Você está na página 1de 10

- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-

-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

APA
PERLU ADA DALAM
PENULISAN
KERTAS CADANGAN
PROJEK TAHUN AKHIR

1
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

1. Apakah Itu Kertas Cadangan/Usulan/Proposal?

 Penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki.


 Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili
atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah
yang akan digunakan.

 Penulisan proposal perlu mempunyai :


i. Pendahuluan
ii. Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajian
iii. Tujuan/Objektif
iv. Sorotan/tinjauan/susastera
v. Teori dan definisi konsep. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi kepada
proposal. Apakah yang pengkaji lain kata mengenai bidang yang hendak anda
kaji. Apakah teori yang berkaitan.
vi. Implikasi kajian. Adakah kajian ini relevan/ signifikan/penting/membri faedah
vii. Kesimpulan
viii. Rancangan Penyelidikan (Milestone)
ix. Rujukan

A. Pendahuluan

Pengenalan ringkas mengenai isu yang hendak ditangani. Mengapa anda pilih isu
tersebut. Adakahbisutersebut penting untuk diselesaikan

B. Takrifan Masalah/Penyataan Masalah/Isu Kajian

Penyataan masalah merujuk kepada satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas
kepada persoalan atau isu yang diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan
atau penyelesaian. Ia merupakan sebarang situasi yang ada pada ruang antara
tahap yang sebenar dan tahap yang dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah
ini perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas (Majid 2005).

Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang timbul sehingga
mendorong anda hendak membuat projek. Bagaimana anda tahu isu itu wujud
dan perlukan kajian

Penyelidikan memerlukan permasalahan atau isu.


Permasalahan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan
sebarang penyelidikan.
Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus sebagai usaha mencari
jawapan sebenar.

2
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

Permasalahan kajian adalah kesulitan yang menggerakkan penyelidik untuk


menyelesaikannya.
Permasalahan dalam penyelidikan perlu memiliki ciri-ciri yang menggerakkan
penyelidik untuk membahaskankan bagi mendapatkan manfaat daripadanya.
Bagi mengenal pasti permasalahan kajian, penyelidik perlu mempunyai
pandangan yang ktiris dan selektif. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian anda
perlu bertanya soalan seperti:

i. Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah


permasalahan yang anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya
boleh memberi manfaat atau kesan yang penting?

ii. Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada


permasalahan tersebut?

iii. Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan
permasalahan. Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi
koefisien, pengiraan deviasi piawaian dan khi kuasa dua adalah diperlukan.

iv. Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah yang
boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh diselesaikan
oleh penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan permasalahan yang
mungkin tidak mendapat sokongan rakan/masyarakat.

v. Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati untuk
menyelesaikan permasalahan?

vi. Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa.


vii. Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah atau
konsep berkaitan.

viii. Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin


kehilangan pengertian sebagai masalah penyelidikan.

C. Tujuan/Matlamat

Tujuan kajian juga dikenali sebagai matlamat. Ia adalah sesuatu yang hendak
dicapai atau tujuan melaksanakan kajian tersebut. Tujuan atau matlamat adalah
jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses (Majid 2005).

3
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

D. Objektif/Sasaran Kajian

Apakah yang hendak anda capai atau benar-benar lakukan dalam projek.
Objektif mesti boleh diukur.
Sesuatu yang khusus yang ingin dicapai (Kamus Dewan 2005).
Objektif adalah khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.
Objektif kajian merupakan penyataan mengenai sasaran yang hendak dicapai,
yang boleh dicerap dan diukur (Khalid 2003) sebagai hasil daripada aktiviti
penyelidikannya.

Fungsi objektif terbahagi kepada 2 iaitu :


 pertama, objektif umum (bertindak untuk merangka kefahaman yang tepat
tentang topik kajian dengan menstrukturkan semula ayat yang diguna dalam
topik kajian.
 Fungsi kedua ialah menerangkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan
menerusi penyataan objektif khusus (Khalid 2003).

