Você está na página 1de 3

ANALISIS PEMANTAUAN HUTAN YANG MEMPUNYAI NILAI

PEMELIHARAAN TINGGI (HCVF) – BUNGA PAKMA (RAFFLESIA)

Pengenalan

Bunga Pakma atau Rafflesia adalah merupakan spesies bunga yang terbesar dan
mempunyai rupa bentuk yang menarik. Spesies bunga ini boleh dijumpai dalam
beberapa kawasan hutan di Malaysia yang mana mempunyai habitat yang sesuai
untuk bunga ini seperti di negeri Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Pada tahun
2006, bunga pakma telah ditemui di kompartmen 11, Hutan Simpan Gunung Benom
dan rentetan daripada penemuan tersebut pihak Jabatan telah mengisytiharkan
kawasan tersebut sebagai Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi
(HCVF). Sebanyak 3 petak telah dikenalpasti sebagai kawasan habitat bunga pakma
yang meliputi kawasan seluas 0.7 ha.
Bagi memelihara dan memulihara spesies bunga tersebut, pihak Jabatan telah
melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kawasan ini secara berkala.
Usaha ini dilakukan bagi memastikan habitat bunga ini sentiasa terjamin dan
mengelakkan daripada gangguan anasir-anasir luar serta untuk melihat pola
pertumbuhan spesies ini.

Pemantauan

Bagi tahun 2011, pemantauan telah dilakukan pada bulan Jun, Julai dan Oktober. Bagi
bulan Jun, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan bunga, petak 2 menunjukkan
pertumbuhan 10 kuntum bunga (4 kuntum baru berputik, 3 kuntum belum
berkembang dan 3 kuntum telah reput) dan petak 3 menunjukkan tiada pertumbuhan
bunga.
Bagi bulan Julai pula, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan, petak 2 menunjukkan
pertumbuhan 4 kuntum bunga (2 kuntum bunga yang baru dan 2 kuntum bunga yang
telah mati). Manakala bagi bulan Oktober, petak 1 menunjukkan tiada pertumbuhan
bunga, petak 2 menunjukkan pertumbuhan 4 kuntum bunga (3 kuntum baru berputik
manakala 1 kuntum telah mati) dan petak 3 menunjukkan pertumbuhan 12 kuntum
bunga baru.

Pemerhatian dan Kesimpulan


Daripada maklumat tersebut menunjukkan tiada pertumbuhan baru bagi petak 1
sepanjang tempoh pemantauan yang telah dilakukan berbanding dengan petak 2 dan 3
yang menunjukkan pertumbuhan yang aktif. Ini adalah kerana mungkin disebabkan
oleh faktor pengcahayaan yang lebih di petak 1 yang mana terdapat pokok tumbang
dan ini telah membuka ruang di kawasan tersebut dan ini menyebabkan bunga pakma
sudah tidak bercambah lagi di situ. Selain itu, faktor persekitaran fizikal juga
memainkan peranan terhadap percambahan bunga pakma ini kerana petak 1 ini lebih
hampir dengan jalan dan menjadi tumpuan pengunjung. Oleh yang demikian, tekanan
daripada luaran telah mengakibatkan bunga pakma tersebut sudah tidak berbunga lagi
di kawasan itu. Bagi petak 2 dan 3 pula menunjukkan pertumbuhan yang aktif bagi
bunga pakma ini. Ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan juga nutrient yang
mencukupi bagi kawasan tersebut untuk menjadi habitat bagi spesies bunga ini.
Oleh yang demikian, berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi daripada
pemantauan bulanan ini, pihak jabatan akan melakukan beberapa penambahbaikan di
kawasan yang tiada lagi percambahan bunga seperti menanam pokok di kawasan yang
telah terbuka naungannya akibat pokok tumbang bagi mengurangkan kadar
pengcahayaan terus ke kawasan petak tersebut. Pemerhatian yang lebih terperinci juga
akan dilakukan bagi mengetahui faktor yang menyebabkan tiada lagi percambahan
bunga di kawasan tersebut terutamanya di petak 1. Selain itu, Jabatan juga akan
menilai semula carrying capacity pengunjung yang dibenarkan masuk ke kawasan ini
bagi satu-satu masa bagi menggelakkan berlakunya tekanan terhadap habitat bunga ini
dan dapat mengekalkan percambahan bunga di kawasan ini.
Hasil daripada pemantauan ini juga seperti di petak 2 dan 3, kita dapat melihat pola
percambahan bunga ini pada setiap bulan dan maklumat tersebut dapat disimpan
sebagai rujukan untuk pihak Jabatan dan juga universiti mahupun agensi luar yang
ingin menjalankan kajian yang lebih terperinci tentang bunga pakma tersebut. Selain
itu, dengan adanya rekod ini, pihak Jabatan dapat menggunakan maklumat yang ada
bagi mengawal jumlah pengunjung pada satu-satu masa di dalam kawasan petak
tersebut bagi mengurangkan tekanan persekitaran agar percambahan bunga tersebut
tidak tergangu. Pemerhatian dan penilaian yang lebih terperinci berkaitan populasi
bunga pakma di kawasan ini akan dijalankan agar pemeliharaan dan pemuliharaan
habitat ini sentiasa terjamin.
* Orang awam dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) boleh mencadangkan
kawasan HCVF yang baru kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
JPNP akan membuat semakan di lapangan dan jika sesuai serta masuk dalam
satu kategori HCVF, cadangan tersebut akan dipertimbangkan dan konsultasi
stakeholder akan dijalankan.

Você também pode gostar