, selepas perang pertumbuhan majalah-majalah

adalah sangat pesat. Pertumbuhan majalah-majalah selepas perang ini membuka peluang

kepada para penulis dan pujangga untuk menyiarkan bahan-bahan penulisan, mengasah

fikiran dan mencanai idea untuk dilontarkan kepada para pembaca apabila keamanan semakin

pulih.2

1
Hamedi Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2000, hal. 248.
2
Hamedi Mohd. Adnan, Penerbitan Majalah Di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran, Selangor : Karisma
Publications Sdn. Bhd, 2002, hal. 120.
12

Majalah Hiboran menjadi pilihan pengkaji adalah kerana majalah ini adalah antara

majalah yang mampu bertahan lama di pasaran berbanding akhbar-akhbar dan majalah-

majalah lain yang hanya dapat bertahan selama 2-3 bulan sahaja. Selain itu, majalah Hiboran

juga menarik minat pengkaji kerana majalah ini merupakan majalah jenis kesusasteraan dan

artis-artis wanita dijadikan kulit muka depan majalah tetapi isi kandungannya bukan hanya

membincangkan isu-isu hiburan malah menyelitkan isu- isu politik, ekonomi dan isu-isu

masyarakat. Ia juga berperanan penting dalam memupuk dan mengembangkan bakat-bakat

penulis muda selain, mengandungi cerita-cerita pendek, tinjauan, aneka warna, ruangan untuk

wanita, riwayat hidup nabi, umum, halaman budaya, puisi, selain gambar artis-artis ternama.

Majalah ini adalah sebuah majalah yang bertulisan jawi. Majalah ini diterbitkan secara

bulanan pada awal penerbitannya dan setelah mendapat reaksi yang baik daripada pembaca

ianya diterbitkan secara dwimingguan pada tahun 1947, seterusnya secara mingguan pada

Julai 1948.

Selain itu, pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai majalah Hiboran adalah untuk

mengetahui mengapakah majalah ini diterbitkan dalam bentuk hiburan walaupun isi

kandungannya banyak menyentuh mengenai keadaan politik, isu-isu masyarakat dan ekonomi

masyarakat di Negeri-Negeri Melayu (NNM) pada ketika itu.

Objektif Kajian

Mengkaji isu-isu yang terdapat di dalam majalah Hiboran, iaitu dari segi isu masyarakat,

peranannya dari segi politik dan ekonomi. Selain itu, penulis juga ingin mengkaji kerelevenan
13

majalah ini turut menyelitkan isu-isu politik walaupun ianya adalah sebuah majalah yang pada

peringkat awalnya banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk hiburan.

Tujuan Kajian

Tujuan penyelidik melakukan pengkajian terhadap majalah Hiboran ialah untuk mengkaji

latar belakang sejarah majalah Hiboran. Pengkaji juga ingin mengetahui tentang latar

belakang pengarang-pengarang yang terlibat di dalam penerbitan majalah Hiboran. Selain itu

juga, pengkaji ingin mengkaji isu-isu yang dikupas oleh majalah Hiboran, iaitu dari segi isu

politik, ekonomi, dan juga sosial.

Skop Kajian

Ruang lingkup pengkajian pengkaji terhadap majalah Hiboran mencakupi dari awal

penerbitannya pada tahun 1946 hingga majalah ini diberhentikan pada tahun 1958. Majalah

Hiboran diterbitkan pada tahun 1946 kerana pada tahun-tahun selepas perang begitu banyak

majalah-majalah berbentuk hiburan dikeluarkan bagi memberi hiburan ringan kepada

masyarakat yang baru sahaja melalui satu fasa yang amat kritikal dalam hidup mereka, iaitu

perang.

Kepentingan Kajian

Kajian tentang akhbar-akhbar dan majalah banyak dilakukan oleh para pengkaji. Namun

begitu, menurut analisa yang dilakukan oleh pengkaji hanya terdapat seorang sahaja yang

melakukan pengkajian terhadap majalah Hiboran. Pengkaji tersebut ialah Mustafa Kamal
14

Mohd Yunus di dalam Latihan Ilmiahnya yang bertajuk Perkembangan Penerbitan Majalah

Di Singapura 1945-1957 : Satu Kajian Khusus Kepada Majalah-Majalah Hiburan.3 Selain

itu, melalui pengkajian terhadap majalah ini juga akan membuktikan bahawa terdapatnya

aspek-aspek lain disentuh seperti aspek ekonomi dan juga sosial di dalam majalah Hiboran.

Oleh itu, pengkaji memerlukan buku-buku lain yang menjelaskan tentang akhbar dan majalah

bagi memperlengkapkan lagi kajian pengkaji.

Pengkaji akan menjadikan buku yang bertajuk Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai

Sumber Sejarah4 hasil tulisan oleh Khoo Kay Kim sebagai rujukan pengkaji. Buku ini

menerangkan mengenai peranan akhbar sebagai sumber sejarah di mana akhbar- akhbar ini

menjadi medan untuk memperjuangkan kepentingan kaum-kaum yang terdapat di NNM.

Buku ini juga menyentuh mengenai semangat ‘nasionalisme’ orang Melayu terpengaruh

daripada Asia Barat yang dibawa melalui berita-berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar.

Selain itu, turut disentuh mengenai akhbar-akhbar yang memainkan peranan dalam

memperjuangkan hak-hak kaum wanita. Kebanyakan akhbar dan majalah yang disentuh oleh

Khoo Kay Kim dalam buku ini adalah akhbar yang diterbit sebelum merdeka yang

menyalurkan pandangan mengenai kedudukan masyarakat yang tertindas dari segi politik dan

ekonomi terutama kepada orang Melayu. Buku ini dapat membantu pengkaji untuk mengupas

peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah dalam bidang politik dan ekonomi.

3
Mustafa Kamal Mohd Yunus, Perkembangan Penerbitan Majalah Di Singapura 1945-1957 : Satu Kajian
Khusus Kepada Majalah-Majalah Hiburan, Tesis Sarjana Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi :
Selangor, 1984.
4
Khoo Kay Kim, Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur : Perpustakaan
Universiti Malaya, 1984.
15

Sementara itu, buku A Biography of Malaysian Writers5 yang ditulis oleh Nor Azizah

Abu Bakar et.al yang menyentuh berkenaan penulis-penulis yang terdapat di Malaysia dapat

digunakan oleh penyelidik dalam melakukan kajian terhadap latar belakang pengarang-

pengarang majalah Hiboran. Di antara tokoh-tokoh penulis yang terdapat di dalam buku ini

ialah Harun Bin Mohd Amin @ Harun Aminurrashid. Beliau merupakan salah seorang ketua

pengarang yang menulis di dalam majalah Hiboran antara tahun 1950-1958. Selain itu, buku

ini juga menyentuh mengenai Mahmud Bin Ahmad @ Wiwaha yang juga merupakan

pengarang majalah Hiboran. Buku ini membolehkan pengkaji mengetahui latar belakang

penulis-penulis majalah Hiboran, karya hasil tulisan mereka serta sumbangan yang dilakukan

dalam bidang penulisan.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan buku yang bertajuk Penerbitan Majalah Di

Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran6 yang di tulis oleh Hamedi Mohd. Adnan yang mengulas

mengenai akhbar dan majalah dari zaman sebelum perang sehingga kini. Buku ini turut

menyatakan taburan majalah Melayu selepas perang, iaitu sebanyak 145 buah majalah

diterbitkan dalam tempoh lebih kurang 12 tahun. Sementara itu, Singapura dijadikan lokasi

penerbitan Melayu kerana kota ini mempunyai infrastruktur budaya, ekonomi, politik dan

intelektual yang mampu menyuburkan majalah-majalah Melayu. Terdapat sebanyak 64 buah

majalah yang diterbitkan di sini yang kebanyakan diterbitkan oleh penerbit swasta, khususnya

tokoh penulis yang terkenal, iaitu Harun Aminurrashid. Buku ini dapat membantu pengkaji

mengetahui penulis-penulis majalah selepas perang yang terlibat dalam majalah Hiboran,

selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui jenis majalah yang paling popular selepas perang

kerana buku ini menyatakan bahawa majalah-majalah berbentuk hiburan dapat menarik minat

pembaca. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian pengkaji untuk mengkaji sama ada

5
Nor Azizah Abu Bakar, (Terj) et.al, A Biography of Malaysian Writers, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1985.
6
Hamedi Mohd. Adnan, Penerbitan Majalah Di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran.
16

majalah Hiboran hanya menyelitkan aspek hiburan semata-mata kepada para pembacanya

ataupun sebaliknya.

Buku Direktori Majalah-Majalah Melayu7 yang juga ditulis oleh Hamedi Mohd.

Adnan menerangkan mengenai penerbitan akhbar yang terawal antara Januari 1900 sehingga

merdeka, iaitu bermula daripada akhbar Khizanah Al-Ulum sehinggalah kepada majalah

terakhir sekali sebelum merdeka, iaitu majalah Wartawan. Buku ini memberi penerangan

yang jelas mengenai jenis, tarikh, tempat, moto, penerbit, dan pengarang semua majalah yang

diterbitkan di NNM. Melalui buku ini pengkaji dapat mengetahui dengan sejelasnya mengenai

keseluruhan berkenaan majalah Hiboran. Hal ini kerana buku ini ada menyentuh tentang

majalah Hiboran, iaitu majalah Hiboran merupakan sebuah majalah jenis kesusasteraan yang

diterbitkan pada Januari 1946, di mana kandungannya berkisar mengenai cerita- cerita, syair-

syair dan pengetahuan umum. Selain itu, buku ini juga menyentuh mengenai penerbit, ketua

penerbit dan pengarang-pengarang yang terlibat dalam majalah Hiboran. Ini dapat membantu

pengkaji dalam pengkajian terutama tentang latar belakang majalah ini dan juga pengarang-

pengarang yang terlibat di dalam majalah ini.

Sementara itu, melalui buku Nasionalisme Melayu8 yang ditulis oleh William R. Roff,

melaluinya pengkaji dapat mengetahui bahawa akhbar pertama sekali diterbitkan di NNM

adalah akhbar Jawi Peranakan. Selain itu, buku ini turut menyentuh berkenaan peranan yang

dimainkan oleh akhbar-akhbar anak negeri seperti Al- Imam, Neracha, Lembaga, Utusan

Melayu, Warta Malaya dan juga Idaran Zaman dalam memberi kesedaran kepada masyarakat

yang mundur dari pelbagai segi. Kesedaran itu cuba dicetuskan oleh akhbar-akhbar melalui

rencana-rencana yang dipaparkan. Selain itu, Pengaruh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)

7
Hamedi Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka.
8
William R. Roff, Nasionalisme Melayu, (Terj.) Ahmad Boestamam, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2003.
17

turut dibincangkan di dalam buku ini, maktab ini banyak melahirkan tokoh-tokoh penulis

yang terkenal dan salah seorangnya adalah Harun Aminurrashid yang menjadi penerbit

majalah Hiboran. Pengkajian terhadap buku ini membolehkan pengkaji mengetahui bahawa

bukan hanya buku serta majalah yang memaparkan berita-berita berkenaan kesedaran orang

Melayu tetapi majalah berbentuk hiburan khasnya majalah Hiboran juga menyelitkan

semangat kebangsaan orang Melayu.

Sementara itu, buku Nasionalisme Melayu yang ditulis oleh William R. Roff juga

lebih memfokuskan kepada akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang diterbitkan sebelum

perang. Antara akhbar tersebut ialah Al- Imam, Neracha, Lembaga, Utusan Melayu, Warta

Malaya dan juga Idaran Zaman. Penyelidikan ke atas buku ini lebih memfokuskan kepada

akhbar yang terawal di NNM dan bagaimana perkembangannya sehinggalah memasuki fasa

selepas perang, iaitu akhbar Jawi Peranakan yang menjadi tempat untuk menyebar

propaganda melawan penjajah.

Sementara itu, buku Sejarah Surat- Surat Khabar Melayu9 oleh William R. Roff pula

berkisar mengenai penerbitan akhbar Melayu yang berperanan sebagai penyebar buah fikiran,

berita-berita dan isu-isu yang berlaku di dalam dan di luar negara. Buku ini sama dengan buku

Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia10 yang ditulis oleh Azmah Abdul Manaf berkisar

mengenai akhbar dan majalah di awal kemunculannya dan idea- idea yang disampaikan oleh

akhbar dan majalah di NNM. Sementara itu, William R. Roff juga menyentuh mengenai

akhbar pertama berbahasa Melayu, iaitu Jawi Peranakan yang memberi sumbangan kepada

pertumbuhan akhbar-akhbar dan majalah selepasnya. Selain itu, akhbar-akhbar di Sabah dan

Sarawak turut dikaji dalam buku ini. Buku ini memberi tumpuan kepada akhbar Al- Imam

9
William R. Roff, Sejarah Surat- Surat Khabar Melayu,Pulau Pinang : Saudara Sinaran Berhad, 1967.
10
Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, 2001.
18

yang banyak menyentuh mengenai kemunduran orang Melayu dan memberi peringatan untuk

bangkit menentang penindasan yang dilakukan ke atas mereka. Justeru itu, pengkaji dapat

menjadikan ianya sebagai sumber rujukan dalam pengkajian terutama isu-isu sosial adakah

sama seperti yang disiarkan oleh majalah Hiboran. Buku ini juga menyatakan bahawa akhbar-

akhbar pada zaman sebelum perang banyak menyentuh mengenai kemunduran orang Melayu

dan masalah yang melanda kaum lain dan terus berterusan disuarakan oleh majalah-majalah

selepas perang.

Buku Dilema Melayu11 pula menyentuh mengenai kedudukan ekonomi orang Melayu

dan mereka terpaksa bersaing dengan orang Cina untuk merebut kuasa ekonomi. Buku ini

ditulis oleh Mahathir Mohamad, (Terj.) Ibrahim Bin Saad. Buku ini juga sama dengan buku

Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya12 yang ditulis oleh S. Husin Ali. Buku Dilema

Melayu membincangkan ekonomi orang Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka

lagi sehingga kini. Walaupun orang Melayu sudah merasakan mereka maju namun,

sebenarnya mereka ditinggalkan jauh di belakang oleh orang Cina. Buku ini dapat membantu

pengkaji mengetahui sebab kemunduran orang Melayu, serta hak-hak yang sering dituntut

oleh orang Cina. Hal ini kerana berita-berita kemunduran orang Melayu banyak disentuh oleh

majalah Hiboran. Buku ini juga menyatakan kadar ekonomi kaum-kaum lain. Hal ini

membolehkan pengkaji mengkaji keadaan ekonomi kaum-kaum lain berbanding dengan orang

Melayu.

11
Mahathir Mohamad, (Terj.) Ibrahim bin Saad, Dilema Melayu, Kuala Lumpur : Federal Publications, 1982.
12
S. Husin Ali, Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd,
1979.
19

Permasalahan Kajian

Penyelidikan berkenaan majalah berbentuk hiburan sebelum ini dikaji secara umum,

contohnya Mustafa Kamal Mohd Yunus di dalam Latihan Ilmiahnya yang bertajuk

Perkembangan Penerbitan Majalah Di Singapura 1945-1957 : Satu Kajian Khusus Kepada

Majalah-Majalah Hiburan lebih memfokuskan kepada 3 majalah hiburan iaitu, majalah

Filem, majalah Remaja serta majalah Hiboran. Pengkajian beliau terhadap ketiga-tiga majalah

ini terlalu umum dan hanya menyentuh sedikit berkenaan politik dan ekonomi masyarakat

Melayu. Hal ini berbeza dengan pengkaji yang ingin mengkaji secara terperinci berkenaan

majalah Hiboran dari segi latar belakang pengarangnya serta isi kandungannya yang

mengandungi aspek politik, ekonomi dan juga sosial.

Selain itu, majalah Hiboran merupakan sebuah majalah berbentuk hiburan namun,

terselit juga isi kandungan yang serius seperti berita-berita politik serta permasalahan sosial

yang sedang melanda NNM ketika itu. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji sebab

pengarang-pengarangnya mengambil langkah sedemikian. Isi kandungan majalah ini juga

berbeza dengan majalah dan akhbar-akhbar lain. Selain itu, berita-berita yang dimuatkan lebih

memberatkan kepada negara Indonesia, oleh itu pengkaji ingin mengetahui apakah tujuan

sebenarnya majalah ini lebih memberi tumpuan kepada Indonesia. Selain itu, adakah isu-isu

yang dipaparkan oleh majalah Hiboran berkenaan masalah masyarakat dan masalah ekonomi

dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.


20

Kaedah Penulisan

Pengkaji akan menggunakan kaedah penulisan yang pelbagai untuk menjadikan kajian lebih

menarik dan bersepadu. Kaedah naratif, iaitu kaedah penceritaan dan deskriptif (huraian) akan

digunakan untuk menceritakan latar belakang penulis-penulis yang terlibat di dalam majalah

Hiboran dan akan ditulis mengikut kronologi. Ini kerana pengkaji ingin memperlihatkan

bahawa penulis-penulis yang terlibat dalam penerbitan majalah ini adalah tokoh yang

berwibawa khususnya Harun Aminurrashid walaupun majalah ini berbentuk hiburan. Kaedah

deskriptif digunakan oleh pengkaji kerana kaedah ini dapat menghuraikan sesuatu maklumat

yang penting dengan teliti dan terperinci. Kaedah analitikal digunakan untuk menjawab segala

isu yang telah dikenalpasti sebagai permasalahan dalam kajian terutama bagi menjawab

persoalan mengenai majalah ini. Pengkaji akan membaca banyak bahan dari sumber primer

dan sumber sekunder untuk menjawab segala tujuan dalam pengkajian pengkaji.

