Você está na página 1de 11

TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-PENAWARAN

BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2019

TATACARA PERMOHONAN

1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang


berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui
laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat
https://epenawaran.moe.gov.my mulai 23.01.2019 hingga 6.02.2019.

2. Calon adalah dikehendaki untuk mengemaskini Modul Operasi Data Guru


(eOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP
yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini
diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat
maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini sewaktu permohonan,
perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi atau
Sistem e- Penawaran tersebut.

3. Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti


serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat
kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk
kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan
ditolak.

4. Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk


menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap
pegawai.

5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada


waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika
itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada
laman web tersebut.

6. Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki


untuk menyimpan slip dan borang permohonan sebagai rujukan pada masa
akan datang. TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM
e-PENAWARAN BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI
PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2019
TATACARA PERMOHONAN

Page 1 of 11
7. Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru,
permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa
dan Pembiayaan, KPM untuk sebarang tindakan lain.

8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap /


tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.

9. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh


tawaran permohonan ini dibuka.

10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan garis


panduan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia
berikut : Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan
program): Telefon (hotline): 03-8888 1616 E-mel : epenawaran@moe.gov.my

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):


Telefon (hotline): 03-8888 1616
E-mel : epenawaran@moe.gov.my

Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):


Telefon (hotline): 03-8884 3717 / 03-8884 3572
E-mel : helpdesk@moe.gov.my
Meja Bantuan: http://intranet.moe.gov.my/Helpdesk/ (untuk capaian
pegawai di Bahagian KPM sahaja)

Page 2 of 11
PANDUAN PERMOHONAN

1. Panduan Umum

1.1 Sistem e-Penawaran ini dibangunkan melalui pengintegrasian dengan


Modul Operasi Data Guru (e-Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS). Maklumat calon yang terkandung di dalam Sistem e-Operasi akan
digunakan dalam Sistem e-Penawaran bagi memastikan maklumat calon
khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah yang terkini dan
yang telah disahkan.

2. Panduan Khusus

Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya


urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

2.1 Calon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat


yang diperlukan disemua Menu yang disediakan dan sekiranya terdapat
maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

Menu Masuk/Paparan Utama.

2.2 Calon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Umur (paparan


secara automatik), tarikh lantikan dan tarikh sah DG41/42, status
berkhidmat (contoh: berkhidmat di sekolah), status pengajian, pilihan
program yang akan diikuti dan peringkat pengajian.
Nota:

a) Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi dengan tepat; dan


b) Sekiranya calon berstatus sedang dalam pengajian, pilihan
program adalah Hadiah Latihan Persekutuan Secara Separuh
Masa/Sambilan (HLPS) sahaja. Calon juga WAJIB lengkapkan
maklumat di Menu Maklumat Tambahan pada akhir permohonan;
dan

Page 3 of 11
Menu Maklumat Program

2.3 Calon dikehendaki memilih dan mengisi semua maklumat yang diperlukan
berkaitan pengajian yang ingin dimohon, jenis program yang akan diikuti
serta pilihan zon temuduga.

2.4 Calon yang berjaya ditawarkan penajaan/Cuti Belajar bakal mengikuti


pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di universiti awam
di dalam dan luar negara (bagi Kedoktoran).

2.5 Calon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi
Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang supaya dapat
disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik)/ maklumat
iktisas sedia ada/ opsyen mengajar yang terkini/pengalaman dalam
bidang yang dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa
akan datang.

2.6 Ringkasan mengenai Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang


adalah seperti berikut:

KATEGORI KETERANGAN Bidang Pengajian Pengkhususan Bidang


KLUSTER

Kepimpinan dan Memberi penekanan Contoh: Contoh:


Pentadbiran kepada peningkatan
Pendidikan. kecekapan dan 1. Perancangan a) Pentadbiran
keberkesanan kepimpinan, Strategik; Pendidikan
(Kepimpinan) dan pentadbiran pendidikan b) Kepengetuaan;
dalam kalangan pengurus 2. Pengurusan c) Pendidikan dan
Page 4 of 11
organisasi dan dan Pembangunan
program/projek. Kepimpinan Organisasi;
Pelaksanaan program ini Pendidikan d) Pengurusan dan
dibahagikan kepada tiga Pentadbiran
peringkat, iaitu:
i.asas;
ii.pertengahan; dan
iii.lanjutan.

