Você está na página 1de 5

Sains - Bab 10 (PENEROKAAN

ANGKASA LEPAS) -
1.1 PERKEMBANGAN DALAM BIDANG ASTRONOMI DAN PENEROKAAN
ANGKASA LEPAS

Perkembangan dalam Bidang Astronomi

Kajian Awal Astronomi

1. Orang Yunani merupakan ahli astronomi terawal yang menyimpulkan bahawa Bumi
berbentuk sfera dan membuat percubaan untuk mengukur saiznya

2. Pythagoras ialah orang pertama menyatakan bahawa Bumi berbentuk sfera

3. Eratothenes dari Syene telah berjaya mengukur ukur lilit Bumi

4. Orang Yunani menganggap Bumi sebagai pusat alam semesta, walaupun mendapat
kesangsian daripada beberapa ahli falsafah, terutamanya Aristarchus dari Samos yang
mengatakan bahawa Bumi bergerak mengelilingi Matahari

5. Claudis Ptolemy adalah ahli astronomi terakhir yang terkenal mendapat pendidikan di
Yunani. Semenjak itu berlakulah perkembangan sedikit demi sedikit dalam bidang ini
beberapa abad kemudiannya

6. Al-Battani merupakan seorang ahli astronomi Islam yang menggunakan prinsip


trigonometri dan logaritma dalam kajian astronomi. Sesetengah orang menggelarkan beliau
sebagai bapa pemodenan astronomi

Bermulanya Era Baru

1. Setelagh beberapa abad, Nicholas Copernicus mencadangkan bahawa Matahari adalah


pusat sistem planet.

2. Melalui teleskop buatannya sendiri, Galileo berjaya mengukuhkan lagi teori Copernicus.
Beliau telah memerhatikan kawah-kawah di Bulan, fasa-fasa planet Zuhrah, dan begitu
banyaknya bintang-bintang di galaksi kita, iaitu Bima Sakti

3.Kemudiannya, ahli matematik German, Johannes Kepler telah berjaya membuktikan idea
Copernicus adalah betul

4. Sebelum berakhirnya abad ke-17, kerja-kerja teori oleh Isaac Newton berjaya menerangkan
pergerakan objek-objek cakerawala yang diperhatikan

Penemuan Lanjutan
1. Planet Uranus telah ditemui oleh William Herschel. Penemuan-penemuan seterusnya ialah
penemuan empat asteroid yang pertama, penemuan Neptun, dan pengukuran jarak bintang

2. Kemudian, spektroskopi astronomi telah dibangunkan. Pada mulanya, alat ini digunakan
untuk mentafsirkan spektrum Matahari dan bintang-bintang . Pada tahun 1860-an, gambar-
gambar foto Bulan yang baik telah diperoleh

3. Seterusnya dengan bantuan teleskop pantulan, didapati bahawa galaksi-galaksi membentuk


kumpulan-kumpulannya dan alam semesta ini mengembang

Astronomi Moden

Penerokaan moden mengenai alam semesta banyak dibantu oleh teleskop angkasa,roket,
satelit, kapal angkasa ulang alik, stesen angkasa lepas, teleskop radio, kapal angkasa dan prob
angkasa

Perkembangan dalam Penerokaan Angkasa Lepas

1. Banyak teori tentang penerbangan ke angkasa lepas telah dilakukan oleh ahli-ahli sains
yang bijak di antara tahun 1600 dan 1900

a. Johannes Kepler - Beliau telah membuat persamaan-persamaan bagi planet-planet dan


satelit-satelit yang mengorbit . Lebih tepat lagi, beliau menentukan bahawa planet-planet
bergerak dalam laluan elips
b. Isaac Newton - Beliau telah memberikan hukum-hukum asas daya, gerakan dan graviti
c. Konstantin Tsiolkavsky
- Beliau adalah orang pertama yang mencadangkan persamaan-persamaan asas untuk sains
roket pada tahun 1903. Beliau telah melukis beberapa lakaran roket. Beliau juga telah
menentukan bahawa cecair bahan api roket akan diperlukan untuk ke angkasa lepas dan roket-
roket itu perlu dibina secara berperingkat. Beliau menggelarnya "kereta api roket"

4. Robert Goddard adalah orang yang mereka bentuk, membina dan menerbangkan roket-
roket. Pada tahun 1926, beliau telah melancarkan roket pertama di dunia yang menggunakan
bahan api cecair. Beliau telah mencipta hampir semua yang diperlukan oleh roket moden dan
mempunyai 200 paten

5. Di penghujung Perang Dunia Kedua, Von Braun telah mengetuai pembangunan ketenteraan
dan roket bagi penerokaan angkasa lepas untuk Amerika Syarikat. Beliau juga mengetuai
pembangunan roket-roket yang berjaya pada setiap pelancaran. Roket digunakan untuk
melancarkan satelit

6. Pada 4 Oktober 1957, orang Rusia melancarkan Sputnik I yang merupakan satelit buatan
manusia pertama mengorbit Bumi. Satelit itu mengelilingi Bumi setiap 96.2 minit dan
menghantar maklumat tentang atmosfera Bumi

7. Yuri Gagarin menjadi orang pertama mengorbit Bumi dalam kapal angkasanya pada tahun
1961

8. Pada 21 Julai 1969, manusia pertama telah mendarat di Bulan iaitu Neil Armstrong dalam
program US Apollo 11. Angkasawan-angkasawan Apollo 11 telah mengumpul batu-batan,
mengambil beribu-ribu foto, dan mendirikan peralatan saintifik di atas Bulan