Ringkasan Bab-Bab

Kajian ini mengandungi lima bab. Bab pertama kajian lebih terarah kepada pengenalan

kepada penyelidikan pengkaji, objektif kajian, tujuan kajian, skop kajian, kepentingan kajian,

permasalahan kajian, kaedah penulisan dan juga ringkasan bab-bab yang terdapat di dalam

pengkajian pengkaji

Sementara itu, bab kedua akan memfokus kepada latar belakang majalah Hiboran.

Pengkajian terhadap latar belakang majalah ini akan dilakukan secara menyeluruh. Pengkajian

pengkaji bermula dengan sejarah awal penerbitan majalah Hiboran, isi kandungan dan juga

pengarang-pengarang yang terlibat dalam majalah ini.


21

Bab ketiga pula, akan mengkaji tentang isu-isu masyarakat yang terdapat dalam

majalah Hiboran yang mana ia banyak menyiarkan berita-berita, rencana, cerita-cerita

terjemahan dan kritikan sosial dengan meluas. Contoh Isu-isu masyarakat yang disentuh

adalah seperti perkahwinan orang Melayu, iaitu ‘Kahwin Muda -Kahwin Tua’, ‘Isu Janda-

Janda dan Anak-Anak Dara Tua’,‘Isu Pelacuran’ dan kahwin paksa. Isu yang berkaitan sosial

bukan hanya berfokus kepada isu yang berkaitan dengan golongan wanita tetapi terdapat juga

isu lain seperti isu pendidikan.

Bab keempat pula, perbincangan berfokus kepada peranan yang dimainkan oleh

majalah Hiboran dalam mengupas isu-isu berkaitan politik. Isu politik yang disiarkan ialah

berkenaan semangat kebangsaan sepanjang NNM berada di bawah penjajah. Selain itu, di

dalam bab ini juga pengkaji akan mengkaji kemunduran orang Melayu dari aspek ekonomi.

Bahagian akhir, iaitu bab kelima yang merupakan kesimpulan keseluruhan tentang

bab-bab sebelumnya. Di dalam bab ini pengkaji akan menyimpulkan bahawa majalah

Hiboran pada peringkat awalnya membawa hiburan kepada pembacanya. Namun, selepas

diterajui oleh Harun Aminurrashid majalah ini mula mengupas isu-isu berkaitan masalah

politik, ekonomi dan sosial khusus kepada masyarakat Melayu.


22

BAB 2

SEJARAH PERKEMBANGAN MAJALAH HIBORAN.

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan latar belakang majalah Hiboran sejak dari awal penerbitannya

pada tahun 1946 sehingga majalah ini ditamatkan pada 1958. Di samping itu, bab ini juga

akan memfokuskan juga kepada pengarang-pengarang13 yang terlibat di dalam penerbitan

majalah Hiboran. Pengarang-pengarang majalah ini yang utama ialah Mahmud Ahmad, dan

Harun B. Mohd Amin (Harun Aminurrashid), pemikiran mereka jelas mempengaruhi aliran

majalah ini. Terutama Harun Aminurrashid yang mempunyai latar belakang politik yang amat

kuat. Pengaruhnya jelas mempengaruhi penerbitan majalah Hiboran setelah beliau mengambil

alih sidang pengarang majalah ini daripada Mahmud Ahmad.

13
Pengarang pertama yang menerajui majalah ini ialah Mahmud Ahmad @ Wiwaha dari Januari hingga April
1946, kemudian jawatan ini disandang oleh M. Yusof Lana @ Yuzila dari Mei hingga September 1946.
Kemudian pada bulan Oktober 1946 hingga Ogos 1950 ia diambil alih oleh Harun Aminurrashid. Selepas itu,
majalah ini terus bertukar tangan kepada Abdul Jalil Hj. Nor dari bulan September 1950 hingga September 1958,
di mana pada tahun tersebut majalah ini telah dihentikan penerbitannya. Lihat : Hamedi Mohd. Adnan, Direktori
Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 299.
23

Latar Belakang Majalah Hiboran

Sejarah perkembangan surat khabar dan majalah di NNM dimulai oleh akhbar Jawi

Peranakan14. Akhbar Jawi Peranakan terbit pada zaman sebelum perang (Perang Dunia

Pertama). Selepas perang (Perang Dunia Kedua) penerbitan majalah-majalah yang berbentuk

hiburan mula laris di pasaran. Salah satu majalah yang manyajikan rencana-rencana berbentuk

hiburan adalah majalah Hiboran. Perkembangan awal penerbitan majalah-majalah Melayu di

NNM di dorong oleh dua faktor, iaitu eksploitasi terhadap agama dan perjuangan bersifat

kebangsaan.15 Majalah Hiboran termasuk di dalam kategori kedua yang bersifat kebangsaan

selain menyiarkan isu-isu hiburan. Persoalan tentang agama merupakan teras dalam

perjuangan majalah-majalah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Hanya pada dekad 30-an,

baru muncul persoalan-persoalan selain dari isu agama antaranya berhubung dengan semangat

kebangsaan dan kesusasteraan. Majoriti majalah mempunyai matlamat untuk memberi

kesedaran, pengetahuan, dan didikan kepada orang Melayu supaya sedar akan semangat

kebangsaan mereka dan hak mereka di tanah air sendiri.

Majalah Hiboran adalah sebuah majalah yang berbentuk ‘hiburan’ kerana

mengandungi cerita-cerita rakyat, syair-syair dan ilmu pengetahuan. Tujuan ia diterbitkan

adalah untuk memberi hiburan ringan kepada pembaca. Seperti kata pengarang majalah

Hiboran di awal penerbitannya.

14
Akhbar Jawi Peranakan diterbitkan di Singapura pada tahun 1877. Lihat Zainal Abidin Bin Ahmad, “Malay
Journalism In Malaya”, JMBRAS, Vol xix, 1941, hal. 244. Lihat juga Nik Ahmad Nik Hassan, “The Malay
Press”, JMBRAS, Vol.xxxvi, Part 1, May 1963, hal. 37. Menurut Nik Ahmad Nik Hassan akhbar Jawi
Peranakan diterbitkan pada 1876 yang mengandungi empat halaman yang diterbitkan pada setiap Isnin di
Singapura mengandungi iklan, notis kerajaan, surat-surat daripada pembaca dan ruangan ‘shear’ (syair). Lihat
juga, William R. Roff, Bibliography Of Malay & Arabic Periodicals : Published In The Straits Setllements And
Peninsular Malay States 1876-1946, London : Oxford University Press, 1974.
15
Hamedi Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 2.
24

“ ‘Hiboran’ ini maksudnya tidak lain tidak bukan ialah memberi


hiburan kepada tuan-tuan pembaca lelaki, perempuan, tua, muda
bahkan kanak-kanak.” 16

Majalah Hiboran mula diterbitkan pada bulan Januari 1946 yang diterbitkan oleh

Syarikat Royal Press Ltd. bertempat di Singapura. Kandungan majalah Hiboran ialah cerita-

cerita pendek, tinjauan, aneka warna, ruangan untuk wanita, riwayat hidup nabi, umum,

halaman budaya, puisi, selain gambar artis-artis ternama. Majalah Hiboran secara fizikalnya

berukuran 5 inci lebar dan 7 inci panjang pada tahun 1950 yang mengandungi sebanyak 52

halaman.17 Ianya menggunakan tulisan jawi. Majalah Hiboran diterbitkan secara bulanan

pada awal penerbitannya dan setelah mendapat reaksi yang baik daripada pembaca ianya

diterbitkan secara dwimingguan pada tahun 1947, seterusnya secara mingguan pada Julai

1948. Bagi menjelaskan penerbitan awal majalah Hiboran adalah seperti jadual di bawah :

16
Hiboran, bil. I (Januari 1946), hal. 1
17
A.M. Iskandar Hj. Ahmad, Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
1973, hal. 55.
25

Jadual 1
Jumlah Pengeluaran Surat Khabar dan Majalah Pada tahun 1946 Di Singapura

Title of Publication Circulation Published Price and Cost of


Subscription Rate Postages to
United
Kingdom
$ c. S c.

Colony of Singapore Ordinances 450 copies 0 40 p.c under 50 pages Various

Goverment Gazette 1,400 copies 0 65 p.c Various


12 50 p.a (Malaya)
Malaya Rubber Statistics 350 copies 25 00 (Foreign) Various
1 50 p.c
Malayan Statistics 450 copies 3 00 p.c Various

Summaries of Malayan Foreign Trade 400 copies 0 50 p.c Various

The Charter of the United Nations 3,000 copies 1 00 p.c 0 03

OTHER PUBLICATIONS

Allied Screnn Review 7,000 copies monthly 0 80 p.c -

Ban Yu Monthly 1,000 copies monthly 1 00 p.c -

Cathedral Courier 500 copies monthly 1 00 monthly -

Comrade 4,000 copies weekly Gratis -

Dunia Filem Melayu 2,000 copies monthly 0 20 p.c -

Hiboran 1,000 copies monthly 0 50 p.c -

Hwa Chiao Jit Pau 9,000 copis daily 0 15 p.c -

Indian Daily Mail 6,000 copies daily 1 10 p.c -

Kerala Bandhu 3,000 copies daily 1 10 p.c -


26

Kung Pao 10,000 copies daily 1 15 p.c -

Malaya Nanban 4,000 copies daily 1 10 p.c -

Malaya Tribune 16,000 copies daily 1 10 p.c -

Malayan Law Journal 350 copies monthly 60 00 p.c -

Morning Tribune 4,000 copies daily 1 10 p.c -

Nan Chiao Jit Pao 20,000 copies daily 1 15 p.c -

Nanyang Siang Pau 44,000 copies daily 0 15 p.c -

Nanyang Weekly 10,000 copies per issues 1 30 p.c -

Offece Dairy 1,000 copies annually 6 00 p.c -

Radio Malaya News 2,000 copies forninghtly 0 0 p.c -

Sin Chew Jit Poh 35,000 copies daily 1 15 p.c -

Singapore Free Prees 12,000 copies daily 0 10 p.c -

Strais Budget 1,200 copies weekly 0 40 p.c -

Straits Times 35,000 copies daily 0 10 p.c -

Sunday Times 44,000 copies weekly 0 10 p.c -

Sunday Tribune 24,000 copies weekly 0 10 p.c -

Tamil Murasu 8,000 copies daily 0 10 p.c -

The Amusement 10,000 copies monthly 0 10 p.c -

The Scholiast 2,000 copies monthly 0 60 p.c -

Union Times 5,000 copies daily 0 15 p.c -

Utusan Melayu 12,400 copies daily 0 10 p.c -

Sumber : Diubahsuai daripada : Blue Book For The Year 1946 “ Colony of Singapore”.

Jadual di atas menunjukkan pengeluaran majalah Hiboran pada tahun 1946. Pada

tahun pertama penerbitannya sebanyak 1000 naskah telah diedarkan kepada seluruh pembaca

di NNM. Majalah Hiboran di jual dengan harga $ 0.50 p.c pada awal penerbitannya. Selain

itu, jadual di atas juga menunjukkan jumlah keseluruhan surat khabar dan majalah di

Singapura pada tahun 1946. Di awal penerbitan majalah Hiboran terpaksa bersaing dengan

surat khabar dan majalah berbahasa lain seperti akhbar Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit
27

Poh, Indian Daily Mail, dan Sunday Times. Walaupun, mendapat persaingan yang kuat tetapi

majalah Hiboran mampu bertahan sehingga ditamatkan pada tahun 1958. Majalah Hiboran

dapat bertahan lama di pasaran berbanding majalah-majalah lain adalah disebabkan oleh

kerana para pembaca yang setia memberi sokongan kepada majalah ini.18

Jadual 2
Kategori Majalah Melayu Selepas Perang

KATEGORI JUMLAH PERATUS


Agama 18 12.4
Hiburan 28 18.7
Kebangsaan 18 12.4
Kesusasteraan 21 14.5
Organisasi 07 4.8
Pendidikan/ Kanak-kanak 21 14.4
Umum 24 16.5
Wanita 05 4.1
Lain-lain 03 2.1
Jumlah 145 100
Sumber : Hamedi Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2002.

Jadual di atas menunjukkan kategori majalah Melayu selepas perang . Majalah yang

paling popular di kalangan pembaca di NMM selepas perang adalah majalah berbentuk

hiburan. Dua puluh lapan buah majalah atau 18.7% daripada keseluruhan majalah Melayu

pada zaman ini adalah majalah berbentuk hiburan. Majalah-majalah ini kebiasaanya

menyiarkan isu-isu berkenaan filem-filem tempatan dan antarabangsa, cerita-cerita pendek

tentang cinta, kisah lucu dan komik-komik.19 Majalah Hiboran juga termasuk dalam kategori

majalah berbentuk hiburan. Penerbitannya selepas perang amat sesuai kerana pada waktu ini

pembaca-pembaca di NNM lebih berminat kepada majalah-majalah seperti ini.

18
Hamedi Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 51.
19
Ibid, hal. 46.
28

Kelahiran majalah Hiboran bertujuan untuk memberi sedikit hiburan ringan kepada

masyarakat NNM yang pada ketika itu dihimpit dengan peperangan.20 Walaupun, majalah ini

pada peringkat awal lebih memberi fokus kepada rencana-rencana berbentuk hiburan. Namun,

perubahan mula nampak berlaku dalam majalah ini setelah di ambil alih oleh Harun

Aminurrashid sebagai ketua pengarang. Harun Aminurrashid mula mengambil alih kerusi

pengarang majalah ini pada keluaran majalah ini yang ke-10. Perubahan yang nyata apabila

majalah Hiboran mula menyiarkan rencana-rencana dan berita-berita berkaitan isu politik,

ekonomi dan sosial. Perubahan ini dilakukan oleh Harun Aminurrashid adalah untuk memberi

kesedaran kepada para pembaca terutama orang Melayu tentang kemunduran mereka di tanah

air sendiri.

Kandungan Majalah Hiboran

Pada peringkat awal penerbitannya, majalah Hiboran banyak menyiarkan cerita-cerita pendek

berkenaan kisah-kisah percintaan. Antara karya-karya yang dihasikan ialah seperti Rahsia Di

Domba Hotel oleh Wiwaha, Kumbang Emas (Yuzila), Di mana Kita Terkandas dan Rozita

Gadis Gorila (Harun Aminurrashid).21 Penyiaran cerita-cerita pendek sebegini adalah kerana

20
Selepas perang tamat, dunia permajalahan Melayu terus bergerak dengan kadar yang lebih pantas,
menggunakan tenaga tambahan yang tersimpan sewaktu zaman pendudukan Jepun itu. Orang ramai pula cukup
haus dengan bahan bacaan yang dapat memuaskan hati mereka, dan para penulis pula cukup beria-ria mahu
melontarkan idea-idea yang diperamkannya sebelum ini. Penerbit pula yang berasa cukup lega terbebas dari
belenggu yang menyekat kebebasan niaganya, cukup bersedia untuk mengeluarkan modal bagi mengatasi
permintan yang ada. Keadaan ini ditambah pula dengan dasar British yang cukup liberal dalam dunia penerbitan,
asalkan tidak bertentangan dengan status quo kepenjajahannya. Di negara-negara lain, sama ada di Britian dan
Amerika malah di negara jiran Indonesia yang baru mencapai kemerdekaan, dunia penerbitan majalah dan
akhbar selepas perang berkembang cukup pesat, khususnya majalah-majalah hiburan. Perkembangan ini banyak
sekali pengaruhnya kepada dunia permajalahan Melayu yang sememangnya sejak sebelum perang lagi banyak
bergantung pada bahan-bahan penerbitan dari negara-negara itu. Lihat Hamedi Mohd Adnan, Penerbitan
Majalah di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran, hal. 120-121.
21
Hiboran, bil. I (Jan, 1946), hal. 27 Lihat juga, Hiboran, bil. 10 (April 1946), hal. 6.
29

masyarakat di NNM ketika itu sukakan ‘hiburan ringan’ dan mahu melupakan kesan

peperangan yang melanda. Dalam bilangan Hiboran yang pertama ada menyatakan :

“ Dentuman yang mengancam jiwa manusia dan dengungan


peluru di medan perang, itu semuanya tidak akan dapat
menawarkan hati para perajurit, manakala mereka itu dapat
Hiboran. Hidup dan mati mereka itu dengan Hiboran dan Hiboran
selamanya hiburan.”22

Sementara itu, pada peringkat kedua majalah ini mula menumpukan perhatian untuk

memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang kemunduran mereka dari segi politik,

ekonomi dan sosial. Majalah Hiboran amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidikan

orang Melayu. Hanya dengan pengetahuan sahaja sesuatu kaum itu dapat maju ke hadapan

dan bebas daripada belenggu kemiskinan. Hanya dengan ilmu pengetahuan akan mengangkat

martabat serta dimuliakan oleh masyarakat lain. Seruan tentang pentingnya pendidikan oleh

majalah Hiboran dapat dilihat dalam Ruangan Pendidikan yang menyeru :

“Bangsa-bangsa yang telah maju, soal pendidikan adalah suatu


pokok bicara yang sangat utama, dikaji oleh mereka. Merekatelah
mengetahui dengan jelas dengan pendidikanlah penentu maju atau
mundurnya sesuatu bangsa itu”.23

Pendidikan kepada kaum wanita juga dititikberatkan oleh Majalah Hiboran. Terdapat

ruangan khas yang membicarakan tentang hal-hal wanita dalam majalah Hiboran, iaitu

ruangan “Untuk Wanita Sahaja”. Majalah Hiboran mengangkat martabat kaum wanita apabila

menyeru supaya kaum wanita tidak dinafikan hak mereka dan diberikan pendidikan sama

seperti kaum lelaki. Dalam bilangan Hiboran ke-218 menyatakan :

22
Ibid, hal. 1.
23
Hiboran, Pendidikan, bil. 274 (15//1952), hal. 35.
30

“Kaum perempuan sangat patut bahkan perlu diberi pelajaran,


bagaimana kaum lelaki, kerana mereka itu manusia juga. Mereka
ada hak untuk mendapat pelajaran dan hak-hak mereka seperti
lelaki-lelaki jua”.24

Selain itu, majalah Hiboran juga menyiarkan berita-berita politik dan ekonomi sebagai

kesedaran kepada orang Melayu. Berita-berita mengenai politik disiarkan untuk orang Melayu

bangkit menuntut hak mereka yang ditindas oleh penjajah. Sementara, berita-berita tentang

soal-soal ekonomi dikupas bagi membolehkan orang Melayu bersaing untuk mendapat

kemajuan seperti yang diperolehi oleh kaum-kaum lain terutama kaum Cina.

