Você está na página 1de 8

We Care We Love

Nor Hafiza Bt. Mohd Suhaimi


Fadilah Bt. Othman
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
hafiza_pja16@yahoo.com

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan tahap tumpuan ahli
semasa peringkat membina hubungan dalam kaunseling kelompok
dengan kaedah We Care We Love. Kajian ini dijalankan ke atas
lima orang murid Tahun 5 daripada SK Sanglang, Perlis. Tinjauan
awal mendapati ahli kelompok mempunyai masalah untuk
memberikan tumpuan pada peringkat membina hubungan. Terdapat
ahli kelompok mempamerkan perasaan bosan dan menganggu ahli
yang lain. Terdapat juga, ahli kelompok tidak menumpukan
perhatian dan berada dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan
keadaan sekeliling. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat tiga
aktiviti yang telah dirancang dalam We Care We Love. Semua
aktiviti ini telah dirancang menggunakan bahan yang kreatif, sesuai
dengan tahap ahli kelompok serta setiap aktiviti memerlukan
penglibatan aktif ahli kelompok. Kaedah pengumpulan data yang
digunakan adalah pemerhatian tidak berstruktur, temu bual
berstruktur dan borang soal selidik. Bagi menganalisis data, catatan
nota lapangan, catatan temu bual dan graf bar digunakan. Hasil
analisis data menunjukkan tindakan yang dilaksanakan telah
memberikan kesan positif terhadap peserta kajian kajian. Ini
membuktikan kajian yang dilaksanakan ini mampu untuk
meningkatkan tahap tumpuan peserta kajian-peserta kajian kajian
semasa berada dalam kelompok. Bagi menambah baik kajian ini,
cadangan kajian yang seterusnya adalah dengan mempelbagaikan
soalan dengan lebih kreatif serta membuat peraturan supaya ahli
kelompok mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti.

ABSTRACT
The study was carried out to improve the focus of the participants
during induction stage in counseling groups by using We Care We
Love. The study was conducted over five Year 5 pupils from
Sekolah Kebangsaan Sanglang, Perlis. An initial review found that
the participants had difficulties in paying full attention during
induction stage. Some of them showed boring faces and disturbing
other members. There was a member of the group who did not
concentrate and be in his own world, inattentive to surrounding
environment. To overcome these problems, there are three activities
that have been designed in We Care We Love. All of the activities
have been designed using interesting and creative materials,
according to the level and needs of the group. In addition, those
activities require active involvement of participants. To collect the
data, the researcher used unstructured observation, structured
interviews and questionnaires. To analyze the data; field notes,
interview notes and a bar graph were used. The results showed that
the study had positive impact on participants. Hence, the level of
concentration of participants has increased. To improve the study
for further research, the questions can be diversified. The questions
should be focus on strengthening the relationship and enforce rules
to let participants adhere to a predetermined period during
activities.

1
PENGENALAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan berfokuskan kepada masalah ahli kelompok yang
tidak memberi tumpuan semasa peringkat membina hubungan dalam fasa
permulaan. Pengkaji merasakan bahawa pentingnya untuk membuat satu kajian
tindakan untuk memperbaiki amalannya sendiri dalam menangani masalah ahli
kelompok yang tidak memberi tumpuan semasa peringkat membina hubungan dalam
fasa permulaan. Kejayaan dan kegagalan sebuah proses kaunseling banyak
ditentukan oleh fasa permulaan. Jika pada peringkat awal pertemuan di antara Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan ahli kelompok kurang baik disebabkan oleh
isu tidak memberi tumpuan tersebut, sudah tentu ahli kelompok yang lain merasa
kurang yakin terhadap kelompok yang disertai olehnya. Menurut Nazariah Abdul
Samad, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Pau Kee (2010), menyatakan
antara objektif suai kenal di dalam sesebuah kelompok adalah untuk memahami dan
mengenali ahli-ahli lain dengan lebih mendalam agar timbulnya rasa kepercayaan
terhadap orang lain yang seterusnya akan membawa kepada perkongsian isi hati
dengan orang lain.

