Você está na página 1de 21

ADAT PERKAHWINAN KAUM MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK DI

MALAYSIA

Perkahwinan Kaum Iban

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan
yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat
Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam
usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis
pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi
masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang
melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk
mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka
lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-
anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat
membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat
tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang,
majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Merisik

Pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20
orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini,
syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini
termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat
sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak
atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau
mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini
maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis
perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini,
si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi
menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri. Bagi
keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara
dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh yang
khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik
sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak
diingini daripada berlakurisik

Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat
daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti
dibawa pada waktu pagi.

Bertunang

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan.


Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah
mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau ikat pinggang
perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan
perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan
pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima
kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja. Jika tidak,
perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu.

Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan
tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian
ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil
dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang
pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin
perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka
sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang
melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan
denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya
pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di
antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik.

Majlis Perkahwinan
Pengantin masyarakat Iban Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk
majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan
menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga
perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk
memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang
tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan
kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa
hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan,
bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas
akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang
yangbertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Perkahwinan Kaum Kadazan Dusun

Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan


mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan
adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan
daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua
yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik
dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam
tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa
perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan
itu sudah tidak ada.

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam
proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu
dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati
sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat
sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian
itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.

Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan
masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan
banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap
keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan,
pekerjaan dan seumpamanya.

Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat
daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti
dibawa pada waktu pagi.

Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki
untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang
digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu
sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi
buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki
dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak,
pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah
ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan
adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang
diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada
hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada
canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin
itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak
untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

Majlis Perkahwinan

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat
istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk
memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang
diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada
hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada
canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin
itu.

Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau
kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang
tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya
hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara
makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang
dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah
menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin
perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat
beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan
majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan,
juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat
perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria
dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di
rumah pengantin perempuan.

Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan
kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling
cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil
masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung
kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan
pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut
dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri
oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir
di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis perkahwinan
orang Kadazan memakan masa selama tiga hari.

Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu
upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan
perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian
tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua
pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan
sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu,
lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara
tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan
kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan
tarian sumazau.
ADAT PERKAHWINAN KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA

Perkahwinan Masyarakat Portugis (Serani)

Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari
tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung
sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan
dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu
dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba?.

Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi
tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan
menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja.
Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang
yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima
kasih. Adat ini dinamakan “noiba missa I gereja.

ADAT PERKAHWINAN ORANG ASLI

ANTARA upacara unik dalam perkahwinan Orang Asli Suku Mahmeri.

Suku Mahmeri turut amal upacara merisik, meminang dan persandingan seperti
masyarakat Melayu

TIADA banyak beza antara majlis perkahwinan orang Asli suku Mahmeri dengan
masyarakat Melayu kerana ia bermula dengan adat merisik, menghantar tanda,
meminang dan berakhir dengan persandingan.

Perbezaan adat mereka cuma mengekalkan istiadat menghalau hantu syaitan dengan
cara tersendiri, selain diadakan upacara pemujaan untuk memberitahu kepada nenek
moyang bahawa cucu mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan. Majlis itu
dianggap penting untuk memastikan upacara perkahwinan itu selamat, diberkati dan
aman bahagia sehingga ke anak cucu.

Bermula dari awal adat merisik hingga persandingan, banyak proses perlu dilalui iaitu
menghantar rombongan merisik dengan bercerita mengenai latar belakang kedua-dua
anak mereka.
Mengikut kepercayaan suku Mahmeri ini, sekiranya proses meminang dilakukan tanpa
merisik, ia bererti kedua-dua mempelai sudah ditangkap basah.

Pada majlis peminangan, tok batin akan melihat persediaan pengantin lelaki untuk di
bawa ke majlis peminangan seperti cincin emas (tok batin akan pastikan cincin emas itu
tulen), alat solek, pinggang mangkuk dan keperluan seperti batu lesung dan lain-lain.