Latar Belakang Pengarang-Pengarang

Di dalam perkembangan sesebuah majalah terdapat tenaga kerja yang menyumbangkan idea-

idea bernas bagi melariskan jualan majalah. Tenaga kerja tersebut ialah terdiri daripada

pengarang-pengarang. Pengarang-pengarang dalam majalah Hiboran terdiri daripada

Mahmud Ahmad @Wiwaha, M. Yusof Lana @Yuzila, Harun Aminurrashid dan Abdul Jalil

Hj. Nor.

Mahmud Bin Ahmad

Salah seorang pengarang pertama yang terlibat dalam Majalah Hiboran ialah Mahmud bin

Ahmad25 dan turut bertindak sebagai penerbit majalah Hiboran. Mahmud bin Ahmad lebih di

24
Hiboran, Kewajipan Pelajaran Bagi Kaum Perempuan, bil. 218 (20/10/195), hal. 35.
25
Dilahirkan pada 29 Mac 1906 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjong Katong dan
berpindah ke Sekolah Melayu Kampung Glam semasa berada di darjah 6. Beliau kemudian menyambung
pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim pada 1925. Selepas menamatkan pelajaran
di MPSI, beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai ketua tukang kayu. Kemudian, beliau berkhidmat pula di
Sekolah Melayu Tanglin Besar pada tahun 1929. Mahmud Ahmad juga terkenal sebagai seorang yang giat
berpolitik semasa menuntut di MPSI. Lihat Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, hal. 86.
31

dikenali sebagai Mahmud. Namun, di dalam majalah Hiboran beliau banyak menggunakan

gelaran seperti ’Wiwaha’ dan ‘Teruna Jaya’. Apabila Mahmud Ahmad memegang kerusi

pengarang di majalah Hiboran26, beliau telah menyalurkan pemikiran beliau berkenaan

semangat kebangsaan melalui artikel-artikel dalam majalah ini.27 Beliau juga bergiat cergas

dalam aktiviti kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGSM).28

Harun Bin Mohd. Amin

Selepas Mahmud Bin Ahmad meletak jawatan, Mahmud Ahmad telah menyerahkan

jawatannya kepada M. Yusof Lana. Selepas itu, jawatan pengarang majalah Hiboran diambil

alih pula oleh Harun B. Mohd. Amin atau juga lebih di kenali sebagai Harun Aminurrashid29.

Harun Aminurrashid merupakan tokoh ‘penyemai semangat kebangsaan Melayu tulen’30 dan

tokoh kesusasteraan31 yang tidak asing lagi di NNM. Harun Aminurrashid dilahirkan pada 8

26
Majalah Hiboran telah menjadikan Mahmud seorang yang berminat pada kerja-kerja kreatif dan di dalam
penyelidikan. Dua buah buku yang paling diminati di dalam bidang kesusasteraan ialah ImbuhanSastera dan
Pancaran Sajak. Lihat Nor Azizah Abu Bakar (Terj) et.al, A Biography of Malaysian Writers, hal. 188.
27
Di antara artikel-artikel tulisan Mahmud Bin Ahmad dalam Majalah Hiboran seperti ‘Peristiwa Di Domba
Hotel’ dan ‘Sesal Dahulu Pendapatan.
28
Beliau memegang jawatan pengarang sejak mula menjadi ahli sehinggalah beliau bersara. Di dalam (KGSM)
beliau bertugas menyelenggara majalah KGSM yang berjudul Saujana dalam tulisan jawi. Oleh kerana, banyak
jasa yang ditabur sepanjang bergiat di dalam KGSM, beliau dianugerahi gelaran Jasawan KGSM. Selain itu,
beliau juga terlibat di dalam Persatuan Pengakap Melayu Singapura dan Persaudaraan Sahabat Pena (PSM).
Karya-karya yang dihasilakn oleh beliau tidak terhad kepada keluaran PSM sahaja. Selain itu, beliau juga
menjadi orang penting dalam Kongres Bahasa Melayu. Antara penglibatan beliau dalam kogres ini ialah di
Kongres Bahasa Melayu I dan II, Kongres Bahasa Indonesia pada tahun 1954 dan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III. Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, hal. 86-87.
29
Beliau juga lebih mesra dipanggil ‘Cikgu Harun’. Beliau banyak menggunakan nama pena, selain
menggunakan gelaran Harun Aminurrashid, beliau juga menggunakan gelaran seperti Si Ketuit, Har, Gustam
Negara, dan Atma Jiwa. Nama gelaran ini digunakan di dalam penulisan yang beliau hasilkan, terutama di dalam
Majalah Hiboran. Lihat SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.
30
Ibid.
31
Penglibatan Harun Aminurrashid dalam kesusasteraan adalah dalam penulisan novel. Novelnya yang paling
membawa kesan ialah Panglima Awang. Novel ini diterbitkan dalam tulisan rumi oleh kerana menyambut
‘Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu’. Diterbitkan oleh Pustaka Singapura dalam bulan Mei 1958 dan
dicetak kali kedua pada bulan Oktober 1959. Buku ini juga diterjemahkan oleh Ahmad Husain kepada Bahasa
Inggeris pada tahun 1961 yang bertajuk ‘A Malay Among The Portuguese’ Novel tersebut mempunyai isi tersurat
yang dikemukakan oleh Harun yang menyatakan keberanian orang Melayu, kebijaksanaan dan kepandaian
mereka dalam ilmu pelayaran. Hal ini menunjukkan Harun mengambil berat mengenai bangsa Melayu dan mahu
mereka bangkit dari penindasan pihak penjajah. Orang Melayu tidak perlu berasa rendah diri kerana mereka
adalah golongan yang hebat seperti yang digambarkan di dalam cerita ‘Panglima Awang’. Selain itu, novel lain
menunjukkan beliau menyerapkan unsur-unsur patriotisme ialah novel ‘Siapakah Yang Bersalah’. Melalui novel
32

Ogos 1907 di Teluk Kurau. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Teluk

Kurau, kemudian melanjutkan pelajaran ke School Idris Training College (SITC)32 pada

1924.33

Bertitik tolak dari sinilah Harun Aminurrashid mula menunjukkan ketokohan beliau

dalam berpolitik. Semangat yang beliau semai ketika menjadi guru di Maktab Perguruan

Sultan Idris (MPSI) telah bercambah dan menjadi ikutan kepada beberapa orang anak

muridnya untuk merintis perjuangan kebangsaan di zaman sebelum perang.34 Harun dianggap

sebagai “penyemai semangat kebangsaan” dan ini diakui sendiri oleh beberapa orang guru

dan bekas pelajar SITC yang menyatakan bahawa semangat yang disemai oleh Harun ke

dalam diri mereka telah mendorong mereka untuk memperjuangkan nasib bangsa, agama dan

negara yang ditindas oleh penjajah pada ketika itu. Semasa di SITC beliau dibantu oleh 2

orang lagi rakannya35. Selain itu, beliau juga seorang yang mempunyai semangat cekal dan

sentiasa bersabar walaupun berhadapan dengan keadaan yang getir. Semasa berada di MPSI

Harun telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk Kebangkitan Bumiputera Di Alam

ini Harun mengambil pengalaman semasa memberi khidmat di Brunei selama 6 tahun dan penentangan yang
dilakukannya terhadap pihak Jepun. Namun, usaha beliau tidak dihargai malah beliau sendiri dituduh bersubahat
dengan pihak Jepun dan di penjara selama 86 hari. Lihat Shaharom Husain, Antara Pengarang-Pengarang Novel
Melayu Dan Karyanya, Singapura, Pustaka Melayu, 1963, hal. 64-121. Lihat juga, Abdullah Hussain, Harun
Aminurrsahid : Pembangkit Semangat Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1982, hal.
166-195, SP 75/P.24, Panglima Awang
32
SITC dinamakan bagi menghormati almarhum Sultan Idris Raja Iskandar. Dibuka di Tanjong Malim pada
tahun 1922. Maktab ini boleh memuatkan 200 orang pelajar dan guru-guru dikawasan seluas 80 hektar. Guru
pertama di maktab ini ialah terdiri daripada 4 orang Eropah (guru besar, 2 orang guru umum dan seorang
pengajar dalam ilmu tanaman), 9 orang Melayu, dan seorang orang Filipina bagi mengajar ilmu menganyam.
Pelajarnya diambil daripada sekolah anak-anak negeri di desa melalui satu peperiksaan menguji kepandaian dan
kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak tani dan nelayan. Lihat: William R. Roff, Nasionalisme Melayu,
(Terj.) Ahmad Boestamam, hal.155.
33
Raja Ahmad Shalaby et.al, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, hal. 86.
34
SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.
35
Rakan-rakan rapat Harun di SITC ialah Abdul Hamid bin Hj. Abdul dari Melaka dan Md. Nor bin Ibrahim dari
Pulau Pinang. Mereka digelar The Three Musketeers. Mereka sentiasa membincangkan soal-soal politik dan
bencikan penjajahan. Lihat Shaharom Husain, Memoir Shaharom Husain : Selingkar Kenangan Abadi, Bangi :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996 hal. 93-94.
33

Melayu36. Syarahan beliau begitu bersemangat dan banyak menyelar tali barut37 penjajah. Di

antara isi syarahan tersebut ialah :

“...... Saya tau, mngkin inilah syarahan saya yang terakhir di kolej
ini, kerana saya percaya, ada orang yang cuba mengintai- intai
di balik-balik pintu dewan ini nak mendengar isi syarahan saya.
Tapi saya bertanggungjawab segala-galanya...”38

Syarahan tersebut berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan39 dan menanamkan

rasa tanggungjawab kepada penuntut dan guru-guru terhadap kemajuan bangsa dan tanah air.

Akibat keberanian tersebut, Harun telah di hantar ke Brunei dan memegang jawatan Penguasa

Pelajaran di sana. Kehidupan Harun Aminurrashid terus dirundung malang apabila British

menuduh beliau bersubahat dengan Jepun dan Harun dipenjara selama 68 hari. Tetapi,

peristiwa tersebut tidak menggungat prinsip beliau untuk terus menyemai semangat

kebangsaan kepada penduduk NNM terutama orang Melayu.

Sementara itu, setelah terlibat dalam majalah Hiboran, Harun Aminurrashid telah

menyemai semangat kebangsaan kepada pembaca majalah Hiboran. Pada keluaran majalah

Hiboran bilangan ke-386 pada 8 Januari 1955, beliau telah menulis mengenai Orang Melayu

Dengan Kebangsaannya40. Menerusi artikel itu Harun Aminurrashid memberi peringatan

supaya orang Melayu tidak lalai untuk mempertahankan hak orang Melayu terhadap tanah air.
36
Di dalam syarahan tersebut beliau menekankan kebangkitan pejuang kebangsaan (politik) Indonesia
menentang penjajahan Belanda kerana mempertahankan hak dan kemerdekaan Indonesia. Tokoh-tokoh yang
dinyatakan di dalam syarahan ini seperti Wahidin Sudirohu, Chokroaminoto, Sutomo, Imam Bonjol, Sultan
Hasanuddin, Pattimura, Sukarno, Hatta dan Kartini. Lihat Ibid, hal. 98.
37
Menurut kamus Dewan, tali barut boleh didefinisikan sebagai orang orang yang menjadi ampama orang lain,
barua ataupun orang suruhan. Lihat Kamus Dewan: Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2000, hal. 1353.
38
Shaharom Husain, Memoir Shaharom Husain : Selingkar Kenangan Abadi, hal. 98.
39
Oleh kerana terpengaruh dengan syarahan yang disampaikan oleh Harun Aminurrashid pada 4 Mac 1939, para
penuntut MPSI seramai 400 orang lebih telah mengadakan satu perarakan beramai-ramai mengelilingi kawasan
maktab. Para demontrasi ini telah menyanyikan lagu ’Pemuda Kita’ hasil gubahan Harun sendiri. Lihat Ibid.
40
Artikel tersebut berkenaan saranan Harun Aminurrashid kepada orang Melayu tentang semangat kebangsaan
adalah di mulai oleh orang Melayu yang dinyatakan sebagai ‘kebangsaan semulajadi iaitu kebangsaan yang
bukan dicipta atau kebangsaan yang mendatang. Hal ini kerana kemerdekaan Malaya sememangnya asal datang
dari semangat orang Melayu bukan dari kaum lain. Lihat SP 87/154, Hiboran, “Orang Melayu Dengan
Kebangsaan, bil. 386-436 (8 Januari-24 Disember 1955), hal. 16.
34

Sikap alpa boleh menyebabkan hak orang Melayu jatuh kepada kaum-kaum lain yang

semakin hari semakin ramai datang ke NNM dan memonopoli kegiatan ekonomi, terutama

kaum Cina.

Oleh yang demikian, Harun Aminurrashid telah menjadikan akhbar-akhbar dan

majalah41 sebagai platform untuk menabur benih perasaan cintakan tanah air dan bencikan

penjajah. Pemikiran beliau dalam bidang penulisan jelas sekali menentang penjajah.42

Keberanian beliau semakin terserlah apabila menjadi ketua pengarang akhbar Melayu Raya43.

Hal ini dapat dilihat apabila Harun begitu berani menyiarkan berita-berita mengenai

perbicaraan Natrah44. Beliau sendiri mengikuti perbicaraan tersebut dan mengarahkan berita

mengenainya disiarkan sehingga membakar semangat orang Melayu di Singapura sehingga

mencetuskan rusuhan Natrah pada tahun 1951.45

41
Harun mengembangkan bakat politiknya menerusi syarahan dan karangan di akhbar dan majalah, antaranya
Warta Ahad, Warta Jenaka, Warta Malaya dan Cenderamata, majalah Hiboran.
42
Walaupun Harun Aminurrashid lebih dikenali sebagai seorang novelis Melayu, tetapi beliau banyak
menghasilkan cerpen dan kisah kepahlawanan. Di dalam karya-karyanya sentiasa ditonjolkan kepahlawanan
bangsa Melayu dan semangat nasionalisme tanpa berselindung. Antara novel-novelnya seperti Melur Kuala
Lumpur, Siapa Yang Bersalah?, Dayangku Fatimah, Korban Kinabalu, Cinta Gadis Rimba, Darah Kedayan,
Memilih Kata Hati, Melihat Terang, Merebut Gadis Jelita, Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Jong Batu,
Terbang Ke Barat, Cacatan Ke Tanah Suci, dan Meninjau Ke Negara Siam. Lihat Shaharom Husain, Antara
Pengarang-Pengarang Novel Melayu Dan Karyanya, hal. 64-121. Lihat juga SP 75/P.20, Anak Panglima
Awang, SP/ 75/ P. 24, Pangliam Awang, SP 75/ P. 17, Chatetan Ke Tanah Suci.
43
Akhbar Melayu Raya diterbitkan pada 29 Ogos 1950. Akhbar ini dikendalikan oleh Harun Aminurrashid di
bawah penerbitan Melayu Raya Press Ltd., No. 380 & 382, Geylang Road, Singapura. Di bawah penerbitan ini ,
mereka turut menerbitkan majalah Filem Raya, Bulanan Filem Raya dan Mingguan Melayu. Lihat Hamedi
Mohd. Adnan, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, hal. 256.
44
Natrah merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga Melayu, iaitu anak angkat kepada Mak Minah. Mak
Minah mengambil Natrah yang nama asalnya, Maria Hertogh daripada sepasang suami isteri berbangsa Belanda.
Namun selepas perbicaraan merebut hak penjagaannya. Mahkamah telah memerintahkan dia diserahkan kepada
ibu bapa kandungnya yang merupakan warganegara Belanda. Peristiwa tersebut membangkitkan perasan tidak
puashati orang Melayu di Singapura dan mencetuskan rusuhan kaum di Singapura. Lihat : Hiboran, Natrah, bil.
157 (15/8/1950), hal. 17. Untuk keterangan lanjut lihat, Haja Maideen, Tragedi Natrah : Kontreversi Maria
Hertogh, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd, 1989, hal. 122-128. Lihat penerangan lanjut Rusuhan Natrah dalam
Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950 : Pengaruh Agama & Tarikat,
Kuala Lumpur : Penerbit Kintan Sdn. Bhd, 1994, hal. 119 - 135. Lihat juga Ramlah Adam, Kemelut Politik
Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1998, hal. 102 – 104
45
SP. 75/A/141, Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.
35

Sementara, karya-karya yang dihasilkan di dalam majalah Hiboran juga menunjukkan

pemikiran beliau yang sama. Semasa beliau memegang jawatan sebagai pengarang di majalah

Hiboran, karya-karya yang dihasilkan lebih berbentuk saranan agar orang Melayu bangkit dan

mengatasi kemunduran yang mereka hadapi serta bangkit menentang sebarang bentuk

penindasan oleh penjajah ke atas mereka.