Pengkaji telah melaksanakan praktikum sebanyak tiga kali dan masih


berhadapan dengan masalah yang sama. Pengkaji sendiri telah cuba memperbaiki
amalan dirinya sendiri dengan memantapkan kemahiran melayan dan kemahiran
mendengar kerana menurut Gladding dalam Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006),
menyatakan pemimpin kelompok boleh memanfaatkan kemahiran yang ada untuk
membantu perkembangan kelompok berjalan dengan lancar dan berkesan.
Walaupun telah memantapkan kemahiran melayan dan mendengar dengan baik,
namun kesannya masih tidak berjaya.

Bagi praktikum yang seterusnya pula, pengkaji telah memperbaiki amalan


dengan mewujudkan suasana kelompok yang demokrasi. Tujuannya adalah untuk
memberikan keselesaan kepada ahli kelompok. Apabila ahli kelompok selesa dan
seronok berada dalam kelompok tersebut, mereka akan memberikan kerjasama
yang baik dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan secara bersama. Menurut
Sapora Sipon (2011), menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai gaya
kepimpinan demokrasi akan dapat menerapkan rasa seronok dan dihargai dalam
kalangan ahli kelompok. Namun demikian, tindakan ini juga tidak berhasil apabila
terdapat ahli kelompok tidak mematuhi peraturan yang telah dibuat dan dipersetujui
secara bersama. Pengkaji telah mengenal pasti satu kaedah yang boleh
dilaksanakan untuk memperbaiki amalannya bagi meningkatkan tahap tumpuan ahli
kelompok. Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan kaedah We Care We
Love.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian telah dipilih berdasarkan hasil tinjauan awal yang telah dijalankan.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian tidak berstruktur, temu bual
dengan guru pembimbing dan borang soal selidik. Pemerhatian tidak berstruktur
yang dijalankan menunjukkan terdapat ahli kelompok yang tidak memberikan
tumpuan dan menganggu ahli kelompok yang lain kerana dirinya merasa bosan dan
tidak mengetahui apa yang patut dilakukan. Hasil dapatan temu bual dengan guru
pembimbing yang turut berada di dalam bilik tersebut semasa melaksanakan sesi
kaunseling kelompok menyatakan bahawa amalan yang digunakan oleh pengkaji
kurang berkesan kerana tidak ada aktiviti yang menarik atau sesuai semasa
melaksanakan sesi tersebut yang telah menyumbang kepada ahli kelompok tidak
dapat memberikan tumpuan kerana merasa bosan dan jemu. Analisis terhadap
borang soal selidik yang telah diedarkan selepas melaksanakan sesi menunjukkan

2
24% daripada ahli kelompok memberikan jawapan Ya. Item-item yang terdapat
dalam borang soal selidik tersebut adalah untuk menguji keberkesanan amalan
pengkaji sendiri. Oleh hal yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan
tahap tumpuan ahli kelompok semasa berada pada fasa membina hubungan.

