Você está na página 1de 5

DIALOG CERPEN “OREN”

PENCERITA:Oren masih tidak pulang. Sudah masuk hari


yang keempat ayah tidak nampak kelibatnya perasaan
risau yang menyelubungi dirinya semakin membuak sejak
kehilangan Oren .
Ayah:”Kemanakah Oren pergi? Dia tidak makan pun
makanan yang ayah sediakan . Adakah dia
merajuk?Hujan-hujan begini dimanakah dia berteduh ?”
PENCERITA: Suasana makan malam itu tidaklah seperti
dulu ,dahulu suasana makan malam dipenuhi dengan
gelak-tawa dan gurau senda tetapi sejak kehilangan Oren
suasana menjadi muram dan sunyi sepi dan ayah tiada
selera makan , lalu ayah menapak langkah ke sinki untuk
membasuh tangan selepas tiada selera makan .
IBU:Kalian tidak usahlah memberikan apa-apa
pandangan yang mungkin menyinggung atau
menambahkan rasa bimbang ayah ..
Azura,Aku,Anis,:Baiklah ibu kami akan mengikut nasihat
yang ibu beri.
Pencerita:Suasana di dalam bilik .
Azura:Abang Oren tidak pulang ke rumah kerana
Kelabu.Dan mungkin oren iri hati kerana kelabu selalu
disamping ayah.
Aku:Benar katamu Azura mungkin juga oren berbuat
demikian kerana iri hati kepada Kelabu ,
PENCERITA:Mengimbas cerita sebelum oren menjadi ahli
keluarga mereka .Petang itu,ayah pulang dari pejabat
agak lewat daripada biasa.Sedang dia memandu
keretanya di jalan taman perumahanya .tiba-tiba dia
berasa bahawa dia terlanggar sesuatu .Kemudian dia
memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang
dilanggar nya itu .Dia hanya mampu mengucap apabila
seekor kucing terlantar mati di bawah keretanya
.Namun,hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor
anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tak
bernyawa itu”Mungkin ini ibunya” Detik hati nya.Petang
itu dia pulang dengan seekeor anak kucing jantan dan
yang paling gembira menyambut kepulangan kucing itu
ialah Anis.Lantas anak bongsunya mendukung anak
kucing itu lalu bertanya
Anis :Apakah namanya ayah ?
Ayah:Namanya Oren Anis Kerana seluruh bulunya
bewarna oren .
PENCERITA:Isterinya hairan kerana suaminya membawa
pulang seekor anak kucing.Isterinya tahu bahawa dia
tidak berminat untuk membela kucing.Walaupun Anis
dan Azura meminta beberapa kali untuk membela kucing
namun ibunya tidak membenarkan jua.Esok harinya dia
telah berubah fikiran dan mengerti dan memberikan
kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian ahli
keluarga.
Ayah:Kemanakah engkau pergi ,Oren? Sudah lama aku
menunggu kepulangan kau dan akhirnya kau pulang juga
.Dan kau kelihatan bersih walau pun telah beberapa hari
engkau tidak pulang ke rumah .
Pencerita : Kemudian ayah mengambil susu dari peti
sejuk dan disuanya kepada oren namun oren hanya
membiarkan susu itu.Dengan manjanya dia menggesel
badan di kaki ayah .
Ayah:”Mengapa Oren” adakah kau tidak suka pada susu
ini ?
Pencerita: Perasaan sayu terserlah di mukanya apa
bila bersua mata .
Aku: Mengapa ayah terpinga-pinga apabila keluar dari
bilik dan pergi ke ruang tamu ?
Ayah: Ayah teringat akan oren . Adakah kamu jumpa
dia ?
Aku:Tidak ayah saya tidak melihat kelibat Oren pada
pagi ini .
Ayah:Tidak mengapalah.
Pencerita : Di meja makan pada pagi ituayah bercerita
kepada ahli keluarganya bahawa dia bermimpi Tentang
Oren pada malam tadi.
Ayah:Pada malam tadi ayah bermimpi tentang oren,lalu
ayah mengusapnya ,dan dia kelihatan bersih walaupun
dia sudah beberapa hari tidak balik ke rumah kita”
Pencerita:Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil
membawa Oren yang sudah tidak bernyawa itu.
Anis:Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang
semalam di taman permainan
Pencerita:Sebaik sahaja Anis habis bercakap mata kami
tertumpu kepada ayah .Ketika itu mata ayah mulai
berkaca

Você também pode gostar