Você está na página 1de 2

Antara Insan yang paling boleh dipercayai dan diharapkan,

namun Allah lebih menyayanginya.


Kasih sayang seorang adik kepada abangnya takkan pernah luntur. Di dalam hati kasih sayang
itu masih segar,namun apakan daya Allah lebih menyayanginya. Kisah ini,aku ingin
menceritakan seorang abang yang sangat menyanyangi adik-adiknya,seorang yang
bertanggungjawab ke atas keluarganya,dan dia juga seorang yang tegas apabila adik-adiknya
buat salah,mana taknya kalau adik-adiknya kuat bergaduh lagi-lagi aku dengan adik kecil aku
yang paling bongsu ada saja yang tak kena,tapi itulah yang boleh jadi kenangan manis. Inilah
satu coretan aku sekiranya ada titisan air mata bercucuran itu tanda anda memahami dan
menghayati cerita yang aku pendam selama 9 tahun.

Aku mempunyai 6 orang adik-beradik,4 perempuan dan 2 lelaki. Aku yang ke 5 nak katakan
perempuan bongsu dalam keluarga aku,yang paling rapat dengan abang aku. Abang aku belajar
di Maktab Perguruan di Kuala Lipis dan dia menjadi salah seorang perwakilan pelajar (MPP) di
maktabnya. Abang aku ni nak katakan ramai peminat,yelah orang hensemkan dengan spek
matanya membuat orang terpesona,cara percakapan abang aku membuat orang jadi kagum sebab
itu abang aku terpilih menjadi seorang MPP. Aku bangga dengan sikap abang aku seorang yang
berani,aktif dalam setiap program yang dilakukan. Aku teringin mengikut jejak langkah abang
aku,akan tetapi aku tidak mampu melakukan apa yang abang aku buat. Mungkin aku seorang
perempuan yang lemah,tetapi aku cuba untuk menjadi seorang yang berani dan aktif. Abang aku
seorang yang peramah,mudah terhibur kadang-kadang lawak dia tu sampai orang boleh gelak
besarlah tetapi loya buruk dia lagi boleh orang ketawa sampai terkeluar air mata,nampaklah
abang aku ni seorang pelawak. Hahaha along-along.

Akan tetapi senyumannya,gelak ketawanya,suaranya itu semua menjadi kenangan apabila abang
aku sakit semasa abang aku belajar di maktab perguruan tahun 3 2010. Permulaan terjadinya
abang aku sakit,selepas abang aku pergi program ke dalam hutan. Tidak lama kemudian badan
abang aku naik merah-merah seakan ruam sehingga demam. Aku lihat keadaan abang aku masa
tu agak teruk sehingga demam yang terketar-ketar. Makin lama keadaan abang aku makin
merosot selepas abang aku muntah. Ketika itu,aku sempat tadah dengan tuala semasa abang aku
muntah,masa tu aku rasa nak menangis pon ada melihat keadaan abang aku macam tu,tidak lama
kemudian sikap abang aku berubah menjadi seorang pelupa seakan tidak tahu mana
pintunya,mana tandasnya. Abah pimping abang aku untuk membawa ke tandas,masa tu aku
menjadi terkedu apabila melihat keadaan abang aku, Ya Allah kuatkanlah hati hamba mu
ni,sedikit kata yang tersirat di dalam hati. Malam semakin larut,menunjukkan tepat pukul
10,abang aku dihantar ke hospital temerloh untuk mendapat rawatan selajutnya. Semasa abang
aku di hospital temerloh,ayah aku dikejutkan oleh seorang doktor bahawa abang aku kene sawan
sebanyak 2 kali. Keadaan abang aku masa tu semakin merosot dan doktar menyapaikan satu
berita yang amat menyedihkan bahawa abang aku koma. Pada masa itu aku tidak kesempatan
ingin melihat abang aku,sebab waktu tu umur aku baru 12 tahun yang tidak mempunyai kad
pengenalan menyebabkan aku tidak lepas memasuki hospital temerloh. Aku tidak tahu keadaan
abang aku sama ada stabil atau tidak stabil. Pada suatu hari,mungkin keizinan Allah aku lepas
masuk ke dalam hospital temerloh bahagia sungguh aku rasa dalam hati tidak sabar melihat
abang aku yang sudah lama tidak jumpa. Apa yang diharapkan musnah apabila aku melihat
keadaan abang aku seakan kaku yang penuh wayar-wayar di badan abang aku,masa tu aku
menangis sampai aku ingin mencabut wayar-wayar yang dilekatkan di atas badan abang
aku,tidak sanggup aku melihatnya. Semakin lama,aku menjadi seorang yang redha ke atas apa
yang berlaku. Hari demi hari aku dan keluarga diberi tahu oleh seorang doktar bahawa abang aku
sedar dari komanya,dalam hati Allah abang aku sudah sedar,gembira sehingga tak terkata.
Namun apakan daya itu semua hanya sementara apabila abang aku mula tidak sedarkan diri.
Doktar bagi 2 pilihan sama ada hanya menunggu masa untuk abang aku pergi menghadap ilahi
atau membawa ke hospital HKL untuk membuat pembedahan. Apabila sampai di hospital HKL
doktur membuat pemeriksaan ke atas abang aku,rupa-rupanya abang aku menghidap penyakit
kuman di otak,luluh hati aku apabila diberitahu oleh ayah aku.

Hari pon sudah berlanjut,keadaan abang aku semakin baik tetapi tidak seperti dulu hanya mampu
baring sahaja,minum susu melalui tiup di hidungnya. Aku dan keluarga aku tidak berhenti
membawa abang aku berubat,tidak putus asa untuk menyembuhkan abang aku. Dalam keadaan
abang aku baring macam tu aku masih bergurau dengan abang aku walaupun hanya mata dia
sahaja yang bergerak, tapi aku tahu abang aku mesti gembira apabila aku bergurau dengannya.
Tahun demi tahun dan hari demi hari sudah 6 tahun abang aku sakit dan hanya mampu baring
sahaja. Pada suatu hari abang aku dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas seakan nafasnya
terhenti. Kali terakhir aku memakaikan baju abang aku sebelum abang aku ditahan wad. Sudah
berapa hari abang aku ditahan wad,pendekkan cerita kali terakhir aku memegang tangan abang
aku sambil aku menghafal tafsir kerana keesokannya aku peperiksaan waktu tu aku berumur 16
tahun. Soalan ini yang aku bertanya kepada abang aku walaupon aku tahu abang aku tidak
mampu untuk bercakap’’ Along nak dengar acik hafal tafsir’’ kali terakhir aku bercakap
dengannya. Tepat pukul 3 pagi aku dikejut bahawa abang aku menghadap ilahi pada hari jumaat
9.10.2016. Masa itu aku redho dengan pemergian satu-satunya abang aku yang tidak mungkin
kembali. Kini aku berusia 20 tahun akan tetapi rindu,sayang kepada arwah abang aku masih
segar di dalam hati aku yang tidak mungkin terpadam. Sekian dari aku,mohon maaf sekiranya
ada kekurangan. Sekian terima kasih.

Você também pode gostar