Você está na página 1de 7

Keberkesanan Pendekatan Terapi Rasional Emosi dan Tingkah Laku Nilai Islam

(REBT: NI) dalam Sesi kaunseling murid bertingkah laku agresif verbal

Azlizamani Salim@Zubir PhD (azlizamani@uum,edu,my)


Mohamad Khadafi bin Hj. Rofie PhD (khadafi@uum.edu.my)
Najib Ahmad Marzuki Profesor (najib320@uum.edu.my)
Azemi Shaari PhD (s.azemi@uum.edu.my)
Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan Terapi Rasional Emosi dan Tingkah Laku Nilai
Islam (REBT: NI) dalam kalangan murid sekolah bertingkah laku agresif verbal. Kaedah
kajian menggunakan pendekatan kuantitatif eksperimen,. Seramai 120 orang murid diplih
secara rawak stratifikasi, dari populasi 236 orang murid yang bertingkah laku agresif verbal
dari 6 sekolah menengah dalam daerah Kubang Pasu, di Negeri Kedah.. Kesemua sampel
kajian adalah mereka yang mempunyai rekod tingkah laku agresif verbal berasaskan laporan
kesalahan disiplin sekolah. Sampel kajian mendapat rawatan kaunseling individu pendekatan
REBT:NI. Sampel kajian di beri soal selidik, Aggresion Questionnaire, Bush & Perry,
(1992), pra dan pasca rawatan REBT: NI Keputusan analisis perbezaan min terhadap tingkah
laku agresif –dimensi verbal menunjukkan penurunan min tingkah laku agresif setelah
melalui rawatan REBT:NI. Analisis menggunakan statistikal ujian t Hasil analisis ujian t
terhadap soalan kajian, mendapati rawatan REBT: NI memberi impak positif terhadap
tingkah laku agresif, termasuk dimensi verbal. Sehubungan dengan itu dapatan kajian dapat
membuktikan bahawa pendekatan REBT: NI berkesan dalam membantu murid sekolah
bertingkah laku agresif.
ABSTRACT
This study aimed to determine the effect of Rational Emotional Therapy and Behavioral with
Islamic values (REBT: NI) among school children behaving verbally aggressively.
Experimental quantitative approach.is applied in the research methodologies. Samples of
120 school children stratified radomly selected from 236 school children with aggressive
behavior from six secondary schools in the district of Kubang Pasu, in the state Kedah The
samples received individual counseling treatment REBT: NI. The sample was given
Aggresion Questionnaire, Bush & Perry (1992), pre and post treatment REBT: NI The
analysis mean difference results of aggressive behavior and its verbal dimension showed
decrease in mean aggressive behavior after receiving treatment REBT:NI Hypotheses
analyzed using statistical t-test, showed that REBT: NI treatment showing positive impact on
changing aggressive behavior dimensions of aggressive, , verbal, , The research findings
proven that REBT approach: NI is effective in helping school chifren with aggressive
behavior.

Pengenalan Murid sekolah adalah modal insan dan bakal meneraju kepemimpinan negara,
mereka adalah aset utama dalam memacu kemajuan atau sebaliknya sesebuah Negara.
Melahirkan modal insan yang cemerlang kadang kala menghadapi halangan seperti yang
dinyatakan oleh Khair Mohamad Yusof (6 Nov 2014) merupakan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia menyatakan Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 murid sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang
berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2014. Kesalahan yang dilakukan
kumpulan murid tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah,
vandalisme dan kes buli. Menurut beliau lagi seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang
berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang
membawa kepada siasatan pihak polis.
Pemasalahan Kajian Menurut Jemkins (1996), satu tindakan yang berkesan patut
dilaksanakan ke atas sekolah yang murid muridnya bertingkah laku agresif demi menjaga

1
keharmonian masyarakat. Antara tindakan yang boleh dilaksanakan ialah dengan
menyediakan perkhidmatan kaunseling. Suasana kritikal ini telah mendorong Kementerian
Pelajaran Malaysia menubuhkan pasukan petugas khas dengan mewujudkan talian hotline
secara langsung ke pejabat Menteri Pelajaran bagi menerima segala aduan yang melibatkan
budaya samseng di sekolah. Penyataan ini jelas menunjukkan bahawa tingkah laku agresif
murid sekolah amat serius (Sumber Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia, 30 Mac
2004).

