Você está na página 1de 2

SK Kuala Lanar 2019

Buku Pengurusan dan Perancangan Sekolah

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

…Dan Salam Sejahtera,

Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana atas rahmat-Nya kita dapat
bersua dan meneruskan lagi perjuangan
untuk tahun 2019 di SKALA ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin


merakamkan jutaan penghargaan
kepada semua guru, warga sekolah,
PIBG dan anggota kumpulan pelaksana
yang berusaha dengan gigih
menyumbang tenaga dan usaha dalam
menjayakan segala program dan
perancangan yang telah dilaksanakan
tahun lalu, Semoga segala yang yang
dicurahkan selama ini akan menjadi
penentu untuk kejayaan SKALA bagi
masa depan kelak.

Insya-Allah, dengan kerjasama yang erat,


kita akan bersama-sama melaksanakan
tanggungjawab dan amanah ini dalam
memastikan pencapaian yang terbaik
untuk SKALA kali ini.

Saya berseru kepada semua guru, PIBG dan sesiapa sahaja untuk menggembleng tenaga
demi memastikan kejayaan untuk murid-murid SKALA bagi tahun 2019 ini.

Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan
teratur. Kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat
merealisasikan sesebuah impian menjadi kenyataan.

Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil
yang cukup berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi
pemangkin bagi menjana ibu bapa prihatin, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah
terbilang dan berfikiran aras tinggi selaras dengan Visi, Misi, Moto, Objektif dan Piagam
Pelanggan Sekolah ini khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia amnya.

Akhir kata, jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai amal ibadat. Semoga segala
usaha dan komitmen yang telah kita curahkan akan dibalas dengan kejayaan dan Insya-Allah,
akan terhasillah insan murabbi yang cemerlang. Selamat bertugas.

JASMAWARI BIN MAJID

SKALA 2019 1
SK Kuala Lanar 2019
Buku Pengurusan dan Perancangan Sekolah

GB SKALA 2019

SKALA 2019 2

Você também pode gostar