PASANGAN pengantin menjalani istiadat mengasah gigi.

Penetapan tarikh bagi majlis peminangan dan persandingan perlu dirujuk kepada tok
batin untuk melihat persediaan pihak lelaki sebelum memasuki alam rumah tangga.

Tok batin menjadi insan paling penting kerana beliau akan mengambil kuasa daripada
wali yang dilantik untuk memantau majlis peminangan sehingga berakhirnya majlis
persandingan.

Antara keunikan majlis perkahwinan orang Asli ini, sebaik saja persetujuan dan kata
sepakat dalam majlis peminangan dicapai, upacara makan sirih dan pinang oleh tok
batin dan wakil kedua-dua belah pihak dilakukan sebagai tanda mengakhiri majlis itu.

Hantaran dikenakan ialah RM44.40 bagi bakal pengantin yang masih gadis, manakala
RM25.20 mereka yang bergelar janda.

SUKU Mahmeri memainkan alat muzik tradisional Orang Asli untuk meraikan mempelai
pada majlis perkahwinan.

Namun, hasrat pihak lelaki ingin memiliki gadis pilihannya akan terbatal walaupun majlis
peminangan dan hari persandingan sudah ditetapkan, sekiranya perbelanjaan bagi
tujuan majlis itu tidak mencukupi.

Sekiranya dalam tempoh tiga bulan, pihak lelaki gagal sediakan perbelanjaan, dengan
sendiri perjanjian itu terbatal dan pengantin lelaki dianggap sudah melakukan penipuan
terhadap tok batin selaku pemantau.

Bagaimanapun, selepas semua persiapan berjalan lancar, banyak lagi proses yang
perlu dilakukan oleh bakal mempelai sebelum mereka bergelar suami isteri.
Lazimnya, sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti
istiadat menepung tawar untuk menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi atau
mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai.

Mengasah gigi dianggap adat yang penting dilakukan. Penggunaan kain hitam
diletakkan pada gigi sebagai penanda jarak gigi yang perlu diasah. Cincin akan
digunakan untuk mengasah gigi yang tidak rata dan kemudian diasapkan. Ini bertujuan
menjadikan bakal mempelai sentiasa berseri dan mengelak kancing gigi ketika majlis
persandingan.

Seperti juga apa juga jenis persandingan kaum lain, Orang Asli itu juga membuat
persediaan menyediakan pelamin. Mereka akan bergotong-royong menghiasi pelamin
dengan meletakkan anyaman daun nipah pelbagai corak serta bunga-bungaan
berwarna cerah di semua sudut pentas. Sentuhan penggunaan daun nipah yang
digunakan oleh masyarakat Orang Asli suku Mahmeri adalah antara keunikan dan
kelainan dipaparkan dengan suku kaum Orang Asli lain di negara ini.

Ketika majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena


majlis itu iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut;
membasuh kaki; nasi dalam atau sirih perancang dan mandi bunga gomba.

Pada majlis itu, upacara perkahwinan dimulakan dengan tok dukun membawa
pengantin lelaki berpusing mengeliling sekumpulan gadis bersama pengantin
perempuan yang dilitupi kelambu dan diasap dengan kemenyan. Upacara itu bertujuan
menghalau syaitan dan mengelak perkara buruk.

Pusingan sebanyak tujuh kali dan pada pusingan terakhir, pengantin lelaki perlu
mendapatkan pengantin perempuan dan bertukar bunga. Pemilihan itu berdasarkan
gerak hati tanpa sebarang tekanan kerana suku Mahmeri percaya tiada paksaan dalam
perkahwinan.

Ketika majlis persandingan upacara melambung duit dilakukan sebagai simbolik kepada
kebebasan mempelai menentukan arah tuju hidup di alam rumah tangga.