9. Banyak kapal angkasa telah dilancarkan dari tahun 1970 hingga 1989 untuk mengkaji
planet Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

10. Pada tahun 1990, Amerika melancarkan kapal angkasa ulang-alik pertama iaitu Discovery
untuk membawa lima angkasawan dan meletakkan Teleskop Angkasa Lepas Hubble di Orbit

11. International Space Station dilancarkan dengan kerjasama 16 buah negara pada tahun
2000

12. Rajah 1.3 dilancarkan dengan kerjasama 16 buah negara pada tahun 2000

Aplikasi Teknologi Angkasa Lepas

Apollo dan projek-projek NASA bukan sahaja telah meluaskan pengetahuan manusia
mengenai alam semesta, tetapi banyak hasil daripada teknologi ini digunakan dalam
kehidupan harian. Berikut merupakan beberapa sumbangan daripada teknologi angkasa lepas

Kanta Kalir Calar

Kanta kalir calar telah dibina oleh NASA dengan penyalut pelincir menyerupai berlian pada
kanta plastik. Hari ini, penyalut tersebut telah digunakan pada hampir semua cermin mata
yang dipakai setiap hari

Makanan Kering Beku

Nasa telah menggunakan teknik makanan kering beku untuk angkasawannya. Proses ini telah
membuktikan keberkesanan pengawetan makanan. Dalam proses ini , makanan dibekukan
dan hampir semua kelembapan disingkirkan daripada makanan beku

Kasut Sukan

Pada awalnya, teknologi ini direkacipta sebagai but yang digunakan di Bulan. Teknologi ini
telah menambah baik penyerapana gegaran, kestabilan dan kawalan pergerakan. Sekarang,
kasut-kasut ini digunakan oleh ahli-ahli sukan

Pengimbas CAT & MRI

Pengimbas Topografi Bantuan Komputer (CAT) dan Pengimejan Resonans Magnet (MRI)
telah dibina untuk memilih tempat yang sesuai bagi pendaratan di Bulan untuk angkasaawan
pertama. Hari ini, pengimbas CAT dan MRI telah digunakan dengan meluas untuk
mengimbas pesakit-pesakit di hospital seluruh dunia

Sut Pendingin

Sut angkasawan telah direka untuk mengekalkan angkasawan pada suhu yang selesa. Hari ini,
teknologi ini digunakan untuk membuat sut bagi pemandu lumba kereta, pekerja teknikal
reaktor nuklear dan pkerja limbungan kapal

Peralatan Kuasa Tanpa Kord

NASA telah mencipta peralatan kuasa tanpa kord. Hari ini, peralatan ini telah digunakan
dengan meluas di semua tempat

Penderiaan Jauh

Satelit selalunya digunakan dalam penderiaan jauh. Pusat Remote Sensing Malaysia
(MACRES) bertanggungjawab bagi projek-projek penderiaan jauh di Malaysia . Hari ini,
pelbagai kegunaan satelit dapat dimanfaatkan dalam kehidupan

a. Telekomunikasi
- Satelit komunikasi menerima signal daripada Bumi, menguatkan dan menghantar semula
ke Bumi . Satelit ini membolehkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh melalui telefon dan
Internet. Satelit ini juga membolehkan kita menonton siaran televisyen secara langsung dari
luar negara
b. Meteorologi
- Satelit cuaca mengesan peruibahan tekanan atmofera, suho, arah angin dan awan. Stesen
meteorologi di Bumi menerima maklumat untuk membantu dalam ramalan cuaca
c. Geologi
- Satelit digunakan untuk mengesan kawasan bumi yang kaya dengan minerak. Gamabr foto
yang dihantar semila ke Bumi turut ditunjukkan kawasan yang sesuai untuk tanaman dan
keadaan hutan bagi bidang pertanian dan perhutanan, dan juga dapat mengesan tumpahan
minyak di laut
d. Navigasi kapal dan kapal terbang
- Terdapat satelit yang direka untuk membantu kelasi dan kjuruterbang mencari kedudukan
mereka dengan cepat dan tepat terutamanya jika dalam kecemasan
e. Pertahanan Negara
- Satelit perisik digunakan untuk memperoleh maklumat keupayaan ketenteraan negara lain

Keperluan Meneruskan Penerokaan Angkasa Lepas

1. melalui aktiviti aeroangkasa, manusia boleh mengembangkan pengetahuan sedia ada


mengenai Bumi, Sistem Suria dan alam Semesta.

2. Kita boleh merangsang pembangunan teknologi negara dengna membangunkan bahagian


seperti fizik angkasa lepas, sains hayat, sains mikrograviti, sains bahan angkasa lepas dan
sebagainya. Pembangunan ini juga akan merangsang kreativiti dan menjadikan sesebuah
negara kuat dan berkuasa

3. Peristiwa yang berlaku berkaitan angkasa lepas dapat menyatukan seluruh manusia.
Sebagai contoh, terciptanya Sputnik, pendaratan di Bulan, International Space Station, dan
usaha-usaha menyelamatkan Mir

4. Satelit-satelit cuaca digunakan untuk memberi amaran pada manusia tentan ribut taufan
yang akan melanda

5. Satelit-satelit boleh digunakan untuk mengintip dan ini akan mencabuli privasi peribadi

6. Penerokaan angkasa lepas dengan satelit-satelit boleh digunakan untuk sesuatu yang baik
atau tidak baik
Posted 18th February 2016 by Yamato Liyan

Você também pode gostar