Você está na página 1de 25

Fahaman wahabi, syiah, antihadis dipantau

12 Mei 2015 12:13 AM

NUSAJAYA 11 Mei – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas serta meningkatkan
pemantauan bagi menangani gerakan penyebaran fahaman wahabi, syiah dan antihadis yang
semakin serius di negeri ini.

Abd. Mutalip

Pengerusi Jawatankuasa Agama ne-geri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, usaha dan langkah
pencegahan itu penting bagi membendung penyebaran akidah yang bertentangan dengan ajaran
Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan rakyat.

“Pada masa ini, saya lihat isu ini (fahaman wahabi, syiah dan antihadis) sangat serius, tetapi kita
masih mampu mengawalnya.

Advertisement http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/fahaman-wahabi-syiah-antihadis-
dipantau-1.90740

Remaining time: 03s Powered By YuMe

Advertisement

“Oleh itu, Jabatan Agama Islam Johor dan pihak berkuasa lain akan bekerjasama menangani masalah
ini, antaranya dengan mengesan golongan yang menyampaikan ceramah bertentang dengan
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ditemui pemberita selepas sesi soal jawab pada sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu dalam sesi soal jawab, Abd. Mutalip membe-ritahu, setakat ini kira-kira 1,000 pengikut
Syiah dikesan di negeri ini, manakala pengikut fahaman wahabi dilihat berge-rak secara rahsia dan
tiada laporan tentang pengikut antihadis diterima pihaknya setakat ini.
Menjawab soalan Datuk Ir. Syed Sis Syed A. Rahman (BN-Tanjung Surat), beliau berkata, penyebaran
pelbagai fahaman yang bertentangan dengan ajaran sebenar Islam itu turut berlaku termasuk di
beberapa sekolah agama, sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Justeru, tindakan penguatkuasaan bersama dengan pihak berkuasa lain bukan sahaja pen-ting,
malah perlu dipertingkatkan bagi memastikannya lebih teratur dan berkesan.

“Selain itu, saya sudah berbincang dengan mufti (Datuk Mohd. Tahrir Samsudin) untuk membawa
perkara ini diperhalusi supaya Johor ada pendirian tentang perkara ini. Setakat ini, Melaka, Negeri
Sembilan dan Kedah telah mengeluarkan pendirian tentang fahaman wahabi,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, Syed Sis, Abd. Mutalip berkata, hingga kini ada satu kes yang diambil
tindakan mahkamah, manakala beberapa kes lagi telah dibuka kertas siasatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/fahaman-wahabi-syiah-antihadis-


dipantau-1.90740#ixzz523HpEr5a

© Utusan Melayu (M) Bhd

bicara agama

ARKIB : 21/10/2010

Pengaruh black metal

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

REMAJA merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan peringkat
antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa.
Pada ketika ini, berlaku proses perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain
kematangan seksual lebih ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.

Mengapa remaja terlibat?

Terdorong inginkan keseronokan

Pengalaman baru

Suka-suka

Unik

Cabaran baru

Kaitkan dengan minat genre muzik

Mencari keyakinan diri

Tingkatkan tahap kendiri

Black metal

Black Metal ditakrifkan kepada pelbagai penaksiran antaranya ialah black dan metal bermaksud
hitam dan logam. Haris M. Berger dari universiti Indiana menakrifkan muzik metal sebagai muzik
yang menggunakan gitar yang diubah dan mempamerkan kepandaian pemain secara individu dan
bentuk muzik lagunya adalah kompleks.

Metal pula mempunyai pelbagai genre atau aliran muzik di dalamnya. Antaranya genre yang paling
utama adalah Proto Metal, Heavy Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Death Metal,
Progressive Metal dan Black Metal.

Istilah black yang digunakan dalam ungkapan ini difahamkan berasal dari asas ajaran Satanism di
mana setiap dogma atau amalan yang diajar dalam setiap doktrin Satanism mestilah berbeza 100
peratus dengan doktrin yang hampir serupa dengan agama Kristian dan lain-lain agama.

Oleh yang demikian, mass di dalam gereja Katolik Rom disongsangkan perlaksanaannya sebagai
Black
Metal Mass di dalam ajaran Satanism. Manakala Pope menjadi Black Pope dan muziknya dipanggil
Black Metal.

