Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Aras 1 - 4, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri Talian 1MOCC : 03-8000 8000
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks : 03-8871 7499 (Khidmat Pengurusan)/
62526 W.P. PUTRAJAYA 03-8871 7492 (Perkhidmatan)/
MALAYSIA 03-8871 7493 (Naik Pangkat Dan Tatatertib)/
03-8871 7494 (Pengambilan Guru)/
03-8871 7485 (Pengambilan Bukan Guru)/
03-8871 7463 (Dasar/Keurusetiaan)
Web : http://www.spp.gov.my
Tuan/Puan,
Sukacitanya Suruhanjaya ini menawarkan tuan/puan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
seperti berikut:
Syarat-syarat Tawaran
2. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan tuan/puan dikehendaki:
Sebelum melapor diri:
(a) melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan ;
(b) menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai
perubatan kerajaan/swasta) dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan;
(c) membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah
dengan
menggunakan Surat Akuan Sumpah;
Semasa/ Selepas melapor diri:
(d) melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan dengan menggunakan Surat
Aku Janji; dan
(e) menjalani dan lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
(KPKK) sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau dalam tempoh setahun mulai tarikh
tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tuan/puan hendaklah mengemukakan
borang tapisan keselamatan ke Pejabat KPKK dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri bertugas.
Syarat hadir dengan jayanya PTM yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah dikecualikan bagi
pegawai-pegawai yang telah menghadiri dengan jaya PTM atau hadir dengan jaya Kursus Induksi atau lulus
Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
5. Sebarang permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman terdahulu hanya
akan dipertimbangkan sekiranya dikemukakan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.
6. Suruhanjaya ini boleh meminda tawaran pelantikan ini sekiranya maklumat lantikan yang tidak tepat atau
membatalkan tawaran pelantikan ini jika didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu.
7. Tawaran pelantikan tuan/puan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan
syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.