Hasil laporan statistik seperti di Jadual 1.1 menunjukkan data peningkatan tingkah laku
agresif di dua buah sekolah menengah di negeri Kedah pada tahun 2013 hingga tahun 2014.

Jadual 1.1 : Kes Murid Sekolah Terlibat Dengan Tingkah Laku Agresif Verbal Di Dua
Buah Sekolah Di Kedah 2013-2014

Tingkah Laku Agresif Tahun 2013 Tahun 2014 Peratus pningkatan


Bergaduh secara verbal 12 23 95%
Bergaduh berkumpulan 3 8 133%
verbal
Sumber dari rekod kaunselor di dua buah sekolah menengah di negeri Kedah tahun 2010

Berdasarkan stastistik yang ditunjukkan pada Jadual 1.1, peningkatan kes yang berlaku
adalah amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, langkah tertentu perlu dilaksanakan
untuk menangani isu ini dengan segera. Langkah bijak yang telah dilaksanakan oleh pihak
sekolah ialah dengan menyediakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Namun begitu,
peningkatan kes yang berlaku menyebabkan wujudnya persoalan keberkesanan perkhidmatan
ini kepada murid sekolah.

Hipotesis Kajian Tidak terdapat perbezaan keberkesanan intervensi kaunseling individu


Terapi Rasional Emosi Tingkah laku berteraskan nilai Islam (REBT;NI) dalam kalangan
murid bertingkah laku agresif verbal.