Sementara itu, di atas sumbangan Harun Aminurrashid dalam berkarya, novelnya yang

berjudul Simpang Berenang telah dipilih sebagai bahan bacaan Rancangan Perkhidmatan

Antarabangsa dan novel terebut juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan Urdu.

Kegiatan menulisnya juga banyak mendapat pengiktirafan dari pertubuhan antarabangasa

seperti dari The Board Of Dictionary Of International Biography yang telah

menganugerahkan The Certificate of Merit. Anugerah ini disampaikan kepada Harun

Aminurrashid kerana mengenang jasa beliau yang banyak menulis bahan-bahan dalam bentuk

sejarah Bahasa Melayu moden.


36

Kesimpulan

Kesimpulannya, penerbitan majalah Hiboran di NNM pada zaman selepas perang, iaitu

perang dunia kedua amat bertepatan. Hal ini kerana masyarakat di NNM pada masa tersebut

amat dahagakan ‘hiburan ringan’ bagi membantu pembaca-pembaca melupakan kesan

peperangan yang berlaku. Sementara itu, para pengarang yang terlibat di dalam majalah

Hiboran memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan hala tuju majalah Hiboran.

Terutama peranan yang dimainkan oleh Harun Aminurrashid. Latar belakang pengarang

majalah Hiboran yang berlatar belakang reformis menjadikan majalah Hiboran sebagai

medan menyalurkan pandangan dan rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan pihak

penjajah.
37

BAB 3

ISU MASYARAKAT (SOSIAL)

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang isu masyarakat (sosial) yang terdapat dalam majalah

Hiboran. Pada peringkat awal penerbitan, isu-isu yang disiarkan lebih terarah kepada rencana-

rencana berkenaan cerita-cerita rakyat. Namun, di pertengahan penerbitannya majalah ini

mula menumpukan kepada isu-isu masyarakat terutama isu-isu wanita46 seperti isu kehebatan

wanita, wanita dan kemajuan serta isu pendidikan, pelacuran dan kahwin paksa. Walaupun

majalah ini bertujuan untuk memberi ‘hiburan ringan’ namun begitu, majalah ini juga turut

memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah-masalah sosial yang berlaku di

sekeliling mereka.

46
Banci penduduk di Tanah Melayu pada akhir tahun 1947, jelas menunjukkan pertambahan kaum wanita
berbanding kaum lelaki sebanyak 29,691 orang. Selain itu banci penduduk tersebut juga menunjukkan penduduk
di seluruh Tanah Melayu bertambah sebanyak satu million berbanding pada tahun 1931. Pada tahun 1931,
penduduk di Tanah Melayu hanya seramai 3,787,758 dan pada akhir tahun 1947 telah meningkat menjadi
4,867,491 orang. Selain itu, bangsa asing yang datang ke Tanah Melayu juga bertambah, iaitu pada tahun 1931
tedapat sebanyak 1,575,448 dan telah meningkat kepada 2,130,493 orang. Lihat Hiboran, Banci Jiwa Di Tanah
Melayu, bil :36 (Jan-Jun), 1948, hal. 1.
38

Isu Wanita

Kehebatan wanita

Menurut Kamus Dewan mendefinisikan wanita sebagai orang perempuan, dan juga lawan

kepada lelaki.47 Dalam majalah Hiboran terdapat satu ruangan rencana yang dikhaskan untuk

menyiarkan berita-berita perihal golongan wanita, ruangan tersebut dinamakan ruangan

“Untuk Wanita Sahaja” dan “Halaman Wanita”. Antara isu yang terdapat di dalam ruangan-

ruangan ini seperti Perhatian Kepada Janda-Janda dan Anak dara Tua, Kaum Wanita Di

Tengah Masyarakat, Wanita Dan Persatuan Kebajikan, Majulah Terus Wanita Melayu,

Wanita Kita Dengan Pergerakan, dan Kahwin Paksa.

Majalah Hiboran bilangan yang ke-86, di bawah tajuk Wanita Kita dengan

Pergerakan48 mengangkat kaum wanita dengan mengatakan :

Wanita tidak kurang pentingnya dari kaum lelaki, dengan tegas


kita katakan bahawa dengan tidak adanya wanita dunia akan
sunyi sepi, sebab itu dengan logikal wanita adalah menjadi
tiang kemajuan dan keramaian dunia. 49

Keadaan ini menunjukkan bahawa kaum wanita memainkan peranan penting di dalam

masyarakat Melayu50. Rencana tersebut juga menyentuh tentang kuasa yang ada pada kaum

wanita apabila terdapat sebahagian kaum wanita berada di Parlimen untuk memperjuangkan

47
Kamus Dewan : Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hal. 1545.
48
Hiboran, Wanita Kita Dengan Pergerakan, ,bil. 86 (9/4/1949), hal. 12.
49
Ibid.
50
Orang Melayu biasanya berkulit warna sawo matang, berbadan sedehana besarnya tetapi tegap, dan selalu
berlemah lembut serta berbudi bahasa. Golongan ini hidup bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang
telah digalakkan ke NNM terutama sekali oleh penjajah Inggeris semasa kekuasaan mereka di Tanah Melayu.
Lihat : S. Husin Ali, Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya, hal. 1. Di dalam pengkajian pengkaji lebih
menumpukan kepada orang Melayu kerana pada ketika ini kaum Melayu banyak ditindas oleh golongan penjajah
dan pengkaji ingin melihat kesedaran yang dilakukan oleh orang Melayu untuk menghalang penindasan ke atas
diri mereka.
39

hak-hak golongan wanita. Wanita pertama yang berada di Parlimen ialah Dato’ Halimahton

Abdul Majid51. Keadaan tersebut menunjukkan pencapaian yang dicapai oleh wanita Melayu.

Namun begitu, percapaian yang sedikit itu tidak dapat menunjukkan keseluruhan pencapaian

wanita Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan, apabila golongan wanita masih

kurang di sekolah-sekolah kerana ramai anak-anak gadis yang dipaksa oleh ibu bapa mereka

untuk berkahwin awal. Terdapat ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak

perempuan tidak perlu mempunyai pendidikan. Oleh itu, mereka perlu berkahwin awal untuk

mengelak daripada fitnah. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat terpengaruh dengan adat-

adat kuno yang masih membelenggu kehidupan masyarakat Melayu.

Adat-adat kuno ini dibincangkan secara terperinci dalam majalah Hiboran bilangan

ke-79 yang bertajuk “Adat Kuno Menyekat Kemajuan”52 menyatakan:

“Adat kuno ialah adat ‘jumud’ kolot adalah satu adat yang
menyekat kemajuan kita yakni adat yang bermacam-macam
caranya telah dipergunakan. Sebelum agama Islam menjelma ke
Tanah Melayu anak-anak Melayu telah terdidik dengan agama
Hindu dan lain-lain ajaran lagi yang bersalahan dengan ajaran
Islam sejati “al-Quran”.53

51
Yang Berbahagia Dato’ Halimahton juga dikenali dengan nama Halimahton Muhammad dilahirkan pada tahun
1920 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau berasal dari katurunan Raja-raja Tanapuli, Sumatera. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris di Kuala Lumpur, serta melanjutkan
pelajaran dalam bidang sains rumah tangga di Cambridge. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk
Muhammad Baba, iaitu Pengawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Penglibatan beliau dalam politik bermula
apabila beliau mengumpulkan tenaga wanita dan mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union.
Sumbagan beliau yang terbesar ialah beliau telah dipilih sebagai ahli parlimen yang pertama bertanding untuk
kawasan Ulu Selangor dalam pilihanraya Persekutuan pada tahun 1955. Beliau memenangi kerusi tersebut dan
menjadi ahli Parlimen sehingga tahun 1959. Lihat Trankripsi Wawancara, Y.B Datuk Halimahton Bt. Abd.
Majid oleh Ahmad B. Hj. Abd. Kadir (Arkib Negara Malaysia), hal. 29-39. Lihat juga Biografi Tokoh Wanita
Malaysia, Selangor : Pejabat Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), 2004, hal. 153-155, Wan Mohd.
Mahyiddin Wan Nawang et.al, Pergerakan Wanita UMNO :Sepanjang 5 Dekad, Kuala Lumpur : Kembangan
Kristal (M) Sdn. Bhd, 1993, hal. 62.
52
Hiboran, Adat Kuno Menyekat Kemajuan,, bil. 79 (14/2/1949), hal. 16.
53
Ibid.
40

Berdasarkan petikan di atas, menyatakan bahawa adat-adat kuno yang diamalkan oleh

masyarakat Melayu boleh menyekat kemajuan masyarakat. Oleh itu, masyarakat diseru

kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Hanya dengan berpegang terhadap ajaran yang

terdapat di dalam al-Quran dan Hadis sahaja yang dapat memajukan diri masyarakat dan

sekaligus membebaskan tanah air dari kuasa penjajah. Melalui kepercayaan kepada ajaran

Islam juga gejala sosial akan dapat dikurangkan seperti kahwin paksa, perceraian, dan juga

khalwat.54

Selain itu, majalah ini juga ada membuat perbandingan keadaan wanita di NNM

dengan wanita Barat. Rencana tersebut bertajuk Perjuangan Wanita Barat55 disiarkan untuk

memberi kesedaran kepada golongan wanita di tanah air. Menurut majalah ini, di Amerika

selepas perang dunia pertama, golongan wanita mula berfikiran terbuka dan tidak tertutup

seperti sebelum ini dan mereka mula berani mengeluarkan pendapat bagi mempertahankan

hak mereka. Di Liverpool (London) pula, kebanyakan wanita berumur 20-an yang keluar

bekerja tidak lagi takut diejek jika keluar dari rumah. Di sekolah-sekolah di Barat juga,

terdapat ramai guru-guru dari kalangan golongan wanita. Keadaan ini menunjukkan wanita di

negara Barat mempunyai pendidikan tinggi dan majalah Hiboran mengharapkan perkara sama

berlaku kepada golongan wanita di NNM. Di dalam artikel itu juga menyatakan :

“Wanita Barat juga berani melibatkan diri dalam persatuan-


persatuan dan kelab-kelab untuk membela nasib mereka. Di dalam
persatuan dan kelab ini mereka bebas berbahas, mendapatkan
ilmu pengetahuan dan mendapatkan bantuan kebajikan umum.”56

Melalui artikel di atas, wanita yang berpersatuan akan dapat membuka minda mereka

sekaligus mereka mengetahui hak-hak mereka dan tidak sewenang-wenangnya diperdaya oleh

54
Ibid.
55
Hiboran, Perjuangan Wanita Barat, bil. 131 (18/2/1950), hal. 22.
56
Ibid, hal. 23.
41

orang lain. Majalah Hiboran bilangan 275, yang bertajuk “Majulah Terus Wanita Melayu”

juga menyeru kaum wanita :

“.......Pihak-pihak wanita menyematkan dihati dengan sematan


yang abadi dan patutlah kita, wanita-wanita bersungguh pada
menuntut pelajaran, supaya kita juga tidak kalahnya dengan
wanita-wanita bangsa asing, lihatlah dan pandanglah wanita-
wanita bangsa asing lagikan boleh maju kita juga wanita-
wanita Melayu tanah air, !kita juga mesti terus menerus
mengapai kemajuan”.57

Paparan yang disiarkan oleh majalah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata

golongan wanita di NNM untuk mencapai kemajuan seperti golongan wanita di negara Barat

terutama dalam bidang pendidikan. Hanya dengan pendidikan kaum wanita dapat

meninggikan martabat kaum wanita selain, dapat bersaing dengan kaum lelaki.

Selain itu, terdapat juga penulis wanita yang menulis mengenai keadaan wanita

Melayu, antara yang sering menulis dalam majalah Hiboran, iaitu Ibu Zain58. Pada ulang

tahun majalah ini yang ke sepuluh tahun. Ibu Zain telah menulis satu artikel berkenaan

wanita, antara isi kandungan artikel terbabit, beliau memuji para guru-guru di sekolah

perempuan Melayu dan Agama di Johor yang telah menubuhkan peti Derma Pelajaran Tinggi

Anak-Anak Perempuan Melayu Semenanjung.59 Peti derma dilancarkan bertujuan untuk

57
Hiboran, Majulah Terus Wanita Melayu, bil. 275 (1/7/1952), hal. 41.
58
Nama sebenar beliau ialah Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, iaitu Ibu
Zain.. Beliau dilahirkan di kampung Nyalas, Melaka pada 22 Januari 1903. Beliau mendapat pendidikan awal
di pra-sekolah di sebuah kindergarten di perkarangan rumah Shellabear iaitu seorang tokoh Inggeris yang
terkenal pada masa itu. Kemudian beliau menyambung pelajaran di sekolah Methodist Girls School Melaka.
Sumbangan terbesar yang dilakukan oleh beliau apabila beliau menerbitkan Bulan Melayu dan beliau sendiri
bertindak sebagai editor. Beliau juga menulis artikel dalam akhbar-akhbar tempatan termasuk Utusan Melayu,
Warta dan Lembaga Melayu. Beliau turut dilantik sebagi pengerusi akhbar Melayu Raya. Lihat Raja Ahmad
Shalaby et.al, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, hal. 42. Lihat juga Zainal Abidin Borkan et.al, Warisan Persuratan
Johor, Johor : Yayasan Warisan Johor, 1997, Trankripsi Wawancara (AP 133/U/1/6, Majlis Kebangsaan
Pentadbiran Malaysia-Biografi), Ahmad Kadir. (Peny.), Sejarah Penulisan Wanita Massa Rampaian, Kuala
Lumpur, Arkib Negara Malaysia, 1992. hal.3-4.
59
Hiboran, Hiboran Sepuluh Tahun , hal. 54.
42

membina sebuah kolej perempuan Melayu berdasarkan prinsip hidup beliau sendiri, iaitu

“Agama Dididik, Moden Dibela”. Artikel itu menyatakan :

“Kolej itu juga akan dijadikan tempat perempuan-perempuan


Melayu mendapat pendidikan dalam ilmu rumahtangga, sebagai
pemimpin, dan penganjur-penganjur membela nasib golongan
wanita.”60

Hal tersebut menunjukkan Ibu Zain amat menitikberatkan pendidikan kepada

golongan wanita. Hal ini kerana hanya dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan sahaja kaum

wanita dapat membela kaum mereka. Di dalam artikel yang sama juga Ibu Zain menyatakan

rasa dukacitanya kerana tanah air dijajah oleh bangsa asing secara tipu muslihat. Oleh itu, Ibu

Zain mahu golongan wanita bersama-sama tenaga lelaki mempunyai semangat kebangsaan

dan bekerja keras bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman penjajah.

Semangat Ibu Zain yang berkobar-kobar menunjukkan kehebatannya dalam memperjuangkan

pendidikan orang Melayu dan juga pembela nasib wanita ketika itu.

Wanita dan Kemajuan

Wanita dan kemajuan juga mendapat perhatian majalah Hiboran. Hal ini kerana, keberanian

golongan wanita pada zaman ini tidak boleh dipertikaikan. Kaum wanita mula pandai

berdikari dan tidak lagi bergantung kepada orang lelaki semata-mata. Bagi mengubah

kedudukan kaum wanita61, anak-anak yang masih dibangku sekolah telah diubah pemikiran

mereka dan diibaratkan sebagai “ombak naik pasang”.62 Kini, golongan wanita berlumba

60
Ibid, hal. 55.
61
Mengikut pendapat orang tua dulu-dulu ibu bapa hanya mahukan anak mereka pandai memasak sahaja. Hal ini
kerana bagi ibu bapa apabila besar anak-anak gadis akan masuk ke ‘ceruk dapur’ juga. Di dalam Hiboran bil ke-
79 telah menegur sikap ibu bapa yang mengurung anak-anak gadis mereka di rumah seolah-olah mereka
barangan peliharaan atau barang permainan. Keadaan ini sudah lama berlaku walaupun sudah berzaman bangsa
Melayu terjajah. Lihat : Hiboran, Wanita Dengan Kemajuan Sekarang, bil. 79 (14/2/1949), hal. 3.
62
Ibid.
43

ingin menjadi wanita yang mempunyai pendidikan. Hal ini kerana golongan wanita juga

mampu menyumbang kepada kemajuan negara.63 Terutamanya, mereka ingin menyumbang

jasa dalam membebaskan tanah air daripada penjajah dan sekaligus mendapatkan

kemerdekaan bagi NNM. Majalah Hiboran bilangan ke-79 yang membawa tajuk “ Wanita

Dengan Kemajuan Sekarang”64 menyeru :

“Supaya wanita-wanita kita yang sedang mengorak langkah di


dalam segala segi pergerakan kemahuan itu hendaklah jangan
undur dan patah apabila menerima ancaman atau kata kesat
ataupun halangan yang didatangkan oleh puak-puak yang tidak
sukakan kemajuan wanita Melayu.” 65

Sementara itu, di dalam majalah Hiboran bilangan 349-384, bertajuk “Kaum Wanita

di Tengah Masyarakat”66 juga menyentuh mengenai kehebatan golongan wanita. Hal ini

kerana golongan wanita juga mempunyai pengaruhnya. Pengarang menyatakan :

“Wahai kaum wanita yang hidup di tengah-tengah masyarakat,


jikalau kita selidiki sedalam-alamnya kaum wanita kepada
masyarakat bangsa kita sememangnya besar pengaruhnya,
bahawasanya kamu adalah satu alat yang bergerak lagi
berpengaruh kepada masyarakat, kamu adalah sebagai satu asas,
ibarat rumah sebagai satu tiang, apabila tiangnya condong tak
dapatlah tidak rumahnya ikut condong juga begitulah juga kaum
perempuan apabila adab sopan santun kamu terpelihara dengan
mengikut ajaran agama (Allah) yang maha kuasa maka baiklah
kamu dan eloklah negeri kamu yang kamu cintai..........”67

Oleh yang demikian, kaum wanita sememangnya memberi pengaruh yang besar dalam

masyarakat. Terdapat sebilangan kaum wanita yang menyumbangkan jasa kepada NNM.

