Você está na página 1de 33

Analisis Hikayat Abdullah

1.0 Pengenalan

Sesebuah karya kesusasteraan diangkat menjadi karya yang agung adalah berdasarkan
ciri-citi yang ada pada karya berkenaan. Ciri-ciri pada karya agung ini pula seharusnya
diteliti mengikut tradisi, budaya dan tamadun karya tersebut dihasilkan. Menurut Seri
Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:4), penelitian ciri-ciri karya agung Melayu dibuat
berdasarkan aspek-aspek seperti aspek pemikiran, estetika dan kepengarangan, aspek
nilai budaya dan pandangan hidup serta aspek nilai ilmu yang terdapat dalam Karya
Agung Melayu.

Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung Melayu yang ditulis oleh Munsyi
Abdullah bin Abdul Kadir kerana permintaan seorang sahabat, iaitu orang putih, untuk
memaparkan pengalaman hidupnya sejak kecil dan hubungannya dengan beberapa
tokoh sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd, dan ramai lagi.
(Hamzah Hamdani, 2007). Hikayat Abdullah merupakan Karya Agung Melayu yang
bukan sahaja indah dan menarik dari sudut susunan bahasa dan nilai-nilai dalam
kesusasteraan malahan juga sarat dengan fakta-fakta sejarah. Hikayat Abdullah masih
lagi terikat dengan sistem ejaan bahasa Melayu klasik yang menggunakan huruf Arab
beserta dengan gaya penulisan dan fungsi-fungsinya yang disesuaikan dengan ejaan
dalam bahasa Melayu.

Munsyi Abdullah dianggap oleh orang ramai sebagai tokoh awal kesusasteraan
Melayu moden. Namun bagi Jihaty Abadi, Abdullah wajar diangkat sebagai bapa
kesusasteraan Melayu moden kerana karya-karyanya telah dicetak dan bentuk
tulisannya sudah menyimpang jauh daripada bentuk tradisi. Karya-karya Abdullah seperti
Kisah Pelayaran Abdullah yang diterbitkan 1938 dan Hikayat Abdullah pada 1848
merupakan pengalaman Abdullah yang amat penting dalam kesusasteraan Melayu.
Karya-karya tersebut mengandungi idea yag benar-benar baharu dan dan berlainan yang
secara langsung menjadi garis pemisah antara Abdullah serta angkatan penulis sebelum
dan sezaman dengannya.
Hikayat Abdullah mengandungi kritikan secara terus terang terhadap golongan
bangsawan dan bangsa Melayu, serta menyindir pihak penjajah Inggeris dan Belanda.
Melalui karya Abdullah yang hebat ini, pembaca dapat menghayati kehidupan mayarakat
Melaka dan Singapura pada abad ke-19 yang terdiri daripada pelbagai bangsa, peristiwa-
peristiwa dalam hikayat inu berunsurkan sejarah yang merdasarkan kepada pengalaman
pengarang yang hidup pada zaman berkenaan. Kritikan pengarang terhadap sikap
bangsa Melayu yang tidak menghargai bahasanya sendiri dalam Hikayat Abdullah ini
adalah sangat jelas.

2.0 Latar Belakang Penulis


Munsyi Abdullah atau nama sebenar beliau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah
dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid atau nama lainnya Kampung Pali, Melaka.
Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Ayahnya
berketurunan Arab Yaman, manakala ibunya Salamah berketurunan India. Sejak kecil
beliau telah diajar mengaji al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa Melayu oleh
bapanya. Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan bahasa Inggeris.

Munsyi Abdullah merupakan seorang yang bijak dalam memahami pelajaran yang
diajar oleh gurunya. Gelaran “munsyi” yang membawa makna “guru” telah diperoleh
sewaktu beliau berusia sebelas tahun. Beliau juga mendapat gelaran ‘munsyi’ sewaktu
mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di
Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Munsyi Abdullah juga menjadi guru agama,
penterjemah, wartawan dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. beliau juga pernah
memangku jawatan pengetua di Anglo Chinese College ketika Paderi Thomson pulang
bercuti di England.

Menurut Hamzah Hamdani (2007), Munsyi Abdullah telah meghasilkan dua buah
karya yang penting, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849),
yang merupakan genre memoir dan tersebar luas melalui alat percetakan. Munsyi
Abdullah telah meninggal dunia ketika berusia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika
dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.
3.0 Sinopsis Hikayat Abdullah

Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya autobiografi yang menceritakan tentang


pengalaman hidup dan latar persekitaran kehidupan pengarangnya iaitu Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi. Hikayat ini mengandungi 29 bab dan setiap bab menceritakan
pelbagai peristiwa yang berlaku di Melaka dan Singapura.

Dalam hikayat ini, Abdullah Munsyi menceritakan tentang salasilah keluarga beliau
bermula daripada nenek moyang beliau. Moyang beliau iaitu Syeikh Abdul Kadir
merupakan guru agama dan bahasa yang berbangsa Arab daripada keturunan Uthmani
dan berasal dari Yaman. Dari Yaman, moyang beliau berhijrah ke Tanah Keling di Nagore
dan menjadi guru di disitu seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan. Hasil
perkahwinan tersebut, moyang beliau memperoleh empat orang anak lelaki dan datuk
Abdullah Munsyi merupakan salah seorang daripadanya iaitu Muhammad Ibrahim.
Setelah moyang beliau meninggal dunia di Nagore, datuk beliau berhijrah ke Melaka dan
berkahwin dengan anak Syeikh Mira Lebai yang berketurunan Peryaci. Tidak lama
selepas itu lahirlah bapa Abdullah Munsyi iaitu Syeikh Abdul Kadir yang dinamakan
sempena nama moyang beliau.

Abdullah juga menceritakan tentang kelahiran beliau iaitu pada siang hari ahad
bersamaan 7 safar 1211 iaitu setelah lapan bulan inggeris mengambil Melaka dari
Belanda pada 15 Ogos 1975. Beliau dilahirkan di Kampung Pali ataupun Kampung Masjid
Melaka. Beliau menceritakan tentang kesemua abangnya yang meninggal dunia dan
menyebabkan ibunga menjadi seperti orang gila kerana sering menangis dan bersedih.
Hinggalah pada suatu hari, Habib Abdullah yang merupakan jiran beliau terdengar
tangisan ibu beliau yang bernama Salmah. Habib menanyakan punca ibunya menangis
dan meminta bapa Abdullah Munsyi supaya memujuk isterinya agar tidak menangis lagi
kerana Allah akan mengurniakan mereka seorang lagi anak lelaki dan memberikan anak
mereka nama yang sama dengannya. Tidak lama selepas itu, beliau pun dilahirkan dan
diberi nama Abdullah.

Abdullah Munsyi menceritakan tentang peristiwa-peristiwa sepanjang beliau belajar


mengaji daripada nenek beliau. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya mengaji
apabila mahu kerana manja dengan neneknya yang tidak pernah memarahi ataupun
memukulnya. Setelah bapa beliau kembali dari Siak, beliau mula belajar mengaji di
sekolah pondok dan sebelah malamnya pula diajar oleh bapa beliau. Abdullah Munsyi
menyatakan bahawa beliau sering dipukul dan ditampar oleh bapanya kerana salah
mengaji dan menulis. Pada awalnya beliau benci akan bapa beliau dan cuba
memberontak kerana pada usia tersebut beliau ingin bermain seperti kanak-kanak lain,
namun setelah terkenangkan kesukaran dalam guru beliau dalam mendidik barulah
beliau sedar pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh guru. Setelah itu, beliau mula
belajar mengaji dan menulis sendiri serta belajar dengan bapa, nenek dan kedua bapa
saudara beliau.

Selepas itu, beliau mula belajar menulis bahasa Keling iaitu bahasa Tamil selama
dua tahun enam bulan dengan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Beliau juga
menceritakan tentang peristiwa semasa beliau diajar menulis oleh bapanya. Beliau
menghadapi pelbagai kesulitan kerana bapa beliau begitu tegas dalam mendidik
terutamanya semasa mengajar menulis. Kemudian beliau juga menceritakan bagaimana
beliau dapat mempelajari bahasa Hindustan dan belajar menulisnya daripada para supai
sehinggalah beliau dapat menguasai bahasa tersebut. Beliau mula mendapat gelaran
‘Munsyi’ yang bermaksud guru bahasa pada ketika itu dan gelaran tersebut digunakan
sehingga kini.

