Você está na página 1de 2

Apa itu Konstituen?

Apa itu Konstituen?

Konstituen adalah unsur bahasa yang merupakan


sebahagian daripada satuan yang lebih besar;
bahagian dari suatu konstruks (KL, 2001: 119).

Singkatnya, konstituen adalah kesatuan unsur yang


lebih kecil yang jika disusun dapat membentuk
kesatuan baharu yang lebih besar. Misalnya, fonem-
fonem yang disusun sedemikian rupa akan
membentuk sebuah morfem. Morfem yang bertemu
dengan morfem lain akan membentuk sebuah kata.
Kata yang bertemu dengan kata lain akan
membentuk frasa atau kata majmuk. Pertemuan
frasa dengan frasa akan membentuk satuan baru
yang lebih tinggi iaitu klausa atau kalimat.
Demikianlah seterusnya. Kalau urutannya diterbalik,
kalimat terdiri dari frasa-frasa yang terdiri dari kata-
kata atau kata-kata majmuk yang terdiri dari
morfem-morfem yang terdiri dari fonem-fonem.

Oleh kerana struktur linguistik bersifat hierarki


(bersusun, bertingkat, ada yang lebih tinggi/besar
dari yang lain), konstituen pun bersifat hierarki. Ada
konstituen paling kecil adalah fonem kerana fonem
tidak dapat dibahagi lagi sedangkan konstituen
paling besar adalah wacana kerana memiliki susunan
paling lengkap.

Você também pode gostar