Você está na página 1de 14

1.

0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad SAW, untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Terkandung di dalamnya
ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib seperti
malaikat dan Hari Pembalasan, asas perundangan, moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia,
dan lain-lain lagi. Menurut SulaimanNordin (1995), membacanya adalah suatu ibadah,
menghafalnya adalah idaman setiap Mukmin, perintah dan larangannya merupakan undang-
undang, sistem nilainya adalah mutlak, segala penyataannyan adalah benar, mengamalkan
apa yang disarankannya adalah bukti keimanan dan Islam wajib mempercayai semua ayat
yang terdapat di dalamnya.

Walaupun kandungan Al-Quran menyentuh pelbagai topik, namun tiga topik terpenting
yang menjadi tema utama Al-Quran adalah tauhid (pengesaan Allah), pedoman hidup yang
dibawa oleh rasul-rasul dan pembalasan di alam akhirat. Ketiga-tiga perkara tersebut telah
dinyatakan dengan tegas di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran telah dintakan bahawa Tuhan
itu satu, manusia adalah seelok-elok ciptaan dan manusian mestilah menyembah Allah. Juga
dinyatakan di dalamnya bahawa keseluruhan manusia berasal daripada satu keturunan iaitu
keturunan Nabi Adam AS yang kemudiannya berpecah menjadi puak, bangsa dan
kepercayaan yang lain.

Kemudian Al-Quran menekankan bahawa tuhan mahu orang Islam memberi perhatian
tentang kepentinganpena dalam penyebaran ilmu. Ini dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Alaq
ayat 1-5 :

َ ‫( ا ۡق َر ۡا‬2)ِ‫سانَ ِم ۡنِ َعلَق‬


ِ‫ِو َرب َُّك‬ ۡ َ‫( َخلَق‬1)َِ‫ِرب َكِالَّذ ۡىِ َخلَق‬
َ ‫ِاۡل ۡن‬ ۡ ‫اِ ۡق َرِۡاِب‬
َ ‫اسم‬
ۡ ‫( َعلَّ َم‬4) ِ‫( الَّذ ۡىِ َعلَّ َمِب ۡالقَلَم‬3)ِ‫ۡاۡلَ ۡك َرم‬
َ ‫ِاۡل ۡن‬
(5)‫سانَ ِ َماِلَ ۡمِيَعۡ لَ ِۡم‬
Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku
darah beku, bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya.
(Surah Al-Alaq: 1-5)

1
Ayat ini ialah lima ayat Al-Quran pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Perkara pertama yang ditekankan dalam ayat ini bahawa Tuhan ialah pencipta dan yang lain
ialah makhluk. Oleh itu, Tuhan janganlah disamaka dengan makhluk dan sebarang makhluk
janganlah dijadikan Tuhan. Akhir sekali, segala ilmu datangnya daripada Allah. Manusia boleh
berusaha mendapatkan ilmu melalui penyelidikan, pemikiran dan sebagainya tetapi pada
hakikatnya ilmu yang sebenarnya datang daripada Allah.

Jelaslah, Islam ialah agama yang menekankan kepentingan ilmu. Di dalamnya juga
terdapat banyak ayat yang mengajak manusia mengkaji alam ini. Segala ilmu kalau dikaji
secara mendalam akan dapat membawa manusia mengakui keagungan Allah. Selain itu, di
dalam Al-Quran terdapat banyak fakta sains yang terbukti kesahihannya dan ayat-ayat
tersebut menjadi pencetus kepada para ilmuwan untuk terus berusaha mencari ilmu.

Kesimpulannya, Al-Quran akan terus membimbing manusia untuk mencapai


kesempurnaan dalam kehidupan. Al-Quranlah yang mencorakkan hidup orang Islam kerana
kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup dari segi keperibadian,
sistem sosial, keadilan, pengendalian ekonomi, kekeluargaan, kenegaraan dan lain-lain lagi.
Bagi orang Islam yang mempercayai Al-Quran dengan penuh keyakinan, akan mendapatinya
sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya.

Menurut Ahmad MohdSalleh (2011), Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian subjek
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran pada masa ini. Namun subjek ini tidak
menekankan pembelajaran sehingga khatam Al-Quran dan hanya hanya mengutamakan
kebolehan membaca sahaja. Kajian ini akan membincangkan tentang inovasi “Button Thru”
dalam bidang Tilawah Al-Quran Tahun Dua untuk pengajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah.

