Você está na página 1de 20

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019


PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.


2. Calon dikehendaki melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 2611/3

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual mesti dilaksanakan secara individu dari bulan Februari
hingga bulan Julai 2019.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian mesti ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri oleh
calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan
dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon mesti mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi
perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred
Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian
calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana
dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon
digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa
kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 2611/3

TUGASAN 1

BIDANG : KRAF TRADISIONAL


TAJUK : TEMBIKAR
PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI
Sebuah restoran makanan laut eksklusif ingin menghias dinding restorannya dengan hiasan
dinding yang diperbuat daripada tembikar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah reka bentuk hiasan dinding
bertemakan makanan laut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis hiasan dinding sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis makanan laut sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Lukisan atau catan realistik makanan laut yang dipilih.

4. Lakaran reka bentuk perkembangan idea hiasan dinding dengan catatan.

5. Lakaran olahan idea makanan laut dengan catatan.

6. Kajian reka letak olahan idea dengan catatan.

7. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk hiasan dinding anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Tanah liat


Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm
Tema : Makanan Laut
Teknik : Bebas

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Hasil kerja anda hendaklah dibakar dan disepuh.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 2611/3

TUGASAN 2

BIDANG : KRAF TRADISIONAL


TAJUK : BATIK
PRODUK : REKA CORAK BAJU-T

SITUASI
Dalam usaha menyedarkan orang awam tentang spesies haiwan yang semakin terancam
dan pupus, Zoo Negara mengambil inisiatif mengadakan jualan baju-T yang mempunyai
reka corak spesies haiwan yang terancam.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju-T yang bertemakan
spesies haiwan yang terancam dengan menggunakan teknik batik lukis dan batik ikat celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka corak baju-T sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar batik lukis dan batik ikat celup sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Koleksi gambar pelbagai aksi haiwan sebagai sumber ilham dengan catatan.

4. Lukisan atau catan realistik aksi haiwan yang dipilih dengan catatan.

5. Lakaran perkembangan idea dengan catatan.

6. Kajian teknik ikat celup dengan catatan.

7. Lakaran reka letak ilustrasi pada baju-T dengan catatan.

8. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak baju-T anda hendaklah mengikut


spesifikasi berikut:

Bahan : Baju -T
Ukuran minimum : Bebas
Tema : Spesies haiwan terancam
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Batik lukis dan batik ikat celup
Kapsyen : Berdasarkan kajian

Contoh:

Nota:
1. Hasil batik anda hendaklah dimatikan warna.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 2611/3

TUGASAN 3

BIDANG : SENI HALUS


TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA

SITUASI
Majlis Perbandaran di tempat anda memerlukan sebuah arca untuk diletakkan di tengah
bulatan persimpangan sebagai mercu tanda tempat tersebut.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model arca binaan bertemakan
senjata tradisional. Arca tersebut hendaklah boleh menjadi identiti tempat tersebut.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis senjata tradisional sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Lukisan atau catan realistik senjata tradisional yang dipilih.

4. Lakaran perkembangan idea arca bersumberkan senjata tradisional dengan catatan.

5. Lukisan reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan.

6. Kajian warna dan skema warna dengan catatan (jika berkenaan).

7. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza.

8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar dengan catatan.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran minimum : 40 cm × 20 cm
Teknik : Bebas
Tema : Senjata Tradisional

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 2611/3

TUGASAN 4

BIDANG : SENI HALUS


TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI
Pusat Kebudayaan akan mengadakan Festival Kebudayaan sempena Tahun
Melawat Malaysia.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya cetakan timbulan yang
bertemakan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia untuk dipamerkan di festival tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar tradisi dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sebagai
sumber ilham dengan catatan.

3. Lukisan atau catan realistik tradisi dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
sebagai sumber ilham.

4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.

5. Lakaran reka letak dengan catatan.

6. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

7. Ilustrasi yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.

10. Lampiran minimum tiga edisi cetakan.

11. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, karya hiasan dinding anda hendaklah mengikut


spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu atau lino


Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm
Tema : Kebudayaan Berbilang Kaum
Teknik : Cetakan timbulan
Warna minimum : Tiga warna

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah mengikut disiplin cetakan.
2. Hasil kerja anda perlu dibuat kemasan.
3. Anda boleh menukar bahan alternatif jika bersesuaian.
4. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya.
5. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 2611/3

TUGASAN 5

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL


TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : SAMPUL DUIT

SITUASI
Sebuah syarikat korporat akan mengeluarkan sampul duit sempena perayaan utama
di Malaysia.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi pada sampul duit tersebut.
Ilustrasi hendaklah kreatif, menarik dan menggambarkan suasana perayaan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai ilustrasi pada sampul duit sebagai sumber ilham
dengan catatan.