Black Metal ditarifkan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila,
menggunakan senikata yang tidak difahami dan berunsur lucah dan kesyaitanan serta berpakaian ala
syaitan dan hantu, seni katanya juga menjurus ke arah pemujaan iblis dan roh.

Sejarah penubuhan

Genre muzik Black Metal bermula dalam tiga peringkat fasa mengikut perubahan masa dan aliran
kefahaman mereka yang terlibat.

Metal fasa pertama berkembang di sekitar tahun 1969 hingga 1983.

Fasa kedua bermula pada 1983 hingga 1988 yang bergerak selari dengan Perang Dingin. Ketika itu,
Ideologi Black Metal dipengaruhi oleh budaya konsumer pada era 80-an.

Budaya konsumer ini memberi pengaruh kepada struktur konvensional kepada Speed Metal yang
menjurus kepada nihilistik.

Fasa ketiga bermula pada 1988 hingga sekarang. Pada latar sejarahnya, ketika itu adalah era pasca-
Perang Dingin yang penuh dengan kebosanan.

Bagaimana beroperasi

Pergerakan Black Metal dipengaruhi oleh Inner Circle yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa
sahabatnya. Ia bermula di bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell).

Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan
beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence
Productions.
Mereka merakam lagu-lagu yang berunsur anti ketuhanan di lakasi tersebut. Matlamat yang
dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan “menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang
merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna”.

Bagaimana tersebar

Black Metal tersebar melalui lirik lagu yang dicipta bagi tujuan menarik minat remaja agar memuja
syaitan. Lirik-lirik lagu yang dicipta adalah berunsur kematian, anti-Tuhan, kebangkitan kembali dan
penentangan.

Subjek bagi lirik yang terkandung dalam muzik mereka adalah darah, kematian, keganasan,
kehidupan selepas mati dan banyak lagi.

Kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta membawa fahaman kesyaitanan adalah
seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia (Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_
Agama&pg=ba_01.htm#ixzz523IKQ15Z

© Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 24/01/2006

Black Metal ajaran sesat

Oleh HELMI MOHD FOAD


PUTRAJAYA 23 Jan. - Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan aliran muzik
keras, Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang
mengamalkannya.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menegaskan, berikutan keputusan itu mereka
yang terbabit dengan aliran muzik keras tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah sekiranya fatwa tersebut diwartakan oleh negeri-negeri.

``Setelah dikaji dan menilai dari setiap sudut, Black Metal diputuskan sebagai kumpulan ajaran sesat
dan amalannya bertentangan dengan syariah yang dari segi akidahnya, ia boleh terkeluar daripada
Islam.

``Apabila kita sudah haramkan, terpulang kepada pihak berkuasa agama untuk bertindak
mewartakan fatwa itu,'' katanya selepas mempengerusikan muzakarah ke-72 selama kira-kira empat
jam itu di Dewan Syura, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap pengaruh Black Metal
di negara ini termasuk mengeluarkan fatwa mengenainya.

Laporan akhbar menyebut pengaruh aliran muzik keras itu digerakkan oleh anak-anak muda
berpelajaran tinggi lulusan luar negara, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) serta yang bekerjaya
hebat.

Lebih membimbangkan, ramai pelajar dalam pengajian Islam di sekolah dan IPT turut terlibat dalam
muzik metal yang membawa aliran ekstrem `Jangan Ikut Tuhan' (JIT) itu.

Seratus peratus daripada mereka adalah anak muda Melayu.

Majalah Mastika terbitan kumpulan Utusan pada Oktober lalu mendedahkan mengenai kegiatan
kumpulan Black Metal termasuk upacara membakar al-Quran dan lebih teruk melakukan perbuatan
keji di atas kitab suci itu.
Hitam menjadi warna rasmi mereka dan kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta
membawa fahaman kesyaitanan adalah seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia
(Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).

Pengaruh Black Metal terus berkembang kerana mereka sering mengadakan `gig underground'
bersama kumpulan-kumpulan sealiran seperti Melodic Death Metal, Black-Death Metal serta Death
Metal.

Menurut Abdul Shukor, amalan mendengar muzik Black Metal masih tidak menjadi masalah
sebaliknya ia menjadi sesat apabila mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan syariah seperti
memijak al-Quran, minum arak, seks bebas dan perasaan anti-Tuhan.

