Você está na página 1de 5

.

0 AKTIVITI PRABACAAN

Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan aktiviti
pengamatan pendengaran dan juga aktiviti mata dan tangan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam prabacaan.Antaranya ialah:

2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran

      

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan
bunyinya.

           

Bahan:

            Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

                       

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi

seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.

2.    Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid

mendengarnya.

3.    Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan

sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.

4.    Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau
nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin
kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.

            Bahan:

Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu,
petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi
yang  diperdengarkan.

           
Aktiviti Guru/Murid:

       1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

               2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid

                              menyatakan jenis bunyi itu.

               3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi

      yang  dinyatakan.

            2.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan

           

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan  

saiz.

Bahan:

Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.

Aktiviti Murid:

Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara
individu, kelas dan kumpulan.

           Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :

Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di
buku skrap kelas.

Bahan:

Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh
dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan

 hidup.

2.    Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai

respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.


3.    Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut
tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

4.    Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap

mengikut tajuk tertentu.

.           2.3 Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata

                       

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan:

Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai

contoh.

2.    Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk

benda atau model yang disukainya.

3.  Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk
membolehkan membentuk huruf.

Bahan:

Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik,
cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan
putus-putus.

Aktiviti Murid:

1.    Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri


ke kanan dan sebagainya.

2.    Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan

tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka   ke kiri ke kanan dan sebaliknya.
Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

3.    Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

3.0 AKTIVITI PRATULISAN

3.1 Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata

      

3.2  Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadamkan Bentuk.

     

            3.3 Aktiviti Membentuk Huruf

                       

4.    dengan air dengan

tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka   ke kiri ke kanan dan sebaliknya.
Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

5.    Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

4.0 AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA

             Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran


fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti bibir, gigi , gusi, lelangit keras, lelangit lembut , anak tekak , lidah , rongga
tekak  dan juga rongga mulut.

5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran
tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri
penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah
amat sukar. Oleh sebab itu, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah
susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga,
penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada
umur empat tahun setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan
pensil, atau krayon. Antara langkah-langkah yang dibuat untuk mengajar mernegang pensil, atau
krayon adalah seperti berikut:

1.         Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi

pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya   membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh
anggota tangan harus dihayun.

2.         Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid  ditunjukkan bagaimana tiga
jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

3.         Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4.       Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil
dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukannya.

5.         Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk,
supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

Você também pode gostar