63
Ibid.
64
Ibid.
65
Ibid.
66
Hiboran, Kaum Wanita Di Tengah Masyarakat, bil. 349-384 (24 April- 25 Disember 1954), hal. 8.
67
Ibid.
44

Namun, sekiranya kaum wanita diabaikan haknya boleh mendatangkan mudarat kepada

negara kerana kaum wanita akan terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti masalah

pelacuran yang banyak berlaku di NNM.

Isu Perkahwinan

Kahwin Paksa

Menurut Kamus Dewan mendefinisikan kahwin paksa sebagai kahwin tidak dengan suka hati

sendiri (kerana desakan dan ugutan).68 Menurut majalah Hiboran kahwin paksa ialah “anak

gadis dipaksa oleh ibu bapanya berkahwin dengan seorang lelaki dan lelaki itu tua ataupun

lelaki yang kurang digemari oleh anak gadis, cara paksaan yang dilakukan oleh ibu itu ada

dengan jalan berlembut atau juga dengan jalan kekerasan”.69 Gejala kahwin paksa sudah

menjadi perkara kebiasaan pada tahun 1940-an. Sehinggakan majalah Hiboran juga mengupas

tentang kahwin paksa. Dalam bilangan ke-79 satu rencana yang bertajuk “ Kahwin Paksa”70

telah disiarkan. Majalah Hiboran menyeru :

“............ lebih elok kalau hendak berkahwin sama-sama suka antara


keduanya, atau bercinta dahulu kemudian kahwin, pendeknya kalau
pemuda dan pemudi sudah mahu berumahtangga segera cari pasangan
supaya kita hidup aman dan damai.”71

Kahwin paksa boleh membawa masalah yang besar sekiranya tidak di atasi. Akibat

dari kahwin paksa akan berlakunya penceraian kerana tidak mempunyai keserasian dalam

rumahtangga. Masalah perceraian juga boleh menyebabkan masyarakat berada dalam keadaan

bermusuhan dan keamanan yang dicari selama ini akan hilang secara perlahan-lahan. Di

68
Kamus Dewan : Edisi Ketiga,, hal. 960.
69
Hiboran, Kahwin Paksa, bil. 79 (14/2/1949), hal. 19.
70
Ibid.
71
Ibid.
45

dalam rencana tersebut juga pengarang turut memberi cara mengatasinya. Antaranya ialah

sekiranya seseorang itu mengambil keputusan untuk berkahwin, mereka hendaklah berkahwin

dengan pilihan hati mereka sendiri. Hal ini kerana mereka sendiri sudah benar-benar

mengenali hati pasangan mereka. Oleh yang demikian, masalah yang berlaku selepas

berkahwin akan dapat ditangani bersama-sama.72 Permasalahan yang dapat diatasi dalam

rumahtangga juga membolehkan mereka menumpukan kepada perkara lain terutama

memajukan bangsa Melayu untuk berada sama taraf dengan kaum lain.

Kahwin Muda dan Kahwin Tua.

Majalah Hiboran pada Disember 1954 pula, menyentuh mengenai undang-undang di India

yang mahu menguatkuasakan undang-undang perkahwinan bagi lelaki yang berumur 40 tahun

dengan wanita berumur 25 tahun ke bawah. Rencana tersebut bertajuk “Kahwin Muda –

Kahwin Tua”73. Isu tersebut telah mendapat reaksi yang hangat daripada pembaca majalah

Hiboran. Masing-masing memberi pendapat yang pelbagai. Seorang pembaca daripada

Singapura bersetuju undang-undang terbabit digubal kerana dia berpendapat lelaki yang

matang mengahwini wanita muda akan membolehkan rumahtangga yang dibina akan rukun

dan damai.

Sementara, terdapat juga pembaca yang tidak bersetuju sekiranya undang-undang yang

sama dijalankan di NNM. Dia memberi alasan perbezaan umur antara suami dan isteri

mungkin akan memberi tekanan emosi kepada pihak isteri. Isteri mungkin berasa malu

mempunyai suami yang lebih tua berbanding dengan dirinya. Akibatnya rumah tangga tidak

72
Ibid.
73
Hiboran, Kahwin Muda- Kahwin Tua, bil. 349-384 (24 April- 25 Disember 1954), hal. 5.
46

akan bahagia dan perkahwinan itu diibaratkan seperti kahwin paksa.74 Isu ini dipaparkan

dalam majalah Hiboran kerana kebanyakan ibu bapa suka memaksa anak-anak mereka

berkahwin awal. Ibu bapa berpendapat pendidikan tidak penting kepada anak-anak

perempuan. Oleh yang demikian, rencana tersebut disiarkan bertujuan untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan kahwin paksa terutama jika terdapat

perbezaan umur yang ketara antara suami isteri.

Selain itu, golongan wanita yang tidak diberi pendidikan oleh ibu bapa mereka mudah

menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Ilmu pengetahuan yang kurang dalam

rumahtangga menyebabkan rumahtangga tidak bahagia. Perceraian yang berlaku turut

menimbulkan masalah lain kerana berpunca dari situ menyebabkan keluarga antara kedua-dua

belah pihak akan bermasam muka. Akibatnya kedua-dua belah pihak akan berpecah-belah

seterusnya masyarakat tidak lagi aman kerana berlakunya permusuhan dalam masyarakat.

Selain isu kahwin paksa, majalah Hiboran juga menyiarkan isu berkaitan wanita yang

menjadi janda. Rencana tersebut bertajuk “Perhatian Kepada Janda-Janda dan Anak Dara

Tua”.75 Rencana terbabit menyatakan :

“Sekarang dalam masyarkat kita Melayu, terutamanya sudah perang


dunia ke-2 ini, bilangan kaum ibu yang menjadi jand- janda dn gadis
yang menjadi anak dara tua dari sehari ke sehari adalah tambah ramai
angkatannya, bukan tujuan penulis ingin mengejek-ejek pihak yang
berkenaan, tetapi harus bersama-samalah kita menjadikan menungan
bahawasanya segala-segalanya itu ialah di antaranya disebabkan oleh
kucar-kacirnya lagi susunan barisan-barisan masyarakat kita”.76

Ulasan petikan artikel di atas, mengupas bahawa terdapat ramai golongan wanita yang

telah menjadi janda dan bertambahnya bilangan anak-anak gadis yang menjadi anak dara tua.

74
Ibid.
75
SP 87/154, Hiboran, Perhatian Kepada Janda-Janda Dan Anak Dara Tua, bil.386-436 (8/1-24/12/1955), hal. 7.
76
Ibid.
47

Bagi mengatasi masalah tersebut satu perhimpunan telah diadakan di Singapura. Perhimpunan

itu dikenali “Rapat Agung Tahunan Persatuan Kaum Ibu Melayu77 yang berlangsung di

Singapura pada 9 Januari 1955. 78

Di samping itu, pengarang juga memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pertamanya, masyarakat diseru untuk bersatu padu dan perlu menghulurkan bantuan kepada

janda-janda ini. Keduanya, masyarakat jangan memandang hina kepada golongan janda-

janda terbabit. Semangat bersatu padu akan dapat mengelakkan golongan janda-janda terasa

terasing ketika berada dalam masyarakat. Penyiaran rencana-rencana tentang isu perkahwinan

dalam majalah Hiboran dapat membuka mata masyarakat NNM tentang bahayanya masalah

tersebut dan akan membawa mudarat jika tidak diatasi segera.

Isu Pelacuran

Isu pelacuran adalah isu yang hangat diperkatakan dalam majalah Hiboran pada 1950-an,

antaranya artikel yang bertajuk “Ibu Jadi Ibu Ayam”.79Artikel ini berkenaan isu pelacuran

yang banyak berlaku di NNM. Kebanyakan wanita-wanita yang terlibat dalam gejala ini

adalah wanita dari luar NNM terutama dari negara China.80 Limpahan hidup yang diperolehi

oleh wanita-wanita asing ini menjadi ikutan gadis serta janda-janda untuk turut sama terlibat

dalam gejala yang tidak sihat ini. Terdapat juga kes-kes yang berlaku kepada anak-anak gadis

77
Persatuan ini diterajui oleh Cik Zahrah Nur Mohd sebagai presiden persatuan. Persatuan ini ditubuhkan untuk
membela nasib golongan wanita yang dtinggal oleh suami, anak-anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa,
dan wanita-wanita miskin. Lihat: Hiboran, Wanita Dan Persatuan Kebajikan, bil.349-384 (24 April- 25
Disember 1954), hal. 8.
78
SP 87/154, Hiboran, Perhatian Kepada Janda-Janda Dan Anak Dara Tua, bil. 386-436 (8/1- 24/12/1955)
hal. 7.
79
SP 87/154, Hiboran, Ibu Jadi Ibu Ayam, bil. bil.386-436 (8/1-24/12/1955) hal. 18.
80
Menurut penyata tentang pembelian wanita untuk dijadikan pelacur di Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu yang diperolehi daripada kerajaan British kepada Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) “harga yang dibayar
kepada si ibu ayam atau bapa ayam di Tanah Besar China bagi seorang anak perempuan ialah dari $ 10.00
hingga $20.00 (wang Malaya). Kemudian dijual ke Singapura dengan harga 700 hingga 2,000 ringgit. Lihat
Hiboran, Wanita Perhambaan, bil. 356 (12/6/1954), hal. 3.
48

terpaksa melibatkan diri dalam pelacuran disebabkan oleh ketidaktanggungjawaban ibu

sendiri. Keadaan ini berlaku kerana terdapat ibu yang memaksa anak-anak mereka melibatkan

diri dalam pelacuran kerana terpesona dengan kemewahan yang akan diperolehi daripada

perbuatan kotor tersebut. Anak-anak yang tidak mempunyai pendidikan ini terpaksa menurut

kata ibu mereka, jika diingkari mereka takut dikatakan derhaka kepada ibu sendiri. Majalah

Hiboran dengan jelas menyeru :

“..... orang-orang yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan


dan menyelidiki bagaimana punca dan sebabnya perempuan-perempuan
muda bangsa kita menjadi pelayan dan pelacur yang sepatutnya soal
yang menjadi halangan bagi kemajuan bangsa dan orang-orang yang
bertanggungjawab itulah yang sepatutnya mencari jalan-jalan
memperbaiki yang buruk ini.”81

Justeru, pada masa ini masyarakat perlu bersatu padu bagi memperkuatkan ukhwah

persaudaraan untuk menentang penjajah. Penceraian yang berlaku juga menyebabkan ramai

golongan wanita menjadi janda, ini akan menimbulkan masalah lain, di mana janda-janda ini

akan terlibat dalam lembah kehinaan seperti pelacuran.82 Oleh itu, pentingnya golongan

wanita mendapat pendidikan. Ibu bapa seharusnya memberi peluang kepada anak-anak

mereka mendapat pendidikan sekaligus dapat memperkuatkan masyarakat Melayu bagi

menentang sebarang bentuk penindasan oleh penjajah ke atas mereka.

81
Ibid.
82
Sekiranya golongan wanita leka dan lalai dengan kebendaan dunia yang palsu, maka rosaklah mereka. Jika
golongan ini sudah rosak dan terjeremus di lembah kehinaan maka negara akan kucar-kacir. Oleh itu bagi
menyekat diri mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat, mereka perlulah memperlengkapkan diri
dengan ajaran Islam dengan lengkap. Lihat Hiboran, Kaum Wanita Di Tengah Masyarakat, hal. 8.
49

Majalah Hiboran juga meyelar sikap golongan wanita Melayu sendiri menjadi “Ibu

Ayam”83 yang memperdagangkan anak-anak gadis Melayu. Majalah Hiboran dengan sinis

menyatakan :

“....... kebanyakkan dari ibu-ibu ayam itu adalah wanita yang


setengah umur dan lebih banyak dari yang tua, lebih-lebih
kebanyakkan dari mereka di zaman mudanya jadi pelacuran oleh
sudah tua dan tidak menarik minat laki, mereka menukar cara
penghidupan- tidak lagi mereka memperjajakan badan mereka
tetapi diperjajakan hak orang lain. Adalah dikatakan oleh
susahnya untuk menentukan ibu-ibu ayam itu dalam pergaulan
sehari-hari. Maka orang-orang yang mempunyai perhubungan
dari ibu-ibu ayam itu yang kenal dengan mereka.84

Kes-kes pelacuran di NNM tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa kerana pihak

yang terlibat dalam sindiket pelacuran bijak menyembunyikan kegiatan mereka. Majalah

Hiboran bilangan ke-356, telah menyiarkan satu rencana yang bertajuk “Wanita

Perhambaan”85 menyatakan sindiket pelacuran merasuah pengawai-pengawai polis yang

menjadi mata-mata86 sindiket untuk memberi maklumat kepada sindiket pelacuran tentang

operasi-operasi pihak berkuasa bagi membanteras pelacuran. Oleh itu, sukar untuk pihak

berkuasa menangkap mereka. Kegiatan pelacuran yang berleluasa ini menyebabkan keadaan

masyarakat Melayu berada dalam keadaan kucar-kacir.

83
Menurut Kamus Dewan mendefinnisikan ibu ayam sebagai perempun yang memperdagangkan pelacur. Lihat
: Menurut Kamus Dewan : Edisi Ketiga, hal. 475. Lihat juga : Hiboran, Wanita Perhambaan,, hal.3,
menyatakan terdapat kira-kira 9 atau 10 orang ibu ayam di seluruh Singapura.
84
Ibid
85
Ibid.
86
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga mendefinisikan mata-mata sebagai polis atau penyuluh. Dalam ertikata
yang jelas mata-mata ialah polis rahsia, polis khas yang mempunyai tugas-tugas tertentu (pada zaman darurat)
atau juga polis tentera (untuk mengawasi tatatertib tentera. Lihat Kamus Dewan : Edisi Ketiga, hal. 867.
50

Selain itu, pengarang juga menasihati kaum wanita supaya tidak terjebak dalam

kancah pelacuran kerana apabila sudah terjebak sukar untuk wanita-wanita ini berpatah

balik.87 Pemikiran orang Melayu yang cetek menyebabkan mereka mudah tertipu dan hanya

menambahkan lagi kemunduran yang selama ini membelenggu kehidupan orang Melayu.

Oleh itu, penyiaran berita-berita sebegini dalam majalah Hiboran dapat membuka mata

masyarakat Melayu tentang masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu.

Isu Pendidikan

Pendidikan di NNM sebelum kedatangan British ialah bersifat tradisional88 sebelum British

memperkenalkan pendidikan vernakular89. Walaupun British memberikan pendidikan kepada

orang Melayu tetapi orang Melayu masih ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini

kerana sikap British berat sebelah dalam memberi pendidikan kepada orang Melayu. Selain

itu, orang Melayu sendiri yang menolak pendidikan terutama ibu bapa yang memandang

serong untuk memberi pendidikan kepada anak-anak perempuan. Hal ini dibuktikan jika

dilihat di sekolah-sekolah Melayu jumlah pelajar lelaki mengatasi pelajar perempuan

87
Hiboran, Wanita Perhambaan, hal. 3.
88
Pendidikan tradisional ialah satu sistem pendidikan yang bersifat tempatan tanpa pengaruh sistem pendidikan
yang diperkenalkan oleh dunia moden. Pendidikan pondok dan sekolah rakyat diklasifikasikan sebagai sistem
pendidikan tradisional. Perbezaan yang nyata dalam sistem pendidikan tradisonal terutama dari segi struktur
organisasi, pentadbiran, kurikulum dan mata pelajaran yang diajar. Lihat Azmah Abd. Manaf, Sejarah Sosial
Masyarakat Melayu, hal. 257-258. Menurut Awang Had Salleh, pendidikan Melayu sebelum kedatangan British
umumnya berbentuk agama, lihat Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman
British, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, hal. 1.
89
British telah memperkenalkan pendidikan Melayu sekular. Dengan adanya bangunan yang didirikan khas
untuk mengajar mata pelajaran-mata pelajaran seular secara formal. Pendidikan ini bermula apabila pada tahun
1821 bila pihak penyelenggara Penang Free School memulakan pengajaran Bahasa Melayu di Gelugor, Pulau
Pinang. Sekolah Melayu secara percubaan dimulakan di Province Wellesly dalam tahun 1871. Lihat Awang Had
Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, hal. 1-2. Lihat juga Azmah Abd. Manaf,
Sejarah Sosial Masyarakat Melayu, hal. 277, Khathijah Abdul Hamid “ Penggunaan Bahasa Melayu Dalam
Pendidikan Di Malaysia”, A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu: Jilid Enam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2004, hal. 2841.
51

sebanyak 75 peratus.90 Majalah Hiboran menyelar juga ibu bapa yang mengongkong anak-

anak terutama anak-anak perempuan untuk mendapat pendidikan :

“Setiap lelaki dan perempuan keduanya berhak mendapat nasi


bagi tubuh badannya, tentulah begitu juga keduanya sama
berhak mendapat pendidikan bagi makanan untuknya. Maka, tidak
adil dan berat sebelah jadinya, lelaki sahaja diberikan
pelajarannya, dan perempuan tidak. Yang demikian, menjadikan
seolah-olah lelaki itu tamak akan faedah bagi dirinya sendiri
sahaja pihak perempuan biarlah tinggal dalam gelap dan bodoh,
perempuan-perempuan yang berpendidikan kemajuan, masih
sangat kecil bilangannya yang menyebabkan mereka itu sangat
susah hendak mencari ilmu pengetahuan. Ialah tak lain dari
kongkongan dan adat yang tidak sesuai lagi di zaman kemajuan ini
iaitu adat yang melarang anak-anak perempuan keluar rumah.”91