Soroton literature Kegiatan agresif remaja bukan merupakan satu isu baru, malah fenomena
ini sering menjadi bualan hangat masyarakat dan turut dijadikan tajuk berita utama
dipaparkan oleh media, contoh tingkah laku agresif yang berlaku di sekolah. Rashid Harun
(2004) menyatakan bahawa tingkah laku yang dilakukan oleh remaja adalah satu bentuk
pelakuan yang boleh diterima sebagai satu cara menambahkan keyakinan hidup di asrama,
untuk belajar berdikari, menerima sedikit tekanan dan tidak dimanjakan. Namun begitu,
apabila wujudnya kes tingkah laku agresif yang mengakibatkan kecederaan dan kematian
terhadap mangsa, maka gejala ini dianggap sebagai satu bentuk keganasan. Tingkah laku ini
juga dikenali sebagai gangsterisme yang boleh menimbulkan implikasi yang besar dan
menggugat ketenteraman awam.
Hazier dan Hoover (1993) mendefinisikan tingkah laku agresif sebagai satu bentuk gangguan
oleh sekumpulan remaja pelajar ke atas seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi
satu jangka masa yang panjang. Hosanna (2004) pula memberi gambaran tingkah laku agresif
dalam kalangan remaja, sebagai remaja yang mempunyai kepercayaan nilai kendiri yang
rendah dan tidak tahu berinteraksi. Tingkah laku agresif berkait rapat dengan pembentukan
kumpulan bertujuan menarik perhatian dan membuktikan kehebatan agar diterima dalam
kumpulan sebaya. Pandangan ini disokong oleh Whitney (1996) yang menyatakan bahawa
tingkah laku agresif dilakukan untuk menunjukkan kuasa atau keegoan, membalas dendam
dan dirangsang oleh kedua-dua faktor dalaman dan luaran. Lund (1996) menyatakan bahawa
gejala tingkah laku agresif lebih terangsang dalam situasi budaya yang penuh dengan
keganasan dalam sesebuah komuniti dan kebiasaannya berpusat dalam kalangan kumpulan
anti-sosial.
Kesimpulannya dari perbincangan teori biologi, psikologi, sosiologi dan pendapat para
cendiakawan dan pengkaji tingkah laku agresif dapat dirumuskan bahawa tingkah laku
agresif dipengaruhi oleh pelbagai faktor remaja sendiri, persekitran dan keluarga. Tingkah
2
laku agresif akan lebih difahami oleh masyarakat, pengkaji dan para cendiakawan seandainya
remaja yang agresif melaksanakan pendedahan kendiri kenapa mereka bertingkah laku
sedemikian.
Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan (2009) menyatakan hasil kajian kes terhadap
sekumpulan murid sekolah. Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan di sebuah
sekolah di pinggir bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sampel kajian terdiri
daripada 10 orang murid tingkatan 4 yang menghadapi masalah disiplin tegar
Daripada dapatan kajian didapati lapan daripada 10 pelajar yang menghadapi masalah
disiplin tegar telah berubah tingkah laku mereka dan menjadi pelajar yang berdisiplin. Malah
pencapaian akademik telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Hasil kajian ini amat jelas bahawa pemantapan iman pelajar terlibat melalui pendekatan
Islam, iaitu solat dan tazkirah agama, mampu mengubah tingkah laku mereka. Manusia
adalah ciptaan Allah S.W.T. yang terbaik dan Islam mengatakan setiap insan semasa
dilahirkan mempunyai sifat atau elemen yang baik atau apa yang dinamakan sebagai fitrah.
Manusia dicipta daripada dua unsur, iaitu jasmani yang berpunca daripada tanah dan rohani
yang berpunca daripada urusan ketuhanan atau dari alam ketinggian dan kekudusan di sisi
Allah (s.w.t). Gabungan dua unsur yang berbeza dan berlainan tabiat, sumber dan arah
matlamatnya, maka terciptalah insan atau manusia dengan kekuasaan dan kehendak Allah
(s.w.t., Abdullah Basmeih 1995). Al-Ghazali (1988) menyatakan bahawa jiwa adalah suatu
entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria
untuk menjalankan keperluan-keperluan badan. Allah (s.w.t). menegaskan bahawa kejadian
insan adalah sebaik dan seindah kejadian. Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan
dalam kedua-dua unsurnya, iaitu jasmani dan rohani. Allah (s.w.t) mencipta manusia dengan
bentuk yang amat baik. Bentuk lahir atau jasmaninya memang telah indah dan sempuma (al-
Tin, 95:4).

Halimah Abd Halim dan Zainab Ismail (2015), dalam kajian di sekolah daerah Klang
Selangor yang terdiri daripada 73 orang kaunselor Muslim sekolah menengah di daerah
Klang, Selangor bertujuan untuk menganalisis amalan pendekatan Islam oleh kaunselor
Muslim sekolah menengah di daerah Klang dalam menangani salah laku murid . Hasil kajian
mendapati wujud amalan pendekatan Islam oleh kaunselor Muslim dalam menangani salah
laku pelajar melalui pendekatan pencegahan yang dilaksanakan oleh mereka. Kajian ini
menggambarkan bahawa pendekatan pencegahan yang dilaksanakan oleh kaunselor Muslim
dalam menangani salah laku pelajar sekolah menengah di daerah Klang ini terdapatnya
program berbentuk hubungan dengan Allah (s.w.t.) dan program berbentuk hubungan dengan
manusia dan persekitaran. Kajian ini telah berjaya mengubah tingkah laku agresif murid bila
kaunselor yang dilatih dalam melaksanakan kaunseling berterapkan asas kerukunan dan
tatacara Islam mampu mengubah tingkah laku murid agresif. Sampel kajian ini telah berjaya
diterapkan konsep manusia yang berpegang teguh dengan agama Allah (s.w.t ) dan menjaga
hubungan dengan manusia sahaja akan dimuliakan serta memperoleh perdamaian sesama
manusia. Oleh yang demikian, kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor Muslim di sekolah
menengah daerah Klang sentiasa menitikberatkan pendekatan pencegahan berbentuk
hubungan dengan Allah (s.w.t.) hubungan dengan manusia dan persekitaran dalam usaha
untuk menangani salah laku pelajar demi memperoleh kemuliaan dan keredaanNya.
Kajian oleh Mardzelah (2012), Ishak (2012), Siti Hairaney (2004), mendapati di antara punca
berlakunya salah laku dalam kalangan pelajar disebabkan oleh faktor agama iaitu kurangnya
amal dan kerohanian dan penghayatan agama dalam diri mereka. Kajian oleh Abu Mansor
Mat Urdi (2005) turut mendapati bahawa pelajar yang kerap melaksanakan amalan agama
dalam kehidupan mereka tidak akan melakukan sebarang salah laku di sekolah.