Dalam hikayat ini juga, pengarang menceritakan tentang pegawai-pegawai Inggeris


yang memerintah Melaka iaitu Tuan Farquhar, Tuan Milne, Tuan Raffles, Lord Minto dan
beberapa pegawai Inggeris yang lain. Beliau bekerja sebagai jurubahasa dan jurutulis
bagi pegawai-pegawai Inggeris dan hal ini menyebabkan Abdullah banyak
menghabiskan masa dengan orang-orang Inggeris. Beliau menceritakan tentang Tuan
Farquhar yang sangat disayangi oleh semua bangsa di Melaka kerana keadaan Melaka
yang aman dan maju dalam bidang perdagangan membolehkan orang miskin menyara
hidup mereka.

Abdullah Munsyi mengisahkan tentang peristiwa beliau mula mempelajari bahasa


Inggeris daripada kelas Tuan Milne. Tuan Milne merupakan seorang paderi Inggeris yang
datang ke Melaka pada 1238 Hijrah bersamaan 1823 Masihi. Tuan Milne mempunyai 3
orang anak. Tuan Milne membuka kelas belajar bahasa Inggeris secara percuma dengan
disediakan dakwat, kertas, pen dan pelbagai keperluan lain untuk mereka yang datang
belajar. Tuan Milne bersetuju untuk mengajar Abdullah bahasa Inggeris dengan syarat
beliau akan mengajarnya bahasa Melayu. Tuan Milne juga memberikan Abdullah sebuah
kitab Injil yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang disangkakan oleh
beliau sebagai sebuah hikayat biasa.
Selain itu, Abdullah juga menceritakan perihal masyarakat Melayu iaitu sikap Raja-
raja Melayu dan sikap masyarakat Melayu sendiri. Beliau mengkritik sikap-sikap Raja
Melayu yang tidak mahu memelihara anak mereka sendiri dan mengikut sahaja kehendak
dan keinginan anak-anak tanpa didisiplinkan. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat
Melayu yang tidak akan berubah kerana mereka tidak mahu membuang adat-adat
terdahulu yang karut-marut sedangkan ianya bukan ajaran agama. Hikayat ini turut
menceritakan pelbagai adat dan kepercayaan yang menjadi ikutan sejak turun temurun
sehinggakan menjadi suatu kemestian untuk diikuti.

4.0 Perbincangan

4.1 Pemikiran dalam Hikayat Abdullah

Menurut Sri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016:69), pemikiran dalam karya bermaksud
subjek yang dibawakan bermula daripada idea dan pengalaman. Idea dan pengalaman
tersebut dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan
menjadi persoalan dan tema karya. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri
memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej mutiara,
dan permata karya. Siti Aisah Murad (1996:11) menyatakan bahawa setiap karya adalah
catatan pengalaman yang telah direnung, difikir, dan ditapis oleh pengarang untuk dijalin
menjadi sebuah hasil penulisan, sama ada karya kreatif ataupun deskriptif. Dalam
Hikayat Abdullah, pemikiran pengarangnya iaitu Abdullah Munsyi dapat dilihat melalui
jelas kerana karya ini merupakan sebuah karya biografi. Abdullah Munsyi merupakan
seorang pengarang yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana
kerana tahap pemikiran beliau yang jauh ke depan.

Salah satu aspek pemikiran yang dapat dihuraikan daripada karya ini ialah pemikiran
tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu. Pemikiran ini dapat dilihat terus
dalam diri pengarang sendiri yang mampu menguasai pelbagai bahasa khusunya dalam
bahasa Melayu sedangkan beliau lahir daripada keturunan Arab India. Pengarang karya
ini ada menceritakan tentang peristiwa pahit dan manis yang terpaksa dilalui oleh beliau
dalam usaha mempelajari pelbagai jenis bahasa. Selain mempelajari bahasa, pengarang
juga belajar mengaji di tempat pengajian dan diajar oleh bapa beliau sendiri. Bapa beliau
iaitu Abdul Kadir merupakan seorang tegas dan gigih dalam memberi didikan kepada
Abdullah. Sifat Abdul Kadir yang sangat mementingkan ilmulah yang menjadikan
Abdullah sebagai seorang yang bijak dan mendapat gelaran Munsyi pada usia muda lagi.
Hal ini membuktikan bahawa terdapat banyak imbalannya apabila seseorang itu
mementingkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu. Dalam Hikayat Abdullah,
pengarang ada menyatakan nasihat tentang kepentingan ilmu iaitu:

Nasihat: Maka bahawasanya aku wasiatkan akan nasihatku ini bagi segala kanak-kanak
yang ada dibukakan Allah mata hatinya. Maka jikau sekiranya ada umurmu seribu
tahun sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu
itu; karena dapat tiada hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki
kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan, maka seorang juapun tiada yang benci akan
perkara yang tersebut itu. Maka jikalau demikian, bahwa ilmu itulah tangganya akan
menaiki segala perkara yang tersebut itu; dan lagi jikalau ada ilmu itu bagimu sekali-kali
tiada engkau akan terbuang, dan tiada pula engkau dihanakan orang, melainkan termulia
juga adanya; dan lagi yaitu kelak boleh menolong akan dikau dari dunia sampai ke akhirat
(Hikayat Abdullah, 1975:16)

Pemikiran tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu juga dapat dilihat
pada bab kelima iaitu tentang kisah Pawang Gajah yang sanggup diarahkan oleh Tuan
Farquhar untuk menangkap gajah liar di hutan. Pawang Gajah meminta orang untuk
membuat kandang gajah. Pengarang menceritakan kisah orang kampung yang
mempercayai kesaktian Pawang Gajah yang dpat menjinakkan gajah yang cuba untuk
merempuh kandang kerana mencari jalan keluar. Pengarang menyatakan bahawa gajah
tersebut merempuh kandang kerana kelaparan dan akan senyap apabila mendapat
makanan. Situasi ini jelas menunjukkan perbezaan Abdullah yang bijak memahami
keadaan sebenar dengan orang kampung yang diperolokkan oleh Pawang Gajah
menggunakan ilmu saktinya. Dalam hal ini, pengarang cuba menyampaikan kesan
apabila kita tidak berilmu, orang lain akan mudah memperguna dan mengambil
kesempatan di atas kekurangan tersebut.

...Dan lagi kebanyakan orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya “ Pawang
ini terlalu pandai hikmat gajah, dan lagi banyak-banyak do’a dibacakannya, sampai gajah
dihutan semuanya takut akan dia ...
(Hikayat Abdullah ,
1975: 64)

...Maka adalah pada fikiranku bahawa sekalian tu bohong, dan bodoh orang percaya
demikian ; maka adalah perkara sekalian yang dibuatnya itu dengan akal sahaja,
bukannya ubat atau hikmat ...
(Hikayat Abdullah , 1975: 64)

Selain itu, pemikiran tentang kepentingan ilmu juga ada diceritakan pada bab ketiga
dalam Hikayat Abdullah. Dalam bab tersebut, pengarang menceritakan tentang
keazaman beliau dalam menuntut ilmu daripada bapa, nenek dan bapa saudaranya
walaupun sering dipukul dan ditampar. Menurut Zahari A. Rashid (2008:207), pada
zaman Abdullah bersekolah dahulu, sudah menjadi kebiasaan murid-murid didenda dan
dihukum di sekolah. Pengarang juga menceritakan tentang adat kebiasaan masyarakat
terdahulu iaitu apabila seseorang itu hendak menghantar anaknya mengaji, ibu bapa
mereka akan berjumpa dengn guru tersebut dengan membawa sirih secerana dan
sedulang penganan. Ibu bapa akan memberikan sepenuh kuasa kepada guru untuk
mendidik anak-anak mereka dengan syarat mata dan kaki anak-anak itu tidak diapa-
apakan. Disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap guru, hukuman dan denda akan
dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan seperti tidak datang mengaji, tidak
mendengar kata ibu bapa, melawan cakap guru, mencuri dan sebagainya. Berdasarkan
peristiwa tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa sejak zaman dahulu lagi, menuntut
ilmu merupakan perkara yang wajib dilaksanakan dan guru adalah individu yang sangat
disanjungi dan dipercayai. Keadaan ini jelas menunjukkan pemikiran pengarang tentang
kepentingan menuntut ilmu.