Kepentingan pendidikan kepada bangsa Melayu juga diperjelaskan oleh majalah

Hiboran, satu artikel yang bertajuk “Pendidikan”92 telah disiarkan. Kandungannya menyentuh

tentang pentingnya pendidikan kepada bangsa Melayu. Melalui pendidikan dapat menentukan

sama ada sesuatu bangsa itu akan menjadi maju atau mundur. Punca yang menyebabkan

bangsa Melayu menjadi mundur ialah kurangnya ilmu pengetahuan sama ada dalam pelajaran,

ilmu ekonomi dan ilmu rumahtangga.93 Bagi menerapkan pendidikan kepada anak-anak

sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa memberi kesan yang besar terhadap anak-anak

mereka. Ibu bapa akan menjadi ‘role model’ kepada anak-anak, setiap tingkah laku mereka

akan diperhati dan ditiru oleh anak-anak.94

90
Hiboran, Ketinggalan Perempuan Dalam Pelajaran Merosokkan Masyarakat Melayu, bil. 87 (16/4/1949), hal.
17.
91
Hiboran, Kewajipan Pelajaran Bagi Kaum Perempuan, bil. 218 (20/10/1951), hal. 35.
92
Hiboran, Pendidikan, bil. 274 (15/11/1952), hal. 35.
93
Ibid.
94
Ibid, hal. 36.
52

Di dalam artikel yang sama juga menyentuh kewajipan ibu bapa kepada anak-anak mereka,

iaitu:

“Ibu bapa harus mengerti iaitu, perbuatan dan percakapan kita


hari-hari berupa kasar halus, buruk baiknya itulah pendidikan
yang utama dan sangat memberi bekas dan kesan yang amat
dalam kepada anaknya........... ini adalah salah satu daripada
kewajipan yang sememangnya sentiasa kita lakukan walaupun
perkara itu tidak terus pada hati kita kewajipan yang daripada itu
masih ada lagi.” Ibu bapa haruslah, bersifat bersifat lemah
lembut, aman dan damai dirumahtangga bersih berperaturan,
dalam segala hal, berkata benar dalam segala perkara.........”95

Selain itu, melalui pendidikan juga dapat menimbulkan semangat kebangsaan kepada

anak-anak Melayu, supaya mereka sedar akan keadaan bangsa mereka sekarang. Pendidikan

yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu ditanam bersama perasaan ‘jangan berasa

rendah diri’.96 Guru-guru di sekolah juga perlu menerapkan perasaan kebangsaan kepada

anak-anak muridnya dan sentiasa memperlengkapkan diri murid-murid dengan rasa

tanggungjawab dan perlu berjiwa merdeka. Oleh itu, mereka akan sentiasa beringat dan tidak

begitu mudah ditindas oleh penjajah.

95
Ibid, hal. 35.
96
Di dalam keluaran akhbar Melayu Raya turut menyatakan antara sebab-sebab kemunduran orang Melayu, iaitu
antaranya ialah ramai murid-murid tinggal di rumah, kemiskinan menyebabkan mutu makanan dan kesihatan
rendah, tiada pengawasan yang baik dari pihak ibu bapa terhadap kelakuan anak-anak mereka, dan orang Melayu
kahwin muda sekaligus tidak dapat memberikan pelajaran yang cukup kepada anak-anak mereka. Lihat Khoo
Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia, 1984, hal. 265.
53

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, majalah Hiboran bukanlah majalah yang membawa cerita-cerita

hiburan semata-semata tetapi terdapat mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh

majalah ini. Hal ini dibuktikan melalui rencana-rencana serta artikel yang mengandungi isu

masyarakat yang serius berlaku di NNM. Ia disiarkan untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat supaya mereka peka tentang keadaan masyarakat terutama orang Melayu.

Majalah Hiboran turut menyiarkan berita luar negara tentang kehebatan dan kemodenan

masyarakat di Barat. Perkara ini dilakukan untuk rujukan masyarakat di NNM supaya mereka

membuka mata yang selama ini tertutup dengan perkara khurafat dan adat-adat kuno yang

menyekat pemikiran mereka.


54

BAB 4

PERANAN DARI SEGI POLITIK DAN EKONOMI

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan perkara berkenaan politik, dan ekonomi orang Melayu yang

pernah di siarkan oleh majalah Hiboran. Bab-bab sebelum ini menerangkan bahawa majalah

Hiboran bukan sahaja membawa berita berkenan hiburan sahaja tetapi majalah ini juga tidak

ketinggalan menyiarkan berita-berita lain seperti politik dan masalah-masalah ekonomi orang

Melayu di NNM. Kehangatan berita tentang politik di dalam majalah Hiboran adalah pada

pertengahan tahun 1950-an kerana NNM pada ketika itu berada pada fasa untuk

membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.97 Majalah Hiboran cuba menaikkan

semangat kebangsaan orang Melayu dengan menyiarkan berita-berita tentang penindasan

penjajah terhadap orang Melayu, pentingnya orang Melayu mendapat pendidikan seperti

bangsa lain, selain menyiarkan artikel berkenaan kemerdekaan yang dicapai oleh Indonesia
97
Zaman setelah Perang Dunia Kedua merupakan zaman yang jauh lebih bergelodak bagi orang Melayu dari
segi sosiopolitk. Peperangan yang baru berlalu telah mematangkan orang Melayu dari segi politik. Kuasa Barat
yang memerintah tanah air selama beberapa abad tidak lagi kelihatan perkasa yang tidak mungkin ditundukkan.
Percaturan politik yang dilaksanakan oleh kelompok-kelompok bukan Melayu selama waktu perang dan selepas
perang, telah membentuk asas yang kukuh dalam mewarnai sikap orang Melayu sendiri terhadap mereka.
Terbentuknya negara-negara baru di Asia dan Afrika teah menimbulkan satu kesedaran kepada orang Melayu
tentang masa depan mereka. Lihat : Rustam A. Sani. Ke Mana Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur : R.
Publishing Sevices. 2004, hal. 50.
55

yang dilakukan oleh rakyatnya. Selain itu, majalah Hiboran turut menyiarkan kemunduran

orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai kesedaran kepada orang Melayu.

Politik

Semangat Kebangsaan Orang Melayu

Semangat kebangsaan orang Melayu timbul apabila orang Melayu terpengaruh dengan

gerakan reformis Islam yang bermula di Mesir pada abad ke 19, di mana gerakan ini

dipelopori oleh Sheikh Mohd. Abduh.98 Semangat kebangsaan ini juga boleh dikaitkan

nasionalisme99 Melayu. Melalui semangat kebangsaan ini orang-orang Melayu mula

menubuhkan persatuan-persatuan berunsur politik sebagai perjuangan untuk mendapatkan

kemerdekaan tanah air daripada penjajah. Penubuhan persatuan pertama di NNM ialah

Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926, dan diikuti penubuhan cawangannya di

Pulau Pinang dan Melaka pada tahun 1937.100 Ekoran daripada itu, persatuan-persatuan lain

mula muncul di negeri-negeri lain seperti Persatuan Melayu Perak, Selangor, Pahang,

Kelantan, Kesatuan Melayu Muda, UMNO dan PKMM.101

Semangat kebangsaan yang terdapat dalam bidang penulisan, pada peringkat awal

hanya tertumpu pada persoalan-persoalan masyarakat terutama dalam bidang sosial dan

ekonomi. Contohnya penerbitan akhbar dan majalah seperti al-Imam, Tunas, al-Ikwan,

Utusan Melayu, al-Hikmah, Pengasas, Saudara, Idaran Zaman yang memberi tumpuan

98
Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri. Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur :
Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. 1979. hal. 222.
99
Nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa,
dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk kepeiabadian sejati. Perasaan
nasionalisme lahir berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga sesuatu bangsa itu
berasa lemah dan tertinggal dalam lapangan politik, ekonomi, sosial dan juga kebudayaan. Lihat : Abdul Latiff
Abu Bakar, Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya,
1996, hal. 130.
100
Ibid, 132.
101
Ibid.
56

kepada persoalan ekonomi, kemiskinan, pendidikan dan Islah Islamiah.102 Pada peringkat

kedua dan ketiga gerakan kebangsaan pula, di NNM lebih tertumpu kepada masalah

sosioekonomi dan politik orang Melayu. Bidang penulisan ini memainkan peranan penting

dalam gerakan kebangsaan orang-orang Melayu. Rencana-rencana di dalam akhbar-akhbar

peringkat pertama seperti al-Imam (1906), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928), Majlis (1931),

Malaya (1928), Warta Malaya (1930) dan Utusan Melayu (1939) turut memberi kesedaran

dan memperjuangkan nasib orang-orang Melayu.103

Berita-berita tentang semangat kebangsaan juga disiarkan oleh majalah Hiboran

seperti menyiarkan berita-berita berkaitan politik untuk memberi kesedaran kepada orang

Melayu supaya berjuang menuntut hak mereka yang selama ini ditindas oleh pihak penjajah.

Selepas perang dunia kedua, kesedaran orang Melayu mula timbul apabila melihat orang-

orang asing, iaitu orang Cina dan India jauh meninggalkan mereka dalam segenap aspek.104

Hal ini dijelaskan oleh majalah Hiboran :

“.......... Perang dunia kedua telah membawa banyak perubahan


kepada jiwa bangsa Melayu yang dahulunya suka tidur-tidur,
atau tidak mahu ambil berat kepada siasah negerinya orang
Melayu telah disedarkan oleh keadaan di sekelilingnya apalagi
bila bangsa-bangsa asing mula telah bertapak mendapat peluang
boleh mengambil bahagian yang sama haknya dengan bangsa
Melayu. Kesedaran ini terbitnya kerana rasa cemburu dari bangsa
Melayu yang memandang kalau terus diam-diam, sudah terang
pada suatu masa bangsa Melayu hanya menanti balas kasihan
dari bangsa-bangsa lain yang asalnya dahulu berdagang di negeri
ini”.105

102
Ibid, hal. 137.
103
Ibid.
104
Hiboran, Semangat Melayu Turun Naik, bil. 353 (22/5/1954), hal.4.
105
Ibid.
57

Petikan di atas menjelaskan bahawa selepas perang dunia ke-dua orang Melayu mulai

sedar akan hak mereka yang ditindas oeh penjajah. Oleh yang demikian, orang Melayu perlu

bangkit memperjuang hak mereka di tanah air sendiri. Sebenarnya semangat kebangsaan

orang Melayu ini telah lama berlaku, ini dapat dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

lagi.106

Semangat kebangsaan ini turut mempengaruhi golongan penuntut Melayu yang

terpengaruh melalui gerakan kbangsaan yang terdapat di luar negara. Majalah Hiboran

bilangan ke-444 menyatakan:

“Kebangunan sesuatu bangsa baik di negara mana pun, biasanya


didahului oleh kebangkitan para penuntut-penuntut bangsa itu,
mereka terlibat dahulu mempersatukan angkatan-angkatan
menjadi sebuah kesatuan penuntut yang tahu kedudukannya. Dan
menginsafi masa depannya sebagai putera-puteri akan mendokong
pertanggungjawab kepada bangsa dan negaranya”.107

Bardasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa kebangkitan golongan penuntut

dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air tidak boleh di pandang rendah. Mereka juga

memberi sumbangan yang besar dalam memerdekakan tanah air. Jika dilihat di mana-mana

negara pun kebangkitan dalam menentang penjajah banyak didasari oleh golongan

penuntut.108 Golongan penuntut-penuntut yang kebanyakan terdiri daripada golongan

pemuda-pemuda mempunyai semangat yang kental dan waja untuk membebaskan tanah air

seterusnya mendapatkan kemerdekaan untuk tanah air.

106
Semangat orang Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini dapat dilihat kepada semangat
kepahlawanan Hang Tuah dan Tun Fatimah. Namun selepas Melaka dijajah oleh Portugis semangat tersebut
semakin lama semakin pudar. Lihat Hiboran, Kebangkitan Bangsa Melayu,, bil. 75 (22/1/1949), hal. 18.
107
Hiboran, Kebangkitan Penuntut-Penuntut Melayu Jangan Diketepikan, bil. 444 (10/12/1955), hal. 3.
108
Di dalam keluaran ini majalah ini mengutuk beberapa pihak, iaitu terdapat tokoh-tokoh tertentu masing-
masing memandang sepi kepada kebangkitan penuntut Melayu. Kebangkitan penuntut Melayu dapat dilihat
dalam rapat umum yang terbesar yang pernah dilakukan oleh golongan penuntu Melayu. Rapat ini diadakan pada
27/11/1955 di Singapura. Rapat umum ini diadakan bagi membantah sikap Kementerian Pelajaran Singapura
yang mementingkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Lihat Ibid.
58

Keadaan ini dapat dilihat apabila satu perhimpunan pemuda-pemuda Melayu telah

diadakan yang menghimpunkan seluruh pemuda-pemuda di seluruh Tanah Melayu dan juga

Singapura. Perhimpunan itu disiarkan dalam majalah Hiboran yang menjelaskan mengenai :

“.......oleh itu telah tiba masanya bagi pihak pemuda Melayu


mengadakan kongres yang dapat menciptakan sejarah. Kita
percaya dalam kongres itu tentu akan dapat memperbincangkan
beberapa perkara yang penting untuk kebaikan nasib bangsa
Melayu masa akan datang serta mengkaji kedudukan negara
Melayu yang dikatakan sedang menuju berkerajaan sendiri dan
merdeka. Sudah tentu kongres pemuda ini bertujuan baik, yang
penuh dengan cita-cita tinggi dan mulia.”109

Petikan di atas menerangkan mengenai kepentingan yang akan diperolehi oleh pemuda

Melayu dalam kongres terbabit. Keadaan ini juga membuktikan bahawa semangat kebangsaan

orang Melayu begitu berkobar-kobar untuk mendapatkan hak mereka mereka yang selama ini

dinafikan oleh pihak penjajah untuk memperolehi kemerdekan.

Selain itu, dalam keluaran Hiboran yang ke-228, di bawah tajuk “Parti Kemerdekaan

Malaya”110 menyeru orang Melayu supaya bersemangat kebangsaan untuk membebaskan

tanah air. Kemerdekaan yang dihajati oleh orang Melayu hanya akan tercapai melalui

semangat bersatu-padu di kalangan orang Melayu sendiri. Majalah Hiboran menjelaskan :

109
Perhimpuanan tersebut berlangsung pada 9 dan 10 April 1955. Lihat : Hiboran, UMNO Dengan Kongres
Pemuda, bil. 394 (5/5/1955), hal. 14.
110
Parti kemerdekan ini ditubuhkan oleh Dato’ Onn yan bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.
Parti ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang Melayu dan tujuan utama penubuhannya ialah supaya
kemerdekaan tanah air di pererolehi melalui orang Melayu sendiri. Sekiranya kemerdekaan NNM diperolehi
melalui bangsa asing , tentunya orang Melayu tidak bersetuju kerana mereka akan tetap akan berada di bawah
telapak orang asing yang sudah banyak mendatangkan penderitaan kepada mereka selama ini. Dato’ Onn amat
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan beliau juga mengharapkan perkara yang sama dilakukan oleh
orang-orang Melayu bagi melayakkan mereka memerintah sendiri tanpa ada campur tangan daripada orang
asing. Lihat Hiboran, Parti Kemerdekaan Malaya, bil 228 (29/12/1951), hal.38.
59

“Banyak fikiran-fikiran yang mengatakan segala kemungkinan


yang akan terjadi atau yang akan dihadapi yang terbit dari lain-
lain bangsa itu boleh diatasi kalau seluruh bangsa Melayu
“bersatu” maka dengan bersatu bangsa Melayu seluruhnya, cukup
terang yang bangsa Melayu akan menjadi satu bangsa yang kuat
tidak mudah dikucar-kacirkan. Atau tidak mudah ditindas.”111

Bagi membangkitkan semangat orang Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan

tanah air yang sudah lama dihajati, majalah Hiboran bilangan yang ke-192, menyiarkan berita

mengenai cogankata yang selama ini digunakan oleh parti UMNO, iaitu “Hidup Melayu”

telah digantikan dengan kata-kata “Merdeka”.112 Cogankata yang baru ini sememangnya tepat

dengan kehendak orang Melayu pada ketika itu yang begitu dahagakan pembebasan tanah air

dan cogankata itu juga dapat menaikkan semangat kebangsaan orang Melayu. Selain itu,

cogankata “Merdeka” juga digunakan bagi menunjukkan kerjasama semua orang Melayu bagi

menentang penubuhan Malayan Union.