Makan beradab, pemantau akan memastikan mempelai makan dan berakhir dengan
serentak supaya hidup mereka berkekalan bahagia dan dapat mengharungi rumah
tangga. Jika seorang daripada mempelai makan lebih awal antara mereka, dipercayai
perlakuan itu akan mengundang kecelakaan dalam rumah tangga pada masa depan.

Selepas selesai majlis perkahwinan, pasangan pengantin dilarang keluar rumah untuk
tempoh tiga hari untuk mengelak daripada diganggu hantu atau syaitan.

Istiadat nenek moyang dipertahan

KEUNIKAN, keistimewaan dan kemeriahan perkahwinan orang Asli suku Mahmeri yang
diamalkan sejak zaman- berzaman daripada nenek moyang mereka masih kekal
menjadi warisan budaya dan tradisi.

Peralihan zaman moden ini tidak menggugat suku berkenaan untuk mempertahankan
dan menjadi kebanggaan mereka untuk ditatapi dan dikaji oleh masyarakat lain.

Tok Batin Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Tok Sidin Anak Bujang, ketika
ditemui pada majlis promosi Kerja Kahwin 09’, baru-baru ini di Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur, berkata beliau sebagai ketua masyarakat suku
Mahmeri mahu memastikan istiadat perkahwinan masyarakat itu sentiasa mengekalkan
tradisi nenek moyang mereka.

Katanya, masyarakat orang Asli khususnya Mahmeri dianggap unik kerana mempunyai
warisan budaya dan tradisi yang tersendiri dan ia menjadi lambang kebanggaan.

“Sekarang, kira-kira 500 orang Asli Mahmeri menetap di Kampung Sungai Bumbun.
Setiap majlis perkahwinan yang diadakan dilakukan dengan sempurna. Kita juga
mempunyai lima ahli lembaga iaitu diketuai tok batin, tok inang, penghulu, jugra dan
pengawa yang melengkapkan sebarang upacara berkaitannya.

“Setakat ini, 90 peratus daripada majlis perkahwinan itu menepati tradisi nenek moyang
kami manakala 10 peratus lagi sudah dicampurkan dengan unsur moden yang dibuat
atas kehendak ibu bapa (wali) mempelai,” katanya.

Beliau tidak menafikan, pada era moden ini, gadis atau pemuda orang Asli suku
Mahmeri akan mencari calon pasangan masing-masing sendiri di kalangan kaum
berlainan termasuk orang Asli dari suku lain yang berada di Semenanjung Malaysia dan
tidak terkecuali ada juga yang berkahwin dengan orang Melayu.
Selepas Majlis Perkahwinan

Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing


untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu
kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan
yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua
pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong
atau kerusi yang dialas kain tenun.

Kemudian beberapa orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam
untuk membiau mereka berdua, yang bertujuan untuk memohon agar dewa memberkati
mereka berdua. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut.
Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara.
Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam
yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin.
Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di
rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami
isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu.
Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai
maksud yang tersendiri sama ada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa
dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH

Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh
dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu.
Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu
matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang
Sikh adalah monogami.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup
berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi
sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau
endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat
oleh ibu bapa masing-masing.

Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih


pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka
yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan
menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya, keluarga dan kaum kerabat
memberi perhatian yang berat dalam menentukan kemasukan ahli baru ke dalam
keluarga meneka.

Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal. Dalam


bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok
keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa. Misalnya, kelahiran seorang
bayi merupakan masa yang amat menggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut
lelaki, dan ibu yang melahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yang
sememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkan
kedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang menyatukan
si ibu dengan bapanya. Ringkasnya, anak lelaki menjadi harapan keluarga demi
penerusan keturunannya dan kerabatnya serta menjadi ketua keluarga dan
melaksanakan upacara kematian ayahnya. Sungguhpun demikian, hal ini tidak
bermakna bahawa anak perempuan dipandang rendah. Malah dalam agama Sikh,
kedudukan kaum wanita sama dengan kedudukan lelaki.