Hikayat Abdullah juga membincangkan pemikiran tentang sikap masyarakat zaman


dahulu yang begitu memuliakan adat pada zaman itu. Secara terang-terangan pengarang
menyatakan tentang kepercayaan karut yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu
zaman dahulu. Hikayat ini menceritakan pelbagai adat dan kepercayaan yang menjadi
ikutan sejak turun temurun sehinggakan menjadi suatu kemestian untuk diikuti. Salah
satu kepercayaan masyarakat Melayu yang diceritakan dalam hikayat ini ialah tentang
adat menjual anak. Adat menjual anak tersebut bukan bermaksud seperti menjual hamba
tetapi anak tersebut akan dijual dan duitnya akan diambil oleh ibu bapa anak tersebut
untuk dibelikan makanan. Nama anak tersebut akan dinamakan sebagai anak orang yang
memberi duit tersebut namun masih juga dipelihara oleh ibu bapanya yang sebenar.
Dalam hal ini, Abdullah Munsyi menyatakan bahawa adat lapuk yang menyimpang
daripada agama Islam perlu dibuang kerana ianya akan menjadi halangan bagi kemajuan
bangsa Melayu.

Di samping itu, hikayat ini juga menceritakan pemikiran tentang kepentingan


memelihara dan menjaga bahasa khususnya bahasa Melayu. Pemikiran ini boleh
dijelaskan dengan menilai watak Abdullah dalam hikayat ini. Menurut Siti Aisah Murad
(1996:15), Abdullah Munsyi menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa
Melayu dan melahirkan rasa kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak mengambil
berat tentang bahasa Melayu. Abdullah Munsyi gemar mengumpul dan membaca
hikayat-hikayat lama yang ditulis bahasa Melayu yang diperoleh beliau daripada orang
Inggeris. Beliau membaca karya tersebut untuk mempelajari rahsia-rahsia bahasa
Melayu yang tersembunyi di dalam hikayat tersebut dengan lebih mendalam dan tidak
begitu mengambil kira jalan cerita hikayat tersebut. Selain itu, Abdullah Munsyi juga
menunjukkan kecintaannya dalam bahasa Melayu apabila bekerja sebagai jurubahasa
dan jurutulis dalam bahasa Melayu walaupun pendapatannya kurang. Beliau juga
sanggup berpindah semula ke Kolej Melaka sebagai guru bahasa setelah mengetahui di
kolej tersebut tiada guru yang dapat mengajar bahasa Melayu dan menterjemah bahasa
Inggeris.
Pemikiran seterusnya yang dapat dihuraikan daripada hikayat Abdullah ialah
pemikiran tentang corak kepimpinan dan pemerintahan Inggeris pada zaman tersebut.
Menurut Zahari A. Rashid (2008:211), terdapat empat perkara yang dipuji oleh Abdullah
tentang orang Inggeris iaitu berkelakuan baik, bersopan santun, menghormati orang lain
dan bertimbang rasa. Abdullah Munsyi begitu mengagumi orang-orang Inggeris seperti
Tuan Raffles, Tuan Farquhar, Lord Minto dan Tuan Milne yang melayannya dengan baik.
Beliau sangat menyenangi sikap Tuan Raffles yang sangat mencintai ilmu kerana dia
banyak menghabiskan masa dengan membaca. Beliau juga turut menceritakan tentang
perwatakan Tuan Raffles dan Tuan Farquhar yang begitu disenangi baik orang Melaka
mahupun orang Singapura dalam hikayat beliau.

Sebermula maka adalah segala orang Melaka, daripada empat bangsa pun, terlalu kasih
dan setuju berajakan Farquhar itu. Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam
sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk daripada segala pihak...
(Hikayat Abdullah, 1974:57)

4.2 Falsafah dalam Hikayat Abdullah

Dalam penghasilan sesebuah karya, tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak
memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), falsafah bermaksud pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
Al-Farabi, salah seorang ahli falsafah Islam yang terbesar mengatakan falsafah diambil
daripada perkataan “philosophia” yang kemudiannya dihuraikan sebagai “philo” yang
bererti pencinta, dan “Sophia” yang bererti bijaksana. Menurut beliau, falsafah membawa
maksud “pencinta bijaksana”. Plato (427-348 SM) pula mengatakan bahawa falsafah
adalah semacam ilmu pengetahuan yang berhasrat mencari dan mencapai hakikat
kebenaran yang asli (Mana Sikana, 1996).

Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk
mendapatkan kebenaran. Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016), mekanisme
falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan
sangat mendalam. dengan itu, falsafah adalah membincangkan sesuatu secara terperinci
untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesautu perkara. Berikut
merupakan falsafah-falsafah yang ditonjolkan oleh Munsyi Abdullah dalam hikayat
Abdullah:

i. Falsafah Metafizika

Ibnu Sina dalam Mana Sikana (1996), membahaskan falsafah metafizika dengan lima
dasar iaitu adanya Tuhan dan hubungannya dengan alam semesta, hukum alam atau
hierarkinya, hukum sebab-musabab konsepsi Yang Maha Mengatur dan Tuhan Yang
Maha Esa. Ringkasnya, metafizika merupakan ilmu yang memikirkan tentang kewujudan
dan keberadaan. Dalam hikayat Abdullah, penulis menceritakan kisah kebencian karut
dan tahyul yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah
S.W.T. Munsyi Abdullah seorang yang berfikiran rasional dan realistik serta tidak
mempercayai bomoh, dukun dan pawang. Antara petikan yang menunjukkan masyarakat
yang mengamalkan kegiatan perbomohan dan pawang dalam hikayat Abdullah adalah
seperti berikut:

“…dan lagi, kebanyakan ornag-orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya,
“Pawang itu terlalu pandai hikmah gajah:. Dan lagi, banyak-banyak doa dibacakannya
sampai gajah di hutan semuanya takut akan ia, istimewa manusia. Maka sebab itu maka
serba bangsa pun ada meminta ubat-ubat dan hikat-hikat dan tangkal-tangkal
kepadanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 75)

Beliau juga tegas mengkritik orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan
tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Bukan itu sahaja, beliau juga mengkritik orang
Melayu yang memeprcayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf
(ular). Dalam hikayat Abdullah, beliau menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu
peristiwa yang berlaku secara rasional dan berpegang teguh kepada kuasa Allah S.W.T.
Perkara ini membuktikan bahawa Munsyi Abdullah menekankan falsafah metafizika
dalam karya hikayat Abdullah.

ii. Falsafah sosial

Sosial ialah segala hal yang berkaitan dengan masyarakat (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2015). Falsafah sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual.
Dalam bab yang terakhir, Abdullah mengkritik kehidupan masyarakat Melayu dan juga
keturunan raja. Menurutnya, orang Melayu bukan semakin pandai, sebaliknya semakin
bodoh. Keadaan ini disebabkan kezaliman dan aniaya raja-raja terhadap rakyatnya
sehingga tidak didedahkan dengan sebarang pengajaran dan ilmu pengetahuan. Raja
bertindak zalim kerana mereka sentiasa menghina rakyatnya, seolah-olah rakyatnya
seperti binatang. Abdullah juga mengkritik raja-raja Melayu yang tidak tahu memelihara
dan mendidik anak-anak mereka sewaktu kecil sehingga memberikan kesan kepada
negara. Kebanyakan negeri-negeri Melayu, jajahan dan dusunnya rosak binasa kerana
aniaya dan kezaliman anak-anak raja dan hamba raja.