111
Hiboran, Barisan Kebangsaan Melayu, bil. 425 )8/10/1955), hal. 17.
112
Di dalam persidangan UMNO pada tahun 1946, yang diadakan di Kelab Sulaiman, terdapat cadangan
cogankata “merdeka” dijadikan sebagai kata-kata yang dapat membangkitkan semangat kebangsaan orang
Melayu. Namun, cadangan terbabit telah ditentang oleh beberapa orang pemimpin. Dengan itu, cogankata bagi
salam kemerdekaan yang digunakan adalah “Hidup Melayu”. Lihat Hiboran, Hidup Melayu Digantikan
‘Merdeka, bil. 192 (21/4/1951), hal. 14.
60

Penentangan Terhadap Malayan Union113

Majalah Hiboran juga menyiarkan penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap

penubuhan Malayan Union oleh pihak penjajah. Pengarang majalah Hiboran yang terkenal,

iaitu Harun Aminurrashid menulis artikel terbabit pada keluaran majalah ini yang ke-436,

yang bertajuk “Mempertahankan Kebangsaan Melayu”.114 Artikel tersebut mengulas :

“Mempertahankan hak kita adalah satu kerja yang mustahak pada tiap-
tiap manusia, dan itu adalah satu perjuangan yang mesti dituntut oleh
kekuatan cita-cita kita sendiri dengan azam yang tidak dapat dipatah-
dipatahkan oleh sesiapa pun. Apalagi soal memperjuang
mempertahankan hak kita itu adalah perkara yang besar seperti soal
‘Kebangsaan Melayu’ iaitu menentukan nasib bangsa sendiri, bukan
diatas tanah orang lain beerti perjuangan kita itu tidak menganggu
orang lain, iaitu hak bangsa Melayu sendiri yang diperjuangkan oleh
bangsa Melayu sendiri.”115

Menerusi artikel terbabit juga Harun Aminurrashid menjelaskan bahawa pihak British

telah menyebarkan fahaman yang mahu menyatukan semua masyarakat di NNM dan juga di

Singapura untuk diletakkan bersama-sama di bawah satu gagasan yang dikenali sebagai

“Malayan Union”.116 Terdapat tujuan yang tersembunyi mengenai penubuhan gagasan yang

baru itu. Tujuannya adalah pihak penjajah mahu menghapuskan keistimewaan yang diperolehi

oleh orang Melayu selama ini. Namun, gagasan itu tidak berjaya kerana tidak mendapat

sokongan daripada orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu begitu taat dan berdiri

113
Malayan Union ditubuhkan pada bulan April oleh kerajan British bagi menggantikan persatuan yang terdiri
daripada empat buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), lima Negeri Melayu Tak Bersekutu (NNMTB)
dan tiga buah Negeri-Negeri Selat (NNS). Ia bertujuan untuk memusatkan pentadbiran yang akan mewujudkan
kesetiaan kepada British. Namun, terdapat tiga perkara dalam Malayan Union yang amat menyingung orang-
orang Melayu iaitu, kehilangan identiti negeri-negeri Melayu, kehilangan kedaulatan raja-raja ke atas negeri-
negeri Melayu dan penawaran kerakyatan kepada bukan Melayu. Oleh itu, orang-orang Melayu telah
menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) yang menggunakan susunan politik Melayu
tradisional untuk menyelaraskan penentangan secara meluas terhadap British dan juga Malayan Union. Lihat
Kevin Young, Wileam C.F. Bussink dan Parvez Hasan, Pertumbuhan dan Keadilan Dalam Masyarakat Majmuk,
Kuala Lumpur : Jabatan Penerbit Universiti Malaya, 1980, hal.17.
114
Hiboran, Mempertahankan ‘Kebangsaan Melayu, bil. 436 (24/12/1955), hal. 17.
115
Ibid.
116
Ibid.
61

bersama-sama di atas satu semangat ‘Kebangsaan Melayu’ dan mereka tidak mudah

diperbodohkan oleh pihak penjajah.117

Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada seluruh masyarakat di

NNM sebaliknya pengawai-pengawai British yang pernah berkhidmat di NNM juga

menyatakan sokongan mereka kepada orang Melayu yang menentang gagasan tesebut.118

Akibat daripada penentangan oleh seluruh penduduk di NNM gagasan tesebut terpaksa

dibubarkan dan telah diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Menuju Kemerdekaan Tanah Air

Majalah Hiboran memainkan peranan penting semasa NNM meniti hari-hari untuk

menyambut kemerdekaan tanah air. Hal ini kerana ketika NNM mahu menyambut

kemerdekaan, majalah Hiboran banyak sekali menyiarkan artikel berkenaan kemerdekaan

yang akan dicapai oleh NNM. Antara artikel-artikel yang disiar oleh majalah Hiboran

berkisar tentang kemerdekaan ialah Kita Belum Merdeka, Pendidikan Rakyat Ke

Kemerdekaan, Malaya Dengan Kemerdekaan, Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Bangsa,

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Air, dan Kita Belum Merdeka. Majalah ini juga sentiasa

memberi ingatan kepada orang Melayu, walaupun tanah air mereka akan dibebaskan dari

belenggu penjajahan yang selama ini mengikat mereka tetapi orang Melayu tidak boleh lalai.

Majalah ini memberi contoh bahawa walaupun selama empat abad NNM telah terjajah oleh

bangsa asing. Tetapi kebudayaan Melayu tidak luntur terutama sekali kebudayaan Melayu

dari segi bahasa.119

117
Ibid.
118
Ibid.
119
Hiboran, Bangsa, Tanah Air, bil. 359 (3/7/1954), hal. 14.
62

Sementara itu, di dalam keluaran majalah Hiboran yang ke-446, yang bertajuk

“Malaya Dengan Kemerdekaan” menyiarkan berita berkenaan gema kemerdekaan yang

begitu berkumandang di seluruh tanah air. Isu kandungannya menyentuh mengenai tarikh

kemerdekaan yang akan dicapai oleh NNM, iaitu pada 31 Ogos 1957. Tarikh tersebut telah

dipilih semasa perundingan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman di London.

Selain itu, majalah ini juga menyiarkan berita-berita di luar negara yang berkaitan

dengan kemerdekaan yang dicapai oleh negara lain bagi memberi kesedaran kepada orang

Melayu. Dalam bilangan yang ke-368 yang bertajuk “Afrika Barat Dengan Kemerdekaan”

beritanya menyentuh mengenai semangat orang di Afrika yang bergerak menuntut

kemerdekaan tanah air mereka. Suasana di sana berbeza kerana masyarakat di Afrika tidak

membenci Perancis tetapi mereka bencikan penjajahan. Oleh yang demikian, mereka mahu

membebaskan diri dan negara dari segala bentuk penjajahan.120 Mereka tidak mahu sebarang

permusuhan dengan Perancis kerana walaupun selepas negara mereka memperolehi

kemerdekaan mereka masih memerlukan lagi bantuan Perancis untuk membantu mereka

membangunkan negara Afrika. Berita-berita sebegini disiarkan kepada pembaca di NNM

supaya orang Melayu sedar akan perkembangan-perkembangan yang berlaku di negara-

negara lain.

120
Hiboran, Afrika Barat Dengan Kemerdekaan, bil. 368 (4/9/1954), hal. 6.
63

Ekonomi

Majalah Hiboran juga berperanan menyiarkan berita-berita ekonomi, terdapat satu ruangan di

dalam majalah ini yang membincangkan secara khusus keadaan ekonomi orang Melayu yang

dikenali sebagai ‘Ruangan Ekonomi’.121 Ruangan ini kebiasaanya berada di muka surat lapan

belas. Majalah ini menjelaskan bahawa soal ekonomi adalah soal yang amat penting kerana

maju mundurnya masyarakat di sesebuah negara itu berkait rapat dengan bidang ekonomi.122

Masalah jurang ekonomi antara orang Melayu dengan kaum lain yang diselindungi oleh pihak

penjajah terbongkar apabila orang Melayu mulai sedar akan kemunduran mereka dalam

bidang ekonomi.123 Antara faktor jurang perbezaan orang Melayu dengan orang asing apabila

terdapat sebanyak lima puluh peratus orang Melayu berada di kawasan kampung, separuh

orang Cina berada di bandar-bandar dan majoriti orang India ditempatkan di estet-estet.124

Penguasaan ekonomi oleh bangsa asing jelas dinyatakan oleh majalah Hiboran seperti berikut

“Bangsa Cina dan India yang menunpangi di sekitar tanh air kita
ini, mereka telah menjadi kaya raya dengan mempunyai rumah-
rumah perniagaan berpuluh-puluh pintu dan kebn-kebun getah
yang beratus-ratus ekar banyaknya, dari manakah datangnya
harta-harta yang bersekian banyak itu?Tidak lain ialah lantaran
mereka tabah dan cekal berjuang dalam lapangan perniagaan.
Pada hal apakah modal-modal yang dibawanya sewaktu mereka
mulai menjejakkan kainya ke bumi Malaya ini?.....” 125

121
Di dalam bilangan ke-165, pengarang majalah ini menyatakan bahawa majalah ini banyak sekali menyiarkan
dan membincangkan hal-hal kemunduran ekonomi orang Melayu berbanding majalah-majalah lain. Kehangatan
isu ini bukan hanya dari tulisan pengarangnya tetapi juga dibuat oleh golongan cerdik pandai sendiri yang mana
ulasan mereka di siarkan di dalam majalah Hiboran. Lihat Hiboran, Kemajuan Ekonomi Dan Kita, bil. 165
(14/10/1950), hal. 14.
122
Hiboran, Ekonomi Dan Perniagaan, bil.222 (17/11/1951), hal. 14.
123
B. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,
1985, hal. 264.
124
S. Husin Ali, Malay Peasent Society And Leadership, Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1975, hal. 23.
125
Hiboran, Bangsa Kita dalam lapangan Perniagaan, bil. 220(3/11/1951), hal. 37.
64

Petikan di atas menjelaskan bahawa pada ketika itu orang Melayu berada begitu jauh

berbanding bangsa asing terutama orang Cina dalam bidang ekonomi terutama dalam sektor

perniagaan. Keciciran orang Melayu di dalam bidang ini disebabkan oleh sikap orang Melayu

sendiri yang bersikap alpa. Sedangkan bangsa asing seperti Cina dan India sebelum mencapai

kejayaan yang mereka kecapi kini, keadaan mereka sama sekali berbeza sebelum mereka

berjaya. Orang-orang Cina yang datang ke NNM hanya sehelai sepinggang, tetapi

berbekalkan semangat dan kegigihan bekerja, mereka dapat mencapai kejayaan sehingga

menjadi tauke-tauke besar126 di NNM.127

Sebaliknya pula, berlaku kepada orang Melayu, mereka yang terpaksa makan gaji

dengan tauke-tauke besar ini sedangkan mereka berada di tanah air mereka sendiri. Orang

Melayu tercicir dalam bidang perniagaan bukan disebabkan tidak mempunyai modal yang

banyak, namun mereka tidak mempunyai ‘semangat berniaga’ seperti kaum Cina. Oleh yang

demikian, majalah Hiboran telah memberi beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut.

Antaranya, ialah dengan memberi pelajaran yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Hal

ini kerana hanya pelajaran sahaja yang akan membolehkan anak-anak Melayu mendapat ilmu

pengetahuan seterusnya bangkit meninggikan taraf hidup mereka. 128 Petikan artikel tersebut

seperti di bawah :

“......yang mesti ditanamkan oleh orang Melayu dalam jiwanya


ialah ‘semangat mahu berniaga’, dari itu dari skarang orang
Melayu mestilah menyediakan wang untuk memberi anaknya
pelajaran dan mestilah tetap dan janganlah sahaja harapkan
anak-anak itu nanti lepas nantinya akan bekerja dengan kerajaan
tapi hantarlah berkerja digedung-gedung besar di tanah air
kita”.129

126
Menurut Laurence K.L Siaw menjelaskan bahawa selepas perang dunia pertama terdapat ramai orang Cina
yang menjadi towkey bagi ladang-ladang getah. Lihat Laurence K.L Siaw, Chinese Society In Rural Malaysia : A
Local History Of The Chinese In Titi, Jelebu, New York : Oxford University Press, 1983, hl. 38-39.
127
Sekiranya diperhatikan di bandar besar orang yang memonopoli perniagan adalah bangsa Cina. Keadaan
membuktikan orang Melayu sememangnya jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. Lihat Hiboran, Ekonomi
Dan Perniagaan,, bil.222 (17/11/1951), hal. 14.
128
Hiboran, Ekonomi Melayu, bil. 480 (27/10/1956), hal. 18.
129
Ibid.
65

Selain itu, majalah ini juga menjelaskan bahawa keciciran ekonomi orang Melayu juga

di sebabkan oleh sikap orang Melayu yang mempunyai perasaan hasad dengki sesama

mereka. Sekiranya mereka melihat melihat saingan mereka mendapat keuntungan yang besar

mereka akan berusaha untuk menjatuhkan saingan mereka. Keadaan inilah yang

menyebabkan ekonomi orang Melayu tidak dapat berkembang kerana adanya perasaan hasad

dengki.

Selain itu, di dalam keluaran ke-167, majalah Hiboran telah menyiarkan ulasan

seorang pembaca yang bernama Mohd. Sharif Azali130. Reaksi daripada pembaca

membuktikan bahawa penyiaran berita-berita oleh majalah Hiboran berkenaan kemunduran

orang Melayu dalam pelbagai lapangan ekonomi sememangnya berlaku di NNM.

Kemunduran orang Melayu ini juga jelas kelihatan pada perusahaan yang mereka jalankan.

Majalah Hiboran bilangan ke-225 yang bertajuk “Mundurnya Kedai-Kedai Perniagaan

Melayu”131 menjelaskan bahawa orang-orang Melayu yang berniaga mempunyai sifat yang

berbeza berbanding orang asing dalam cara berniaga. Orang Melayu suka meletakkan harga

yang tinggi ke atas sesuatu barang sedangkan barang yang serupa di jual murah oleh peniaga

130
Hiboran, Perbezaan Perusahaan Bangsa Cina-Melayu, bil. 167 (28/10/1950), hal. 18. Pembaca terbabit
bersetuju dengan ulasan majalah Hiboran dalam isu masyarakat Melayu ketinggalan dalam lapangan perniagaan
berbanding kaum lain. Hal ini kerana, bagi beliau, beliau melihat bahawa di semua tempat terutama di bandar-
bandar besar di Semenanjung Tanah Melayu orang Melayu jauh mundur dalam ekonomi khususnya dalam
bidang perniagaan. Keadaan ini dibuktikan apabila beliau menyatakan bahawa perniagaan eksport dan import
banyak dikuasai oleh kaum Cina. Pembaca terbabit juga menyatakan bahawa orang Cina berjaya di dalam
lapangan ekonomi bukannya disebabkan tuah semata-mata, sebaliknya berputik dari usaha mereka yang begitu
cekal. Mereka bekerja tidak mengenal erti lelah kerana jika dibanding dengan orang Melayu, kaum Cina bermula
dari bawah mereka mengusahakan tanah-tanah yang dianggap tidak berguna oleh orang Melayu sehingga tanah
terbabit menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Hasil dari keuntungan terbabit mereka
mula berjinak-jinak dalam perusahaan lain seperti perusahaan bijih timah. Kepandaian mereka inilah yang
membolehkan mereka menjadi tauke-tauke besar sehinggakan sebahagian daripada mereka mula menjadi
pemimjam-pemimjam modal kepada perusahaan orang Melayu. Pembaca terbabit juga menyatakan bahawa sifat
berniaga orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Hal ini kerana orang Melayu yang sudah berjaya sedikit
dalam perusahan mereka mula leka dan lalai dan hanya mahu berjaya setakat itu, tidak mahu berusaha lagi
untuk mendapat kejayaan yang lebih besar. Mereka juga bersikap mementingkan diri sendiri kerana tidak
berusaha untuk memajukan bangsa sendiri dan kadang-kadang mereka sendiri yang menjatuhkan bangsa mereka
sendiri.
131
Hiboran, Mundurnya Kedai-Kedai Perniagaan Melayu, bil. 225 (8/12/1951), hal. 18.
66

Cina. Cara layanan yang diberi kepada pelanggan juga berbeza antara peniaga Melayu dengan

peniaga Cina. Pelanggan yang tinggal di kampung-kampung dan desa tidak diberi layanan

yang baik oleh peniaga Melayu. Hal ini kerana peniaga memandang negatif pelanggan yang

datang dari desa dan mengangap pelanggan tersebut tidak mempunyai wang dan hanya akan

menyusahkan. Cara berniaga orang Melayu yang sebegini seharusnya diubah kerana berpunca

dari situlah yang menyebabkan kemunduran orang Melayu.132

Selain itu, kemunduran bangsa Melayu juga berpunca daripada penjajahan yang

dilakukan oleh pihak British ke atas NNM. Sebelum kedatangan penjajah Barat ke NNM,

orang-orang Melayu memang terkenal dengan kehebatan dalam bidang pelayaran dan juga

perniagaan. Perniagaan bangsa Melayu bukan hanya setakat di sekitar alam Melayu tetapi

menjangkau hingga ke negeri China, Siam, India dan juga Ceylon.133 Orang Melayu sejak

dahulu lagi juga sudah cenderung dalam bidang perniagaan yang mahir seperti membuka

kedai kain, kedai buku, kedai runcit, kedai perabot, tukang jahit, tukang gunting dan tukang

besi.134. Namun, selepas kedatangan penjajah Barat, monopoli orang Melayu terhapus kerana

pihak penjajah mengadakan sistem pintu terbuka kepada pedagang asing.135 Bermula dari sini

ekonomi Melayu mula terhapus sedikit demi sedikit. Majalah Hiboran dengan tegas

mengatakan bahawa orang Melayu telah terjajah dari dua segi, iaitu dalam bidang politik dan

juga ekonomi.

132
Hiboran, Perbezaan Perusahaan Bangsa Cina-Melayu, hal. 18
133
Hiboran, Belenggu Ekonomi, bil. 381 (4/12/1954), hal. 14. Di dalam keluaran ini juga pengarang menyatakan
bahawa sememengnya sesiapa yang menjadi ahli perniagaan mesti menjadi ahli pelayaran, iaitu orang yang akan
memperdagangkan hasil dagangan mereka. Bandar yang dilawati oleh mereka ialah Melaka dan Singapura.
Sistem yang mereka gunakan dalam perniagaan mereka adalah ‘Sistem Barter’, iaitu sistem tukar barang.
134
Hiboran, Kejatuhan Perniagaan Melayu, bil 156 (12/8/1950), hal. 20.
135
Hiboran, Belenggu Ekonomi, hal. 14
67

Kesimpulan

Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh majalah Hiboran dari segi politik dan ekonomi

dapat menonjolkan kreabiliti majalah ini. Hal ini kerana majalah ini tidak lupa untuk

membincangkan isu-isu serius yang berkaitan dengan politik dan ekonomi Melayu. Hal ini

sekaligus membolehkannya berperanan untuk membangkitkan kesedaran kepada masyarakat

terutama orang Melayu di samping memberi hiburan ringan kepada masyarakat Melayu.

