Você está na página 1de 2

2.1.

3 MASYARAKAT
Setiap daripada kita tidak lari dari hidup bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, terdapat
beberapa peranan yang perlu dijalankan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat yang
prihatin. Dalam menelusi peningkatan kes jenayah rogol di negara ini banyak perkara yang
perlu diambil kira. Islam juga menggalakkan setiap daripada kita untuk mencegah
kemungkaran walaupun dengan selemah-lemah iman. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan
sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40.

‫قال عنه هللا رضي الخدري سعد أبي عن‬: ‫يقول وسلم عليه هللا صلى هللا رسول سمعت‬
“ ‫بيده فليغيره منكرا منكم رأى من‬، ‫فبلسانه يستطع لم فإن‬، ‫فبقلبه يستطع لم فإن‬، ‫”اإليمان أضعف وذلك‬

Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah ‫ وستم عليه هللا صلى‬bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan


tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan
hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa setiap masyarakat itu perlu bersama-sama dalam
mengatasi kes rogol yang ada. Pertama sekali, setiap anggota masyarakat itu hendaklah
memberi semangat kepada mangsa yang dirogol. Dalam hal ini, masyarakat yang terdiri
daripada cerdik pandai atau daripada mana-mana persatuan bolehlah tampil dan memberikan
sesi motivasi. Sebagaimana yang diutarakan Datuk Abdul Manaf Ahmad merangkap
Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam penulisannya di akhbar
Utusan Melayu. Beliau menyatakan bahawa pelbagai persatuan guru yang ada di negara ini
boleh memberi sumbangan terutama dari segi memberi motivasi dan pendidikan kepada
rakyat terhadap gejala rogol ini. Selain itu, kempen-kempen di peringkat sekolah dan
universiti juga adalah digalakkan. Kempen sebegini bertujuan memberi kesedaran kepada
para pelajar tentang kes rogol yang ada dan bagaimana cara untuk mengatasinya juga.
Selain itu, menurut Datuk Abdul Manaf Ahmad lagi, penyelidik-penyelidik dari
universiti pula boleh membuat penyelidikan terhadap penjenayah rogol, rompakan dan
pembunuhan semasa mereka di dalam penjara selepas dijatuhkan hukuman. Penyelidikan
seumpama itu penting bagi membantu pihak polis, Rela dan NGO dalam merangka tindakan
dan mengenal pasti punca jenayah berkenaan berlaku. Secara langsung atau tidak langsung,
jenayah-jenayah berkenaan mempunyai hubungan dengan dadah. Penagih-penagih dadah
yang keluar dari penjara `terpaksa' kembali kepada kegiatan lamanya kerana masyarakat
mengabaikannya, malah ada yang memulau dan menyisihkan mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa pentingnya, peranan masyarakat dalam mengatasi kes rogol. Jelaslah bahawa,
peranan masyrakat amat penting dalam mengatasi kes rogol yang ada.
Seterusnya, beliau juga ada menyatakan bahawa rakyat dari pelbagai lapisan yang
mana menyertai pertubuhan-pertubuhan kebajikan, pertubuhan bukan kerajaan seperti
persatuan bekas polis dan tentera turut mampu memberi sumbangan kerana mereka
mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Hal ini menunjukkan bahawa, peranan
masyarakat adalah tidak terhad dan amat diperlukan.

RUJUKAN

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Rencana&pg=re_03.htm#ixzz5XH4TO59B
© Utusan Melayu (M) Bhd
https://abdullahmutazahhid.wordpress.com/2013/04/07/mencegah-kemungkaran-adalah-
fardhu/

Você também pode gostar