Abdullah menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang mundur disebabkan


oleh beberapa faktor. Pertama, mereka tidak mahu belajar kerana orang tua-tua dahulu
juga tidak belajar. Kedua, mereka tidak mahu belajar kerana raja-raja, orang-orang besar
dan orang yang setara pun tidak melakukannya. Ketiga, mereka malu untuk membuat
perkara baru dan keadaan ini menjadi ikutan turun-temurun. Orang Melayu juga sangat
berpegang teguh dan mempercayai benda-benda karut dan tahyul seperti kegiatan
perbomohan dan pawang. Abdullah membandingkan perbezaan kehidupan sosial
masyarakat Melayu dengan kehidupan raja yang angkuh dan tidak menjaga kebajikan
rakyatnya. Perbandingan ini menunjukkan bahawa kemunduran masyarakat Melayu
berkait rapat dengan cara kehidupan dan sistem pemerintahan raja. Bukan itu sahaja,
pemikiran masyarakat Melayu yang tidak mementingkan ilmu pengetahuan
menyebabkan mereka mudah ditipu dan ditindas oleh bangsa lain.

iii. Falsafah Etika


Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. Menurut Mana Sikana
(1996), ilmu etika merupakan teori tentang tingkah laku manusia yang dipandang dari
sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Falsafah etika yang
diketengahkan oleh Munsyi Abdullah dalam hikayat Abdullah adalah berkenaan etika
orang Barat dan juga masyarakat tempatan. Munsyi Abdullah cuba menjelaskan bahawa
tidak semua orang Barat adalah jahat. Buktinya, beliau memperihalkan kebaikan-
kebaikan Tuan Raffles dan juga Kolonel Farquhar. Diceritakan oleh beliau bahawa
Kolonel Farquhar ialah seorang yang baik budi, tidak sombong, memandang orang sama
rata, sama ada miskin ataupun kaya. Sekiranya ada orang miskin yang datang hendak
mengadu kepada Kolonel Farquhar, dia segera mendengar pengaduannya, kemudian
memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga orang itu pulang dengan hati yang sukacita.
Kolonel Farquhar dan Tuan Raffles juga amat mementingkan ilmu dan rajin mengkaji
tentang bahasa Melayu dan hal ehwal masyarakat Melayu.

Sebaliknya, Munsyi Abdullah juga mengkritik etika orang Melayu pada masa itu yang
tidak berubah, tidak bertambah ilmunya dan tidak dapat mencipta benda-benda yang
baharu kerana mereka tidak mahu membuang adat-adat dahulu yang karut-marut
(Hamzah Hamdani, 2007). Abdullah secara halus juga mengkritik orang-orang Melayu
yang tidak mahu mempelajari bahasa Melayu dan memandang remeh tentang bahasa
Melayu. Dalam bab 22, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah
sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri. Baginya, bahasa Melayu
mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu. Oleh itu, beliau
menasihati masyarakat agar mempelajari bahasa Melayu dan rajin menuntut ilmu.
Kebanyakan orang Melayu tidak tahu membaca, menulis dan membuat kira-kira.
Disebabkan itu, mereka diolok-olokkan oleh bangsa-bangsa lain, dan ditipu dalam
sukatan, timbangan dan rundingan.

iv. Falsafah Estetika

Estetika ialah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafah
keindahan dapat dilihat dalam hikayat Abdullah dari aspek bahasa, adat, dan pemikiran
yang diutarakan oleh penulis. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan
jalan cerita seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya. Munsyi Abdullah telah
menjadikan pengalaman dan pemerhatian beliau sebagai bahan penulisan. Perkara ini
menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidak diselitkan dengan cerita-cerita dongeng
seperti karya-karya lain yang ditulis dalam zamannya. Beliau sangat kreatif dalam
menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampaikan sesuatu pemikirannya.
Contohnya seperti petikan di bawah yang mengandungi peribahasa yang menunjukkan
falsafah keindahan dalam hikayat ini.

“Maka sekaliannya itu adalah seperti perkataan Melayu: Mulut disuap pisang dan pantat
dikait onak. Maka bahawa sesungguhnya dalam hati Tuan Raffles terlalu banyak fikiran;
hendak dihalaukannya nyata-nyata nescaya kelihatanlah jahatnya kepada Temenggung.
Maka oleh sebab kepandaiannya dan akalnya itu: Di mata pun tiada kena, di kening pun
tiada kena. Ia melepaskan dirinya itu dengan perihal sahaja:.
(Hikayat Abdullah, 2007: 182)

Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialog dalam
hikayat Abdullah. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini merupakan permulaan karya
Melayu moden yang boleh diibaratkan seangkatan dengan ASAS 50 yang lahir seratus
tahun selepas hikayat ini. Perkara ini jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak
dibatasi oleh masa.

v. Falsafah Ekonomi

Falsafah ekonomi ialah berkaitan sistem pendapatan dan pengurusan harta benda.
Abdullah mengisahkan kesengsaraan dan keadaan ekonomi masyarakat Melayu yang
merundum disebabkan oleh kekejaman penguasa Belanda di Melaka. Apabila Singapura
dibuka, peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan menarik penghijrahan orang-orang
Melaka ke sana. Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai dan
peluang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura
untuk mengubah nasib mereka. Namun, pihak Belanda di Melaka menghalang orang-
orang Melaka yang hendak ke Singapura dengan menangkap dan merampas kepunyaan
mereka sewaktu belayar di Selat Melaka.

Abdullah juga memerikan perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi
harganya. Kesengsaraan di Melaka semakin reda apabila Gabenor Van Goor mati dan
hartanya dirampas oleh masyarakat tempatan. Abdullah melihat kedatangan pihak
Inggeris dan Belanda mengubah struktur ekonomi di Melaka dan juga Singapura.
4.3 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

Nilai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (hlmn 1081) memberi maksud darjat, kualiti,
mutu dan taraf. Menurut Theodorson dalam Pelly (1994), nilai adalah sesuatu yang
abstrak, yang dijadikan pedoman serta prinsip-prinsip umum dalam bertindak dan
bertingkah laku. Oleh itu, nilai merupakan sesuatu yang berharga, mempunyai mutu,
berkualiti dan amat berguna kepada manusia.

Dalam Mohd Rashid Mohd. Idris (2014: 125) budaya berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu Buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang
bermaksud budi pekerti atau akal. Oleh itu, budaya membicarakan perkara-perkara
berkitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris budaya disebut sebagai
culture yang dikatakan berasal daripada perkataan Latin, iaiti colore dan membawa
maksud menanam atau mengerjakan. Melalui etimologi perkataan budaya iaitu budi +
daya, budi merupakan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Manakala
daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Budaya
mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat kerana segala sesuatu yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yangditentukan oleh
kebudayaan milik masyarakat itu sendiri.

Secara keseluruhannya, nilai budaya merupakan nilai-nilai yang disepakati dalam


sesuatu masyarakat berpandukan kepada sesuatu kebiasaaan atau kepercayaan yang
dapat dibezakan dan menjadi acuan sesuatu tingkah laku dalam masyarakat.

Dalam Hikayat Abdullah terselit beberapa unsur nilai budaya. Antaranya ialah
mempercayai kehebatan pawang. Pawang atau dikenali sebagai bomoh atau dukun
sering menjadi orang yang dirujuk apabila berlaku sesuatu yang berkaitan dengan alam
ghaib atau tahyul. Definisi pawang ini juga hampir sama dengan definisi dalam Kamus
Dewan edisi Keempat iaitu orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu
(biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib) atau maksud keduanya ialah orang yang
pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mantera dan
lain-lain), bomoh, dukun.

Dalam Hikayat Abdullah, pengarang menggambarkan salah satu nilai budaya yang
diamalkan oleh masayarakat pada zaman tersebut kerana Abdullah Munsyi ada
menceritakan perihal kepercayaan masayarakat Melayu Melaka pada zaman tersebut
yang sangat percaya dengan kehebatan pawang. Pawang yang juga dipanggil bomoh
atau dukun sering kali menjadi orang yang dirujuk apabila berlku sesuatu yang betkaitan
dengan alam ghaib atau tahyul. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pawang
mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah orang yang mempunyai kebolehan untuk
melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib). Manakala maksud
kedua ialah orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan
menggunakan jampi mantera dan lain-lain). Pawang yang dirujuk sebagai ahli perubatan
tradisional seirng menggunakan tumbuh-tumbuhan atau haiwan semasa melakukan
proses perubatan tersebut. Berikut merupakan petikan berdasarkan nilai budaya yang
diamalkan:

“… dan lagi, kebanyakan orang-orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya,
“Pawang itu terlalu pandai hikmah gajah.” Dan lagi, banyak-banyak doa dibacakannya
sampai gajah di hutan semuanya takut akan ia, istimewa manusia. Maka sebab itu maka
serba bangsa pun ada meminta ubat-ubat dan hikmat-hikmat dan tangkal-tangkal
kepadanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 75)

Melalui petikan di atas, jalan cerita yang digarap oleh Abdullah Munsyi mempamerkan
nilai budaya masyarakat pada zaman itu yang mempercayai kehebatan pawang sehingga
meletakkan kepercayaan penuh terhadap pawang tersebut. Tetapi Abdullah Munsyi
menafikan tindakan dan kepercayaan masyarakat itu dengan mengatakan mereka telah
ditipu dan diperbodohkan oleh pawang tersebut.