Tindakan yang dilaksanakan adalah dengan menggunakan kaedah We Care


We Love. Di dalam kaedah ini, terdapat tiga aktiviti yang telah disusun secara
berperingkat. Aktiviti pertama adalah Who Am I?. Di dalam aktiviti ini terdapat
penggunaan bahan yang menarik seperti roda dan kotak, kad soalan dan dadu.
Aktiviti kedua pula adalah ‘F’ Board. Di dalam aktiviti ini terdapat penggunaan board,
kad soalan, dadu dan alat tulis yang digunakan sebagai hadiah kepada peserta
kajian yang berjaya mencapai kotak yang terakhir dengan pantas. Aktiviti ketiga pula
adalah ‘Botol Beracun’. Di dalam aktiviti ini terdapat penggunaan botol, kad soalan
dan radio kecil untuk memainkan muzik. Aktiviti lakonan dilaksanakan dalam aktiviti
ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tumpuan ahli semasa peringkat
membina hubungan dalam kaunseling kelompok dengan menggunakan kaedah We
Care We Love. Soalan kajian pula adalah, bagaimanakah kaedah We Care We Love
ini dapat meningkatkan tumpuan ahli semasa membina hubungan dalam kaunseling
kelompok?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan di
sebuah sekolah yang terletak di negeri utara Malaysia.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Aktiviti 1 : Who Am I?
Pelaksanaan 1. Kotak dibahagikan kepada 7 bahagian dan setiap kotak dilabel
aktiviti nama guru kegemaran, nama manja, impian hidup, cita-cita,
saiz kasut, nama dan ciri unik idola hidup dan kotak
persahabatan.
2. Setiap ahli kelompok dibekalkan dengan kertas. Di atas kertas
tersebut, ahli kelompok perlu menulis maklumat yang terdapat
pada setiap kotak yang telah dilabel dan gulung kertas
tersebut serta memasukkan ke dalam kotak berkenaan.
3. Setiap ahli kelompok akan memusingkan roda tersebut. Anak
panah akan menunjukkan nombor 1,2,3,4,5 atau 6.
4. Nombor yang ditunjukkan oleh anak panah tersebut
menunjukkan ahli perlu mengambil kertas yang terdapat di
dalam kotak berkenaan.
5. Sekiranya ahli mendapat kertas yang berkaitan dengan
dirinya, dia perlu meletakkan kembali dan mengambil kertas
yang lain.
6. Ahli akan meneka individu yang menulis maklumat tersebut.
7. Sekiranya ahli tersebut berjaya, ketua kelompok akan
memberikan pujian. Sekiranya ahli tersebut tidak berjaya maka
ahli yang sebenarnya perlu tampil dan menceritakan kembali
mengenai dirinya.
8. Setelah itu, soalan yang telah dibuka akan diletakkan ke
dalam kotak yang ketujuh iaitu kotak persahabatan.

3
Rajah 1.Bahan-bahan
yang digunakan untuk aktiviti Who Am I?

Rajah 1 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk aktiviti Who Am


I?.Dapatan mesej daripada pelaksanaan aktiviti tersebut adalah dapat meningkatan
tahap tumpuan ahli semasa berkenalan dalam fasa permulaan dengan
menggunakan bahan-bahan yang menarik.

Aktiviti 2 : ‘F’ Board


Pelaksanaan 1. Ahli dikehendaki membaling dadu sebanyak tiga kali dan
Aktiviti menambah jumlah dadu yang dibalingnya sebanyak tiga kali itu.
2. Ahli yang mempunyai jumlah yang paling banyak merupakan
peserta giliran nombor satu yang akan memulakan permainan
dan diikuti ahli lain yang seterusnya.
3. Ahli akan membaling dadu dan menggerakkan bidaknya
beberapa langkah mengikut jumlah yang tertera pada dadu
berkenaan dan menjawab soalan yang terdapat pada petak
tersebut.
4. Apabila ahli berjaya menyelesaikan tugasan tersebut ahli boleh
maju beberapa langkah ke hadapan seperti yang terdapat di
dalam kertas soalan tersebut.
5. Sekiranya ahli tidak berjaya menyelesaikan tugasan tersebut
maka ahli tersebut perlu berundur beberapa langkah ke belakang
seperti yang terdapat di dalam kertas soalan tersebut.
6. Ahli yang berjaya mencapai tempat terakhir iaitu tempat yang
bernombor 20 akan diberikan ganjaran.

Rajah 2. Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ‘F’ Board

4
Rajah 2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ‘F’ Board.
Dapatan mesej daripada pelaksanaan aktiviti ini adalah membantu ahli kelompok
untuk mengekalkan tahap fokus dan daya tumpuan apabila berkenalan sesama ahli
dalam kumpulan.

Aktiviti 3 : Botol Beracun


Pelaksanaan 1. Muzik dimainkan oleh GBK bagi merancakkan lagi permainan.
Aktiviti 2. Semasa muzik dimainkan, ahli kelompok dikehendaki
mengedarkan botol tersebut kepada ahli lain.
3. Apabila muzik dihentikan, ahli yang mendapat botol tersebut
dikehendaki mencabut satu gulungan kertas dalam botol tersebut.
4. Setelah ahli kelompok mencabut gulungan kertas itu, ahli
kelompok dikehendaki membacanya dan melakonkan apa yang
terdapat dalam gulungan kertas tersebut.
5. Perbincangan dan pernyataan pendapat serta pengajaran antara
ahli kelompok dengan GBK berlaku pada akhir aktiviti.
6. Aktiviti ini dilakukan berulang kali sehingga tempoh masa tamat.
7. Pada akhir sesi, GBK meminta ahli kelompok membuat rumusan
dan GBK membuat rumusan besar secara keseluruhan terhadap
aktiviti yang dijalankan.

