Você está na página 1de 4

1/31/2019 Blogger: Yatim piatu - Edit entri

beehappy

Sabda Rasulullah SAW;

“Aku dan orang yang memelihara anak yatim, di syurga nanti seperti ini (sambil menunjukkan

dua jarinya – bermaksud jaraknya amat dekat).”

Hadis Riwayat Bukhari

Berdasarkan hadis Baginda Nabi SAW tersebut, jelas menunjukkan kelebihan buat mereka

yang memelihara dan menyantuni anak-anak yatim. Sebelum itu, tahukah anda apakah

yang dimaksudkan dengan ‘anak yatim’?

Siapakah golongan yang dimaksudkan itu?

Menurut definisi dari sudut syariah Islam, istilah ‘anak yatim’ ialah kanak-kanak yang

kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa sebelum usianya dewasa (baligh). Manakala

anak-anak yatim piatu pula bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan

kemudiannya, kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6099370668564361910#editor/target=post;postID=4145976545207356958;onPu… 1/4
1/31/2019 Blogger: Yatim piatu - Edit entri

Bagi orang dewasa yang kehilangan atau kematian ibu, bapa atau kedua-duanya, tidak lagi

digelar sebagai anak yatim. Ini kerana mereka sudah mampu menyara dan menjaga dirinya

sendiri. Gelaran ‘anak yatim’ atau ‘yatim piatu’ hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak

yang tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri. Mudah kata, kanak-kanak yang

bergelar ‘anak yatim’ ini masih memerlukan pertolongan atau bantuan daripada orang lain.

Hadis tersebut turut dinyatakan oleh Imam Bukhari dalam bab keutamaan orang yang

mengasuh anak yatim. Tahukah anda, apakah kelebihan menyantuni anak yatim di sisi

Islam?

1# Berada Dekat Dengan Rasulullah SAW

Alangkah bahagianya jika berada dekat dengan Baginda Nabi SAW kelak. Bagi mereka

yang menyantuni anak yatim semasa di dunia, beruntunglah kalian.

Ini kerana Rasulullah SAW memberi jaminan untuk menempatkan kedudukan kalian di

sisinya.

Hal ini sepertimana penjelasan hadis di atas.

2# Memiliki Pahala Yang Setaraf Dengan Jihad

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Barang siapa yang mengasuh tiga anak yatim, dia bagaikan bangun pada malam hari dan

berpuasa pada siang harinya, dan bagaikan orang yang keluar setiap pagi dan petang

menghunus pedangnya untuk berjihad di jalan Allah. Dan, kelak di syurga bersamaku

bagaikan saudara, sepertimana kedua jari ini, iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”

Hadis Riwayat Ibnu Majah

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6099370668564361910#editor/target=post;postID=4145976545207356958;onPu… 2/4
1/31/2019 Blogger: Yatim piatu - Edit entri

3# Mendapat Perlindungan Di Hari Kiamat

Rasulullah SAW bersabda,

“Demi Allah yang mengutusku dengan kebenaran, di hari kiamat Allah SWT tidak akan

mengazab orang yang mengasihi anak yatim, dan bersikap ramah kepadanya, serta bertutur

kata yang manis. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengetahui kelemahannya serta

tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang diberikan Allah kepadanya.

”Hadis Riwayat at-Tabrani

4# Masuk Ke Syurga Dengan Mudah


Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang memelihara anak yatim di tengah kaum Muslimin untuk memberi makan

dan minum, maka pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia telah berbuat

dosa yang tidak dapat diampuni.”

Hadis Riwayat at-Tirmizi

5# Sebagai Terapi Hati Yang Keras

Aneh bukan? Tapi ada benarnya. Hal ini sepertimana hadis Rasulullah SAW yang

bermaksud,

“Dari Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW akan hatinya yang

keras, lalu Nabi SAW berkata; ‘Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan kepada orang

miskin.”

Hadis Riwayat Imam Ahmad

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6099370668564361910#editor/target=post;postID=4145976545207356958;onPu… 3/4
1/31/2019 Blogger: Yatim piatu - Edit entri

6# Beroleh Kebaikan Yang Banyak

“Dari Abu Umamah bahawa Nabi SAW bersabda; ‘Barangsiapa yang mengusap kepala anak

yatim lelaki atau perempuan kerana Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan

tangannya itu terdapat banyak kebaikan’.”

Hadis Riwayat Imam Ahmad

7# Mendapat Perlindungan Di Sisi Allah SWT

Allah SWT turut memuliakan insan ini, sehinggakan ia termaktub dalam firmanNya yang

melarang masyarakat atau umat Islam daripada berlaku zalim kepada mereka. Ternyata,

larangan ini menunjukkan bahawasanya mereka dilindungi. Apabila ada tegahan atau

larangan, sudah pasti ada juga hukuman buat mereka yang ingkar.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maka terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”

Surah ad-Dhuha : 9

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6099370668564361910#editor/target=post;postID=4145976545207356958;onPu… 4/4

Você também pode gostar