Selain itu, dalam Hikayat Abdullah banyak diterapkan nilai menyayangi pemimpin.
Nilai ini banyak diterapkan kerana nilai menyayangi pemimpin sangat penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu dahulu. Nilai ini diamalkan antara antara anggota
masyarakat tanpa mengira bangs, umur, ataupun agama. Beberapa contoh petikan
menghuraikan nilai menyayangi pemimpin oleh masyarakat:

“Sewaktu Tuan Raffles ada di Singapura, aku berasa senang kerana kebajikanku dalam
perhatiannya…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 221)
“Aku bertanya, “Tuan hendak ke mana?”
Jawabnya, “Saya hendak pulang ke Eropah.”

Mendengar kata-katanya itu, hatiku sedih seperti kehilangan ibu bapaku. Air mataku
berlinang.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 224)

“Lalu naiklah ia ke kapal. Maka segala perahu itu pun berhimpunlah di kapal. Maka orang
yang menghantar itu pun masing-masing naiklah memberi tabik… mereka itu dan
mengajar mereja itu dengan berbagai-bagai perkataan. Maka adalah kelakuannya
kepada segala orang-orang itu seperti anak dengan bapa. Demikianlah sehingga
menangis masing-masing…”
(Hikayat Abdullah, 2007: 230)

Melalui contoh petikan di atas, Abdullah menghuraikan nilai kasih sayang dalam diri
penduduk Singapura terhadap pemimpin mereka. Tanpa mengira bangsa, penduduk
Singapura sangat menghormati tuan Raffles kerana nilai budi bahasanya yang tinggi.
Melalui petikan di atas juga Abdullah menggambarkan betapa sedihnya penduduk
Singapura dan juga diri pengarang itu sendiri untuk berpisah dan melepaskan Tuan
Raffles pulang ke Eropah.

Hikayat ini juga menceritakan cara makan atau adat makan dalam kalangan
masyarakat Hindu. Cara makan dalam kalangan masyarakat Hindu diceritakan dengan
bermacam jenis cara makan yang telah menjadi satu nilai budaya atau adat kehidupan
masyarakat tersebut:

“Orang Hindu itu ada yang makan seperti anjing, iaitu menjilat. Ada pula yang tidak boleh
dilihat orang ketika makan. Kalau dilihat, nasi itu akan dibuang dan dikejarnya orang yang
melihat itu seperti hendak dibunuhnya. Begitu sekali marahnya. Ada yang masak sendiri
di tengah panas, dan makan di situ juga, dengan bermandi peluh. Setelah makan, nasi
dan gulai yang lebih di tanam ke dalam pasir. Ada yang mengikat perutnya dengan tiga
urat benang. Apabila putus benang itu barulah dia berhenti makan. Ada yang mengambil
tanah putih dan tanah merah, dicontengnya dadanya dan lengannya dan dahinya tiga
cabang, kemudian disembah di hadapan, kiri dan kanan dank e belakangnya lalu larilah
turun ke laut sampai pusat airnya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 81)

Terdapat satu lagi budaya yang diamalkan oleh masyarakat dalam Hikayat Abdullah ini
iaitu adat menjual anak. Abdullah menceritakan bahawa beliau menjalani kehidupan
normal sewaktu dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Namun, pada hari-hari
berikutnya, penyakit yang dihadapi Abdullah silih berganti. Banyak wang telah digunakan
untuk mengubati penyakitnya. Ada yang mengatakan bahawa Abdullah tidak serasi
dibela oleh orang tuanya kerana nama yang dibawanya sangat berat dan besar sehingga
menyebabkan pelbagai penyakit melanda dirinya. Malangnya, kesempitan hidup
menyebabkan ibu bapa Abdullah menjual Abdullah kepada keluarga yang mempunyai
ramai anak. Abdullah dijualkan kepada enam atau tujuh orang dan disusui lima belas
atau enam belas orang disebabkan ibunya tidak mempunyai air susu. Namun, adat ini
hanya pada nama sahaja.

“Bermula, adapun adat menjual anak itu bukannya seperti menjual hamba, melainkan
namanya sahaja, sewing atau lima enam duit, maka duit itu diambil ole ibu bapanya,
dibelikannya penganan atau barang-barang makanan untuk dimakannya. Maka
kemudian anak itu, dia juga memeliharakan dia, tetapi dinamakan sahaja si anu itu,
bukannya kami kedua ibu bapanya.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 13)

Tetapi Abdullah sangat menentang adat karut ini kerana bertentangan dengan agama
Islam.

“Ini pun suatu kepercayaan yang karut. Adakah dengan sebab dijualkan anak itu umurnya
akan panjang, dan jika dipelihara oleh ibu bapanya umurnya akan pendeka? Janganlah
kita percaya kepada adat ini.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 12)

Selain nilai budaya, pandangan hidup juga digarap oleh pengarang dalam Hikayat
Abdullah. Pandangan hidup merupakan satu konsep mengenani pandangan terhadap
alam semesta secara keseluruhannya terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan
yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Menurut Syed Naquib al-Attas
(1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan
akhirat. Pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang reality atau
hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Manakal pandangan hidup orang Melayu biasanya melibatkan hubungan manusia
dengan Tuhan, alam dan antara manusia.

Dalam Hikayat Abdullah diterapkan beberapa pandangan hidup iaitu agama dijadikan
pegangan hidup masyarakat. Prinsip, aturan dan nilai yang terkandung dalam agama
tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapai
cabaran. Agama Islam menjadikan pegangan terpenting yang diceritakan dalam Hikayat
Abdullah. Berikut merupakan antara beberapa petikan yang berkaitan dengan amalan
yang dilakukan dalam agama Islam:

“Pada zaman itu orang tidak mempedulikan kemahiran menulis. Keutamaan hanya
kepada kebolehan membaca al-Quran sahaja”
(Hikayat Abdullah, 2007: 20)

“Kemudian bapaku mengarah, “Engkau hendaklah ke masjid setiap hari, dan mengaji
dalam masjid selepas sembahyang Maghrib.
(Hikayat Abdullah, 2007: 25)

“Setelah beberapa bulan kemudian, ibu bapaku bermuafakat dengan adik-beradiknya


untuk mengadakan majlis khatam al-Quran dan sunatku.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 25)

Selain itu, dalam Hikayat Abdullah menggambarkan pandangan hidup terhadap


kepentingan menuntut ilmu yang sangat ditik bertakan pada zaman tersebut. Pendidikan
yang digarap dalam Hikayat Abdullah berkaitan hal-hal keagamaan dan keilmuan
terutama berunsurkan keIslaman.

“Setiap hari aku pergi mengaji di tempat belajar dan pada sebelah malamnya aku diajar
oleh bapaku di rumah. Banyak kali aku kena pukul dan tampar, dan beberapa papan
lohku pecah dihempaskan oleh bapaku ke kepalaku, dan banyak rotan pecah-pecah di
tubuhku. Ibuku selalu menangisi keadaanku. Jari-jariku bengkak-bengkak kena pukul
kerana salah tulis. Demikianlah sukarnya untuk mendapatkan ilmu, akal, kepandaian dan
pelajaran yang baik.”
(Hikayat Abdullah, 2007: 17)

Pengarang menceritakan bahawa betapa susahnya zamam dahulu untuk mendapatkan


ilmu sehingga dipukul, ditampar, dirotan dan berbagai cara lain supaya cepat faham ilmu
yang dipelajari.

4.4 Estetika dan Kepengarangan Abdullah Munsyi


Dalam bahagian ini akan dibincangkan salah satu sifat dan ciri terpenting dalam
sesebuah karya yang agung iaitu aspek estetika dan kepengarangan. Menurut Seri
Lanang Jaya Hj. Rohani et al (2016:91), Estetik berhubung dengan aspek keindahan,
iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan. Manakala,
kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk
kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu. Dalam erti kata lain, estetik dalam
sesebuah karya merupakan seni keindahan yang berkait rapat dengan struktur karya,
olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan
wawasan. Seni sastera inilah yang membina sifat kepengarangan dan keunggulan
seseorang pengarang. Pengarang yang istiqamah dengan penciptaannya akan memiliki
kepengarangannya yang tersendiri. Dengan cara sedemikian, sesungguhnya ia dapat
mencipta karya yang bermutu dan berestetika (Mana Sikana, 2004).