Serentak itu, penyebaran dan pengembangan aliran tersebut perlu dicegah bagi mengelakkan lebih
ramai remaja di negara ini terjebak dengan ajaran berkenaan.

``Jakim sendiri telah memutuskan untuk menggunakan kaedah kaunseling bagi membanteras gejala
itu.

``Kita harap semua pihak termasuk guru dan ibu bapa dapat bekerjasama mencegah supaya jangan
ada lagi pertambahan bilangan ahli golongan ini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Perbahasan muktamar Pas 'kecoh'

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:53

Zuhur 1:15

Asar 4:38

Maghrib 7:11

Isyak 8:26

Klik untuk waktu solat kawasan lain

Dengar SuriaFM

Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014

Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370

Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014

Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk

Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia

Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.


Terkini

Berita Utama

Arkib Berita

English Edition

Nasional

Dalam Negeri

Politik

Parlimen

Jenayah

Mahkamah

Laporan Khas

Luar Negara

Artikel

Rencana

Forum

Kolumnis

Cuit

Selak

Blog

Kami Prihatin

Wilayah

Kota

Selatan

Johor
Utara

Timur

Pahang

Sabah & Sarawak

Suara Rakyat

Hiburan

Tempatan

Rancangan TV

Gaya Hidup

Feminin

Keluarga

Kesihatan

Polis & Tentera

Sukan

Dalam Negeri

Luar Negara

Rencana Sukan

Golf

EURO 2012

ePlayer

Bisnes

Ekonomi

Korporat

Produk/Servis

Agro

Saham
Matawang

Pendidikan

Sekolah

Kampus

Sastera

Agama

Sains

Sains & Teknologi

Megabait

Kesihatan

Rekreasi

Rekreasi

Pemotoran

Pancing

Pelancongan

Impak Alam

Catatan Kembara

Xtive

Video

Blog Editor

Suara Rakyat

Salam Aidilfitri

Hubungi Kami | Jom Iklan | Facebook | Twitter |


muka hadapan RSS Feed | Polisi Privasi | Privacy Policy |

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my |
MyBooks | Job House | Utusan Karya
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0124&sec=muka_hadapan&pg=mh_08.ht
m#ixzz523Igh5v1

© Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 21/11/2013

13 ajaran di Sabah diharamkan

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

pengarang@utusan.com.my

KOTA KINABALU 20 Nov. - Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah telah
mengharamkan 13 ajaran atau fahaman yang menyalahi hukum syarak di Sabah.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Arif berkata, antaranya adalah
ajaran Qadiani, Nasrul Haq, Haji Uyut Utun, Al-Arqam, Rufaqa, Bahai, Azhar Wahab, Tariqah
Hasaniah, Tal Tujuh, Islam Jemaah, Tariqah Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sheikh Nazim Al-Haqqani,
Syiah, Kumpulan Berzikir Ajaran Hasan anak Rimau dan Kumpulan Awang Rezki Besiri Muhammad.

"Kerajaan sentiasa menjalankan pemantauan bukan sahaja terhadap ajaran sesat yang telah
difatwakan haram, malah terhadap ajaran yang diragui kesahihannya," katanya semasa menjawab
soalan Mohamad Alamin (BN-Bongawan) dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Mohd. Arifin berkata, usaha membendung ajaran sesat itu turut dijalankan dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian
Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa lain.

Katanya, kerjasama bersepadu itu penting dalam memastikan ketulenan ajaran Islam tidak digugat
oleh ajaran yang menyesatkan.
Dalam pada itu, Mohd. Arifin memberitahu, kerajaan juga sedang memantau kegiatan 'Tuhan Harun'
yang dikaitkan dengan penipuan kutipan dana untuk rumah anak yatim.

"Sehingga kini, (operasi) ajaran ini belum lagi dikesan di negeri ini. Mengenai isu Syiah pula,
meskipun belum ada pihak di negeri ini yang mengaku terbabit ajaran itu, namun pemantauan rapi
tetap dijalankan.

"Namun, risikan yang dijalankan, beberapa orang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah,
tapi ia masih lagi di peringkat awal. Tindakan mengikut undang-undang akan diambil setelah bukti
mencukupi diperolehi," ujarnya.

Menurutnya, mereka yang terbabit dengan ajaran sesat boleh didakwa mengikut Seksyen 52,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, yang membawa hukuman maksimum RM5,000 atau
penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Perundingan Hukum Syarak negeri menerima pakai
keputusan Khas Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam.