Rajah
3: Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti botol beracun

Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti botol beracun.


Dapatan mesej daripada pelaksanaan aktiviti ini adalah, ahli kelompok dapat
memberi tumpuan semasa berkenalan antara satu sama lain seterusnya dapat
menambahkan kejelekitan sesama ahli.

Kaedah mengumpul, menganalisis dan menyemak data yang digunakan oleh


pengkaji adalah menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan borang
soal selidik. Menurut Creswell (2005), menyatakan kaedah pemerhatian mempunyai
kelebihan dalam merekod maklumat sebenar terhadap situasi yang berlaku dalam
persekitaran dan untuk mengkaji tingkah laku yang sebenar. Analisis catatan nota

5
lapangan untuk aktiviti 1 menunjukkan dengan pelaksanaan aktiviti tindakan yang
pertama iaitu Who Am I? berjaya meningkatkan tahap tumpuan dan fokus semua
peserta kajian semasa berada pada fasa permulaan. Penggunaan bahan yang
menarik dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan peserta kajian
memberikan kesan yang amat besar dalam mempengaruhi peningkatan tahap
tumpuan dan fokus semua peserta kajian apabila berada pada peringkat membina
hubungan dalam fasa permulaan.

Bagi temu bual pula menurut Stake (1995), menyatakan bahawa kaedah
temu bual menyediakan peluang untuk pengkaji mendapatkan maklumat daripada
peserta kajian kajian iaitu ahli kelompok itu sendiri. Hasil dapatan temu bual
menunjukkan bahawa tahap tumpuan dan fokus semua peserta kajian berada pada
tahap yang baik semasa melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Mereka dapat
mengenali rakan-rakan mereka yang berada di dalam kelompok dengan lebih
mendalam.

Selain itu, tujuan utama pengkaji menggunakan borang soal selidik ini adalah
untuk memperolehi data atau maklumat dari peserta kajian dengan cepat dan
mudah. Bagi borang soal selidik yang digunakan, pengkaji memindahkan hasil yang
diperoleh ke dalam bentuk graf bagi memudahkan analisis dan menyemak data
dilakukan.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan pemerhatian tidak berstruktur yang telah dijalankan


semasa pelaksanaan ketiga-aktiviti yang terdapat dalam We Care We Love
mendapati bahawa semua peserta kajian kajian dapat memberikan tumpuan dan
melibatkan diri secara aktif sepanjang pelaksanaan aktiviti tersebut. Sebagai contoh,
jika sebelum ini, terdapat peserta kajian kajian yang cepat hilang tumpuan serta
kerapkali menganggu ahli kelompok yang lain kerana dirinya merasa bosan dan tidak
mengetahui apa yang patut dilakukan. Malahan terdapat juga ahli kelompok yang
mengelamun dan berada dalam dunia mereka sendiri sahaja. Penggunaan bahan
yang kreatif dan maujud dapat membantu meningkatkan tahap minat peserta kajian-
peserta kajian kajian untuk mengekalkan tumpuan dan fokus mereka sepanjang
pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini. Menurut Leonard M.S. et. al. (1996), menyatakan
bahawa penggunaan bahan-bahan yang lebih kreatif dapat memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran
yang berlaku.

