Você está na página 1de 16

MPU3113

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2016

MPU 3113

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI : 950121045272001

NO. KAD PENGNEALAN : 950121045272

TELEFON : 0173763432

E-MEL : farahfarhana904@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

1
MPU3113

Isi Kandungan

Isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Temu Bual

Responden 1 5

Responden 2 6

Responden 3 7

Responden 4 8

3.0 Faktor-Faktor Halangan Keaktifan 9-10

4. 0 Impak Aktiviti-Aktiviti Rukun Tetangga 11-12

5.0 Kesan 13-14

6.0 Kesimpulan 15

Rujukan 16

2
MPU3113

1.0 Pengenalan

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan salah sebuah negara yang
anggota masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, agama, warna kulit bahasa,
kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ini juga merupakan satu-satunya negara masyarakat
yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Dalam satu
konsep kejiranan yang boleh membawa kepada keharmornian kini adalah komuniti yang di
panggil Rukun Tetangga (RT) yang berperanan khusus dalam perpaduan pelbagai etnik di
Malaysia.

Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia 29 Ogos 1957 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipillay, Kuala Lumpur
(Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional, 2015). Rukun Tetangga diperkenalkan pada
tahun 1957 sebagai langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan
kawasan kediaman mereka. RT ini kemudiannya diperbahrui dengan menekankan konsep
kejiranan dengan falsafah bahwa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan
negara. Pada masa kini peranan RT diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti
bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam anggota masyarakat akan terus
berkekalan dan berterusan (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor, 2015).

Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan


rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Shamsul Amri Baharuddin (2007). Bagi
memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti yang merangkumi aspek
sosial, pendidikan, sukan, rekreasi, ekonomi, kesenian dan kebudayaan sering dilakukan oleh
komuniti Rukun Tetangga untuk mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia.

3
MPU3113

Dalam mengembangkan peranan Rukun Tetangga, aspek keselamatan merupakan antara


isu utama yang perlu diberkian perhatian dan menjamn keharmornian dan kesejahteraan dalam
sesebuah negara. Sehingga ke hari ini, RT tetap dipandang sebagai organisasi yang penting dan
utama yang banyak membantu kerajaan untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara
ini. Bagi jabatan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menaungi organisasi
ini, ia sentiasa memastikan supaya pemimpin-pemimpin RT yang dilantik dalam kalangan
indivudi-individu yang berwibawa supaya matlamat dapat dicapai. (Laporan Simposium Rukun
Tetangga, 2010).

Selain itu, dalam usaha membangunkan dalam organisasi RT , terdapat beberapa


pekeliling rukun tetangga 2012, Jawatan Rukun Tetanggga hendaklah mempunyai fungsi dan
tugas. Antaranya ialah, menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan
semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan
ekonomi dan kualiti hidup dalam kalangan anggota masyarakat. Selain itu, RT juga untuk
memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan
melaporkan maklumat, pemerhatian juga perlu dilaksanakan. Untuk mengambil langkah yang
diperlukan atau wajar juga boleh mendapatkan pemaustatin melindungi diri mereka terhadap
apa-apa aktiviti jenayah atau bencana yang berlaku.

Dalam konsep tersebut, RT juga dapat sebagai organisasi komuniti dan wujudnya
kerjasama dalam anggota masyarakat tempatan dengan melalui pengorganisasian kelompok-
kelompok warga tempatan. Persepsi komuniti setempat terhadap amalan komunikasi pemimpin
RT yang berurusan secara langsung dalam memumpuk perpaduan dan integrasi nasional akan
diberikan perhatian. Sebagai contoh. Gaya komunikasi kepimpinan serta tehap komitmen yang
member banyak pengaruh dan implikasi kepada seseorang dalam komuniti RT. ( Ab. Aziz 2012)
, menjelaskan komunikasi yang baik yang ada pada pemimpin membolehkan berinteraksi dengan
berkesan.