Tan Hua Khim, Rusnani Abdul Kadir ,Sidek Mohd Noah & Maznah Baba (2013), dalam
kajian mereka bertujuan untuk menguji impak kaunseling kelompok berstruktur REBT
dalam menurunkan kes masalah disiplin ponteng kelas pelajar yang berisiko di empat buah
sekolah harian biasa daerah Bera, Pahang. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar

3
tingkatan empat . Dapatan kajian membuktikan bahawa kaunseling kelompok berstruktur
REBT ini mencapai kejayaan. Analisis data menunjukkan 69% daripada sampel yang
menerima rawatan telah berubah dan dalam tempoh pemerhatian tersebut mereka ini tidak
mempunyai sebarang rekod tentang masalah disiplin ponteng kelas.
Kajian oleh Azemi Shaari (2014) terhadapt murid bertingkah laku agresif di Sekolah
Menengah. Kajian bertujuan untuk melihat kesan kaunseling individu REBT terhadap nurid
bertingkah laku agresif. Bilangan sampel seramai 120 orang remaja bertingkah laku agresif
dari populasi 768 remaja di semua 142 buah sekolah menengah harian di negeri Kedah.
Keputusan kajian membuktikan bahawa pendekatan REBT berkesan dalam membantu murid
bertingkah laku agresif.

Yatiman Karsodikromo, Hazalizah Hamzah dan Abdul Rahim Razali (2016) mendapati
pendekatan REBT amat berkesan dalam menghadapi klien yang bermasalah penagihan
tefefon pintar dan computer. Salah satu pendekatan yang sering digunakan untuk menangani
masalah berkaitan emosi dan tingkah laku ialah Rational Emotive Behavior Therapy
(REBT). Keberkesanan REBT tidak dinafikan namun dalam pendekatan tersebut telah
mengabaikan aspek agama, khususnya agama Islam yang bersifat sejagat dan syumul serta
begitu akrab dengan masyarakat nusantara. Kepentingan untuk menyuntik unsure keislaman
dalam REBT dan seterusnya mencadangkan unsur keislaman yang sewajarnya dimasukkan
dalam REBT untuk menangani kesan gangguan dan serangan siber dan juga masalah-masalah
lain yang berkaitan emosi dan tingkah laku.

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian ekperimental iaitu


Experimental Design yang akan dijalankan di beberapa sekolah menengah di daerah
Kubang Pasu dalam negeri Kedah, Malaysia.