Objektif yang perlu dicapai dalam bidang Tilawah Al-Quran adalah membaca surah-
surah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, menghafal ayat-ayat lazim yang terpilih
untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian serta memahami maksud beberapa surah yang
dipelajari dengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah. Oleh itu, demi
mencapai objektif-objektif tersebut para pendidik perlulah mencari kaedah atau teknik yang
sesuai dan menarik.

2
2.0 PENYATAAN MASALAH

Pengkaji merupakan guru pelatih Pendidikan Islam yang telah berpraktikum fasa 1 di Sekolah
Kebangsaan Tambalang Tuaran Sabah. Semasa di sekolah ini, pengkaji telah dapat
mengesan beberapa masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dalam bidang Tilawah Al-quran. Kajian ini membincangkan tentang
inovasi digital “Button Thru” dalam bidang Tilawah Al-Quran Tahun Dua bagi pengajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Pengkaji memilih untuk menarik minat murid dalam
pembelajaran dan pemudacaraan (PdPc) dalam bidang Tilawah Al-Quran sebagai fokus
kajian. Kajian ini adalah berdasarkan pemerhatian guru ke atas murid tahun dua SK
Tambalang yang cepat merasa bosan semasa PdPc Tilawah Al-Quran. Hal ini kerana kaedah
dan teknik PdPc yang dijalankan terarah ke kaedah dan teknik tradisional.

Pengkaji lebih berminat untuk memfokuskan kepada satu masalah sahaja iaitu masalah
minat murid semasa PdPc Tilawah Al-Quran. Masalah ini dapat dikesan semasa pengkaji
menjalankan praktikum fasa 1 di SK Tambalang dan perlu mengajar subjek major Pendidikan
Islam Tahun Dua. Semasa proses PdPc berjalan, pengkaji dapat memerhati sebahagian murid
tahun dua tersebut hanya dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran selama 15 minit
awal sahaja. Setelah itu, ada di antara mereka yang mula mengganggu kawan-kawan yang
sedang fokus yang telah mengakibatkan objektif kurang tercapai. Hal ini telah menyebabkan
berlakunya masalah-masalah tingkah laku di dlam bilik darjah.Walau bagaimanapun, murid-
murid tersebut sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi pelajar yang baik jika guru-guru
dapat menarik minat murid menggunakan kaedah dan teknik yang menarik.

3
3.0 MODEL INOVASI PENDIDIKAN

Di dalam Model Kreatif Terarah terdapat empat langkah. Langkah pertama adalah
persediaan yang memerlukan pengkaji membuat satu pemerhatian. Satu pemerhatian telah
dijalankan sepanjang PdPc berlangsung untuk mengenal pasti masalah dan membuat analisis
diatas masalah yang dihadapi. Langkah yang kedua adalah imaginasi dimana pengkaji telah
melakukan suatu penjanan idea supaya murid lebih minat untuk belajar Al-Quran. Oleh itu,
powerpoint interaktif yang mengandungi audio visual telah dibina.

Langkah seterusnya adalah perkembangan. Semasa perkembangan, Hasil projek


inovasi telah disebarluaskan melalui media sosial dan satu penilaian telah dibuat melalui soal
selidik beserta penambahbaikan keatas projek yang dibina. Langkah terakhir adalah tindakan
yang mana memerlukan pengkaji menambahbaik inovasi yang telah dibina. Hal ini bertujuan
supaya hasil inovasi ini dapat digunakan dalam PdPc Tahun 2 secara berterusan.

4
4.0 OBJEKTIF

Pengkaji telah menyatakan tiga objektif dan tiga persoalan kajian yang menjadi panduan dalam
melaksanakan kajian ini. Objektif adalah untuk menentukan samada sesebuah kajian itu
berjaya atau tidak, dimana setiap kajian perlulah mempunyai objektif kajian.

Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid semasa pembelajaran dan pemudacaraan
(PdPc) dalam bidang Tilawah Al-Quran.