Berdasarkan kepada dapatan hasil temu bual yang telah dijalankan,


pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa peserta kajian-peserta kajian kajian
lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam We Care We Love dan
mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
berbentuk hands-on. Merujuk kepada petikan perbualan bersama peserta kajian
adalah seperti berikut:

“Saya merasakan semua aktiviti yang dijalani oleh saya dapat meningkatkan tahap
tumpuan saya. Saya dapat bermain sendiri bahan-bahan yang diberikan oleh cikgu
bersama dengan rakan-rakan saya. Saya seronok kerana semua rakan saya
melibatkan diri dan saya dapat melihat tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
yang kadangkala tidak dapat dilihat oleh saya semasa berada dalam kelas”
(R2/4.8.2016)

6
Seterusnya, dapatan analisis perbandingan borang soal selidik sebelum dan
selepas juga menunjukkan kesan yang positif di mana tahap tumpuan dan fokus
peserta kajian-peserta kajian kajian dapat ditingkatkan ke arah yang lebih baik.
Secara keseluruhan 24% memberikan jawapan Ya kepada borang soal selidik yang
dieadarkan sebelum dan 84% memberikan jawapan Ya kepada borang soal selidik
yang diedarkan selepas menggunakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kaedah
We Care We Love.

REFLEKSI

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kaedah We Love We Care dapat meningkatkan


tahap tumpuan ahli kelompok. Menurut Leonard M.S. et. al. (1996), menyatakan
bahawa penggunaan bahan-bahan yang lebih kreatif dapat memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran
yang berlaku. Namun demikian, terdapat juga kelemahan yang timbul iaitu ahli
kelompok terlalu leka bermain dengan aktiviti yang dilaksanakan sehinggakan
mereka tidak mahu menamatkan sesi kerana masih seronok dan tertarik untuk
meneruskan aktiviti yang dijalankan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk diambil bagi


kajian yang akan dijalankan seterusnya. Pengkaji lebih kreatif menambah dan
mempelbagaikan jenis soalan semasa aktiviti membina hubungan dilaksanakan.
Soalan-soalan yang lebih kreatif akan dapat meningkatkan lagi tahap tumpuan dan
penglibatan peserta kajian kajian. Selain itu juga, dicadangkan untuk kajian yang
seterusnya pengkaji perlu memberitahu terlebih awal kepada semua peserta kajian
kajian mengenai tempoh masa yang perlu dipatuhi melalui persetujuan bersama
semasa melaksanakan sesi membina hubungan. Adalah menjadi lebih baik
sekiranya, pengkaji dapat memaklumkan kepada semua peserta kajian kajian 15
minit lebih awal sebelum tempoh masa ditamatkan. Makluman awal yang diberikan
kepada ahli kelompok membolehkan mereka untuk bersedia bagi menamatkan
aktiviti yang sedang dilaksanakan itu. Sekiranya terdapat ahli kelompok yang enggan
menamatkan aktiviti pada masa yang telah ditetapkan, pengkaji perlu mengingatkan
mereka tentang perjanjian dan persetujuan untuk mematuhi masa yang telah
dipersetujui secara bersama semasa peringkat awal memulakan sesi.

7
RUJUKAN

Bemak, Fred; Chung &Rita Chi-Ying (2015).Critical Issues in International Group


Counseling, v40 n1 p6-21. Retrieved from
https://eric.ed.gov/?q=counseling+group&id=EJ1051295
Creswell, J.W. (2005). Educational research, planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Prentice Hall.
Gay, L.R. Mills, G.E & Airisan. (2006). Educational Research: Competencies For
Analysis and Applications (8th Ed).New Jersey: Person Prentice Hall.
Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Leonard M.S. Yong Karen. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teoririka dan Aplikasi
Praktik. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan & kaunseling
sekolah.Kuala Lumpur: PTS Professional.
Mok Soon Sang. (2003). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.
Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nazariah Abdul Samad, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Pau Kee. (2010).
Modul-modul Kelompok Siri 1: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Bimbingan.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sapora Sipon. (2011). Kaunseling Kelompok.Negeri Sembilan:Universiti Sains Islam
Malaysia.
Stake, R.E. (1995).The Art Of Case Study Research Perspective and Practice.
California: SAGE Publications Sdn. Bhd.
Thompson, E.Heather (2011). The Evolution of a Children's Domestic Violence
Counseling Group: Stages and Processes, v36 n3 p178-201. Retrieved from
https://eric.ed.gov/?q=counseling+group&id=EJ933270

Você também pode gostar