Peningkatan Memberi ruang dan peluang Contoh: Contoh:


Kemahiran dan kepada PPP mengaplikasi
Kepakaran PdP. inovasi dan kreativiti 1. Bahasa a) Bahasa Melayu;
bersesuaian dengan b) Bahasa Inggeris;
(Pengajaran dan kemahiran aras tinggi c) Bahasa Arab;
Pembelajaran) dalam aktiviti PdP dalam d) Bahasa Tamil;
bilik darjah. Pelaksanaan e) Pendidikan Teknik
program ini boleh dilakukan dan Vokasional;
dalam tiga peringkat f) Pentadbiran
berteraskan fasa Perniagaan
Pembangunan 2. Kemahiran
Profesionalisme Berterusan Teknik dan
(PPB) melalui inisiatif Vokasional
kendiri (Inisiatif Individu dan
Inisiatif Organisasi), iaitu:
a. permulaan;
b. pembinaan
Kapasiti; dan
c. kepakaran.

Bidang Melahirkan sekumpulan Contoh: Contoh:


Kepakaran PPP yang mempunyai
Khusus kepakaran dan kemahiran 1. Polisi a) Kurikulum dan
Pendidikan dalam sesuatu bidang Pendidikan; Pengajaran;
pendidikan secara khusus. b) Bimbingan dan
2. Kaunseling dan Kaunseling
Psikologi

Nota: Calon boleh merujuk kepada Lampiran A (i), (ii) dan (iii) bagi
perincian Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang.

2.7 Calon perlu membuat pilihan zon temuduga yang berdekatan dengan
tempat berkhidmat sekarang namun penetapan akhir akan ditentukan oleh
KPM mengikut kesesuaian. Pecahan zon temuduga adalah seperti
berikut:

Page 5 of 11
Zon Temuduga Pecahan Mengikut Tempat Bertugas
(berdasarkan negeri)
Utara Perlis, Pulau Pinang,Kedah dan Perak
Tengah Selangor dan Kuala Lumpur
Selatan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan
Sabah Sabah dan Labuan
Sarawak Sarawak

Contoh paparan:

Sila buat pilihan yang tepat di


ruangan ini. Rujuk Lampiran A(i), A(ii)
atau A(iii).
Nota: Kesilapan dalam membuat
pilihan boleh menjejaskan
permohonan untuk dipertimbangkan
sebagai calon berjaya dipanggil
temuduga.

Menu Maklumat Peribadi

2.8 Maklumat di dalam Menu ini adalah WAJIB dilengkapkan dengan


maklumat yang tepat dan lengkap.

a) Maklumat peribadi dan waris diintegrasikan dari e-Operasi dan


sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat, sila
kemaskini dan membuat perubahan di Sistem e-Operasi atau
pindaan terus sewaktu permohonan dibuat.

b) Bagi ruangan alamat surat menyurat dan alamat tetap, sila pastikan
maklumat adalah alamat kediaman yang berpenghuni sama ada
calon sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan
sebarang surat menyurat rasmi sewaktu penajaan/Cuti Belajar
diterima.
Page 6 of 11
c) Bagi calon yang berstatus berkahwin, maklumat waris terdekat
yang perlu diisi adalah maklumat pasangan manakala calon yang
berstatus selain berkahwin, maklumat waris adalah seperti adik
beradik, ibu bapa atau penjaga atau lain-lain yang terdekat dan
mengenali calon secara dekat serta mudah dihubungi.

d) Calon juga WAJIB membuat pengesahan mengenai status


kesihatan semasa permohonan dibuat dan sekiranya YA
(mempunyai masalah kesihatan), sila nyatakan jenis penyakit yang
dihidapi.

e) Bagi maklumat anak (jika berkaitan), calon boleh mengisi maklumat


dengan klik butang tambah. Sekiranya tidak berkaitan, boleh
abaikan ruangan ini.

Menu Maklumat Akademik

2.9 Calon dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam


Menu Akademik dengan lengkap dan tepat sebagaimana panduan berikut:

2.9.1 Sila isi dan lengkapkan semua maklumat pengajian dan kelayakan
akademik sama ada bagi peringkat Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana
Muda) atau Ijazah Sarjana (bagi calon peringkat Kedoktoran).

Contoh:

Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana Muda:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

Ijazah Sarjana:

Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik

Tarikh Penganugerahan: 25/10/2000 Kelas: Pertama CGPA:


3.85

Contoh Paparan:

Page 7 of 11
Wajib Diisi dengan tepat

Menu Maklumat Perkhidmatan.

2.10.1 Calon WAJIB memastikan maklumat Ketua Jabatan semasa adalah


tepat dan lengkap kerana kesilapan di ruangan ini boleh menjejaskan
permohonan. Antara maklumat yang PENTING adalah alamat emel
penyokong/peraku, nombor telefon serta nama peraku/penyokong
terbabit. Sokongan dan perakuan Ketua Jabatan bagi permohonan
pegawai akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Oleh itu,
jika terdapat sebarang kesilapan, BT berhak membatalkan/menarik
balik permohonan tanpa sebarang notis atau pemakluman.

“Pegawai Penyokong” merupakan pegawai atasan/penyelia kepada


calon yang mengemukakan permohonan dan mempunyai hubungan
kerja secara lansung atau mengawasi kerjanya.

