Você está na página 1de 7

Nama Pelajar : Florance Pinny

Nama Kursus : PJMS3033 Permainan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling

Ujian Amali 2

Jenis Permainan: Bola Sepak

Kemahiran: Hantaran Dekat

Nama Permainan: Baby Kicking

Bilangan Pemain: 8 orang (4 vs 4)

Spefikasi Kawasan Permainan: Padang berumput

Masa Permainan: 7 minit

Peralatan: 1 biji bola sepak, 8 bib bewarna, 4 buah skital, 1 wisel

Pegawai: Seorang pengadil

Teknik kemahiran :

1. Pelajar cuba membuat hantaran dengan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.

2. Ketepatan dan arah.

3. Sentuhan pada bola menggunakan bahagian dalam kaki.

4. Kuncikan (lock) pergelangan kaki semasa menyentuh bola.

Permainan kecil/ aktiviti

Prosedur permainan :
1. Pemain akan membuat hantaran leret (bahagian dalam kaki) pada rakan sepasukan
secara tolak dan tahan.
2. Pasukan yang dapat mencapai 5 hantaran berterusan akan diberi satu mata.
3. Pihak lawan akan cuba merebut bola dan melakukan aktiviti yang sama.
4. Pasukan yang mendapat banyak mata akan menang.
5. Aktiviti ini dilakukan selama 7 mini

1
Rajah 1: Permainan Baby Kicking

2
Jenis Permainan: Bola Jaring
Kemahiran: Menjaring dengan sebelah tangan
Nama Permainan: Princess Netball
Bilangan Pemain: 10 orang (5 vs 5)
Spesifikasi Kawasan Permainan: Gelanggang bola jarring
Masa Permainan: 7 minit
Peralatan: 1 biji bola jarring, 1 wisel, 10 bib bewarna.
Pegawai: Seorang pengadil

Teknik kemahiran :
1. Pelajar cuba melakukan kemahiran menjaring dengan sebelah tangan.
2. Mengaplikasikan jenis hantaran semasa bermain.
3. Ketepatan menjaring.

Prosedur permainan :

1. Bahagikan murid kepada dua kumpulan dan cabut undi siapa yang memulakan
permainan di tengah-tengah gelanggang.

2. Setiap pasukan diberi satu bola dan berusaha menjaringkannya.

3. Semua jenis hantaran boleh digunakan dan boleh berada di mana-mana posisi.

4. Apabila jaringan berjaya maka kumpulan tersebut akan mendapat satu markah dan
penjaring akan diganti dengan pemain kedua. Sekiranya gagal, penjaring tersebut
hendaklah menjaring sehingga mereka berjaya.

5. Kumpulan yang dulu menghabiskan permainan dianggap menang.

6. Masa bermain 7 minit.

3
Rajah 2: Permainan Princess Netball

4
Jenis Permaian: Bola Baling
Kemahiran: Menjaring dengan jaringan lompat
Nama Permainan: Forbidden City (kota larangan)
Bilangan Pemain: 14 orang (10 orang mengelilingi bulatan, 4 orang didalam bulatan)
Spesifikasi Kawasan Permainan: Padang berumput atau gelanggang bersimen
Masa Permainan: 5 minit
Peralatan: 3 biji bola baling, 1 kon, 1 wisel
Pegawai: Seorang pengadil

Teknik Kemahiran:
1. Pemain melakukan kemahiran menjaring dengan jaringan lompat.
2. Pemain yang bertindak sebagai penjaring bersedia menerima bola daripada rakan untuk
melakukan jaringan.
3. Pemain harus bijak mencari ruang.
4. Mempunyai keyakinan diri.
5. Memberi tumpuan dan perhatian penuh.
6. Pemain bijak mencari ruang dan menjaring ikut lajak.

Prosedur Permainan :
1. 10 orang pemain akan membuat bulatan, manakala 4 orang lagi berada di tengah
bulatan untuk menjaga kon.
2. Pemain akan cuba menjaring kearah kon untuk mendapat mata.
3. Pemain dikehendaki menggunakan kemahiran menjaring dengan jaringan lompat
sahaja.
4. Penjaga kon yang berada di dalam bulatan akan cuba menghalang pemain pasukan
lain daripada menjaringkan gol.
5. Sekiranya bola yang dibaling terkena kon, maka pemain yang menjaringkan gol
tersebut hendaklah menukar seorang daripada penjaga kon yang berada di dalam
bulatan.
6. Permainan diulang sehingga masa tamat.
7. Masa permainan adalah 5 minit.

5
Rajah 3: Permainan Forbidden City

6
RUJUKAN
Chew Sin L, et. al. Modul Latihan Sukan Bola Jaring Sekolah Rendah. Putrajaya. Bahagian
Pendidikan Guru.

Husni, et. al. Modul Latihan Sukan Bola Baling Sekolah Rendah. Putrajaya. Bahagian
Pendidikan Guru.

Jailani, et. al. Modul Latihan Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah. Putrajaya. Bahagian
Pendidikan Guru.

Você também pode gostar