Apakah sasaran khusus yang ingin dicapai?


Adakalanya bahagian ini dibahagikan ke beberapa sub bahagian yang
merangkumi sasaran utama dan sasaran tambahan atau ada
penekanan/perhatian utama dan perhatian sekunder.
Dalam hal ini susun sasaran dari yang penting kepada yang kurang penting. Tidak
ada had bagi objektif penyelidikan. Jumlah itu ditentukan oleh keluasan
penyelidikan, minat penyelidik, waktu, biaya dan tenaga. Namun adalah kurang
bijak jika penyelidikan mempunyai banyak objektif kerana ini menyebabkan
penyelidik menghadapi masalah untuk merangkumi kesemua objektif tersebut.
Objektif yang banyak juga menyebabkan kemunculan skema teoretis yang sukar.

Lazimnya objektif kajian ditulis seperti berikut:

i. mereka bentuk/membangun …
(Objektif yang lazim untuk pembangunan)

ii. mengenal pasti/ meramal …

iii. menganalisis/ meramal …

iv. menilai/ menguji …

4
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

E. PERSOALAN KAJIAN

Merupakan perincian kepada penyataan masalah yang dibentuk dan dibuat secara
berurutan mengikut langkah demi langkah penyelesaian kajian (Khalid 2003).
Persoalan kajian menyatakan dengan ringkas dan jelas masalah yang cuba
diselesaikan dalam kajian.

F. KERANGKA TEORI

Merupakan asas kepada keseluruhan projek penyelidikan (Sekaran 2000). Ia adalah


satu model konsepsi yang membolehkan pengkaji mengemukakan teori atau
pendapat yang logik terhadap hubungan antara beberapa faktor yang dikenal pasti
sebagai penting kepada masalah yang dikaji. Menurut Khalid (2003) kerangka konsep
memberi huaraian pertalian antara teori, model atau dapatan kajian lepas dengan
masalah yang dikaji.

G. SKOP

i. Apakah skop projek yang hendak dilakukan lakukan. Projek mesti ada batasan skop
supaya tidak terlalu luas.
ii. Skop yang kecil memudahkan pembangunan/kajian.

H. METOD

i. Bagaimana hendak menyelesai masalah kajian. Apakah cara atau kaedah yang anda
guna bagi menyelesai masalah atau membangun projek.
ii. Model apa yang anda guna untuk bangunkan projek

I. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan
untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Reka
bentuk melibatkan strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu reka bentuk kajian
boleh ditulis menggunakan tajuk seperti (G) dan (H)

J. ANALISIS DAN SPESIFIKASI KEPERLUAN UNTUK JALANKAN PROJEK

iii. Spesifikasi Fungsian Sistem (Modul)


iv. Spesifikasi Keperluan Sistem (Keperluan Perisian dan Perkakasan)
v. Bahasa yang digunakan
vi. Keperluan Prestasi
vii. Apakah yang perlu ada bagi menyelesaikan masalah atau membangunkan
projek
viii. Nyatakan adakah anda perlu melakukan soal selidik atau temubual untuk
kutip data sebelum bangunkan sistem (jika berkaitan).

5
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

K. REKA BENTUK SISTEM

Huraikan dengan ringkas sistem/ projek yang hendak anda bangunkan


Nyatakan reka bentuk data dan pangkalan data yang terlibat
Nyatakan reka bentuk seni bina
Nyatakan reka bentuk antara muka

L. SOROTAN LITERATUR

Sorotan literature merupakan ‘ground-clearing exercise’ semasa melakukan projek


penyelidikan. Ia membantu untuk mencapai 3 perkara:

1. Analisis mengenai kajian sedia ada mengenai subjek kajian.


2. Melakukan sorotan kajian membantu proses menjelas dan merangka persoalan kajian
kerana anda tahu apa yang sudah dilakukan terlebih awal daripada kajian anda.
3. Dapat mengetahui perbandingan dari segi kesesuaian, faedah dan kelemahan sesuatu
kaedah penyelidikan yang dipilih oleh penyelidik lampau dan yang sedang
dipertimbangkan dalam menyelidiki sesuatu topik (merupakan aspek tersembunyi
sorotan kajian).