Katanya, beberapa siri seminar mengenai bahaya ancaman ajaran sesat terhadap akidah umat Islam
telah dijalankan JHEAINS, Jakim, Pejabat Mufti Sabah dan Kementerian Dalam Negeri.

Kongsi Konten di :

38

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Wajah baharu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dilancarkan

• Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO

• ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan

• UNSC: Najib garis 5 keutamaan


• ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan

• Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT

• Kekalkan hubungan baik

• Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan

• UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia

• Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali

• Bangunan sekolah rosak teruk

• Kanakkanak ditemui berkeliaran

• Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi

• SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS

• Kerajaan jangan tunduk

• Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam

• 2 juta penerima BR1M tiada akaun

• Menara Mara dicadang tapak jualan

• Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu

• DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa

Waktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 5:53

Zuhur 1:15

Asar 4:38

Maghrib 7:11

Isyak 8:26

Klik untuk waktu solat kawasan lain


Dengar SuriaFM

Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014

Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370

Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014

Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk


Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia

Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar

Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari

Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan

Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia

Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

Shareaholic LogoClose

Username or Email

Password

Forgot password?

Log in

Don't have an account? Sign up

Close
Terkini

Berita Utama

Arkib Berita

English Edition

Nasional

Dalam Negeri

Politik

Parlimen

Jenayah

Mahkamah

Laporan Khas

Luar Negara

Artikel

Rencana

Forum

Kolumnis

Cuit

Selak

Blog

Kami Prihatin

Wilayah
Kota

Selatan

Johor

Utara

Timur

Pahang

Sabah & Sarawak

Suara Rakyat

Hiburan

Tempatan

Rancangan TV

Gaya Hidup

Feminin

Keluarga

Kesihatan

Polis & Tentera

Sukan

Dalam Negeri

Luar Negara

Rencana Sukan

Golf

EURO 2012

ePlayer

Bisnes

Ekonomi

Korporat
Produk/Servis

Agro

Saham

Matawang

Pendidikan

Sekolah

Kampus

Sastera

Agama

Sains

Sains & Teknologi

Megabait

Kesihatan

Rekreasi

Rekreasi

Pemotoran

Pancing

Pelancongan

Impak Alam

Catatan Kembara

Xtive

Video

Blog Editor

Suara Rakyat

Salam Aidilfitri

Hubungi Kami | Jom Iklan | Facebook | Twitter |


Dalam Negeri RSS Feed | Polisi Privasi | Privacy Policy |
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my |
MyBooks | Job House | Utusan Karya

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131121/dn_12/13-ajaran-di-


Sabah-diharamkan#ixzz523Jx6SUA

© Utusan Melayu (M) Bhd

25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

image:
http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/05/10/17/35/ain%20news.ashx?w=50&h=50Oleh
: NURUL AIN MOHD HUSSAIN

ain@thestar.com.my

(Ubah saiz teks)

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/01/31/25-ajaran-difatwakan-sesat-di-
selangor/~/media/956B067E6BBA4DA5AB7D4F7AEB1B32F9.ashx

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Foto THE STAR
Oleh: SAM THAM.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Foto THE STAR
Oleh: SAM THAM.

SHAH ALAM: Sebanyak 25 ajaran telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai ajaran
sesat di negeri ini sejak tahun 1990an hingga kini.

Antara ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat ialah, Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya,
Ajaran Nordin Puteh, Tarikat Mufarduyah, Ajaran Hj Ghazali Othman, Ajaran Zamree Ab Wahab,
Fahaman Syiah, Tarikat Al-Hasaniah, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, Ajaran Tijah@Khadijah Ali,
Ajaran Islam Lamaah, Ajaran Qadani, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit.
Selain itu, Ajaran Ilmu Ahmad Laksaman, Ajaran Tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau, Ajaran
Martabat Tujuh, Golongan Anti Hadis, Ajaran Kahar Ahmad, Aurad Ismailiah, Al-Arqam, Ajaran Syed
Mohamad Al Masyhor, Ajaran Sulaiman, Ajaran Qadani dan Ajaran Banuar Roslan turut
dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, selain 25
ajaran yang telah disahkan sebagai sesat itu, pihaknya juga sedang menyiasat 35 kes lagi yang
dilaporkan sebagai sesat.