Objektif Khusus
Terdapat tiga objektif kajian yang ingin dicapai:
i. Meningkatkan amalan pengajaran guru melalui aktiviti “Button Thru”dalam
bidang Tilawah Al-Quran.
ii. Meningkatkan minat murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran melalui aktiviti “Button Thru”
iii. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan semasa pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) melalui aktiviti “Button Thru” dalam bidang Tilawah Al-
Quran

5
5.0 KUMPULAN SASARAN

Inovasi ini dijalankan keatas murid-murid kelas perdana di salah sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Pengkaji merupakan guru pelatih yang berpraktikum fasa 1 selama tiga bulan di salah
sebuah sekolah di daerah Tuaran. Murid–murid ini adalah dari tahun dua yang beragama
Islam dan berumur 8 tahun. Subjek kajian ini adalah seramai 5 orang murid yang merangkumi
2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pemerhatian keatas
prestasi murid-murid terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa
menjalankan praktikum fasa 1.

Aktiviti ini amat sesuai dilaksanakan dan digabungjalinkan dalam proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) dan ia adalah faktor utama murid-murid ini dipilih sebagai subjek
kajian. Selain itu, pemilihan ini dibuat selepas mengambil kira analisis usia dan tahap
kecenderungan kecerdasan mereka yang lebih menjurus kepada fokus kajian. Subjek kajian ini
dipilih kerana mereka berada di dalam kelas yang sama tetapi memiliki tahap kebolehan yang
berbeza. Ada diantara mereka yang dapat fokus sepanjang proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) berjalan dan ada yang tidak sampai separuh masa sudah mula hilang
fokus. Kumpulan sasaran ini dapat dilihat secara ringkasnya dalam jadual 1.

Jadual 4.1 : Kumpulan Sasaran Mengikut Jantina

JANTINA BILANGAN
Lelaki 2 orang
Perempuan 3 orang
JUMLAH 5 orang

6
6.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI

Masalah tingkah laku murid adalah disebabkan penggunaan teknik pengajaran Tilawah Al-
Quran yang tradisional seperti Talaqqi Musyafahah,Tasmik, Tadarus dan Tikrar. Mereka berasa
bosan dan tidak berminat jika hanya mendengar dan mengulang bacaan guru. Murid-murid
seperti ini memerlukan teknik pengajaran yang banyak menggunakan pergerakan. Selain itu,
saya dapat mengesan terdapat sebahagian daripada murid-murid sayatidak berminat untuk
belajar, terutamanya mereka yang lemah.Faktor ini juga menyumbang ke arah tingkah laku
negatif mereka yang ditunjukkan di dalam kelas. Menurut Al-Khindi (dalam Rizal:2009)
kurangnya motivasi dan minat murid berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai
dan memahami sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya.

7.0 KEPENTINGAN PROJEK INOVASI

Antara kepentingan projek inovasi ini adalah dapat meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bidang Tilawah Al-Quran, dapat
meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bidang Tilawah
Al-Quran dan dapat menggalakkan murid menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui
inovasi digital “button thru”

8.0 CADANGAN INOVASI (STORYBOARD)

Gambar 1

Dalam cadangan inovasi ini akan dijelaskan tentang papan cerita inovasi digital yang telah
dibina. Bagi gambar 1, ia merupakan laman utama bagi inovasi digital “Button Thru”. Pada
laman ini terdapat tajuk pembelajaran serta ikon bintang yang mengandungi perkataan

7
‘START’. Ikon ini merupakan pemula bagi “Button Thru”. Apabila ikon tersebut ditekan, ia akan
terus kepada tajuk pembelajaran.

Gambar 2

Di dalam gambar 2 pula terdapat tajuk pembelajaran. Pada laman ini terdapat dua ikon
yang mengadungi tajuk pembelajaran yang akan dipelajari. Untuk ke tajuk pembelajaran,
penggunan perlu klik pada ikon tajuk yang dipilih. Apabila ikon tersebut, pengguna dapat
mendengar bacaan surah dan juga dapat menjawab soalan latih tubi.

Gambar 3

Seterusnya, apabila ikon tajuk telah ditekan akan keluar laman seperti gambar 3. Pada
laman ini pengguna akan dapat melihat ikon nombor. Ikon nombor ini akan mengeluarkan audio
mengikut nombor ayat. Ikon rumah pula adalah untuk kembali ke halaman utama dan ikon
anak panah untuk ke ayat seterusnya dan soalan latih tubi.

