Você está na página 1de 10

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES: 15/4-508/18

ANTARA

NOOR MUHAMAD ZABIDI BIN ZAINAL

DAN

HONDA MALAYSIA SDN. BHD.

NO. AWARD: 186 TAHUN 2019

Di hadapan : Y.A. PUAN REIHANA BT. ABD. RAZAK


Pengerusi

Tempat : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur.

Tarikh Rujuakan : 27.12.2017

Tarikh Sebutan : 28.02.2018, 15.05.2018, 30.05.2018, 29.06.2018,


08.10.2018, 01.11.2018

Tarikh Bicara : 20.09.2018, 21.09.2018.

Perwakilan : Mr. K. Gunaseelan


Kesatuan Pekerja-Pekerja Honda Malaysia Sdn.Bhd
Mewakili Pihak Menuntut

Mr. Sugandra Rao Naidu & Ms. Sarah Shaqeena


Abdullah
Tetuan Rao & Co
Peguam pihak Syarikat
RUJUKAN

Ini adalah suatu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia, bawah
Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, berkaitan dengan
pembuangan kerja NOOR MUHAMAD ZAIBIDI BIN ZAINAL (Pihak
Menuntut) oleh HONDA MALAYSIA SDN BHD (Syarikat).

1
AWARD

FAKTA KES

[1] Pihak Menuntut memulakan perkhidmatan dengan Syarikat pada


1.7.2002 sebagai CVJ Associate dan gaji terakhir sebelum ditamatkan
perkhidmatan adalah RM1,593.00.

[2] Pada 18.1.2017 Lembaga Perubatan Putra Specialist Hospital


(Melaka) selepas meneliti rekod kesihatan dan memeriksa Pihak Menuntut
memutuskan bahawa Pihak Menuntut berupaya bekerja tetapi perlu
menjalani rawatan di hospital. Melalui surat bertarikh 26.01.2017 Syarikat
memaklumkan Pihak Menuntut untuk mendapatkan rawatan di hospital
pakar atau klinik panel Syarikat. [COB-1 m.s 6].

[3] Pihak Syarikat mengatakan bahawa Pihak Menuntut telah mengambil


cuti sakit sebanyak 15 hari sepanjang bulan Mei 2017 tetapi tidak
menyerahkan sijil-sijil cuti sakit yang asal kepada Syarikat dan Pihak
Menuntut kemudiannya didapati tidak hadir bekerja sejak 01.06.2017 tanpa
memaklumkan kepada Syarikat alasan mengenai ketidakhadirannya itu.

[4] Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 10.07.2017 yang diakuiterima


oleh Pihak Menuntut pada 12.07.2017 mengarahkan Pihak Menuntut
supaya mengemukakan semua sijil asal bagi cuti sakit bulan Mei 2017 dan
mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan dengan ketidakhadirannya
sejak 01.06.2017 kepada Syarikat sebelum 15.07.2017.

[5] Pihak Menuntut tidak memberikan apa-apa maklum balas kepada


surat Syarikat bertarikh 10.07.2017 dan Syarikat kemudiannya pada
2
19.07.2017 mengeluarkan suatu surat yang membatalkan kontrak
perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Syarikat atas alasan Pihak Menuntut
tidak hadir bekerja dua (2) hari berturut-turut mulai 01.06.2017 tanpa sebab.

[6] Pihak Menuntut mendakwa bahawa Syarikat sedia maklum masalah


kesihatannya sejak 18.01.2017 lagi dan melalui surat bertarikh 26.01.2017
Syarikat sendiri yang memaklumkan kepadanya untuk mendapatkan rawatan
perubatannya di klinik panel Syarikat [COB-1 m.s 6].

[7] Pihak Menuntut mendakwa bahawa semua cuti sakit asal bagi Mei
2017 diserahkan kepada kerani bahagiannya di syarikat dan Syarikat
sepatutnya mengesan dengan kerani tersebut sebelum mengeluarkan surat
10.07.2017 kepadanya.