Sampel Kajian Seramai 120 orang murid diplih secara rawak stratifikasi, dalam populasi
236 orang murid yang bertingkah laku agresif dari 6 sekolah menengah dalam daerah Kubang
Pasu, di Negeri Kedah. Penentuan tingkah laku agresif murid sekolah, telah ditentukan oleh
Jawatankuasa Tatatertib sekolah melalui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Guru
Disiplin dan Kaunselor Sekolah berasaskan pekeliling salah aku murid sekolah

Instrumen Kajian Alat ukur ini dihasilkan oleh Bush & Perry, (1992), dan dikenali sebagai
Aggresion Questionnaire, mengandungi 29 soalan berskala likert (lima skala likert).
Kebolehpercayan Alat Ukur AQ adalah α 0.830.
Dapatan Kajian Tidak terdapat perbezaan kesan kaunseling individu Terapi Rasional Emosi
Tingkah laku berteraskan nilai Islam (REBT;NI) dalam kalangan murid tingkah laku agresif
verbal ?

Jadual 1.2 : Keputusan ujian t berpasangan perbezaan kesan REBT:NI, dalam kalangan murid
bertingkah laku agresif verbal.

Paired Samples Test


Paired Differences
95% Confidence Interval of
Std. Std. Error the Difference
Mean Deviation Mean Lower Upper t df Sig. (2-tailed)
VERPRE -
2.90833 3.69191 .33702 2.24099 3.57567 8.629 119 .000
VERPOS
Paired Samples Statistics
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
VERPRE 18.2833 120 1.91493 .17481
VERPOS 15.3750 120 3.50045 .31955

4
Merujuk jadual 1.2 hasil dapatan statistikal di atas nilai (t) 119 dan nilai p (0.000)
< 0.05. Keputusan ujian t bagi sampel berpasangan ini menunjukkan hipotesis nol bahawa
tidak terdapat perbezaan min intervensi REBT:NI dalam kalangan murid bertingkah laku
agresif verbal di tolak, sebaliknya keputusan menerima hipotesis alternatif bahawa terdapat
kesan perbezaan yang signifikan dari segi min tingkah laku agresif verbal pra intervensi
REBT: NI dan tingkah laku agresif verbal pasca intervensi REBT: NI. Ini menunjukkan
inervensi REBT:NI telah berjaya mengurangkan tingkah laku dimensi agresif verbal murid
sekolah.

Berdasarkan nilai min dalam jadual 1.1 keputusan analisis menunjukkan kesimpulannya
intervensi REBT:NI dalam kalangan murid bertingkah laku agresif verbal berjaya
mengurangkan tingkah laku agresif verbal (min pra AQ 18.28), manakala min tingkah laku
agresif (min pasca AQ 15.38). Secara statisitk perbezaan min pra dan pasca 18.28 ± 1.91
kepada 15.37 ± 3.500 (p < 0.05)

Perbincangan Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam
intervensi pra dan pasca REBT:NI, dalam kalangan murid bertingkah laku agresif verbal.
Dapatan kajian selari dengan dapatan kajian oleh Rashid Harun (2004), yang menyatakan
dengan bertingkah laku agresif lisan atau verbal dapat member keyakinan kepada individu
dalam kelompok atau bersama rakan sebaya, contohnya melibatkan dalam gangterisme.
Manakala Whitney (1996), Lund (1996) Azemi Shaari (2014), budaya agresif verbal ini
adalah satu tingkah laku memuaskan kelompok atau kumpulan yang mereka sertai.

Untuk mengatasi sikap ini penerapan nilai Islam dalam sesi kaunseling telah berjaya
menurunkan atau mengurangkan tingkah laku ini, yang juga selari dengan kajian yang
dilaksanakan oleh Halimah et.al (2015) Mardzelah (2012), Siti Hairaney (2004) dan Tan Hua
Khin et.at (2013). Semua kajian ini bersetuju penerapan nilai-nilai spiritual dapat membantu
mengurangkan sikap verbal individu.

Hasil analisis soalan kajian menunjukkan kesan yang signifikan antara pra dan pasca tingkah
laku agresif selepas menerima intervensi REBT:NI. Ini menunjukkan intervensi REBT:NI
mampu mengubah tingkah laku murid bertingkah laku agresif di sekolah. Perbandingan
dengan kajian lepas oleh Halimah Abd Halim et.al (2015), Azemi Shaari (2014) Khalim
Zainal et.al (2009), jelas REBT dan penerapan nilai Islam dalam REBt telah Berjaya
mengubah tingkah laku agresif murid sekolah.