Seseorang Sikh yang menjadi ahli kaum Khalsa perlu berkahwin dengan Khalsa juga.
Jika pengantin perempuan belum lagi memohon amrit (air suci) untuk menjadi ahli
kaum Khalsa manakala pasangannya Khalsa, maka dia perlu memohon amrit untuk
menjadi ahli kaum Khalsa.

Ada beberapa upacara yang dilakukan dengan teliti sebelum istiadat perkahwinan
dilangsungkan supaya mendatangkan hasil yang baik dan memuaskan kedua-dua
belah pihak. Antaranya, mangani, sehra bandhi, milni dan anand karaj.

Pertama, mangani (pertunangan), walaupun tidak diwajibkan, boleh dilakukan, sama


ada di kediaman lelaki atau di gurdwara(pusat ibadat penganut Sikh). Biasanya upacara
formal diadakan di gurdwara. Pada hari yang ditetapkan, bapa si perempuan bersama-
sama saudara-mara pergi ke gurdwara. Bakal pengantin lelaki duduk di depan
menghadap kitab suci, Sri Guru Granth Sahib Ji, dan dipakaikan kirpan (pedang kecil)
oleh bapa mentuanya. Selepas itu, dia disuapkan manisan dan diberi wang serta
dipakaikan cincin atau gelang emas. Bakal pengantin perempuan tidak dibenarkan
menghadiri upacara ini. Tarikh perkahwinan ditetapkan selepas upacara pertunangan.
Berita dan jemputan perkahwinan disebarkan kepada saudara-mara dan sahabat
handai kedua-dua belah pihak.

Menjelang hari perkahwinan, upacara yang wajib dijalankan ialah mandi vatna. Dalam
upacara ini, lima atau tujuh orang wanita yang telah berkahwin memandikan bakal
pengantin di rumahnya tiga atau empat hari sebelum hari perkahwinan. Ringkasnya,
upacara ini menandakan permulaan perayaan perkahwinan.

Upacara kedua ialah mengikat sehra di dahi pengantin lelaki oleh ibunya. Sehra ialah
hiasan kepala yang dibuat daripada bunga dan kertas berkilat. Sebelum mengikat
sehra, adik perempuannya mengikat bola benang bulu yang berwarna-warni di
pergelangan tangan kanan abangnya untuk menunjukkan hubungan persaudaraan
sesama mereka. Abangnya kemudian memberi wang kepada adik perempuannya.
Sebelum pengantin lelaki keluar dari rumah dan berangkat ke rumah pengantin
perempuan, salah seorang saudaranya menuangkan minyak kelapa di ambang pintu
rumah untuk menandakan alamat yang baik.

Upacara milni ialah adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki / dengan bapa
pengantin perempuan / pada hari perkahwinan di kediaman pengantin perempuan.
Ardas(doa) dibacakan apabila rombongan pengantin lelaki tiba. Dalam pertemuan ini
bapa pengantin perempuan menghadiahkan sehelai selimut dan wang kepada bapa
pengantin lelaki. Kadang kala sebentuk cincin atau gelang emas disertakan. Selepas
itu, mereka berjabat tangan dan berpeluk mesra.

Rombongan dihidangkan dengan sarapan pagi yang disediakan khas sebelum


berangkat ke gurdwara.

Anand karaj merupakan upacara yang terakhir dan penting yang dijalankan di
gurdwara. Upacara ini biasanya dimulakan dengan bernyanyi mazmur dan membaca
kitab suci. Selepas itu, granthi (ketua agama) menerangkan tujuan mereka berkumpul
pada hari tersebut kepada sangat (jemaah), termasuk tujuan perkahwinan dan
kewajipan suami isteri menurut pandangan agama Sikh. Kedua-dua orang pengantin
duduk bersila menghadap kitab suci. Granthi berdiri bersama-sama pengantin lelaki dan
perempuan, bapa pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan untuk bacaan ardas
secara senyap.

