Você está na página 1de 18

Teks Pengacara Majlis

Majlis Pembukaan
KEM MEMORABILIA JOHOR DAN INTERNATIONAL REGIONAL FELLOWSHIP JAMBOREE 2018

Masa : 3.00 petang


Tempat : Kem Jubli Intan Tg. Laboh, Batu Pahat, Johor.

Pramajlis Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap.

Pesanan kepada semua hadirin


 Sila Matikan telefon bimbit anda atau tetapkan dalam mod senyap
 Berdiri apabila diumumkan ketibaan tetamu, dan terus berdiri untuk
nyanyian lagu, dan persetiaan.

Hadirin berdiri,
Ketibaan Mengumumkan ketibaan, VIP ke pentas.
VIP
Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor,
Diiringi dhif-dhif kehormat

Hadirin dipersilakan berdiri.

1
PA system terus
Nyanyian (Tak perlu umum, muzik dimainkan mengikut turutan)
mainkan lagu
lagu dan apabila VIP
bacaan -Nyanyian lagu Bangsa Johor. sudah berdiri di
persetiaa -Nyanyian lagu Negaraku. kerusinya dan
n -Nyanyian lagu Pengakap Malaysia. menghadap
-Bacaan persetiaan. audience.

Pembaca
persetiaan terus
keluar apabila
Yang Amat Berhormat dan hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk. tamat lagu
Pengakap
Malaysia.

Salutasi  Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor,

 Yang Berhormat
Dato’ Haji Azmi Bin Rohani,
Setiausaha Kerajaan Johor,

 Yang Berbahagia,
Tuan Haji Zulkiflee Bin Haji Abbas,
Pegawai Daerah Batu Pahat

2
 Yang Berbahagia,
Mejar Jeneral Professor Dato’ Dr Haji Mohd Zin Bin Bidin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

 Yang Berbahagia,
Tn. Haji Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

 Ketua kontinjen Gerakan Pramuka Indonesia

 Ketua kontinjen The Singapore Scout Association,

 Yang dihormati:
o Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Johor dan Daerah,
o Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Negeri Johor dan Daerah,
o Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
o Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Daerah,
o Ketua-ketua kontinjen, Pemimpin-Pemimpin Pengakap,
o Peserta Kem Memorabilia Johor dan International Regional Fellowship
Jamboree 2018,

3
 Tuan-Tuan, Puan-Puan,
 Serta Sidang Hadirin Hadirat Yang Dihormati Sekalian.

Asalamualaikum wkt…..
Salam harapan, Salam Sehati Sejiwa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Johor dan SALAM PENGAKAP.

4
Alu-Aluan Selamat datang ke Kem Memorabilia Johor dan International Regional
Pengacar Fellowship Jamboree 2018.
a Majlis
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat ilahi


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapat kita bersama-sama
meluangkan masa, berhimpun pada petang ini. Ucapan selamat datang dan
ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada:

Yang Amat Berhormat, Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian, Menteri Besar
Johor,

kerana sudi menghadirkan diri ke majlis kami ini. Semoga segala usaha kita yang
murni ini diberkati Allah swt. Insya Allah.

Untuk pengetahuan hadirin sekali, pembaharuan persetiaan pengakap sebentar


tadi telah diketuai oleh En. Muhammad Izzat Haziq Bin Rahmad. Persembahan
sambutan yell selamat datang sebentar tadi merupakan daripada ahli-ahli
pengakap muda Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Sekali lagi,

5
berikan tepukan gemuruh kepada mereka.

Persemba Hadirin sekalian,


han tarian
semaphor
e Bagi menghangatkan lagi majlis pada petang ini, marilah kita bersama-sama
saksikan persembahan tarian semaphore yang akan dipersembahkan oleh
Pasukan Tarian Semaphore WolfCub 48 Dari SK Sri Pulai Perdana, Kulai,
Johor. Dipersilakan.

………………………………………………………………………………………………

Demikian tadi persembahan tarian semaphore oleh Pasukan Tarian Semaphore


WolfCub48 Kulai. Untuk pengetahuan hadirin sekalian kumpulan ini pernah
membuat persembahan di dalam rancangan ‘Selamat Pagi Malaysia’ di RTM1
dan pernah dijemput oleh The Singapore Scout Asscociation untuk membuat
persembahan di 3rd International Friendship Fiesta di Singapura. Berikan tepukan
gemuruh untuk mereka.