Aspek 1 & 2 dimuatkan/terkandung dalam bab sorotan kajian/ulasan karya/ tinjauan


literatur.
Aspek 3 – pemilihan pendekatan kajian dan metod tertentu – bab metod/kaedah
kajian. Percubaan dilakukan bagi menjelas dan memberi justifikasi penggunaan
pendekatan kajian dan teknik tertentu dalan penyelidikan.\

Setelah kajian dijalankan, dirujuk semula kerana anda perlu merujuk kembali ketika
membuat perbincangan mengenai penemuan kajian dan bagaimana ia berkait dengan
susastera sedia ada.

Dalam melakukan sorotan literature anda turut melakukan 3 aspek di bawah:

1. Nilai kaji. Menilai kaji bermakna anda perlu meneliti atau menyedia rumusan. Ini
bermakna sorotan literature haruslah:

- menyeluruh (meliputi sebanyak mungkin susastera yang ada)


- relevan (nilai kaji tidak hanya membincangkan penyelidikan semata-mata kerana
anda telah membacanya dan anda tidak mahu membazirkan maklumat yang anda
peroleh, menarik atau kerana semata-mata hendak mempamerkan keupayaan anda
membuat analisis)

2. Nilai kaji seharusnya melibatkan kajian dan penyiasatan kritis. Ini bermaksud:

- kenal pasti sama ada sesuatu karya itu baik atau lemah, adakah berkaitan/relevan
dengan penyelidikan anda

6
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

- bandingkan beberapa buah buku dan rencana dengan perspektif topik penyelidikan
anda
- lakukan penilaian terhadap karya bagi tujuan memenuhi keperluan penyelidikan anda.

3. Matlamat soroton ialah merumus secara menyeluruh karya yang relevan. Ini bererti:

- fokus (jangan melencong dari isu utama)


- Ringkas dan padat ketika mengekstrak tema atau isu yang berkaitan dengan
penyelidikan anda
- Menyediakan rumusan karya yang berkaitan dengan penyelidikan anda
- Kenal pasti sebarang karya yang mungkin relevan tetapi tidak boleh diperoleh
semasa menyelesaikan penyelidikan.

Peringkat dalam proses pencarian kajian literature

1. Apakah persoalan kajian yang diberi tumpuan?


2. Apakah kata kunci yang relevan untuk melakukan pencarian?
3. Apakah kata kunci yang tidak sesuai/dirangkumi?
4. Apakah prosedur pencarian bibliografi yang sesuai?
5. Buku/jurnal apa? Buku/jurnal mana?
6. Jika guna CDROM istilah yang mana?
7. Adakah bahan mencukupi atau perlu perluaskan skop persoalan/penyelidikan?
8. Adakah tesis yang relevan?
9. Adakah matlamat penulis/pengarang/penyelidikan boleh dikenal pasti dengan jelas?
10. Sudahkah maklumat yang “penting” diuruskan pencariannya berbanding dengan
maklumat yang “kurang penting”? Anda mungkin memberi perhatian kepada maklumat
yang kurang penting sebab anda berminat dengan maklumat tersebut.
11. Adakah ulasan (review) mensintesis (apa yang anda peroleh/pelajari) susastera yang
terpilih dan berkait dengan tumpuan penyelidikan dan persoalan.
12. Adakah cara persembahan itu:
- berpadu (cohere)
- dapat membangunkan satu tema
- jelas berkait dengan masalah yang hendak dikaji
- menunjukkan pendirian yang kritikal terhadap susastera yang ada (di mana berkaitan)