8
Gambar 4

Untuk laman seperti gambar 3 ini merupakan soalan latih tubi. Untuk menjawab soalan
yang diajukan, pengguna perlu menekan pada kotak jawapan. Apabila pengguna menekan
pada jawapan yang betul, animasi seperti gambar 4 akan keluar bersama audio yang menarik.
Jika pengguna menekan pada jawapan yang salah, animasi pada gambar 5 akan keluar
bersama audio yang comel.

Gambar 4 Gambar 5

9
9.0 INSTRUMEN PENILAIAN HASIL INOVASI

Instrumen yang digunakan untuk menilai inovasi ini adalah menggunakan soal selidik. Soal
selidik ini dijalankan melalui aplikasi “Survey Monkey”. Dengan menggunakan aplikasi ini,
pengkaji dapat membuat penilaian dan penambahbaikan dengan lebih baik. Di bawah berikut
merupakan soalan soal selidik dan keputusan yang telah diperoleh.

10
10.0 KAEDAH PROMOSI

Dalam melaksanakan promosi, pengkaji telah menggunakan kaedah penyebarluasan


menggunakan media sosial seperti instagram dan facebook. Melalui instagram saya telah
membuat satu poll yang mengandungi soalan dan netizen yang melihat akan memilih mengikut
pendirian masing-masing. Bagi facebook pula, kaedah yang digunakan dengan memuat naik
video screen recording seorang pengguna sedang menggunakannya. Antara pendapat netizen
dapat dilihat seperti berikut.

11
11.0 CARTA GANTT

12
12.0 LAPORAN

Pada 3 dan 4 April 2018, pembentangan projek inovasi telah dijalankan. Semasa proses
tersebut banyak komentar daripada juri telah diberikan. Selain itu, para guru pelatih disarankan
membuat menambahbaikan keatas projek mereka untuk mendapat hasil yang lebih menarik.
Antara komentar yang paling diperkatakan adalah para guru pelatih perlu menyatakan objektif
projek inovasi ini dengan jelas. Seterusnya adalah komentar daripada para juri adalah amat
memberansangkan. Sebelum pembentangan dijalankan, para guru pelatih diminta untuk
membuat penyebarluasan bagi projek yang telah dibina. Hal ini bertujuan melihat dan
mengambil pandangan masyarakat luar tentang projek inovasi dala pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).

Antara pandangan yang dapat dilihat tentang projek inovasi ini adalah mereka
menyatakan ia sangat membantu dalam PdPc khususnya dalam bidang Tilawah Al-Quran.
Selain itu, mereka juga anda menyarnkan bebrapa penambahbaikan seperti menyelitkan sedikit
audio yang lebih menarik dan memperbanyak lagi animasi. Mereka juga ada menyatakan
supaya member arahan soalan yang lebih jelas. Untuk penyebarluasan ini, saya telah
menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram untuk melihat dan menganalisis
hasil projek yang telah dibina.

Kesimpulannya, hasil projek inovasi amat membantu murid-murid sekolah dalam PdPc
untukmeningkatkan minat mereka dalam menimba ilmu. Selain itu, amalan pengajaran guru
juga boleh ditingkatkan melalui inovasi digital ini. Akhir sekali, penambahbaikan keatas projek
inovasi ini akan dilaksanakan bagi mematapkan lagi hasilnya.

13
13.0 RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Al-Hadis

Ab. Halim Tamuri&Khairul Azman Ajuhary (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berteraskan Konsep Mu’allim.dalam Journal of Islamic and Arabic Education.

Abdul RaofDalip (1998). Pendidikan Islam : Falsafah pedagogi dan metodologi. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ahmad MohdSalleh (2008). Siri Pendidikan Guru : Pengajian Agama Islam j-Qaf. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

AkhtiarPardi dan ShamsinaShamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam


Penyelidikan Pendidikan.Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Chow Fook Meng&JaizahMahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Penerbitan MultimediaSdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Afiq Bin Johari (2014). Penggunaan Kaedah KAKI Dalam Memperkukuh Fakta
Bidang Sirah. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.

14

Você também pode gostar