[8] Pihak Menuntut mendakwa syarikat bertindak tidak adil atasnya apabila
Syarikat menamatkan perkhidmatannya melalui surat bertarikh 19.07.2017
semasa dia sedang dalam cuti sakit tanpa memberikan sebarang notis
sebelum menamatkan perkhidmatannya dan atas alasan bahawa Pihak
Menuntut tidak menyerahkan sijil asal cuti sakit bagi bulan Mei 2017.

PRINSIP UNDANG-UNDANG
[9] Fungsi Mahkamah Perusahaan dinyatakan dengan jelas dalam kes
WONG YUEN HOCK V. SYARIKAT HONG LEONG ASSURANCE SDN.
BHD. & ANOR [1995] 3 CLJ 344 dan MILAN AUTO SDN BHD V. WONG
SEH YEN [1995] 4 CLJ 449 dalam bahasa asal seperti berikut :
“The function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference
under s. 20 is two-fold. It has to determine whether the misconduct
complained of by the employer has been established, and secondly,
whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the
dismissal.”

3
[10] Beban pembuktian bagi kes-kes yang melibatkan pembuangan kerja
adalah pada tahap imbangan kebarangkalian dan bagi kes ini. Syarikat perlu
membuktikan bahawa pembuangan kerja oleh Syarikat adalah atas sebab
dan alasan yang adil (with just cause and excuse). Mahkamah Rayuan dalam
kes TELEKOM MALAYSIA KAWASAN UTARA V. KRISHNAN KUTTY
SANGUNI NAIR & ANOR. [2002] 3 CLJ 314 memutuskan:

“Thus in hearing a claim of unjust dismissal, where the employee was


dismissed on the basis of an alleged criminal offence such as theft of
company property, the Industrial Court is not required to be satisfied
beyond a reasonable doubt that such an offence was committed. The
standard of proof applicable is the civil standard, ie, proof on a balance
of probabilities – which is flexible so that the degree of probability
required is proportionate to the nature and gravity of the issue.”

PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN

[11] Dalam kes GOON KWEE PHOY V J&P COSTS (M) BHD (1981) Raja
Azlan Shah CJ Malaya memutuskan (dalam bahasa asal)

" if the employer chooses to give reason for the action taken by him, the
duty of the IC will be to enquire whether that excuse or reason has or
has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved,
then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal
was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the
reason advanced by it and that the Court or the High Court cannot go
into another reason not relied on by the employer or find one for it"

[12] Dalam kes ini Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat
pada 19.07.2017 melalui surat yang juga bertarikh 19.07.2017 [COB-1 m.s
20] atas alasan bahawa Pihak Menuntut telah melanggar kontrak
pekerjaannya dengan Syarikat apabila didapati tidak hadir bekerja 2 hari
berturut-turut sejak 01.06.2017 dan Syarikat menamatkan kerja Pihak
Menuntut berdasarkan Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955 yang
memperuntukkan seperti berikut:

4
“(2) An employee shall be deemed to have broken his contract of service
with the employer if he has been continuously absent from work for
more than two consecutive working days without prior leave from his
employer, unless he has a reasonable excuse for such absence and has
informed or attempted to inform his employer of such excuse prior to or
at the earliest opportunity during such absence.”

[13] Surat penamatan kerja Syarikat [COB-1 m.s 20] adalah seperti berikut:

5
[14] Syarikat mengemukakan rekod kehadiran Pihak Menuntut [COB-1 m.s
7-8] untuk menunjukkan Pihak Menuntut tidak hadir bekerja sejak
01.06.2017 sehingga tarikh surat penamatan 19.07.2017 dikeluarkan
kepadanya. Rekod kehadiran [COB-1 m.s 7-8] ini tidak dipertikaikan atau
disangkal kesahihan kandungannya oleh Pihak Menuntut.

[15] Pihak Menuntut juga semasa disoal balas oleh Syarikat mengesahkan
rekod kehadiran di [COB-1 m.s 7-8] adalah rekod kehadirannya bagi bulan
Mei sehingga 31.07.2017. Pihak Menuntut malah mengakui bagi bulan Mei
2017 dia hanya hadir bekerja selama enam hari dan telah tidak hadir
langsung bekerja sejak 01-06-2017 hingga Julai 2017.