4
MPU3113

2.0 Temu Bual.

Responden 1

Nama : Nurelliya Izzati Binti Mat

Umur : 28

1 November 2016 : Komuniti Rukun Tetangga Taman Kesang Damai memainkan peranan
penting dalam memastikan keharmonian anggota masyarakat yang teridri daripada berbilang
kaum. Dalam temubual ini telah menyoal selidik tentang pengetahuan, kefahamam dan
pandangan serta keberkesanan Program Rukun Tetangga ini. Hal ini, dia telah menyatakan
beberapa isi penting. Pengetahuan yang dia tahu adalah Rukun Tetangga (RT) memainkan
peranan penting dalam sesebuah komuniti bukan sahaja sebagai saluran mengeratkan perpaduan
dalam kalangan penduduk berbilang kaum dan agama tetapi juga mampu menjadi agen
perubahan kemajuan masyarakat setempat di Taman Kesang Damai. Menjalinkan perpaduan
yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di RT Taman Kesang Damai akan menjalankan
usaha dan kempen kesamarataan dalam kalangan anggota masyarakat. RT juga berusaha
mengubah nilai ketaksuban terhadap kaum hendaklah digantikan dengan ketaksuban terhadap
bangsa yang lain di Malaysia. Dalam hal ini, pemimpin RT harus mencari jalan agar semua
pihak mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat resam, dan kaum yang
di amalkan oleh setiap individu di Taman. Langkah awal masyarakat menghidupkan semua
konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk
mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan
pembabitan semua jenis pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan
ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun
tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran tetangga.

5
MPU3113

Responden 2

Nama : Farah Dina Binti Amran

Umur: 33 Tahun

3 November 2016 : Di Taman Air Merbau terdapat tiga kaum utama yang menetap di sana iaitu,
Melayu, Cina, dan India. Ini adalah salah satu cabaran untuk rukun tetangga menyatupadukan
penduduk Taman Air Merbau yang ramai dan mempunyai pelbagai kaum. Ini telah menjadikan
salah satu program RT sentiasa perlu aktif. Apabila setiap penduduk memainkan peranan penting
dalam memberi kerjasama. Pandangan responden dalam RT dikawasan Taman Air Merbau telah
memberikan kesan positif dalam megeratkan lagi sillaturahim antara anggota masyarakat. Hal ini
demikian, responden juga menyatakan keadaan penduduk apabila bersatu apabila program RT
diadakan mereka memberikan kerjsama bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping itu, wakil
daripada jawatankuasa RT terdiri juga daripada pelbagai kaum. Mereka membuat keputusan
yang adil dan saksama. Meninjau dari skop yang lain, responden menyatakan juga bahawa
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai
contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain
yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.
Hal ini dapat lihat penduduk dapat berkenalan dengan lebih rapat dan saling mengeratkan
sillaturahim antara satu sama lain.

6
MPU3113

Responden 3

Nama : Syahirul Imran bin Azman

Umur :38 tahun

5 November 2016: Pada pandangan responden ini, menyatakan Program Rukun tetangga adalah
program yang mendatangkan manfaat kepada setiap individu yang tinggal di kawasan
persekitaran kejiranan yang mempunyai ramai penduduk di persekitarannya.Responden yang
tinggal di Taman Kelubi Damai ini mempunyai pandangan yang positif terhadap RT di kawasan
responden sendiri. Keselamatan penduduk di Taman Kelubi Damai ini, terjamin kerana
mempunyai anggota masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Salah satu tukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa
mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-
sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi
perhubungan antara jiran. Responden menyatakan keadaan persekitaranya selamat apabila semua
pihak ingin bekerjasama antara satu sama lain. Apabila wujudnya system keselamatan dalam
kawasan perumahan responden ini, telah mewujudkan juga sifat kepercayaan dalam setiap
anggota yang menjaga dalam kawasan mereka. Aktiviti jenayah mahupun sosial dapat dihindar
dalam kawasan perumahan mereka dengan adanya keselamatan persekitaran ini.

