Você está na página 1de 33

BAHASA mALAYSIA TAHUN 3

TAJUK :
SET INDUKSI
KATA Uniknya dunia kita

DEFINISI KATA GANDA


GANDA OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan


JENIS KATA GANDA pembelajaran murid dapat :

1. Mengenalpasti tiga jenis


UJI KEFAHAMAN kata ganda yang
dipelajari.

SET LATIHAN Disediakan Oleh : 2. Menjawab soalan yang


RAFIZA BINTI diberikan dengan betul.
DARUS BM 1 (SK)
PENUTUP Sem 3
TAJUK : destinasi pilihan
Apakah yang kamu lihat dalam
tayangan video tadi?
Adakah kamu pernah
bercuti di destinasi-
destinasi yang menarik?

Senaraikan lima destinasi


percutian yang ingin kamu
lawati.
APA ITU KATA GANDA?
• Definisi :

Kata ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata


ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang
digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses
pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun
pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

• Maklumat lanjut :
• http://bijakbahasa20.blogspot.com/2012/11/kata-ganda.html
JENIS-JENIS KATA GANDA

Kata
Ganda

PENGGANDAAN PENGGANDAAN
PENUH PENGGANDAAN BERENTAK
SEPARA

Maklumat Tambahan :

http://rujuknota.blogspot.com/2011/10/kata-ganda-dan-bentuk-kata-ganda.html
PENGGANDAAN PENUH

Merupakan suatu proses yang menggandakan keseluruhan


kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi
imbuhan atau tidak.

JENIS-JENIS

1. Penggandaan Penuh Kata 2. Penggandaan Penuh Kata


Tunggal Berimbuhan
1. PENGGANDAAN PENUH
KATA TUNGGAL

meja-meja ayat-ayat buku-buku

rumah-rumah sekolah-sekolah budak-budak


CONTOH
Rumah-rumah di kawasan tersebut
kebanyakannya hangus dijilat api
setelah kebakaran yang berlaku
pada jam tiga petang kelmarin.
2. PENGGANDAAN PENUH
KATA BERIMBUHAN

i. Dengan ii. Dengan iii. Dengan


Awalan Akhiran Apitan
• pelatih- • jualan- • persatuan-
pelatih jualan persatuan
• pekedai- • amalan- • permainan-
pekedai amalan permainan
CONTOH

“Begitu banyak permainan-permainan


yang dilaksanakan di karnival ini,”
ujar Amin kepada Norman.
PENGGANDAAN SEPARA

Merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian


kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata
tunggal atau kata terbitan.

JENIS-JENIS

1. Penggandaan Separa 2. Penggandaan Separa


Kata Tunggal Kata Berimbuhan
1. PENGGANDAAN SEPARA KATA TUNGGAL

laki  lelaki
pohon  pepohon
gelang  gegelang
tikus  tetikus
siku  sesiku
CONTOH
Ramai kaum lelaki yang sudah
berhimpun di Dataran Merdeka
sempena menyambut Kemerdekaan kali
ke-57 tepat jam 12 tengah malam
nanti.
2. PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHAN

i. Dengan Awalan ii. Dengan Akhiran iii. Dengan Apitan

a. Kata nama
a. Kata kerja a. Kata kerja
b. Kata kerja
b. Kata adjektif b. Kata adjektif
c. Kata adjektif
CONTOH
JENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

berlari-lari, sepandai-pandai,
AWALAN - teresak-esak, sebaik-baik,
dimarah-marah, setinggi-tinggi
meronta-ronta

sayur-sayuran, risik-risikkan, doa- jadi-jadian, mati-


AKHIRAN kenang-kenangan, doakan, bayang- matian, rindu-
orang-orangan bayangi rinduan

bersalam-salaman, kebodoh-bodohan,
APITAN - mendewa- kekuning-kuningan
dewakan, diagung-
agungkan
PENGGANDAAN BERENTAK

Merupakan suatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut


rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan
berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah.

JENIS-JENIS
PENGGANDAAN
BERENTAK
jenis-jenis penggandaan berentak

• Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri


Pengulangan Vokal persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu.
• Keharmonian vokal.

• Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan


Pengulangan Konsonan
pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.

• Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri


Bebas
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
CONTOH
JENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

kuih-muih, lauk- cerai-berai, hiruk-pikuk


Pengulangan Vokal pauk, sayur-mayur gotong-royong

batu-batan, dolak-dalik, huru-hara,


Pengulangan gunung-ganang, huyung-hayang, kontang-kanting,
Konsonan suku-sakat mundar-mandir kucar-kacir

anak-pinak, ulang-alik lintang-pukang,


Bebas saudara-mara remeh-temeh,
simpang-siur

Sila klik ikon dibawah ini untuk


maklumat tambahan :
JOM UJI KEFAHAMAN
ANDA...
Secara berpasangan, jawab dua soalan yang
terdapat pada lembaran kerja yang
diedarkan.

LEMBARAN KERJA

Soalan 1 Soalan 2
SOALAN 1
Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya
digandakan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.

Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu Tok
Penghulu sedang duduk di anjung sambil menghisap paip. Beliau
terkejut melihat Mak Limah yang bergegas memasuki pekarangan
rumahnya. Wanita itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi
pintu rumahnya. Nafasnya termengah. Apabila dia mula bercakap
suaranya putus. Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu
sudah tidak sedarkan dirinya.
SOALAN 2
Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata ganda yang sesuai. Anda
boleh memberikan imbuhan sekiranya perlu.

Anak-anak yang sedang (mandi) ……… di sungai itu lari


(lintang)……… apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka
bukannya tidak tahu siapa yang menghuni belantara di kawasan
(bukit)……… itu. Malah Samad yang (gemuk)……… itupun mampu
mengheret tubuhnya pantas meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli
sahaja yang masih (cari)……… cermin matanya. Keadaan yang
begitu ceria bertukar menjadi (huru)……… dalam sekelip mata.
Jom lihat video berikut :
Klik sini untuk lihat jawapan
Inilah jawapannya
SET
LATIHAN
SET 1

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang


perkembangan yang berlaku di kampung itu.

A lawat-melawat C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok

2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah terlewat.

A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D berlari-lari
SET 1
3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya
duduk di atas pangkin itu.

A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh

4. Selepas mesyuarat, mereka minum sambil _____ di tepi


kolam renang itu.

A berbual-bual C bermain-main
B berehat-rehat D berbaring-baring
SET 1

5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.

A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu

6. Beberapa ekor ______ yang berwarna–warni terbang di


dalam rumah kami.

A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi
MARI MENYANYI
SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan Oleh :
Rafiza Binti Darus
OPSYEN :
BM 1 (SK)
PISMP AMBILAN JANUARI 2013

Você também pode gostar