Você está na página 1de 28

Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah
seperti ganja danheroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh
dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!


Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-
ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”,
perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan
perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa
maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan
beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda


sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu,
penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di
dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran,
pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
“dadah yang disalahguna”.

Dadah dan Ciri-cirinya


Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
 Diperoleh secara haram
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
 Opiat dan Opiat sintetik
 Stimulan
 Ganja
 Halusinogen
 Depresen
 Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?


Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan
daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat
iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat
1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan
aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin Mentah
 Bentuk blok / serbuk
 Bertanda “999″
 Mengandungi 70% – 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Mengandungi 60% – 70% morfin
Pil-pil Morfin
 Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di
Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk
yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”

4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin.
Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone”
dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat
dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
“methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf
pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-
stimulants (ATS)” dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)
2. Methamphetamine
Syabu / Ice
“Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti
tawas.
Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah
syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari
aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon”


Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”
3. Kokain

Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru,
Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap
dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai
ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan
teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)


“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis
Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-
kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC)
merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih
kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% – 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan
dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% – 12%
Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan
menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan
menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol


Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen.
Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-
1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat “Depresen”

Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala
contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko


“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang
menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga
pasaran haram heroin tinggi.
“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna
di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs”
oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan
bersama alkohol.

2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh
pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia
dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan
seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya
boleh membawa maut.

3. GHB

GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk
putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf
sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan
mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang
digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan
pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)


Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan
cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan


Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh
doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru
yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan
kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan


Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti
boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg
singkat
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan
menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan
agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum

Daun Ketum
Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan
rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak
terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih
tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum
sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi
merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan
dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan
ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi
mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons
(Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok
Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap
disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan
sakit (“pain killer”) dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan
kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada
waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan
secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan
dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal
seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam
masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-
muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi
secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)
Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang
biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam
mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan
dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak
dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya
dengan serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
 Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi
keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
 Daya tahan meningkat.
 Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
 Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
 Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan
untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :


a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan
kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil
heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos
besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu,
dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan,
swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah


kerana :
 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk
merasainya sendiri
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang
memberi manfaat dan berfaedah.
 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang
termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk
mempengaruhi pengguna baru.
 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :


 kesan kepada penagih
 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
3. Kesan Kepada Masyarakat
 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan &
samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan
anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa
perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda
umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil
kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata
yang redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah
dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan
sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil,
tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu
penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu,
bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada
pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia


Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport,
mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima,
menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim,
mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu
adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja
(walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang
daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan
diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November
2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan
pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan
hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya
mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7
hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran,
penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang
disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan
di bawah Akta Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P)
1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu
adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada
penagih tersebut :
 Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan
kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
 Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Seksyen 3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai
penagih dadah.
2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam
bagi maksud menjalani ujian.
Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
 Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai
supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
 Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya
menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan.
2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan
boleh di hukum penjara 3 bulan.
Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah
diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di
hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
 Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal
dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
 Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan
selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
Seksyen 7
 Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6).
Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah
perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan
Majistret.
 Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2
tahun.
Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
 Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
 Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
 Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa
aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah
melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih
3 tahun atau kedua-duaya.
Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan
melalui :
 Mengesan
 Membeku
 Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
 Seksyen 39(B) ADB 1952
 Seksyen 6(B) ADB 1952
 Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
 Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh
mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
 Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah
melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang
berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
 Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya
(LLPK) 1952.
 Tidak dibicarakan di mahkamah.
Proses Siasatan :
 Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
 Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar
terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
 Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri
Dalam Negeri.
 Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa
untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan
orang tersebut.

MDMA atau lebih dikenali sebagai Ekstasi merupakan dadah sintetik yang tergolong
dalam keluarga fenetilamina. Dadah ini berkesan dalam meransang otak untuk
merembes serotonin, sejenis rembesan yang menyebabkan rasa keterbukaan,
meningkatkan tenaga, eforia, dan rasa sihat. Deria sentuh menjadi semakin sensitif
menyebabkan sentuhan fizikal menjadi lebih seronok, tetapi MDMA bukanlah agen
afrodisia (drug yang meransang nafsu seks dan keupayaan melakukan hubungan seks).
MDMA digunakan kepada pesakit Gangguan Tekanan Selepas Trauma (Post
Traumatic Stress Disorder) kerana kemampuannya untuk membantu pemeriksaan
sendiri. Penggunaan dadah ini dibenarkan oleh FDA (Food and Drug
Administration) Amerika Syarikat.

Walaupun MDMA tiada had dos, pendehidratan akut adalah antara risiko yang
dihadapi oleh pengguna MDMA. Ini adalah kerana pengguna MDMA menjadi sangat
aktif sehingga terlupa untuk meminum air memandangkan MDMA berupaya untuk
menutup rasa haus dan kepenatan pengguna tersebut. Bahaya lain datang daripada
bahan kimia lain (contohnya PMA atau metafetamina) yang selalu dicampur ke dalam
ekstasi. Kesan jangka panjang MDMA masih belum diketahui.
3,4-methylenedioxy-N-methylamphetamine.
Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen
Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian
hari untuk memberikan kesan khayal yg sama - SUMBER
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan
hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .
Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar
seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan
membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang
remaja membunuh diri
Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan,
mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan
halusinasi.
Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan
kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang
siuman kekal.
Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine – dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling
tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah
pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit
Psikotik – hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan
doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam
masa yang singkat
Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika
diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan
menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang
lebih kuat. Di antaranya adalah
1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya
dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan
‘dapur’ & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil
suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan
seksnya akan meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
2. Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
6. Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam


Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil
yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai
pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas
(Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang
memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang
sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa
kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.
Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195
yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195
Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang
mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.
Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan
memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua
keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara
dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
“..Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Surah At-Tahrim
: 06
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.”
Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti
Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka
surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan
membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh
AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan
dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang
berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa
Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan,
(1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya,
(6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya,(10)Pemesannya.
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan
dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :
 Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
 Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
 Menjual beli dadah.
 Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang
berkaitan

Você também pode gostar