2. Koleksi gambar perayaan sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Lukisan atau catan realistik suasana perayaan yang dipilih sebagai sumber ilham.

4. Lakaran reka bentuk sampul duit dengan catatan.

5. Lakaran perkembangan idea ilustrasi, tipografi dan lain-lain yang berkaitan


dengan catatan.

6. Kajian reka letak ilustrasi dan tipografi pada hamparan dengan catatan.

7. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi sampul duit pada situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi pada sampul duit anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas
Ukuran minimum : 25 cm × 45 cm
Tema : Perayaan
Teknik : Ilustrasi

Contoh:

Hadapan

Belakang

Nota:
1. Ilustrasi hendaklah dilukis pada muka hadapan dan muka belakang.
2. Setiap hasil karya hendaklah dibuat kemasan.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 2611/3

TUGASAN 6

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL


TAJUK : PEMBUNGKUSAN
PRODUK : KOTAK KEK

SITUASI
Sebuah kedai kek akan mempromosikan produknya kepada pengguna.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk kotak pembungkusan kek.
Reka bentuk kotak pembungkusan kek itu mestilah menarik serta menggambarkan identiti
kedai kek tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai gambar reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi dan
aspek-aspek lain yang berkaitan sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis kotak kek sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Koleksi gambar pelbagai jenis kek sebagai sumber ilham dengan catatan.

4. Lukisan atau catan realistik kek yang dipilih.

5. Lakaran olahan reka bentuk pembungkusan dengan catatan.

6. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih dengan skala dan catatan.

7. Lakaran perkembangan idea muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan catatan.

8. Lakaran reka letak muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain pada pelan hamparan
dengan catatan.

9. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

10. Hamparan penuh reka bentuk pilihan.

11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar


dengan catatan.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak pembungkusan kek anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran minimum : Panjang : 30 cm
Lebar : 30 cm
Tinggi : 12 cm
Tema : Berdasarkan kajian
Teknik : Bebas
Warna : Bebas
Kapsyen : Mengikut kajian

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 2611/3

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL


TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA

SITUASI
Persatuan Alam Sekitar Malaysia akan mengadakan kempen untuk memupuk rasa sayang
dan cintakan alam sekitar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk grafik papan peraga
kreatif yang bertemakan alam sekitar untuk diletakkan di tengah pusat bandar yang sedang
pesat membangun.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk grafik papan peraga sebagai sumber ilham
dengan catatan.

2. Koleksi hal benda sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham dengan catatan.

4. Lakaran reka bentuk papan peraga dengan catatan.

5. Lukisan atau catan realistik hal benda yang dipilih.

6. Lakaran perkembangan idea ilustrasi, muka taip dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan catatan.

7. Lakaran reka letak dengan catatan.

8. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

9. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.

10. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk grafik papan peraga anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas
Ukuran minimum : 40 cm × 80 cm
Teknik : Bebas
Kapsyen : Mengikut kajian

Contoh:

Sumber : http://kargadandesign.ir/

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 2611/3

TUGASAN 8

BIDANG : REKA BENTUK


TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : MODEL RUANG DAPUR

SITUASI
Pemilik sebuah pangsapuri ingin mereka bentuk hiasan dalaman ruang dapur rumahnya
yang terhad.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman
ruang dapur pangsapuri tersebut supaya kelihatan luas, selesa, dan elegan yang
bertemakan kontemporari.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang dapur pangsapuri sebagai sumber ilham
dengan catatan.

2. Koleksi gambar perabot dan kelengkapan dapur yang bercirikan kontemporari sebagai
sumber ilham dengan catatan.

3. Lukisan atau catan realistik hiasan dalaman ruang dapur.

4. Lakaran pelan konsep susun atur ruang di atas pelan tapak.

5. Lakaran perkembangan idea perabot dan kelengkapan dapur bertemakan kontemporari


dengan catatan.

6. Kajian ergonomik dengan catatan.

7. Lukisan pelan lantai berserta perabot dan kelengkapan dapur mengikut skala.

8. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

9. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang menarik.

10. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 18 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk hiasan dalaman anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran minimum : Mengikut skala ukuran daripada
reka cadang ruang sebenar.
Saiz ruang sebenar ialah 3 m × 3 m
Tema : Kontemporari

Contoh :

Sumber : http://uwcxroundtables.com/

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah dibuat secara manual.
2. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 19 2611/3

TUGASAN 9

BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI


TAJUK : PERABOT
PRODUK : KATIL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA

SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar perabot akan menghasilkan katil kanak-kanak pelbagai guna.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model katil kanak-kanak pelbagai
guna. Katil tersebut hendaklah menarik dan berinovasi.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis katil kanak-kanak sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai hal benda sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik katil kanak-kanak dan hal benda yang dipilih.

4. Lakaran perkembangan idea katil kanak-kanak pelbagai guna dengan catatan.

5. Kajian ergonomik dengan catatan.

6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.

8. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 20 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, model katil kanak-kanak pelbagai guna hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran minimum : Panjang - 30 cm
Lebar - 20 cm
Tinggi - 20 cm
ATAU
Mengikut skala ukuran daripada reka
cadang sebenar.
Tema : Bebas dan berinovasi
Teknik : Bebas

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kemas, kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

TUGASAN TAMAT

2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Você também pode gostar

  • Topikal Test TG4
    Topikal Test TG4
    Documento3 páginas
    Topikal Test TG4
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Topikal Tingkatan 3 P.moral
    Topikal Tingkatan 3 P.moral
    Documento7 páginas
    Topikal Tingkatan 3 P.moral
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Unit 9 - Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab Bersama
    Unit 9 - Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab Bersama
    Documento1 página
    Unit 9 - Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab Bersama
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • RPT Pi THN4
    RPT Pi THN4
    Documento9 páginas
    RPT Pi THN4
    multimedia girl
    Ainda não há avaliações
  • Topikal Test TG 4
    Topikal Test TG 4
    Documento6 páginas
    Topikal Test TG 4
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Topikal Test TG 4
    Topikal Test TG 4
    Documento6 páginas
    Topikal Test TG 4
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Topikal Test TG4
    Topikal Test TG4
    Documento3 páginas
    Topikal Test TG4
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • JSU
    JSU
    Documento7 páginas
    JSU
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • JSU
    JSU
    Documento7 páginas
    JSU
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • JSU
    JSU
    Documento7 páginas
    JSU
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Abstract For Licer-Telemusim
    Abstract For Licer-Telemusim
    Documento2 páginas
    Abstract For Licer-Telemusim
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Trial 3 Kertas 2
    Trial 3 Kertas 2
    Documento6 páginas
    Trial 3 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Abstract For Licer-Telemusim
    Abstract For Licer-Telemusim
    Documento2 páginas
    Abstract For Licer-Telemusim
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • RBT Form 3
    RBT Form 3
    Documento6 páginas
    RBT Form 3
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Kertas 1
    Kertas 1
    Documento21 páginas
    Kertas 1
    Anonymous OG1ncqL
    Ainda não há avaliações
  • Topikal Tingkatan 3 P.moral
    Topikal Tingkatan 3 P.moral
    Documento7 páginas
    Topikal Tingkatan 3 P.moral
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Aktiviti Mafl
    Aktiviti Mafl
    Documento5 páginas
    Aktiviti Mafl
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Trial 3 Kertas 2
    Trial 3 Kertas 2
    Documento6 páginas
    Trial 3 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Trial 3 Kertas 2
    Trial 3 Kertas 2
    Documento6 páginas
    Trial 3 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Monthly Test 2 T4 KERTAS 2
    Monthly Test 2 T4 KERTAS 2
    Documento3 páginas
    Monthly Test 2 T4 KERTAS 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Trial 3 Kertas 2
    Trial 3 Kertas 2
    Documento6 páginas
    Trial 3 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Trial 3 Kertas 2
    Trial 3 Kertas 2
    Documento6 páginas
    Trial 3 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Documento10 páginas
    Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Camellson
    Ainda não há avaliações
  • Mid Year Examination t4 Kertas 2
    Mid Year Examination t4 Kertas 2
    Documento3 páginas
    Mid Year Examination t4 Kertas 2
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Tugasan 6
    Tugasan 6
    Documento4 páginas
    Tugasan 6
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Penyelarasan Tugasan KRSV 2016
    Penyelarasan Tugasan KRSV 2016
    Documento11 páginas
    Penyelarasan Tugasan KRSV 2016
    Camellson
    Ainda não há avaliações
  • Jsu Monthly Test 1
    Jsu Monthly Test 1
    Documento5 páginas
    Jsu Monthly Test 1
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações
  • Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Documento10 páginas
    Senarai Semak Tugasan KRSV 2016
    Camellson
    Ainda não há avaliações
  • Bahagian A
    Bahagian A
    Documento4 páginas
    Bahagian A
    En. Rizuan Asmarah
    Ainda não há avaliações