Secara umumnya, Hikayat Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah
menerapkan seni kepengarangan berdasarkan estetik atau keindahan yang berkait rapat
dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.
Pengarang juga telah memancarkan keindahan karya menggunakan bahasa seperti cara
pengarang mencerna, mengadun dan mengolah karyanya untuk menyerlahkan aspek
keindahan.

4.4.1 Aspek Pemikiran Pengarang

Pemikiran dan falsafah pengarang merujuk kepada keindahan pemikiran yang tinggi dan
mempunyai falsafah hidup yang tersendiri dan boleh memberi manfaat kepada para
pembaca. Oleh yang demikian, pembaca dapat menerapkan pemikiran dan falsafah yang
dipelajari dalam kehidupan mereka. Terdapat contoh teks karya Hikayat Abdullah yang
memaparkan keindahan pemikiran:
…“Jangan baca kitab ini. Buangkan karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita.
“Maka jawabku kepada mereka itu, “Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih?
Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya
iman itu?...ertinya iman itu yang kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya aku membaca
seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak
iman?...Maka diamlah mereka itu…
(Hikayat Abdullah, 2004:102)

Berdasarkan petikan teks tersebut dapat kita lihat bahawa Abdullah seorang yang
berfikiran luas dan tidak berfikiran kolot. Beliau telah membuat kritikan terhadap
masyarakat Melayu pada waktu itu yang berfikiran sempit dan tentang orang Inggeris dan
bahasanya. Pemikiran dan falsafah pengarang yang dikaitkan dengan iman
menunjukkan pengarang seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan percaya
pada diri sendiri.

Oleh itu, pemikiran dan falsafah pengarang inilah yang menunjukkan bahawa,
pengarang mempunyai sikap terbuka terhadap kehadiran orang Inggeris ke Melaka.
Pengarang juga menjalinkan hubungan yang sangat baik dan rapat dengan beberapa
orang Inggeris. Selain itu, pengarang juga mempunyai hubungan baik dengan seorang
paderi bernama Tuan Milne. Walaupun perhubungan tersebut dikecam oleh masyarakat
Melayu pada ketika itu, namun beliau masih tetap mengajarkan bahasa Melayu kepada
Tuan Milne sekaligus belajar bahasa Inggeris daripada paderi berkenaan. Pengarang
yakin pembelajaran bahasa Inggeris akan membawa manfaat kepadanya pada masa
akan datang. Hal ini menunjukkan kekuatan pemikiran pengarang terhadap persekitaran
berbanding orang-orang Melayu yang berfikiran sempit tentang orang Inggeris dan
bahasanya.

4.4.2 Unsur Pengalaman dalam Penceritaan


Aspek keindahan pengalaman merupakan salah satu aspek yang paling ketara dalam
hikayat yang dikaji iaitu Hikayat Abdullah. Pada dasarnya, keindahan pengalaman
bergantung kepada pengalaman yang luar biasa, belum pernah dialaminya, menarik dan
memberi kepuasan. Pengalaman yang dilalui merupakan sesuatu perkara yang realistik.
Dalam hikayat ini semestinya menonjolkan keindahan pengalaman kerana pengarang
menggarapkan penceritaan yang berdasarkan pengalaman sendiri yang unik dan
realistik.

Munsyi Abdullah merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Oleh yang


demikian, penulisan Hikayat Abdullah adalah berbentuk autobiografi dalam bentuk
realistik. Pengarang menulis hikayat ini berdasarkan pengalamannya sendiri, iaitu
kehidupan sebagai manusia yang benar-benar berlaku dan dialaminya sendiri setelah
kelahirannya. Hikayat ini adalah berkaitan dengan peristiwa harian terutamanya yang
berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Munsyi Abdullah sendiri dengan orang-
orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan ataupun luar
kerajaan. Di samping itu, penceritaan dalam hikayat ini juga dikaitkan dengan penduduk
tempatan dengan pemerintah. Keseluruhan cerita hikayat ini memperlihatkan diri
Abdullah Munsyi yang hadir di dalamnya. Hal ini dapat dilihat melalui penulisan
pengarang dalam isi kandungan bukunya dengan menulis:

... maka adalah aku karangkan kitab ini darihal hikayat diriku; maka kunamai akan dia
Hikayat Abdullah. Maka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku
sampailah kepada masa aku dipersembahkan oleh ibuku dalam negeri Melaka...
sehingga barang yang kulihat dan yang kudengar daripada segala hal ehwal zaman-
zaman yang tersebut itu; baik dalam negeri Singapura, adalah kusebutkan dalam
hikayatku ini, iaitu sehingga kepada tarikh penghabisan kitab.
(Hikayat Abdullah 1:4: Bab 2)

Berdasarkan petikan teks di atas, kita dapat melihat bahawa penceritaan dalam hikayat
Abdullah merupakan peristiwa-peristiwa yang berkaitan secara langsung dan tidak
langsung dengan diri pengarang itu sendiri. Hal inilah yang menunjukkan, pengarang
menggunakan pengalaman unik yang dialami secara luar biasa dan digarapkan dalam
penceritaan karya.

4.4.3 Aspek Perasaan

Aspek keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu bagi
menimbulkan perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya. Selain itu,
karya tersebut juga dapat menimbulkan perasaan simpati, geram, benci, cemburu dan
sebagainya (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al, 2016:92). Terdapat contoh keindahan
perasaan dalam teks Hikayat Abdullah iaitu:

“Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf
mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri
dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada
belajar itu akan pandai sendiri.
(Hikayat Abdullah, 2007:42)

Petikan teks tersebut jelas menunjukkan bahawa, pengarang bijak membawa dan
menarik perasaan pembaca mengetahui kesedihan memikirkan nasib orang Melayu yang
tidak berusaha untuk memajukan diri mereka. Pengarang mengetengahkan aspek
perasaan dalam penulisan agar pembaca dapat juga dapat merasakan perasaan yang
sama apabila membacanya.

4.4.4 Aspek Keindahan Bahasa

Dalam sesebuah karya, keindahan dalam berbahasa merupakan aspek yang sangat
penting untuk ditonjolkan. Hikayat Abdullah yang telah dikaji sememangnya
menunjukkan pengarang sebagai seorang yang menggunakan kesenian dan keindahan
berbahasa dalam penulisan. Penggunaan bahasa yang indah memerlukan teknik atau
kaedah yang pelbagai. Dalam hikayat ini, antara estetika bahasa yang digunakan ialah
retorik, peribahasa dan perumpamaan, pantun, bahasa asing dan gaya bahasa seperti
simile dan hiperbola.

i. Retorik

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai
teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Abu Hassan
Abdul & Mohd Rashid Md Idris 2013:14 menyatakan bahawa retorik merupakan seni
berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara manipulasi
segala unsur bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik. Dalam
hikayat ini, pengarang menggarapkan retorik pemerian dan pendedahan.
Retorik pemerian

Pemerian merupakan penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian


tentang sesuatu idea. Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap
kepada pembaca atau pendengar.

…Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada berhutan besar, tetapi
dipenuhi pokok-pokok ambuing, malapari, bulangan dan tulang-tulang kayu. Di seberang
sungai kelihatan pokok-pokok bakau, api-api, buta-buta, jeruju dan tulang-tulangnya
sahaja. Ada sebuah bukit yang tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura…
(Hikayat Abdullah, 2007:161)

Berdasarkan petikan teks diatas, pengarang menjelaskan gambaran Kuala Singapura


dengan lebih terperinci menyebabkan pembaca dapat membayangkan gambaran secara
keseluruhan.

Retorik pendedahan

Retorik pendedahan adalah untuk mendedahkan sesuatu perkara atau maklumat dengan
jelas dan terperinci. Selain itu juga, digunakan untuk memerihalkan sesuatu yang lebih
jelas dan terperinci untuk memberi idea atau maklumat kepada pembaca atau pendengar.