Dapatan kajian turut mengukuhkan ulasan dan penjelasan teori tentang manusia dan
kesediaan berubah dalam tingkah laku seperti dalam teori Psikologi Tingkah laku oleh
Watson (1958); Skinnner (1990), teori Psikologi Kognitifoleh Wundt (1920), teori Psikologi
Psikodinamik oleh Freud (1939), teori Biologi oleh Allport (1967) dan Lombroso (1909),
teori Sosiologi Anomie oleh Durkhein (1966), teori Sosiologi Pelabelan oleh Becker (1963)
dan pendekatan Islam oleh Abdullah Basmeih (1995); Al Gazali (1988). Cadangan Kajian
Tingkah laku agresif adalah satu tingkah laku yang membawa kepada pelbagai permasalahan
sosial dan persekitaran (Azemi Shaari 2014). Adalah dicadangkan untuk kajian seterusnya
melihat keberkesanan REBT:Ni berasaskan konsep Demografi, seperti perbezaan janitna,
tempat tinggal, gred sekolah, dan juga faktor pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah.
Faktor keberkesanan REBT:NI dalam kalangan murid sekolah yang bertingkah laku agresif
boleh juga dilihat pengaruh gaya asuhan keluarga dan gaya pengurusan sekolah.Kesimpulan
Kajian intervensi REBT:NI telah membuktikan tingkah laku agresif murid sekolah berjaya
dikurangkan. Modul REBT:NI mampu membantu kaunselor sekolah, pengurusan sekolah
malah Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran dalam usaha menangani tingkah laku
murid. Semoga dapatan kajian ini dapat menyumbang pecambahan ilmu dalam usaha
membantu perkembangan sistem dan tatacara urus sekolah di Malaysia.

5
Rujukan
Azemi Shaari (2010). Perubahan Tingkah laku Agresif Remaja Sekolah Dengan Pendekatan
REBT Di Kubang Pasu Kedah. Sintok. Universiti Utara Malaysia.
Azemi Shaari (2014) Kesan Intervensi REBT terhadap Pendedahan Kendiri, Perapatan
Keluarga Dan Tingkah Laki agresif dalam kalangan Murid Sekolah, Pulau Pinang,
USM
Badrolzaman Baharom (2006). Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah
Laku Remaja Daerah Pontian, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bandura, A. (1973). Aggression: A social learning analysis. Englewood Cliffs, NY: Prentice-
Hall.
Berita Harian, (2005), Kes Buli Pelajar Di Ampangan, Negeri Sembilan. Kuala Lumpur.
Berita Harian 13 Jun 2005.
Berita Harian (2011), Pelajar OKU Dibelasah Seorang Pelajar Senior Di Sebuah Sekolah Di
Bagan Datoh, Perak. Kuala Lumpur. Berita Harian 23 April 2011.
Buss, A. H., & Perry, M. P. (1992). The aggression questionnaire. Journal of Personality and
Social Psychology, 63, 452-459.
Chin Pek Lian Low Li Chueen dan Vivian Low Yen Yeong (2005) Isu-Isu Masalah Disiplin
Pelajar :Skudai Johor Fakulti Pendidikan UTM

Dryden W., (2003). Rational Emotive Behaviour Therapy; Theoretical Developments;


Brunner-Routledge.

Ellis, A. (2001). Feeling better, getting better, and staying better. Atascadero,CA: Impact
Publishers.

Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti
dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara. Disertasi
Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Kuala Lumpur.