Selepas itu, bapa pengantin perempuan memberi sehelai kain tudung (palla) kepada
pengantin lelaki dan dia memegangnya pada satu hujung dan di hujung lain dipegang
oleh pengantin perempuan. Selepas itu, sangat menyanyikan ayat daripada kitab suci
yang berkaitan dengan anand karaj. Kedua-dua orang pengantin memegang tudung
sambil berjalan mengelilingi Sri Guru Granth Sahib Ji sebanyak empat kali. Pergerakan
ini disebut lavan. Pengantin lelaki berjalan di depan dan pengantin perempuan
mengikut dari belakang.

Selepas tamatnya lavan, granthi dan pasangan tersebut serta bapa mereka berdoa
sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan upacara perkahwinan dan merestui
pasangan tersebut. Granthi menasihatkan kedua-dua orang pengantin tentang
tanggungjawab mereka. Selepas bacaan ardas semua sangat yang hadir diberi karah
parshad (halwa yang suci). Gurdwara menyuruh pasangan pengantin menandatangani
buku daftar perkahwinan gurdwara. Sijil perkahwinan (dalam tulisan Gumukhi) diberi
kepada pasangan.

Selepas makan tengah hari, pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah pengantin
lelaki. Pemergian pengantin perempuan adalah peristiwa yang menyedihkan bagi
keluarganya kerana dia bukan "milik" mereka lagi. Sebelum kereta pengantin bertolak,
bapa pengantin lelaki membaling duit syiling ke atas kereta tersebut. Perbuatannya itu
bertujuan menunjukkan kegembiraannya dan dia sanggup mengorbankan benda
kesayangan manusia, iaitu duit, demi kebahagiaan anaknya dan menantunya.

Secara keseluruhannya, anand karaj adalah suci dalam falsafah agama Sikh. Penganut
Sikh perlu mematuhi segala ajaran yang termaktub dalam kitab suci agar perkahwinan
mereka direstui oleh tuhan dan berkekalan ke akhir hayat. Pasangan suami isteri yang
sudah berkahwin perlu saling memahami dan saling menghormati. Mereka perlu hidup
bersatu dan cuba mengelakkan konflik yang boleh menggugat ikatan kekeluargaan
mereka.
Budaya Perkahwinan Masyarakat Baba dan Nyonya

Pakaian pengantin bagi Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina peranakan
telah wujud di Melaka sejad abad kelima belas lagi. Golongan ini wujud hasil daripada
perkahwinan orang-orang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan
orang Melayu tempatan. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut
cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur
kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, arus moden
pada masa kini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat
ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan
Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia kerana terdapat
unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan ini.

Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi
masyarakat Baba dan Nyonya. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun
biasanya telah mahir memasak , membuat sulaman , pertukangan tangan dan menjahit.
Apabila sudah mencapai tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan
berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu.Kebiasaannya, ‘orang tengah’
akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari
pasangan hidup untuk anak lelaki mereka. Pada peringkat pertama, adat merisik akan
dilakukan. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk mengetahui
sama ada gadis yang hendak dipinang itu mempunyai budi pekerti yang baik, bersopan-
santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan
dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Peminangan ini
diketuai oleh ‘Mueynang’.

Dalam proses peminangan ini, kedua belah pihak akan berunding sesama mereka.
Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin tersebut.
Kebiasaannya, pertolongan seorang tukang tilik diperlukan. Butir-butir penting seperti
tarikh lahir, masa lahir, dan tahun mengikut kalendar cina bagi kedua pengantin diambil
kira. Misalnya, sekiranya pengantin lelaki dilahirkan pada Tahun Anjing manakala
pengantin perempuan pula dalam Tahun Kambing, maka kedua pihak akan
berpendapat bahawa pasangan tidak secocok. Walaubagaimanapun, kepercayaan ini
tidak lagi diamalkan. Pada masa kini, asalkan bakal menantu adalah pilihan anak
mereka maka perkahwinan tersebut akan terus dipersetujui.