“Pegawai Peraku” adalah Ketua Jabatan di bahagian / institusi / jabatan


yang menguruskan hal-hal perkhidmatan calon yang mengemukakan
permohonan.

2.10.2 Bagi maklumat perkhidmatan, calon perlu memastikan semua ruangan


diisi dengan betul termasuk Tempoh Pengalaman Dalam Bidang
Dimohon, Tempoh Mengajar Opsyen dan Tempoh Perkhidmatan
Dalam Jawatan Sekarang.

Page 8 of 11
a) Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Dimohon
Sila nyatakan tempoh berkhidmat/mengajar dalam bidang
berkaitan permohonan..

b) Tempoh Mengajar Opsyen


Sila nyatakan tempoh pengalaman mengajar subjek
tersebut berkaitan dengan opsyen semasa.

c) Tempoh Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang


Sila nyatakan tempoh berkhidmat dalam jawatan sekarang.

d) Maklumat Iktisas
Sila nyatakan maklumat berkaitan latihan perguruan yang
pernah diikuti.

e) Mata Pelajaran Mengajar Sekarang


Bagi calon yang sedang berkhidmat di sekolah, sila
nayatakan mata pelajaran terkini yang diajar sewaktu
permohonan dibuat.

Menu Maklumat Pencapaian

2.11 Calon dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat berkaitan


pencapaian dan sumbangan yang pernah dicapai sepanjang tempoh
perkhidmatan.

a) Sila nyatakan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)


atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam
skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2016, 2017 dan 2018).
Sekiranya belum memperolehi markah LNPT/PBPPP tahun 2018,
calon boleh mengisi LNPT 2015, 2016 dan 2017. Penilaian
setahun LNPT/PBPPP mestilah genap 12 bulan. Sekiranya calon
pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila
kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar;

Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi adalah BENAR.

b) Sila isikan maklumat sekiranya calon pernah menerima Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu tahun terima APC dan jumlah
penerimaan APC;

Contoh: Tahun APC: 2002,2003,2004


Jumlah APC: 3

Page 9 of 11
c) Sila nyatakan sumbangan yang pernah dibuat oleh calon sepanjang
perkhidmatan dan peringkat sumbangan tersebut. Calon dibenarkan
untuk menghuraikan secara ringkas mengenai sumbangan yang
dinyatakan. Selain itu, sila nyata penulisan dan penerbitan yang
dihasilkan (sekiranya ada) bagi tempoh 3 tahun yang terkini.

Menu Maklumat Penajaan

2.12 Sekiranya calon pernah atau sedang diluluskan Cuti Belajar atau
Penajaan oleh KPM, sila nyatakan maklumat tersebut di dalam Menu
Maklumat Penajaan.

2.13 Sila nyatakan tempoh ikatan perjanjian yang telah ditetapkan berdasarkan
jenis Cuti Belajar/Penajaan yang diluluskan. Tempoh ikatan perjanjian ini
boleh disemak dalam perjanjian Cuti Belajar/Penajaan calon.

2.14 Sila nyatakan juga tempoh kontrak yang telah disempurnakan

Contoh:

Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah


diluluskan adalah 4 tahun. Pegawai telah melapor diri (kembali
bertugas) pada 1 Januari 2015. Tempoh telah berkhidmat daripada
perjanjian adalah 3 tahun iaitu bermula pada tarikh melapor diri
tersebut.

Maklumat Tambahan

Bahagian ini Wajib diisi sekiranya calon sedang dalam pengajian. Jika
calon belum pernah mengikuti pengajian, sila nyatakan “TIDAK” pada
ruangan pilihan.
Sekiranya calon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa/
separuh masa, sila pilih “YA” dan teruskan mengisi maklumat pengajian
anda.

Menu Perakuan

2.15 Setelah semua maklumat dilengkapkan, calon dimohon untuk menyimpan


semua maklumat permohonan dengan klik butang SIMPAN.

2.16 Calon turut dikehendaki untuk memahami dan membuat perakuan bagi
setiap perkara yang dipaparkan. Calon WAJIB tick ruangan perakuan yang
disediakan selepas permohonan disimpan. Klik butang hantar setelah
berpuas hati dengan kesemua maklumat yang diisi. Permohonan akan
dihantar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.

Page 10 of 11
2.17 Calon boleh menyimpan permohonan setelah melengkapkan kesemua
maklumat yang diperlukan dan hanya SATU permohonan sahaja boleh
dibuat pada waktu permohonan dibuka. Permohonan yang terdahulu adalah
terbatal sekiranya Sistem e-Penawaran mendapati pegawai mengemukakan
lebih daripada SATU permohonan.

2.18 Setelah permohonan dihantar, calon boleh mencetak Slip dan Borang
Permohonan penajaan/Cuti Belajar sebagai simpanan dan rujukan pada
masa akan datang.

Page 11 of 11

Você também pode gostar