7
MPU3113

Responden 4

Nama : Azman Bin Jantan

Umur : 35 Tahun

10 November 2016 : Dengan mengamalkan cara hidup yang berteraskan perpaduan, sudah
pastilah rakyat negara ini akan sentiasa bertoleransi dan bekerjasama dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat, ini adalah pendapat responden yang mendiami
kawasan perumahan Taman Mawar. Peranan daripada pelbagai kategori setiap anggota
masyarakat dalm program RT ini, anggota masyarakat perlu dimainkan dalam membentuk cara
hidup bermasyarakat yang dapat mengasaskan corak kepimpinan yang boleh diterima oleh
masyarakat, khususnya anggota masyarakat yang tinggal di kawasan perumah yang berbilang
kaum di taman ini. Beliau juga menyatakan bahawa masyarakat dapat mengetahui adat resam
kaum lain melalui rukun tetangga ini. Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan adat
resam,antara kaum yang utama ialah kaum melayu,cina,dan india Kepentingan adat resam di
dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang
merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat
di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Hal ini juga, dapatlah setiap individu lebih
mengetahui dan menghormati kaum-kaum antara satu sama lain apabila sesuatu perkara berlaku
yg melibatkat adat.

8
MPU3113

3.0 Faktor-Faktor Halangan Keaktifan Masyarakat dalam Program Rukun Tetangga.

Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan
kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin
meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan
sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika
dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan
perpaduan dan keharmonian negara.

Antara faktor yang boleh diambil ialah masyarakat yang bersifat hedonistik dan
individualistik juga punca sesetengah masyarakat tidak menggemari aktiviti kemasyarakatan.
Budaya hedonistik ialah satu budaya atau cara hidup yang suka akan hiburan dan keseronokan
semata-mata tanpa menghiraukan perkara lain manakala individualistik ialah suatu cara hidup
yang mementingkan diri sendiri dan tidak suka akan teguran atau pendapat orang lain. Segelintir
individu yang memiliki sikap ini, mereka tidak akan menghadirkan diri daripada menyertai
aktiviti kemasyarakatan. Mereka lebih suka hidup dalam dunia mereka sendiri seperti melayari
internet, membaca buku atau melakukan kerja rumah tanpa keluar dari rumah. Tegasnya,
masyarakat Malaysia sememangnya mudah terpengaruh dengan budaya tidak sihat ini.

Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat
program RT kini. Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju
dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada
masa sekarang yang menyebabkan semangat mengadakan program RT kini semakin hilang.
Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka
yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.
Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang
menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan aktiviti yang dijalankan . Budaya sebegini
menyebabkan amalan aktiviti yang lebih aktif antara RT semakin berkurangan. Oleh itu,
kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi aktivi yang hendak
dijalankan.

9
MPU3113

Disamping itu, yang menyebabkan halangan keaktifan dalam RT, ialah perubahan gaya
hidup setiap anggota masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara
keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering
memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan
kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh
masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka
berasaskan pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata
pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang bekerja
sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup masyarakat
sekarang jelas menjadi penyebab kepada halangan keaktifan masyarakat dalam program rukun
tetangga.
Faktor seterusnya adalah, pemimpin kurang disenangi oleh penduduk kerana sikapnya
yang kurang mesra Sesetengah aktiviti yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga lebih kepada
„aktiviti keluarga‟. Hal ini kerana disebabkan penglibatan masyarakat setempat tidak
menyeluruh dan hanya dihadiri oleh sanak saudara serta rakan-rakan terdekat sahaja di tempat
saya..Disamping itu, penduduk tidak mengetahui kewujudan Rukun Tetangga di kawasan ini.
Ini menunjukkan kelemahan kepimpinan yang tidak memainkan peranannya untuk
menghebahkan kewujudan RukunTetangga kepada penduduk. Sebagai contoh,penduduk tempat
ini tidak mengenali langsung mengenai pengerusi serta AJK yang dilantik. AJK dan pengerusi
Rukun Tetangga hanya memberi alasan bahawa penduduk-penduduk di kawasan ini tidak
berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti Rukun Tetangga kurang disenangi oleh penduduk
kerana sikapnya yang kurang mesra