[16] Mahkamah berpendapat, dengan pengakuan ini, Pihak Menuntut


secara langsung mengakui bahawa dia tidak hadir bekerja selama 2 hari
berturut-turut sejak 01.06.2017 dan berlarutan tidak hadir bekerja sehingga
surat bertarikh 10.07.2017 [COB-1 m.s 16] dikeluarkan oleh Syarikat
memintanya mengemukakan pada Syarikat sijil-sijil cuti sakit asal bagi cuti
sakit dalam bulan Mei 2017. Surat tersebut juga memintanya
mengemukakan apa-apa dokumen yang menunjukkan alasan bagi
ketidakhadirannya bagi bulan Jun 2017 dan Julai 2017.

[17] Pihak Menuntut tidak mematuhi arahan Syarikat atau berurusan


dengan Syarikat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Syarikat walaupun
dalam surat tersebut Syarikat dengan jelas menyatakan bahawa kegagalan
Pihak Menuntut mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan kontrak
perkhidmatan Pihak Menuntut dengan syarikat dibatalkan kerana tidak hadir
kerja tanpa sebab.

6
[18] Tindakan Pihak Menuntut yang tidak langsung menghubungi Syarikat
atau cuba berhubung dengan Syarikat akhirnya menyebabkan Syarikat
membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut
pada 19.07.2017 melalui surat bertarikh 19.07.2017 [COB-1 m.s 20] atas
alasan tidak hadir kerja tanpa sebab berdasarkan Seksyen 15(2)) Akta kerja
1955.

[19] Mahkamah perbendapat dakwaan Pihak Menuntut bahawa


perkhidmatannya ditamatkan oleh Syarikat atas alasan bahawa dia tidak
menyerahkan sijil cuti sakit asal bagi bulan Mei 2017 kepada Syarikat tidak
berbangkit kerana surat bertarikh 19.07.2017 [COB-1 m.s 20] tidak
menyentuh langsung tentang sijil cuti sakit asal yang tidak diserahkan
kepada Syarikat manakala tarikh dia dikira tidak hadir kerja tanpa sebab
adalah sejak 01.06.2017 dan bukannya mana-ma tarikh dalam bulan Mei
2017.

[20] Walaupun Pihak Menuntut tidak menjawab kepada surat Syarikat


bertarikh 10.07.2017, Seksyen 15(2) Akta kerja 1955 itu tidak secara
otomatik memberikan hak kepada Syarikat untuk terus menamatkan kerja
pekerja yang tidak hadir bekerja selama 2 hari berturut-turut. Syarikat perlu
memastikan sama ada pekerja tersebut ada memohon untuk bercuti atau
diberkan kebenaran untuk tidak hadir bekerja. Jika pekerja ada memberikan
alasan ketidakhadiran itu,adakah alasan itu munasabah dan sama ada
pekerja telah memaklumkan kepada Syarikat akan alasan ketidakhadirannya
atau cuba memaklumkan alasan ketidakhadiran tersebut kepada Syarikat
pada kesempatan yang seawal mungkin.

7
[21] Adalah kes Syarikat dan tidak disangkal oleh Pihak Menuntut dengan
apa-apa keterangan sebaliknya bahawa tiada sebarang permohonan untuk
bercuti dibuat oleh Pihak Menuntut daripada Syarikat sebelum 01.06.2017
atau pada bila-bila masa sama ada sebelum surat 10.07.2017 dan surat
19.07.2017 dikeluarkan oleh syarikat kepadanya.

[22] Disamping itu Mahkamah dapati Syarikat juga tidak pernah memberikan
apa-apa kebenaran kepada Pihak Menuntut untuk tidak hadir bekerja bila-bila
masa dan Pihak Menuntut juga tidak menyangkal kes Syarikat dengan apa-
apa keterangan sebaliknya.

[23] Memandangkan Pihak Menuntut sendiri tidak mengambil sebarang


tindakan atas surat Syarikat bertarikh 10.07.2017 berkenaan sijil cuti sakit
asal bagi bulan Mei 2017 dan dengan tiada sebarang keterangan lain,
jelaslah tiada juga sebarang alasan dikemukakan oleh Pihak Menuntut
kepada Syarikat bagi ketidakhadirannya sejak 01.06.2017 yang ditanyakan
oleh Syarikat dalam surat tersebut.