6
Bacaan Hadirin yang dimuliakan,
doa
Untuk memberkati majlis kita ini, pihak majlis mempersilakan

As Syeikh Tn Hj Muhamad Husni Tamrin bin Muhd Shariff,


Kadi daerah Batu Pahat

untuk memimpin bacaan doa.

………………………………………………………………………………………………

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada

As Syeikh Tn Hj Muhamad Husni Tamrin bin Muhd Shariff

di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita ini beroleh rahmat dan direstui
oleh Allah swt.

7
Ucapan Alu- Yang amat berhormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
aluan KPPN
Hadirin yang dihormati sekalian, majlis kita dimulakan dengan ucapan
daripada

Yang Berbahagia,
Mejar Jeneral Professor Dato’ Dr Haji Mohd Zin Bin Bidin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala takzimnya menjemput


dan mempersilakan tuan.

Demikian tadi ucapan daripada

Yang Berbahagia,
Mejar Jeneral Professor Dato’ Dr Haji Mohd Zin Bin Bidin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

8
Ucapan Alu- Yang amat berhormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
aluan SC
Semangatnya hebat tidak terkata,
Senyuman manis hatinya luhor,
Hebat berbicara bermanis kata,
Ucapan alu-aluan tanda Muafakat Johor.

Hadirin yang dihormati sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan
daripada

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,


Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala takzimnya menjemput


dan mempersilakan tuan.

Terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Semoga dengan kata-kata itu dapat meningkatkan lagi semangat


berpengakap dalam diri kita yang senantiasa membara.

9
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Ucaptama
YAB Menteri Kalau tuan pikat kenari,
Besar Johor Jangan patahkan barang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan

Kem Memorabilia Johor dan International Regional Fellowship


Jamboree 2018 .

Dengan segala hormatnya dipersilakan, Tuan.

…………………………………………ucapan……………………………………..

10
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

menyampaikan ucapan yang sangat bersemangat sekaligus merasmikan

Kem Memorabilia Johor dan International Regional Fellowship


Jamboree 2018

sebentar tadi.

Pengisytihara Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan


n Memulakan
Majlis Tn. Bardin Bin Uteh,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Johor

bagi upacara pengisytiharan memulakan

Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran dan Pingat


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

11
Penyampaian Hadirin sekalian,
Bintang Dan
Pingat Yang bulat tidak semuanya datang bergolek, yang pipih tidak semuanya
datang melayang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak ada siapa
yang tahu.

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Untuk menjemput dan mengiringi

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

menyampaikan Kalungan bintang dan Pingat kepada semua penerima.

…………………………rujuk senarai nama……………………………….

12
Demikian tadi penganugerahan bintang dan pingat kepada ahli-ahli
pengakap persekutuan pengakap Malaysia negeri johor. Tahniah dan syabas
diucapkan.

Terima kasih diucapkan kepada

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

Diatas kesudian Yang Amat Berhormat menyempurnakan majlis sebentar


tadi.

Pengisytihara Hadirin sekalian, majlis dengan ini sekali lagi menjemput dan mempersilakan
n Menangguh
Majlis Tn. Bardin Bin Uteh,
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri
Johor

bagi upacara pengisytiharan menangguhkan

Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran dan Pingat


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

13
Penyampaian Hadirin yang dihormati,
Cenderamata Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

majlis menjemput

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

bagi menyampaikan cederamata.

Sekali lagi dijemput

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

bagi menerima cenderamata daripada

Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

14
………………………..sampaikan cenderamata………………………………

Terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,

kerana sudi menyampaikan cenderamata.

15
Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, maka berakhirlah majlis kita


pada petang ini.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Di lain majlis berjumpa lagi.

Sekian sahaja dari semua warga kerja

Majlis Pembukaan Kem Memorabilia Johor dan International Regional


Fellowship Jamboree 2018.

Yang baik jadikan teladan, maka sebar-sebarkanlah ceritanya. Yang tidak baik
jadikanlah sempadan dan tinggalkanlah ianya sebagai kenangan yang perlu
ditanam sedalam-dalamnya.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah
Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Anda semua
memang hebat.

16
Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Yang Berbahagia,
Tn. Hj. Yaacob Bin Abdul Karim,
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

untuk mengiringi

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

untuk melawat pameran and kawasan sekitar kem.

Sekian, wabillahhitaufikwalhidayah,
Assalammualaikum, salam sejahtera, dan jumpa lagi. SALAM PENGAKAP

Peraraka Mengumumkan perarakan keluar


n keluar
Yang Amat Berhormat,
Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian,
Menteri Besar Johor

dan dhif-dhif kehormat.

17
18

Você também pode gostar