M. KESIMPULAN
Mengungkapkan sama ada projek berjaya mencapai matlamat.
Apakah kekuatan projek/sistem yang anda bangunkan
Apakah kelemahan
Apakah masalah yang anda hadapai semasa melakukan projek
Apakah kebaikan/faedah yang diperoleh dari projek atau yang diberikan oleh projek
Berikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan.
Bolehkah projek dikembangkan pada masa hadapan

7
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

N. SENARAI RUJUKAN
i. Jurnal
ii. Buku
iii. Kertas kerja persidangan/ seminar
iv. Laporan penyelidikan
v. Tesis/latihan ilmiah

Rujukan:
1. Uma Sekaran.
2. Babbie, Earl.
3. Parmjit Singh, Chan Yuen Fook, Gurnam Kaur Sidhu. 2006. A comprehensive Guide ti
Writing A research proposal. Batu Caves: Venton

Untuk kajian yang melibatkan pengutipan data melalui kaedah tinjauan

C. Hipotesis

Sesetengah penyelidikan memerlukan hipotesis manakala sebahagian lagi tidak memerlukannya.


Jika diperlukan, hipotesis hendaklah dirumus setelah permasalahan kajian dikenal pasti serta
mempunyai potensi dan nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis adalah satu penyataan sementara
tentang sesuatu yang kebolehpercayaannya tidak diketahui.

Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha)

i. Hipotesisi Penyelidikan

Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu fenomenon.


Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau merupakan penyataan yang
teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu selagi teori yang menjadi sumbernya
memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu
bergaduh.

ii. Hipotesis Nul (Ho)

Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh hipotesis
penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan “Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh
keadaan ibubapa yang selalu bergaduh” hipotesis Nul mengatakan “Kenakalan kanak-kanak
bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh”.

8
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

iii. Hipotesis Statistik

Penyataan tentang populasi statistik (perangkaan) yang didasarkan pada maklumat daripada data
yang diteliti diusahakan oleh seseorang penyelidik untuk diterima atau ditolak

Contoh: Kelompok A dan kelompok B tidak berbeza pada umur

Gunakan X1 untuk umur kelompok A dan X2 untuk kelompok B.

Oleh itu hipotesis kerja yang diwakilkan sebagai H1: Xi = X2

D. Strategi Penyelidikan

1. Kajian Lapangan
2. Penyelidikan Tinjauan
3. Eksperimen
4. Analisis Kandungan

E. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan
untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan.

Reka bentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan
perkaitan sebab-akibat. Reka bentuk juga menetapkan unit analisis, populasi,
persampelan, angkubah, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data.

Reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab soalan tertentu yang ditimbulkan oleh
permasalahan penyelidikan yang telah dikenal pasti.
Oleh itu reka bentuk perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi
dalam penyelidikan tersebut dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan.

9
- DHA 3051: FINAL YEAR PROJECT I: 2019: KVMUAR-
-by :Pn. Nazeerah binti Shaipol-

PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN


(Untuk kajian tinjauan)

Kertas cadangan penyelidikan ialah penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak
diselidiki. Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili
atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan metod yang akan
digunakan.

Proposal mengandugi:
x. Pendahuluan
xi. Penyataan masalah
xii. Tujuan/Objektif
xiii. Sorotan/tinjauan/susastera
xiv. Susunan teoritis dan skema konsepsi. Teori merupakan sekumpulan konstruk
(konsep), definisi dan dalil yang saling berkait bagi menghadirkan suatu pandangan
yang sistematis tentang fenomena serta menetapkan hubungan antara beberapa
angkubah dengan maksud menjelaskan dan meramalkan fenomena. Susunan teoretis
dan skema konsepsi adalah nadi kepada proposal.
xv. Hipotesis
xvi. Kaedah. Populasi yang diselidiki, jenis persampelan, ukuran sampel, jenis instrumen,
statistik yang digunakan (khi kuasa dua, Korelasi Pearson dsb)
xvii. Bantuan persembahan (grafik, jadual, peta, gambar)
xviii. Implikasi teoretis dan Implikasi substantif (Sejauh manakah kajian ini relevan dan
signifikan?)

10

Você também pode gostar