[24] Pihak Menuntut sepatutnya sekurang-kurangnya menjelaskan kepada


Syarikat mengenai apa terjadi kepada sijil asal cuti sakit tersebut disamping
memberikan alasan mengapa dia tidak hadir bekerja sepanjang bulan Jun
2017.

[25] Apabila Pihak Menuntut langsung tidak memberikan apa-apa maklum


balas kepada Syarikat mengenai ketidakhadirannya sejak 01.06.2017,
wajarlah bagi Syarikat beranggapan bahawa Pihak Menuntut tidak berminat
bekerja lagi dengan Syarikat dan telah meninggalkan pekerjaannya. Pihak
Menuntut yang secara berterusan tidak hadir bekerja dua hari berturut turut
sejak 01.06.2017 tanpa sebab Syarikat dan walaupun ditanyakan oleh
8
Syarikat, Pihak Menuntut enggan memaklumkan kepada Syarikat apakah
alasan ketidakhadirannya. Perbuatan Pihak Menuntut jelas menunjukkan
bahawa dia tidak berminat bekerja mengikut terma kontrak perkerjaannya
dengan Syarikat.

[26] Pihak Menuntut tidak boleh membuat andaian bahawa Syarikat tahu
yang dia sedang cuti sakit kerana adanya sijil cuti sakit bagi bulan Mei 2017
yang dikemukakan itu. Pihak Menuntut sewajarnya mengetahui bahawa
adalah tanggungjawabnya melapurkan kepada Syarikat semua
ketidakhadirannya dan bukannya membuat andaian bahawa Syarikat
sepatutnya tahu mengapa dia tidak hadir bekerja selama 2 hari berturut turut.

[27] Mahkamah berpendapat apabila pihak menuntut sendiri tidak mengambil


apa-apa tindakan atas surat syarikat bertarikh 10.07.2017 itu dan tidak hadir
bekerja berpanjangan tanpa sebarang alasan atau cubaan memaklumkan
apa apa alasan kepada syarikat, bolehlah dianggap sebagai suatu salahlaku
yang berat yang memusnahkan asas hubungan majikan dan pekerja.

[28] Dengan tidak hadir bekerja berpanjangan tanpa sebab dan tanpa
memaklumkan kepada Syarikat, Pihak Menuntut bolehlah dianggap
meninggalkan pekerjaannya (abandoned) atau menamatkan sendiri
perkhidmatannya dengan Syarikat dan perbuatan Pihak Menuntut dianggap
melanggar terma kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat yang
mewajarkan Syarikat menamatkan perkhidmatannya.

[29] Mahkamah berpendapat tanpa sebarang keterangan yang menunjukkan


sebaliknya, Pihak Menuntut telah melanggar kontrak perkhidmatannya
dengan Syarikat apabila gagal hadir bekerja selama lebih dua (2) hari kerja
berturut-turut sejak 06.07.2017.
9
[30] Pihak Menuntut juga tidak membuktikan bahawa dia mempunyai
alasan yang munasabah bagi ketidakhadirannya atau bahawa dia telah atau
ada memaklumkan Syarikat akan alasan ketidakhadirannya.

[31] Setelah mengambilkira keseluruhan keterangan yang dikemukakan


oleh kedua-dua pihak dan menggunapakai peruntukan seksyen 30(5) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan
hati nurani serta merit kes yang substantial tanpa memberi perhatian kepada
perkara-perkara teknikal dan undang-undang, maka Mahkamah memutuskan
bahawa salahlaku Pihak Yang Menuntut telah dibuktikan dan pembuangan
kerja Pihak Menuntut oleh Syarikat bawah Seksyen 15(2) Akta Pekerjaan
1955 adalah atas sebab atau alasan yang adil.

Tuntutan Pihak Menuntut dengan ini ditolak

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 11 JANUARI 2019

tt
(REIHANA BINTI ABD. RAZAK)
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

10

Você também pode gostar