Apabila peminangan diterima, pihak perempuan akan meminta tempoh sebulan


untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan atau tidak. Sepanjang
tempoh ini, pinggan mangkuk,periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh
pecah atau jatuh. Jika ini berlaku, maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan
berkekalan.Sekiranya pada peringkat tersebut tiada apa-apa yang berlaku peringkat
seterusnya akan diteruskan iaitu majlis naik belanja atau ‘hari tukar cincin’. Pada majilis
ini pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran manakala
separuh lagi akan diserahkan pada hari perkahwinan. Semasa majlis naik belanja ini,
pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang
beserta buah-buahan seperti limau dan epal. ‘Mueynang’ akan ditugaskan untuk
menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan. Pihak perempuan akan
mengambil separuh sahaja buah-buahan yang dihantar dan sepasang lilin. Sebagai
balasan, pihak perempuan akan memberi dua botol air sirap dan gula-gula kepada
pihak lelaki. Ini sebagai tanda mereka amat gembira dan sukacita atas pemberian
tersebut. Seterusnya, pertukaran cincin pun dilakukan.

Langkah seterusnya, wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping


kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis
perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak
pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak
mewakili pihak perempuan. Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua
pengantin mesti menjalankan upacara ‘cohtau’ di rumah masing-masing. Pengantin
lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut kertas merah) yang diletakkan di atas
nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementera itu, rambut pengantin
perempuan disisir oleh seorang wanita biasanya sanak saudaranya sendiri.

Kedua-dua pengantin dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu


bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan haruslah menjalankan
tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin.
Persediaan untuk majlis perkahwinan dijalankan terutamanya di rumah pihak pengantin
lelaki. Rumah dihiasi dengan indah dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga
diletakkan di meja sembahyang. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga
pihak lelaki akan ditugaskan untuk menyiapkan berbagai upacara di bilik pengantin
seminggu sebelum majlis perkahwinan. Antara upacara tersebut iaiah menaburkan
bunga rampai ditengah tilam baru, memasang langsir dan menyusun bantal-bantal
yang baru. Manakala di empat penjuru kati diletakkan ‘angpau’ dan perkakas baru
didalam bilik tersebut juga diletakkan ‘angpau’. Sepasang lampu minyak tanah
dipasang dan perlu dipastikan lampu tersebut tidak dipadam sehingga 12 hari selepas
perkahwinan. Bilik ini sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk memastikan lampu
tersebut tidak terpadam.

katil pengantin bagi Baba dan Nyonya

Pada hari perkahwinan, pengantin akan menaiki kereta sambil diiringi oleh pengapit ke
rumah pengantin perempuan.Tibanya di rumah pengantin perempuan, pintu kereta
akan dibuka oleh pemuda,biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi
‘angpau’ oleh pengantin lelaki.Selain jamuan ringan, kedua pengantin akan
bersembahyang dah dianggap sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan.

Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Acara di rumah
pengantin lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara
‘sembahyang samkai’. Adatnya pula dikenali sebagai ‘Perkahwinan Tambo Seroni’
kerana tiupan serunai dapat didengari sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Di rumah
pengantin lelaki juga mereka akan bersembahnyang. Selesai sembahyang, kedua-dua
pengantin memohon maaf serta meminta halalkan segala makan minum mereka
daripada kedua belah ibu bapa mereka.

Selepas itu disusuli pula oleh ‘adat sojah’ . Dalam adat ini,kedua pengantin akan
menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika
mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh
kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibanti oleh ‘pak-chi-nek’ sementara
pengantin perempuan pula oleh ‘ sang-ke-um’ . tugas mereka adalah membantu kedua-
dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiap kali mereka
melutut,pakaian haruslah sentiasa kemas dan rapi. Walau bagaimanapun pada masa
ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak ‘ adat sojah’. Mereka
dibenarkan berdiri ketika melakukanya. Biasanya orang-orang yang ‘disojah’ memberi
‘angpau’ kepada mereka. Ada juga yang memberi barang kemas seperti rantai atau
cincin.

Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-
dua menantunya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli
keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga
itu. Seterusnya, adat ’12 hari’ akan diadakan 12 hari selepas perkahwinan. Kedua-dua
pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa pihak perempuan kerana merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan
diadakan di rumah pengantin perempuan. Pengantin akan dijamu dengan nasi lemak
bersama-sama 12 jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa
dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi ‘angpau’
kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak
miliknya. Sebagai balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi 2 ekor ayam
yang berbulu merah ( seekor ayam jantan dan seekor ayam betina) , 2 batang tebu dan
2 batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang ini akan dibalut
dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting kerana
dipercayai membawa tuah, kebahagian dan keharmonian ,bakul Siah yang digunakan
untuk mengisi barangan (makanan) kepada pengantin.

Kedua-dua ekor ayam tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan
di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawha
katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua
ekor ayam tersebut tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendaklah dipelihara selagi
ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak,maka semakin ramai anak
yang akan diperolehi. Ayam tersebut dipercayai membawa kemakmuran dah
kebahagian kepada keturunan dan kedua-dua pengantin tersebut.

Kesimpulannya, kita dapat lihat adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini
memakan masa yang agak panjang dan penuh dengan adat istiadat.
Walaubagaimanapun, zaman sekarang kaum Baba dan Nyonya banyak meringkaskan
adat perkahwinan mereka tetapi masih ada yang masih mengamalkannya kerana
mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan dek zaman. Keunikan adat Baba dan Nyonya
ini sangat menarik kerana gabungan bagi adat yang terdapat pada kaum Melayu dan
juga kaum Cina.Apa yang harus kita pegang ialah biarpun adat yang berlainan kita
haruslah saling menyokong dan menghormati antara satu sama lain.

Perkahwinan dalam masyarakat Thai

Biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Apabila upacara perkahwinan


bermula, kedua pengantin akan melakukan sembahyang di tempat khas, memohon
Lord Buddha menyaksikan perkahwinan ini serta mencucuri rahmat dan kesejahteraan
hidup kepada pasangan tersebut. Selepas itu, pasangan pangantin kemudiannya akan
duduk bersimpuh dan menundukkan badan mereka atas bantal atau bangku rendah
yang disediakan khas dan tangan mereka akan bertangkup. Bomoh kemudiannya akan
meletakkan kalung yang diperbuat dari benang hidup (benang sutra) atas kepala
pasangan pengantin tersebut. Kedua–dua kalung itu dihubungkan pada seutas benang.
Hubungan ini menandakan pencantuman hidup mereka itu sebagai suami isteri. Ibu
bapa pasangan pengantin akan melafazkan nasihat serta ajaran rukun rumah tangga
kepada pasangan pengantin supaya dapat hidup bersama dengan aman damai
sehingga akhir hayat. Para sami yang dijemput khas upacara perkahwinan itu
kemudiannya akan membacakan doa selamat sambil merenjiskan air doa serta
menaburkan bunga–bunga ke atas pasangan tersebut.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CHETTI DI MALAYSIA

Adat Sadanggu dalam masyarakat Chetti merupakan adat yang unik khusus bagi anak
dara sunti masyarakat Chetti yang telah akil baligh. Sesetengah daripada masyarakat
Chetti menyebut Sadanggu sebagai Sadenggu. Ia mempunyai elemen ritual dan
keagamaan dan masih diamalkan oleh masyarakat Chetti di Melaka sehingga
sekarang.

PERINGKAT

Adat ini dimulakan dengan memandikan anak dara sunti pada awal pagi. Apabila
seseorang gadis mengalami haid buat kali pertama, maka gadis tersebut tidak akan
dibenarkan keluar daripada rumah. Mereka hanya dibenarkan berada di dalam ruang
rumah sahaja. Mengikut kepercayaan masyarakat Chetti, gadis tersebut dilarang keluar
daripada rumah untuk mengelakkan diri mereka didekati oleh roh-roh jahat. Mereka
hanya dibenarkan duduk di dalam bilik sahaja dan tidak dibenarkan keluar. Keluarga
gadis tersebut juga tidak boleh pergi ke kuil dan orang ramai juga tidak boleh
berkunjung ke rumah tersebut kerana kekotoran dari gadis tersebut.