…Akan tetapi, setelah aku mendapat pelajaran dan akal sedikit-sedikit serta membaca
kitab-kitab, tambahan pula telah bercampur-campur dengan orang berakal, orang putih
bahawasanya kuketahuilah sekalian itu bohong, lagipun penipu besar, adanya…
(Hikayat Abdullah, 2007:114)

Petikan teks tersebut memperlihatkan pengarang mendedahkan perkara tentang orang


putih yang banyak menggunakan tipu helah untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

ii. Pantun
Secara umumnya, pantun merupakan ciptaan asli orang Melayu. Pantun dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat 2010, bermaksud puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat
baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama merupakan pembayang dan yang
selainnya merupakan baris maksud. Dalam Hikayat Abdullah, pengarang juga bijak
menggunakan pantun untuk menghasilkan keindahan bahasa dalam penceritaan. Berikut
merupakan contoh pantun yang terdapat dalam hikayat ini:

Apakah guna berkain batik,


Kalau tidak dengan sujinya,
Apalah guna berbini cantik,
Kalau tidak dengan budinya.

Kalau tidak dengan sujinya,


Pakaian Jawa di rumahnya,
Kalau tidak dengan budinya,
Jauhkan dirimu daripadanya.

(Hikayat Abdullah, 2007:76)

Berdasarkan contoh pantun diatas, pengarang menggambarkan keadaan perempuan


yang mempunyai paras rupa cantik akan membuatkan suami tundduk di bawah kakinya.
Beliau berpendapat perempuan yang berperangai seperti demikian perlu dihindari. Hal
ini kerana, sikap yang sedemikain rupa akan mendatangkan bencana, menghancurkan
hati dan menimbulkan banyak persengketaan.

Peribahasa dan Perumpamaan

Dalam hikayat ini, pengarang juga menggunakan peribahasa sebagai seni bahasa untuk
membentuk penulisan yang memiliki nilai estetikanya yang tersendiri. Peribahasa dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat 2010, bermaksud ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan tetap dan mengandungu pengertian yang tertentu. Menurut Za’ba
dalam Abdullah Yusof (2012), peribahasa ialah susunan cakap pendek yang melekat di
mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas
dan benar tujuannya. Penggunaan peribahasa dalam hikayat ini dapat dilihat dalam
petikan berikut.

“Ibuku sungguh gembira melihat aku boleh bertutur pelat-pelat. Semakin bertambahlah
kasihnya. Seperti menatang minyak yang penuh dia memelihara aku.
(Hikayat Abdullah, 2007:13)

Pengarang menggunakan peribahasa seperti menatang minyak yang penuh bagi


menggambarkan kasih sayang ibu beliau yang menjaganya dengan begitu baik. Ibunya
tidak memberi kepercayaan kepada orang lain untuk memberi makan atau memandikan
menidurkan beliau. Keindahan penggunaan peribahasa ini juga bagi menyatakan
bahawa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak begitu besar dan suci.

iii. Bahasa Asing

Bahasa Inggeris

“Sebermula maka tersebutlah perkataan “chapel” atau tempat sembahyang orang putih
di Melaka”.
(Hikayat Abdullah, 2004)

Pengarang mengetengahkan pengunaan perkataan chapel bagi merujuk gereja kecil


yang digunakan oleh orang-orang putih untuk sembahyang.

Bahasa Arab
“Maka dalam segala hal yang tersebut itu telah yakin hatiku mengatakan bahawa dapat
tiada adalah juga beberapa kesalahan dalamnya daripada khilaf atau lupa...”
(Hikayat Abdullah, 2007)
Perkataan khilaf merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud
salah kerana kecuaian, kurang pengalaman, keliru atau silap.

Bahasa Portugis

Di sebelah bukit itu terletak penjara, kata orang Melaka “miskurdi”, iaitu bahasa
portugisnya misericordia, maknanya temapt kasihan. Satu lagi namanya terongko,
ertinya tempat pasung, juga bahasa portugis.
(Hikayat Abdullah, 2007:47)

Bahasa Portugis ini dapat dilihat dalam penulisan beliau yang menggambarkan perang
yang berlaku di Kota Melaka. Orang-orang yang melakukan kesalahan akan dipenjarakan
dalam “miskurdi”. Bagi orang yang melakukan kesalahan besar akan di dimasukkan ke
dalam terongko iaitu tempat pasung yang sangat gelap iaitu siang dan malam sama
sahaja.

Bahasa Keling

“Bapaku pun kembali dari Siak. Setelah sampai, dia bertanyakan halku kepada nenek,
dia memanggil nenekku aci, iaitu bahasa keling, ertinya kakak”.
(Hikayat Abdullah, 2007 :16)

Penggunaaan bahasa keling iiatu aci menggambarkan bapa Abdullah menggelarkan


ibunya sebagai aci kerana umur ibunya yang sangat muda iaitu tiga belas tahun sewaktu
melahirkannya. Oleh yang demikian, bapa Abdullah memangil ibunya aci sejak dari kecil.

iv. Simile

Dalam Hikayat Abdullah ini, penggunaan majaz perbandingan dapat dilihat dengan unsur
simile. Gaya bahasa simile merupakan penggunaan gaya bahasa yang membandingkan
dua hal padahal berlainan ataupun sengaja dianggap sama. Simile juga lebih
menggunakan perkataan “seperti”, “umpama”, dan sebagainya. Sebagai contoh :
“Maka kulihat akan hal negeri Singapura daripada masa itu, seperti kelakuan perempuan
kematian suaminya: rambutnya pun kusut, mukanya pun masam, duduklah ia dengan
dukacitanya karena serinya telah tiada.”
(Hikayat Abdullah, 2007 : 213)

Berdasarkan contoh gaya bahasa di atas, penulis menggunakan gaya bahasa simile
tersebut dengan menyamakan keadaan Singapura yang kehilangan seorang pemimpin
ketika itu. Penduduk Singapura berasa sangat sedih dan perasaan sedih tersebut
dinyatakan seperti gaya bahasa simile di atas.

v. Hiperbola

Penggunaan majaz pertentangan dapat dilihat dengan penggunaan gaya bahasa


hiperbola. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005:60), perkataan hiperbola
berasal daripada bahasa Yunani yang terdiri daripada perkataan “hyper” yang bermaksud
melebihi dan “ballien” bererti meluahkan atau mengeluarkan. Dalam Hikayat Abdullah,
penggunaan hiperbola ini dapat dilihat bagaimana Abdullah menggambarkan
kepanjangan rambutnya yang tidak bercukur kerana beliau jatuh sakit. Berikur
merupakan contoh teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah:

“Hatta maka hari pun sianglah maka kurasakan badanku tiada berketahuan terlalu panas,
sebab rambutku terlalu panjang dari Singapura sampai ke Melaka tiada bercukur kerana
tiada diberi oleh mereka itu, katanya ‘nanti bentan’.
(Hikayat Abdullah, 2007 : 323)

Berdasarkan contoh diatas, penggunaan hiperbola ini dapat dilihat bagaimana Abdullah
menggambarkan kepanjangan rambutnya yang tidak bercukur kerana beliau jatuh sakit.

4.5 Nilai Ilmu Dalam Hikayat Abdullah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu dapat ditakrifkan sebagai
pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Justeru itu, ilmu
adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita untuk
menyebarkannya kepada orang lain dalam pelbagai bentuk maklumat. Menurut Seri
Lanang Jaya et.al (2016) dalam buku Karya Agung Melayu, menyatakan fungsi maklumat
yang disebarkan itu dalam bentuk pelbagai fungsi. Antara fungsi sesuatu ilmu itu
disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi perkara
yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan lain-lain. Ilmu yang terdapat dalam Hikayat
Abdullah iaitu ilmu pendukunan, ilmu firasat dan ilmu jampi.

4.5.1 Jenis-Jenis Ilmu dalam Hikayat Abdullah

i. Ilmu pendukunan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dukun ialah orang yang mengubat orang
sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan menggunakan bacaan
jampi serapah dan sebagainya. Dukun juga turut dikenali dengan panggilan bomoh dan
pawang. Manakala definisi ilmu pendukunan ialah yang mengenai atau berkaitan dengan
pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun, di rantau
sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau sudah menjadi rempah dalam
kehidupan. Menurut Seri Lanang Jaya et. Al (2016) dalam Karya Agung Melayu,
menyatakan bahawa kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah
berbentuk animisme.

Dalam kepercayaan animisme, mereka menganggap benda-benda yang mempunyai


semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu,wujudlah aktiviti pemujaan atau
penyembahan kepada alam sekitar seperti batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai,
gunung-ganang dan fenomena lain. Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua
kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama pada yng liar dan berbisa. Mereka dapat
mengetahui kelemahan yang ada pada binatang-binatang ini dengan menggunakan
jampi. Selain itu, ada juga sesetengah bomoh handal pada sesuatu bidang sahaja.
Misalnya, bomoh ular, bomoh gajah dan lain-lain.

