Você está na página 1de 1

Muhamad Zulkifly b.

Sharudin

361, Jalan 10/23 Bandar Springhill,

71010 Lukut,

Port Dickson. 5 April 2017

MISC INTERGRATED LOGISTICS SDN BHD,

(HR & ADMIN) LOT 23 Lebuh Sultan Mohamed 1,

Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang,

Selangor.

Tuan,

JAWAPAN NOTIS TUNJUK SEBAB

Adalah saya seperti nama di atas telah menerima notis tunjuk sebab berkaitan kes kemalangan pada

24 Jan 2017. Untuk makluman pihak tuan :

i. saya memandu dalam keadaan mengantuk disebabkan pada pagi hari kejadian
setelah pulang dari kerja shif malam saya tidak dapat tidur secukupnya di sebabkan
terdapat kerja-kerja pemasangan penghawa dingin dan kerja-kerja pertukangan yang
menyebabkan bunyi bising. Ekoran daripada kerja-kerja tersebut saya tidak dapat
tidur yang berkualiti sebelum menjalankan tugas pada waktu malam.

ii. Saya juga tidak memaklumkan kepada penyelia yang bertugas tentang tahap
kecergasan saya untuk melaksanakan tugas yang diberikan sedangkan saya hanya
dapat tidur dalam kuantiti yang sedikit. Dengan rasa tanggungjawab saya
melaksanakan tugas yang diberikan tanpa memikirkan risiko yang akan saya
tanggung.

iii. Saya sentiasa mengutamakan keselamatan dan tanggungjawab dalam menjalankan


tugas yang diberikan.

Saya berharap agar pihak tuan dapat menerima alasan yang telah saya berikan dan saya
sangat berharap agar saya masih diterima bekerja dalam syarikat ini

Sekian Terima Kasih

Yang Benar:

………………………………………..

Você também pode gostar