Peringkat-peringkat adat ini adalah seperti berikut:

1. Upacara mandi restu

Upacara ini dilakukan bagi membuang bala, saka atau roh jahat.

Air mandian ini mengandungi kunyit dan 7 jenis bunga.

Ia dilakukan sewaktu matahari mula terbit.

Sewaktu upacara mandi, gadis sunti akan memakai pakaian baju Melayu putih teluk
belanga.

Setelah selesai mandi restu gadis tersebut akan bilas dengan air bersih.

2. Upacara membuang pakaian

Setelah tamat upacara mandi, pakaian ini akan dibuang.

Tujuan pakaian ini dibuang bagi membuang segala bala yang ada padanya.

Seterusnya gadis sunti ini akan memakai baju kebaya panjang.

3. Jamuan kuih tradisional

Gadis sunti ini akan dijamukan dengan kuih tradisional Chetti iaitu putu piring kosong.

4. Upacara Sadanggu

Dalam upacara ini gadis sunti akan dihiaskan seperti pengantin lengkap dengan
bersanggul rapi, hiasan bunga di sanggul, rantai dan gelang hiasan.

Setelah si gadis telah siap, upacara Adat Sadanggu akan dimulakan.

Sebelum upacara adat in,i si gadis ini akan duduk di bangku yang telah dihiaskan
dalam upacara ini.

Bangku tersebut hendaklah beralaskan kain putih dan padi.


Manakala pihak saudara mara gadis akan menyediakan satu dulang yang berisi nasi,
air, tahi lembu kering, pelita, padi, putu piring, roti dan anak batu giling bagi upacara
memusing.

Selain itu, ibu-ibu saudara yang sudah berkahwin sebelah bapa si gadis dan bapa-
bapa saudara yang sudah berkahwin sebelah ibu gadis perlu menyediakan hadiah
berupa hantaran kepada si gadis iaitu sari, alat mekap, gelang, hiasan malai, sikat,
cermin, kunyit dan buah-buah kepada si gadis ini.

Setelah semua peralatan dan hantaran lengkap untuk upacara ini maka upacara
dimulakan dengan bacaan jampi serapah daripada Tok Sami kepada gadis sunti ini.

Setelah selesai bacaan jampi, dulang yang berisi barang makanan (seperti di atas)
akan dipusing-pusingkan di hadapan pengantin oleh bapa dan mak saudara si gadis.

Hanya saudara mara di atas sahaja dibenarkan untuk membuat upacara ini.

Setelah selesai upacara memusing dulang ini, setiap bapa dan ibu saudara gadis sunti
ini akan menyerahkan hantaran kepada gadis ini.

Gadis ini perlu memakai sari yang telah dihadiahkan. Sekiranya terdapat 5 sari
dihadiahkan maka gadis perlu bertukar sari sebanyak 5 kali.

Setelah siap memakai sari bapa dan ibu saudara ini juga akan memakaikan gadis ini
bunga malai secara bersilang. Pemakaian secara bersilang menunjukkan bahawa gadis
ini belum berkahwin.

Maka setelah itu, selesailah upacara sadanggu ini.

Semua saudara mara akan menikmati jamuan sama ada berupa kuih-kuih tradisional
seperti pulut tekan, seri kaya, tepung koma, putu atau masakan tradisional seperti
pindang ikan, sambal timun, sambal telur dan lain-lain.

Antara keperluan yang digunapakai dalam manifestasi ini adalah pelamin dan
hiasannya, peralatan untuk upacara memusing, pakaian baju Melayu putih teluk
belanga, baju kebaya panjang dan sari, serta makanan tradisional.

Você também pode gostar