Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Tema
Persaingan dalam dunia sains.
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga menghapuskan
nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya.
Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan
Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi
terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
Persoalan
1
Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan
penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga
angkat.
Farisha
watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara
berusia dalam lingkungan umur 26 tahun
seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT
Seorang adik yang penyayang
Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
Berhati-hati dalam membuat keputusan
Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan
warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang
diciptanya sendiri.
Shida
Kawan serumah dengan Farisha
Rajin membaca
Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara
Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
Abang angkat Farisha
Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
Menghidapi penyakit jantung
Rosman
Rakan kongsi Farisha
Bersikap materialistik dan mementingkan wang
Mengambil berat masalah Farisha
2
Aqram
Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama
Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
Seorang pekerja senior di Soft Lab
Perawakan wajah yang cantik
Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina.
Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
Sangat menyayangi Karl.
Kurang sabar dan cemburu.
Karl
Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi
Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
Bapa kandung Farisha
Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
Wanita keturunan Portugal
Cantik, putih dan berambut keriting
Bijak dan hebat dalam bidang sains
Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl
Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat
membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
3
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat
mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom
yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem
komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak
kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh
bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia
juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia
juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell.
Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan
masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
4
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan
cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya
iaitu Rusmina dan Akeem.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga
berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan mengimbas kad
pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk
membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu itu jugalah
Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang
dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured Shell untuk
meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada
pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara ada di
rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka berjanji untuk
bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi.
Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
5
Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di Hotel
Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-
mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida bertemu
dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada waktu
pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba pengsan di
tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada ubat yang
dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha.
Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha mendapat rawatan.
Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab.
Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan
berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup masuk ke dalam
wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti di pelipis kiri Farisha.
Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga
Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi
dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama Karl.
Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi.
Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
6
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan
OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia
berbual-bual ringkas dengan wanita itu.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia
terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan
jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang
sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan
bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan keselamatan
antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara
apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
7
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga
berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian
kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya.
Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan
pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan
berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan
projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani oleh
Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek
yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha
dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan
tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat.
Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat
Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi
mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi
komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan
dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri
kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan
tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku
perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang.
Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal
kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis
8
teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal
dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak
angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian
datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha
diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas
meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik
Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi
menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida
berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika
Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan. Seorang budak
comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi
makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul
Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya apabila kau dah sihat nanti.
Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.