"Ini termasuk kes perbomohan, ada juga kes seorang budak dapat melihat alam ghaib dan dapat
mengubat orang sakit," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama mStar Online.

Beliau menjelaskan, tidak sepertimana yang disangka ramai, pihak jabatan tidak terus menjatuhkan
fatwa hanya berdasarkan aduan atau laporan awam melainkan setelah menjalankan siasatan
terperinci mengenai kandungan ajaran sesuatu tarikat atau amalan sebelum dibawa kepada
Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk diputuskan.

"Memang kita memerlukan masa yang panjang kerana kita memerlukan bukti kukuh. Tetapi ada juga
ajaran yang tidak dapat difatwakan kerana tidak cukup bukti.

"Untuk memfatwakan seseorang itu salah dan sesat bukan mudah kerana ini soal akidah. Kalau kita
silap kita bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Sebab itu kita mengambil masa yang
lama untuk putuskan,” katanya.

Beliau menambah, Jais tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sedang disiasat
sehingga ia difatwakan.

Ditanya sama ada 'freemason' dan 'illimunati' tergolong dalam ajaran sesat, Mohammed Khusrin
berkata: "Pada pendapat saya ia bukan ajaran Islam maka ia tidak boleh dikira sebagai ajaran sesat.

Menurut beliau yang ditafsirkan sebagai ajaran sesat ialah ajaran yang telah menyeleweng daripada
ajaran Islam.
"Selalunya orang yang menyebarkan ajaran sesat ini mengaku dirinya Islam tetapi dia menyebarkan
ajaran yang bertentangan dengan akidah," katanya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, beliau berkata, tempoh masa yang agak lama diperlukan untuk
menyiasat dan mengumpulkan bukti mengenai sesuatu ajaran sebelum ia dikategorikan sebagai
ajaran sesat.

Mengenai garis panduan yang digunakan Jais, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya akan
mengambil tindakan terhadap ajaran yang didapati bertentangan dengan syarak dan Ahli Sunnah
Wal Jamaah.

"Kita berpandukan ajaran al-Quran, hadis, Ijmak Ulamak dan fatwa. Contohnya kumpulan tarekat
memang sukar untuk dipastikan mereka menyeleweng atau sebaliknya.

"Ini kerana kita terpaksa ikut dan masuk dalam kumpulan itu dan kita lihat serta kaji zikir mereka,"
katanya.

Tambah beliau, ajaran sesat bukan mudah untuk dikesan dan untuk mengesan ajaran sebegini
pegawai-pegawai Jais akan menyamar dengan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan tersebut
bagi melihat sendiri ajaran yang dibawa oleh kumpulan berkenaan.

Justeru, bagi membendung masalah tersebut, Mohammed Khusrin berkata, Jawatankuasa Panel
Akidah yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Tamyes Abdul Wahid dan
beberapa pakar dalam bidang syariah dan akidah akan menjalankan sesi kaunseling dengan mereka
yang disyaki terlibat dalam menyampaikan ajaran sesat di negeri itu.

"Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka
bawa.

"Akan datang kita akan panggil Tarekat Nasabandiyah untuk dapat penjelasan dan cuba
membetulkan akidah pemimpin kumpulan ini," katanya.
Selain itu, katanya, Jais dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) sentiasa mengadakan ceramah dan dialog dengan orang-ramai dari semasa ke semasa.

"Kita akan pergi memberi ceramah dan dialog di daerah dan kawasan yang kita kenalpasti seperti di
Gombak, Ampang kerana kawasan ini menjadi tumpuan.

"Kita juga turut mengedarkan risalah dan menyampaikan khutbah Jumaat untuk sedarkan
masyarakat tentang bahayanya ajaran sesat ini," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN

‘Planning’ Cuti, MC 2018 Tular

Dipaparkan pada Sabtu, 23 Disember 2017

Tebar Roti Canai Dari Myanmar Ke Bangladesh

Dipaparkan pada Sabtu, 23 Disember 2017

Dividen, Bonus ASB 8.25 Sen

Dipaparkan pada Jumaat, 22 Disember 2017

Kai-Tak Tidak Ancam Malaysia

Dipaparkan pada Jumaat, 22 Disember 2017

Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis Di Masjid Putra


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/01/31/25-ajaran-
difatwakan-sesat-di-selangor/#yLrb0OSiVwzA9S4u.99