Halimah abd Halim & Zainab Ismail (2015) Pendekatan Pencegahan Kaunselor Muslim
dalam Menangani Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Klang, Selangor
International Journal of Islamic Thought ISSN 2232 – 1314 Vol. 8 : (Dec.) 2015
www.ukm.my/ijit

Harian Metro,(2012). Pelajar Sebuah Sekolah Menengah Bergaduh Gara-Gara Berebut


Teman Wanita. Kuala Lumpur. Harian Metro 15 Mei 2012.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, (2012). Statistik Kes Juvana di Malaysia. Putra
Jaya: Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia.
JAKIM, (2000). Mastika Hadith Jilid Edisi Jawi. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam
Malaysia.
Khaliza Saidin, (2006). Jenayah Di Kalangan Pelajar: Sebab dan Usaha Penyelesaian.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kazdin, A. E. (2003), Psychotherapy for children and adolescents. Ann. Rev.
Psychol.,54:253–276.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2014). Laporan Disiplin Murid Kementerian
Pelajaran. Putra Jaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

6
Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan (2009) Pendekatan Islam dalam Menangani
Masalah Disiplin Tegar dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Satu Kajian Kes Journal of
Islamic and Arabic Education 1(2) 2009, 1-14

Majlis Guru-Guru Kaunseling Kebangsaan (2009). Penulisan Kes Kaunseling Sekolah-


Sekolah Menengah Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Meznah Mat Kasa, (2006). Gaya Asuhan Ibu Bapa Dan Tingkah Laku Remaja. Sintok:
Universiti Utara Malaysia Press.
Muhyiddin Mohd Yassin (2014) Teks Ucapan perasmian Program Pemantapan dan Jati
Diri SahsiahRemaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Putra Jaya.Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noh Omar, (2006), Teks Ucapan Timbalam Menteri Pelajaran : Faktor – Faktor Yang
Mempengaruhi Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar – Pelajar Sekolah. Putra Jaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, (2014). Laporan Disiplin Sekolah-Sekolah Daerah
Kubang Pasu, Kedah. Kubang Pasu. PPD Kubang Pasu.
Polis DiRaja Malaysia (2014). Statisitik Jenayah Di Malaysia. Bukit Aman.
www.rmp.gov.my.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala
Lumpur/Putra Jaya: Jabatan Percetakan Negara.
Polis DiRaja Malaysia, (2014). Statistik Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur.

Rokiah Ismail (2000). Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Rozumah Baharudin, (2001). Perkaitan Pemantauan Dan Perhubungan Ibu Bapa – Anak
Dengan Tahap Tingkah laku Devian Di Johor Baru. Jurnal Kebajikan Masyarakat
Makaysia 2001.

Robiah Kulop Hamzah, (2001). Remaja Dan Pengurusan Diri. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salasiah Othman (2009).Faktor-Faktor Salah Laku Pelajar Sekolah Di Seberang Prai


Tengah, Pulau Pinang. Sintok. Universiti Utara Malaysia.

Sinar Harian, (2011). Kumpulan Walad Kechik Terlibat Dalam Kes Curi Motosikal
Sekitar Daerah Krian, Perak. Kuala Lumpur. Sinar Harian 29 November 2011.

Tan Hua Khim, Rusnani Abdul Kadir ,Sidek Mohd Noah & Maznah Baba (2013)
Impak Kaunseling Kelompok Berstruktur REBT Nilai Islam terhadap Tingkah Laku
poteng Kelas Pelajar Bermasalah Disiplin. Prosiding Seminar Pasca siswazah Dalam
Pendidikan (GREDUC 2013) 470, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia

Tyler , L.E. (1969). The work of the counselor. New Jersey : Prentice –Hall Inc .
Yatiman Karsodikromo, Hazalizah Hamzah & abdul Rahim Razali (2016) Keperluan
Penerapan Dan Cadangan Unsur dalam Terapi Rasional Emosi dan Tingkah laku
(REBT). Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan
Idris https://www.researchgate.net/publication/287999598

Você também pode gostar