Dalam karya agung Hikayat Abdullah, terdapat masyarakat pada zaman dahulu yang
menggunakan ilmu pendukunan ini. Mereka menggunakan ilmu pendukunan untuk
tujuan yang tertentu. Dukun yang mengamalkan ilmu pendukunan yang mengamalkan
bacaan jampi ini dikenali sebagai pawang. Di bawah ialah contoh petikan teks yang
menunjukkan penggunaan ilmu jampi dalam Hikayat Abdullah.
Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari
Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu
gajah dan berbagai-bagai ubatan.
(Hikayat Abdullah: 51)

ii. Ilmu Firasat

Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan


mengenai tanda-tanda pada muka yakni pada badan, kaki, tangan atau lain-lain untuk
mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu dapat merasa,
melihat atau mengetahui terlebih dahulu segala seseuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu
firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain,
antaranya berdasarkan nama, tarikh lahir, hari atau ketika. Hal ini sangat penting
terutamanya dalam kalangan pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu
mereka menewaskan musuh. Maksud firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan
hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah:
“Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.”
(Hadis Riwayat At Tarmizi).

Menurut Seri Lanang Jaya et.al (2016) dalam Karya Agung Melayu, menyatakan bahawa
Sejarah Melayu telah memaparkan dengan jelas perkara tersebut dalam episod serangan
Melaka ke atas Pahang.Bendahara Paduka Raja memerintahkan agar pahlawannya
mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam Hikayat Abdullah turut
dinyatakan dengan jelas mengenai penggunaan ilmu firasat dalam kalangan masyarakat
pada ketika itu. Di bawah merupakan antara contoh petikan teks yang memaparkan akan
perihal ilmu firasat pada ketika itu:

"Jikalau diusiknya sahaja kota ini, nescaya banyaklah orang mati, karena ada beberapa
banyak jin syaitan dalam kota itu."
(Hikayat Abdullah, 41).

iii. Ilmu Jampi

Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan sama
ada dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi tujuan dan konotasi magis,
pengubatan dan perbomohan. Jampi dalam erti kata lain disebut juga sebagai mantera,
serapah, sembur, puja, seru, tangkal dan lain-lain lagi. Haron Daud (2001) pula
menyatakan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau
bahasa berirama yang mengandungi unsur magik dan diamalkan oleh orang tertentu,
terutama bomoh dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya. Menurut Mana Sikana (1996),
jampi bukan hanya sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia mempunyai hubungan
dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi juga dikatakan sesuatu yang dibaca
untuk memberi kesaktian terutamanya dalam bidang perubatan. Pawang sebagai
pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia
perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.

Menurut Seri Lanang Jaya et.al (2016) dalam Karya Agung Melayu, menyatakan bahawa
kedudukan pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mentera yang
diucapkan telah mendapat tempat yang istimewa pada ketika itu. Jampi mempunyai
unsur-unsur pemujaan , perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan
psikologi manusia. Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak
begitu mudah membrikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi
serapah yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut dan
orang lain tidak boleh menggunakannya lagi.

Yang menariknya, jampi yang disampaikan adalah dalam bahasa banjar. Penjelasan
tersebut sememangnya jelas menunjukkan bahawa kepercayaan yang masih sebati
terhadap kuasa ghaib seperti yang terdapat dalam kuasa jampi. Jampi-jampi dikatakan
boleh diwarisi oleh orang tertentu. Petikan teks dibawah merupakan antara bukti yang
dijumpai penggunaan jampi dalam Hikayat Abdullah.

Maka apabila sangatlah ia hendak merempuh kandang itu rupanya, maka diambil oleh
pawang itu sedikit batang pisang dibaca-bacakannya, kulihat dicampakkannya ke dalam
kandang itu. Maka berhentilah ia sebab merebut makanan itu.
(Hikayat Abdullah: 54)

4.5.2 Penggunaan Ilmu Jampi Dalam Masyarakat Melayu

Jampi merupakan susun kata yang dipercayai dapat memberi kesan ke atas perkara
tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, air, minyak atau bahan
tertentu yang dijampikan dan digunakan sama ada dengan menyapukan ke tempat yang
sakit atau dimandikan untuk menyembuhkan penyakit. Jampi juga digunakan oleh orang
dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika mandi, ketika menyikat
rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada bertujuan untuk kecantikkan,
keselamatan dan sebagainya.

i. Maklumat Tentang Strata Sosial


Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori
manusia dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang
berperingkat jelas telah diperincikan dalam Hikayat Abdullah. Walaupun tidak dinyatakan
dengan jelas, namun masih lagi dapat dikesan kedudukan masyarakat Melayu pada
zaman tersebut.

Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan
atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah
dan diperintah masing-masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih
kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat.

ii. Raja/Sultan

Raja/sultan merupakan golongan yang berada di kedudukan paling atas dalam strata
sosial masyarakat Melayu. Golongan sultan merupakan golongan yang paling dihormati
dan rakyat perlu menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap sultan. Mereka tidak boleh
menderhakai raja/sultan kerana mereka adalah golongan tertinggi.

Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat
kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu.
(Hikayat Abdullah: 51)

iii. Peniaga
Peniaga merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam strata sosial dalam
Hikayat Abdullah. Berdasarkan Hikayat Abdullah, didapati bahawa golongan peniaga
adalah paling ramai wujud pada zaman tersebut. Kewujudan para peniaga ini telah
melahirkan ramai golongan orang kaya. Di bawah ialah contoh yang menunjukkan
golongan peniaga terdapat dalam strata sosial dalam Hikayat Hang Tuah.
Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil
mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya
darihal perkara agama Islam.
(Hikayat Abdullah: 7)

v. Adat Istiadat

Masyarakat Melayu mempunyai adat dan istiadat yang perlu dipatuhi. Dalam Hikayat
Abdullah, terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh
masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang
terdapat dalam Hikayat Abdullah.Adat istiadat merupakan salah satu kepentingan utama
dalam masyarakat Melayu. Adat istiadat ini dijadikan pegangan yang kukuh kerana adat
ini melambangkan maruah orang-orang Melayu. Adat secara umumnya didefinisikan
sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang
adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau
tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu
perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia
berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan
sama.

Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu
pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat
dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan
sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk
perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Dalam Hikayat Abdullah,
terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu
pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat
Abdullah.

Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang menjual hamba,
melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu
bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakankannya.
(Hikayat Abdullah: 15)
Kesimpulannya, nilai ilmu dan maklumat yang terdapat dalam Hikayat Abdullah sedikit
sebanyak telah memberikan kita satu pengetahuan tentang penggunaan ilmu jampi, ilmu
firasat dan ilmu pendukunan dalam masyarakat Melayu Melaka pada zaman dahulu.
Munsyi Abdullah telah memperincikan setiap pengalaman yang dilalui dengan baik sekali.
Di samping itu,terdapat juga maklumat tambahan lain yangdidedahkan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dahulu iaitu berkaitan strata sosial masyarakat dan adat
istiadat.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Hikayat Abdullah merupakan satu karya agung yang


memperihalkan pengalaman dan kisah hidup sebenar Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia. Hikayat Abdullah telah merangkumi
ketokohan pengarang, pemikiran, estetika dan kepengarangan, nilai budaya dan
pandangan hidup, nilai ilmu dan falsafah yang telah dikemukakan dalam karya tersebut.
Setiap aspek itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Gaya penulisan Abdullah yang unik
dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu
yang sederhana dan kontemporari.

Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi
dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan tentang realisme kehidupan pada masa
itu. Jika diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah
telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Segala peristiwa yang dilihat,
didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka
sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840 M, cuba dipaparkan di dalam
hikayat ini. Dalam kata lain, buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan
dokumentasi yang penting kepada semua pihak pada masa itu sehinggalah kini.

RUJUKAN

Abdullah Abdul Kadir. (1974). Hikayat Abdullah, Jilid II. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Hamzah Hamdani (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves: PTS Fortuna.

https://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim:
Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Siti Aisah Murad. (1996). Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zahari A. Rashid. (2008). Kenang- Kenangan Abdullah Munsyi. Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd.

Você também pode gostar