Kesimpulanya,setiap anggota individu perlu berganding bahu bagi menjayakan sesebuah


program Rukun Tetangga ini. Semangat kerjasama antara setiap individu harus diperkuatkan
sekali gus dapat membantu usaha-usaha perpaduan negara yang selama ini menjadi agenda
utama kerajaan memastikan keharmornian negara terjamin.

10
MPU3113

4.0 Impak Aktiviti-Aktiviti Rukun Tetangga yang dapat Memupuk Perpaduan Kaum
dalam Masyarakat

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai
latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti
nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini.
Pendapat ini disokong oleh Zulhilmi Paidi (2003) yang menyatakan perpaduan merupakan satu
proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara
supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan telah dilaksanakan bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. kebangsaan bersama di kalangan mereka.Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini,
pelbagai usaha

Antara impak yang boleh dilihat ialah dalam aktivi ini hidup bermasyarakat, kita boleh
menziarahi jiran tetangga melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat
berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau
kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat
lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri,
paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi,
kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini,
kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa
amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan lagi memupuk perpaduan dalam anggota
masyarakat.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara
ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara
kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada
13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin
keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-
baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang
Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat.

11
MPU3113

Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini
dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina
menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun
negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang
berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah
bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati
oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar
tidak berlaku permusuhan

Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti
bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang
mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas
pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnyapelabur asing tidak bimbang untuk melabur
di Malaysia kerana keadaan negara kitayang aman dan damai, sekali gus dapat menjana ekonomi
supaya terus berkembang.Sebagai contohnya rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah
keringat bagimemastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan
ekonominegara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama
bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum,
keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku
antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang
demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai impak yang positif bagi menjayakan program rukun
tetangga ini dalam memupuk perpaduan kaum dalam anggota masyarakat di negara ini. Rakyat
Malaysia diseur agar mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan darah terakhir
memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan.

12
MPU3113

5.0 KESAN JIKA MASYARAKAT TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI DI KAWASAN


KEJIRANAN

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya anggota masyrakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri, 2007). Di negara kita, proses ini melas
terhalang dengan satu faktor iaitu pemisahan tempat tinggal atau oenemoatan mengikut kegiatan
ekonomi. Pemisahan ini merupakan kelangsungan kesan dari dasar pecah dan perintah semasa
penjajahan British.

Hidup bermsyarakat merupakan tuntutan semula jadi dan menjadi keperluan manusia.
Oleh itu, timbulah keinginan nurani untuk hidup berjiran dan bergaul antara satu sama lain. .Hal
ini berlaku kerana,masyarakat kini lebih mengutamakan sikap keakuan dan enggan
mempedulikan perkara yang berlaku di luar rumah yang tiada kaitan dengan mereka.Di samping
itu,aktiviti kemasyarakatan seperti menjayakan majlis kenduri-kendara semakin dilupakan.Adat
resam ini telah pupus mengikut peredaran masa. Kini,amalan bekerjasama untuk menjayakan
majlis kenduri telah diambil alih oleh orang perseorangan ataupun restoran dan hotel melalui
tempahan yang diterima.Keadaan ini telah menutup peluang anggota masyarakat untuk
menyumbang tenaga secara besama-sama sedangkan aktiviti –aktiviti seperti itulah yang
memberikan kesempatan kepada mereka untuk bertemu dan menjalinkan kemesraan.

Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan
diri sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan apabila
berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya salah seorang ahli
keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa jiran, siapa lagi yang kita mahu
meminta pertolongan dengan keadaan yang segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan
amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan.

Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada
masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala social di kawasan kejiranan mereka. Dewasa
ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak
berfaedah itu ialah melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

13
MPU3113

dan lain-lain lagi. Ini memyebabkan aktivti pemantauan keselamatan rukun tetangga tidak
dijalankan. Hal ini juga, telah diambil mudah bagi remaja yang sering membuat aktiviti yang
tidak berfaedah dalam kawasan kejiranan.

Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu kesan terhadap negara ialah negara
tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian
sesebuah negara akan membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat
penting untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia
juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke
negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi.

Kesimpulanya, pihak yang bertanggungjawab haruslah berganding bahu bagi


memamastikan kawasan kejiranan yang aktif bagi memperolehi keaktifan dalam Rukun
Tetangga. Hal ini demikian membolehkan lagi mengeratkan sillaturahim antara anggota
masyarakat.

14
MPU3113

6.0 Kesimpulan

Hasil daripada huraian dan perbincangan kajian telah mendapati bahawa Rukun Tetangga
adalah suatu komuniti yang penting. Dalam komuniti ini telah mewujudkan suatu jawatankuasa
yang sangat efektif dan progresif. Jawatankuasa dalam sesebuah komuniti yang dibina
membuktikan bahawa usaha kerjaan dalam mewujudkan Program Rukun Tetangga adalah
sangat berkesan dalam membentuk masyarakat yang harmoni, aman dan damai. Sesuai dengan
kata pepatah “jiran sepakat membawa berkat”, semua anggota masyarakat telah memberikan
kerjasama yang jitu kepada jawatankuasa Rukun Tetangga dalam menangani masalah-masalah
yang dihadapi oleh mereka sepanjang mereka tinggal di dalam kawasan kejiranan. Dalam hal ini,
hubungan entik dapat diketegahkan. Pelbagai usaha seperti Program Rukun Tetangga harus
dilaksanakan untuk memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik. Tambahan pula,
RT yang diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai sebuah pasukan kawalan untuk membanterasa
sentimen anti-kenegaraan, telah sejak itu menumpukan pada penggalakan semangar kejiranan,
membantu dalam kawasan kejiranan dan menggalakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, alam
sekitar, ekonomi dan sosiosivik (Thay Cheow Yin, 2007 ). Pada masa yang sama, rakyat
Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.
Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan
dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan
perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum sejak sekian lama. Situasi ini memerlukan negara memberi perhatian terhadap kewujudan
hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat. Dengan kewujudan kepelbagaian dari
segi agama, bahasa, budaya dan etnik, persoalan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya memastikan
pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan (Shamsul Amri, 2011).
Hal ini ditegaskan oleh Tun Abdul Razak mengenai perpaduan negara bukanlah
melalui proses asimilasi tetapi melaluiintegrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan dan ciri-ciri sosial diterima oleh semua bangsa dlm negara (Zulkarnain,
Sivamurugan, Azeem Fazwan, 2008). Kepentingan program Rukun Tetangga ini sudah pasti
dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di
negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategic.

15
MPU3113

RUJUKAN

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA).

Thay Cheow Yin (2007). Tahap Hubungan Etnik: Kajian di Kalangan Pelajar yang Mengikuti
Kursus Sarjana Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), sesi Pengajian 2007-
2008, Semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Isu kepimpinan turut diberi fokus utama dalam pembentangan kertas kerja di Simposium Rukun
Tetangga 2010 dan Konvensyen Rukun Tetangga 2012 (Sumber: Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional,2012).

Zulkarnain [et al]. (2008). Pembangunan Sosial 50 Tahun Merdeka. Jurnal

Kemanusiaan, Bil. 12 Dis 2008. Retrieved Februari 2012 from


www.fppsm.utm.my

http://www.jpnin.gov.my

16

Você também pode gostar