Kesedaran yang cuba dicetuskan oleh majalah ini melalui paparan artikel-artikel tertentu

nampak berkesan kerana orang Melayu mulai sedar bahawa mereka sudah jauh ketinggalan

berbanding kaum lain dari semua aspek. Walaupun, kesedaran yang disampaikan oleh

majalah ini tidak menyeluruh kepada semua orang Melayu, tetapi cetusan yang dimainkan

oleh majalah ini dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk berubah.
68

BAB 5

KESIMPULAN

Majalah Hiboran adalah sebuah majalah yang berbentuk hiburan. Tujuan ia diterbitkan adalah

untuk memberi hiburan ringan kepada pembaca. Namun begitu, setelah majalah Hiboran

diambil alih Harun Aminurrashid yang sememangnya di kenali sebagai reformis dan ‘seorang

yang mempunyai semangat kebangsaan’, majalah Hiboran mula memberi penekanan untuk

menyiarkan berita-berita politik, ekonomi dan juga sosial bagi memperjuangkan hak-hak

orang Melayu.

Kemunduran dan ketidakadilan penjajah terhadap orang Melayu menjadi pencetus

kepada majalah Hiboran untuk menjadi suara masyarakat bagi NNM pada ketika itu. Hal ini

dapat dilihat dari segi sosial, di mana sebelum ini terdapat sebilangan besar ibu bapa yang

menghalang anak-anak mereka daripada mendapat pendidikan di sekolah. Hal ini kerana

mereka takut anak-anak akan terpengaruh dengan agama penjajah dan meninggalkan budaya

dan adat resam yang mereka pegang selama ini. Ibu bapa berfikiran sedemikian kerana

kebanyakkan sekolah-sekolah yang dibuka di NNM adalah kepunyaan pihak penjajah.


69

Oleh itu, ibu bapa takut anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah ini akan

meninggalkan agama yang dianuti selama ini, iaitu Agama Islam. Kelangsungan berita-berita

tentang pendidikan yang dibawa oleh majalah Hiboran ada juga menampakkan

keberkesanannya. Walaupun kesan tersebut tidak nampak secara langsung tetapi terdapat

sedikit perubahan berlaku kepada masyarakat NMM. Hal ini dibuktikan, menjelang

penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ditubuhkan terdapat kira-kira 130 buah

sekolah di NNMB , iaitu 84 buah di Perak, 28 buah di Selangor dan 9 buah di Negeri

Sembilan dan seterusnya bilangan sekolah semakin bertambah dari tahun ke setahun.136

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh majalah Hiboran mulai

menampakkan kesan apabila ramai ibu bapa yang mula menghantar anak-anak mereka ke

sekolah. Kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Melayu terserlah apabila sebilangan mereka

berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka

mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tetapi terdapat juga sebahagian daripada

mereka melibatkan dalam persatuan semasa di luar negara dan apabila pulang ke NNM

mereka mula menyebarkan idea-idea nasionalisme kepada masyarakat NNM. Idea tersebut

disambut baik oleh penduduk NNM apabila idea ini banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar dan

majalah di NNM termasuk juga majalah Hiboran.

Majalah Hiboran juga mempersoalkan kemunduran orang Melayu dalam bidang

ekonomi. Kemunduran orang Melayu dalam lapangan ekonomi jelas kelihatan apabila bidang

ini banyak dimonopoli oleh kaum-kaum lain terutama kaum Cina. Monopoli mereka jelas

kelihatan dalam bidang peruncitan, eksport, import, dan perusahaan. Oleh itu, majalah

Hiboran cuba memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang ketenatan yang mereka

136
Zainal Kling, Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publcations dan Distributors, 1977, hal 140.
70

hadapi dalam lapangan ekonomi. Kemunduran ini adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu

sendiri yang tidak mahu bersaing, selain orang Melayu yang mempunyai sifat malas berusaha.

Apabila berjaya mereka tidak mahu terus berusaha untuk terus berjaya mahupun melibatkan

diri dalam perusahaan lain dan hanya berpuas hati dengan kejayaan kecil yang mereka

perolehi.

Selain itu, menurut majalah Hiboran orang Melayu juga tidak bijak dalam soal

berniaga. Hal ini dapat dilihat, apabila orang Melayu memberi layanan yang berbeza antara

layanan terhadap golongan kaya dan miskin. Perbezaaan taraf antara golongan kaya dengan

miskin menunjukkan sikap orang Melayu yang pilih kasih. Hal inilah yang menyebabkan

kedai-kedai orang Melayu semakin mundur. Sedangkan orang Cina mempunyai sikap yang

berbeza, iaitu mereka memberi layanan yang sama rata tidak kira orang kaya mahupun orang

miskin. Kesedaran inilah ingin diubah oleh majalah Hiboran dikalangan orang Melayu.

Perubahan tersebut dapat dilihat di dalam keluaran majalah Hiboran yang ke-232,

mengatakan bahawa berlaku perubahan kepada orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Kedai-kedai perniagaan telah banyak tumbuh di seluruh NNM dari modal dan juga kerjasama

antara orang-orang Melayu. Hal ini merupakan satu kesedaran bangsa Melayu yang mahu

maju dalam bidang ekonomi setanding dengan kaum-kaum lain. Walaupun, bangsa Melayu

jauh ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi tetapi dengan kerjasama orang Melayu

menyumbang modal bersama-sama untuk mengerakkan perusahaan akan dapat membantu

perusahaan orang Melayu setanding dengan bangsa asing.137

137
Hiboran, Syarikat-Syarikat Pernigaan Bangsa Kita, bil. 232 (2/2/1952),hal. 14.
71

Selain itu, majalah Hiboran juga memberi kesedaran kepada orang Melayu melalui

berita-berita politik yang disiarkan. Berita-berita seperti penentangan orang Melayu terhadap

Malayan Union menunjukkan kesedaran orang Melayu dalam politik telah timbul. Perluasan

kuasa penjajah ke atas NNM pada awal abad ke-20 telah menyemarakkan semangat

kebangsaan dikalangan masyarakat di NNM. Pada peringkat awal kesedaran kebangsaan

orang Melayu dipelopori majalah al-Imam (1906)138 dengan menyiarkan cerita-cerita yang

membela nasib orang Melayu secara menyeluruh.139

Kesedaran orang Melayu dalam politik juga dapat dilihat apabila ramai pemuda-

pemuda Melayu yang melibatkan diri dalam politik. Bermulanya keterlibatan golongan muda

ini timbul akibat terpengaruh semasa mereka belajar di luar negara terutama di Mesir, mereka

terpengaruh dengan gerakan islah yang didokong oleh Muhammmad Abduh yang dibantu

oleh Rashid Rida. Setelah pulang ke tanah air mereka mula menyebarkannya melalui

persatuan dan kesatuan yang mereka tubuhkan. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda,

mereka bukannya aktivis politik yang sebenarnya tetapi mereka bercita-cita melihat

masyarakat Melayu bangkit untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.140

Semangat politik seperti ini yang cuba dicetus oleh majalah Hiboran kerana pemuda Melayu

semakin lalai dengan tanggungjawab mereka untuk membebaskan tanah air dari cengkaman

penjajah. Kesedaran timbul kembali dalam berpolitik dapat dilihat dalam keluaran Hiboran

yang ke-399 yang menyiarkan pendapat Kongres Pemuda Melayu141:

138
Tujuan majalah ini dterbitkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mohd Salim al-Kalali
“mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan
menyampaikan suara yang menyeru kebajikan”. Lihat William R. Roff, Nasionalisme Melayu, (Terj.) Ahmad
Boestamam, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2003, hal.155.
139
Abdul Latiff Abu Bakar, Melaka Dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, hal. 30.
140
Khoo Kay Kim, Suasana Politik Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia II Di Dalam : Malaysia, Sejarah
dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1979, hal. 181.
141
Kongres Pemuda Melayu (KPM) telah diadakan pada 8 April 1955 di Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur.
Tujuan diadakan KPM ini adalah untuk memperbincangkan pilihan raya, bentuk kerajaan dan kedudukan pilitik
orang Melayu, termasuk soal kerakyatan. Kongres ini dihadiri oleh pemuda-pemuda Melayu daripada 44 buah
persatuan politik dan persatuan pemuda dari seluruh Semenanjung. Sokongan utamanya diterima daripada Parti
72

“Sebagai satu bangsa yang masih berlutut di bawah naungan


penjajahan, keadaan mana telah berpuluh tahun kita telah berusaha
melepaskan diri dari rantai jajahan tadi, suka dengan adanya
keputusan dari kogres bersejarah itu mendapat satu hasil yang makin
memperteguhkan lagi azam kita dan dapat menyusun langkah yang
lebih jitu dan tepat.”142

Majalah Hiboran juga menyiarkan berita-berita perjuangan pejuang-pejuang

kemerdekaan luar negara terutama dari Indonesia, antaranya Raden Anjeng Kartini143.

Penyiaran berita itu sebagai menaikkan semangat orang Melayu dalam berpolitik dan

berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air seperti mana pejuang-pejuang di Indonesia.

Kesan terbesar yang dapat dari segi politik ini ialah apabila NNM berjaya memperolehi

kemedekaan pada 31 Ogos 1957. Walaupun majalah Hiboran bukanlah teraju utama yang

membawa kepada kemerdekaan tanah air tetapi suara yang dibawa oleh majalah ini telah

didengar oleh orang Melayu sehingga mereka mulai sedar akan kelalaian mereka selama ini.

Perjuangan majalah Hiboran sebagai saluran suara masyarakat jelas kelihatan bagi

memperjuang hak-hak orang Melayu dan juga untuk meningkatkan kemajuan bangsa Melayu.

Negara dan Persatuan Melayu Semenanjung (PMS), malah kedua- duanya dianggap sebagai penganjur kongres
itu. Lihat Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2004, hal. 375.
142
Hiboran, Menyongsong Kongres Pemuda Melayu, bil. 399 (9/9/1955), hal. 10.
143
Perjuangan Raden Anjeng Kartini memperjuangkan nasib wanita Indonesia yang dibelenggu dalam semua
aspek kehidupan. Beliau dilahirkan pada 21 April 1879 dalam sebuah keluarga bangsawan yang berpegang kuat
dengan adat tradisi. Oleh kerana, keluarganya berpegang kuat dengan adat tradisi, beliau tidak dibenarkan untuk
keluar belajar. Namun, setelah 4 tahun terkurung beliau telah memecah tradisi keluarganya dengan keluar dari
rumah dan memperjuangkan nasib wanita-wanita di Indonesia. Beliau telah menyeru supaya golongan wanita
diberi hak yang sama dengan kaum lelaki dalam pendidikan. Beliau juga meminta kerajaan menubuhkan sebuah
sekolah untuk golongan wanita. Kehebatan pejuang-pejuang wanita ini disiarkan dalam majalah ini untuk
memberi kesedaran kepada wanita di NNM untuk sama-sama berganding tenaga dengan kaum lelaki
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Hiboran, Raden Anjeng Kartini, bil. 348 (17/4/1954), hal. 7.
73

SUMBER PRIMER

Majalah

Hiboran, 1946

Hiboran, 1947

Hiboran, 1948

Hiboran,1949

Hiboran, 1950

Hiboran, 1951

Hiboran, 1952

Hiboran, 1954

Hiboran, 1956

Hiboran sepuluh tahun

Surat Persendirian

SP 87/154 Hiboran, Orang Melayu Dengan Kebangsaan, bil. 386-436


(8 Januari-24 Disember 1955).

SP 87/154 Hiboran, Perhatian Kepada Janda-Janda Dan Anak Dara Tua. bil.386-
436 (8/1-24/12/1955).

SP. 75/A/141 Hilangnya Seorang Lagi Pejuang Kebangsaan Melayu.

SP 75/P.20 Anak Panglima Awang,

SP/ 75/ P. 24 Panglima Awang,

SP 75/ P. 17 Chatetan Ke Tanah Suci

Report

Blue Book For The Year 1946 “ Colony of Singapore”.


74

SUMBER SEKUNDER

Buku-Buku

A.M. Iskandar Hj. Ahmad, Persuratkhabaran Melayu 1876-1968, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1973.

Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri, Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden,
Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd, 1979.

Abdul Latiff Abu Bakar, Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya, 1996.

Abdullah Hussain, Harun Aminurrsahid : Pembangkit Semangat Kebangsaan, Kuala Lumpur


: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1982.

Ahmad Kadir & Jaafar Sidek Abdul Rahman, (Peny.), Sejarah Penulisan Wanita Massa
Rampaian, Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia, 1992.

Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2001.

B. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-196, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 1985.

Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Selangor : Pejabat Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
(PERTIWI), 2004.

Haja Maideen, Tragedi Natrah : Kontreversi Maria Hertogh, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd,
1989.

Hamedi Mohd Adnan, Penerbitan Majalah di Malaysia : Isu-Isu dan Cabaran, Selangor :
Karisma Publications Sdn. Bhd, 2002.

______________, Direktori Majalah-Majalah Sebelum Merdeka, Kuala Lumpur :


Penerbit Universiti Malaya, 2002.

Kevin Young, Wileam C.F. Bussink dan Parvez Hasan, Pertumbuhan dan Keadilan Dalam
Masyarakat Majmuk, Kuala Lumpur : Jabatan Penerbit Universiti Malaya, 1980.

Khathijah Abdul Hamid, “ Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Di Malaysia”, A.


Aziz Deraman, Tamadun Melayu: Jilid Enam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2004.
75

Khoo Kay Kim, Suasana Politik Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia II Di Dalam :
Malaysia, Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah
Malaysia, 1979.

_______________, Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah, Kuala Lumpur :
Perpustakaan Universiti Malaya, 1984.

__________________,Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium


Malaysia, 1984.

Laurence K.L Siaw, Chinese Society In Rural Malaysia : A Local History Of The Chinese In
Titi, Jelebu, New York : Oxford University Press, 1983.

Mahathir Mohamad, Dilema Melayu, (Terj. Ibrahim Bin Saad), Kuala Lumpur.: Federal
Publications, 1982.

Nik Ahmad Nik Hassan, “ The Malay Press”.JMBRAS, Vol.xxxvi, Part 1, May 1963.

Nor Azizah Abu Bakar, Farida Hj. Abd. Kadir, Mohd Daud bin Md, Nor, Faridah Mustafa,
Ainon Abu Bakar, (Terj.), A Biography of Malaysian Writers, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1985.

Raja Ahmad Shalaby, Siti Zabeha Ibrahim, Mohd Zuber Zain, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara,
Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004.

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya, 1998.

____________, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa Dan Pustaka, 2004.

Rustam A. Sani, Ke Mana Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur : R. Publishing Sevices,


2004.

S. Husin Ali, Malay Peasent Society And Leadership, Kuala Lumpur : Oxford University
Press, 1975.

__________, Orang Melayu : Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur : Penerbitan
Adabi Sdn. Bhd, 1979.

Shaharom Husain, Antara Pengarang-Pengarang Novel Melayu Dan Karyanya, Singapura:


Pustaka Melayu, 1963.

_____________, Memoir Shaharom Husain : Selingkar Kenangan Abadi. Bangi : Penerbit


Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996.

Wan Mohd. Mahyiddin Wan Nawang dan Ramlah Adam et.al, Pergerakan Wanita UMNO :
Sepanjang 5 Dekad, Kuala Lumpur : Kembangan Kristal (M) Sdn. Bhd, 1993.
76

William R. Roff, Bibliography Of Malay & Arabic Periodicals : Published In The Straits
Setllements And Peninsular Malay States 1876-1946, London : Oxford University
Press, 1974.

______________, Sejarah Surat- Surat Khabar Melayu, Pulau Pinang : Saudara Sinaran
Berhad,1967.

_____________, Nasionalisme Melayu. (Terj. Ahmad Boestamam), Kuala Lumpur : Penerbit


Universiti Malaya, 2003.

Zainal Abidin Bin Ahmad, “Malay Journalism In Malaya”, JMBRAS, Vol xix, 1941

Zainal Abidin Borkan et.al, Warisan Persuratan Johor, Johor : Yayasan Warisan Johor, 1997.

Zainal Kling, Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publcations dan Distributors,
1977.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950 : Pengaruh
Agama & Tarikat, Kuala Lumpur : Penerbit Kintan Sdn. Bhd, 1994.

Kamus

Kamus Dewan : Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000.

Latihan Ilmiah

Mustafa Kamal Mohd Yunus, “Perkembangan Penerbitan Majalah Di Singapura 1945-1957


:Satu Kajian Khusus Kepada Majalah-Majalah Hiburan”, Tesis Sarjana Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 1984.

Trankripsi Wawancara

Trankripsi Wawancara (AP 133/U/1/6, Majlis Kebangsaan Pentadbiran Malaysia-


Biografi).

Trankripsi Wawancara, Y.B Datuk Halimahton Bt. Abd. Majid oleh Ahmad B. Hj. Abd.
Kadir (Arkib Negara Malaysia).
77

Lampiran 1

Muka Depan Majalah Hiboran: Gambar Artis

Sumber: Arkib Negara Malaysia


78

Lampiran 2

Muka Depan Majalah Hiboran: Gambar Tentang Pendidikan Di NNM

Sumber: Arkib Negara Malaysia


79

Lampiran 3

Blue Book For The Year 1946 “Colony of Singapore”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Você também pode gostar