Você está na página 1de 7

TAJUK:

Ujian-ujian makmal untuk air.

TUJUAN:

Untuk mengkaji tahap kualiti air di persekitaran.

PENGENALAN:

Air merupakan salah satu sebatian kimia yang hadir dalam bentuk cecair pada
tekanan biasa dan suhu bilik. Betapa pentingnya air dalam kehidupan kita,
sehinggakan 70 peratus daripada permukaan bumi diliputi air. Hal yang sama juga
pada tubuh badan kita di mana 70 peratus daripadanya terdiri daripada kandungan
air.

Terdapat pelbagai sumber air yang ada di muka bumi ini dan terbahagi kepada
pelbagai kegunaan. Manusia terutamanya tidak dapat hidup tanpa bekalan air yang
bersih. Antara tujuan yang utama adalah untuk dijadikan sebagai minuman dan tujuan
kebersihan. Manusia boleh bertahan lebih lama jika tidak makan berbanding hidup
tanpa air. 7 hari atau seminggu adalah tempoh maksimum untuk hidup tanpa air bagi
manusia.

Air yang mengandungi kandungan mineral alkali seperti kalsium, magnesium,


natrium, kalium dan bersifat sederhana alkali sekitar pH8 hingga pH9.5 merupakan air
yang berkhasiat. Air ini dapat membantu untuk menaikkan keseimbangan sistemik
asid-alkali badan sekali gus dapat membantu untuk mengeluarkan kolestrol dan toksik
yang tidak diperlukan bagi mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-


tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada
air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan
struktur khas untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks
seperti yang ada pada tumbuhan darat untuk mengangkat bahan-bahan ini ke tisu
yang memerlukannya.

Seterusnya, air juga merupakan bahan pelarut semesta. Hal ini kerana air
mempunyai molekul air yang terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan
satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah di antara keduanya. Struktur ini
menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di
sebelah atom oksigen. Hasilnya, molekul air adalah dwikutub.

HIPOTESIS:

Setiap sampel air mempunyai kualiti air yang berbeza.

PEMBOLEH UBAH:

a. Dimanipulasikan: Jenis sampel air

b. Bergerak balas : Nilai pH

Perubahan warna pada kertas pengukur

c. Dimalarkan : Isipadu sampel air

ALAT DAN RADAS:

Bikar 50ml, kertas pH, kertas litmus biru, kertas litmus merah dan kertas kobalt
klorida kontang.

PROSEDUR:

(A) Kertas pH

i. Sampel air dikumpulkan dari beberapa lokasi berbeza di persekitaran


sebanyak 100ml.
ii. Semua sampel air dimasukkan kepada bikar 50ml setiap satunya.
iii. Kertas pH dimasukkan ke dalam sampel air tersebut.
iv. Hasil pemerhatian direkodkan dalam sebuah jadual.
v. Langkah (ii) hingga (iv) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.

(B) Kertas litmus biru

i. Sampel air dikumpulkan dari beberapa lokasi berbeza di persekitaran


sebanyak 100ml.
ii. Semua sampel air dimasukkan kepada bikar 50ml setiap satunya.
iii. Kertas litmus biru dimasukkan ke dalam sampel air tersebut.
iv. Hasil pemerhatian direkodkan dalam sebuah jadual.
v. Langkah (ii) hingga (iv) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.
(C) Kertas litmus merah

i. Sampel air dikumpulkan dari beberapa lokasi berbeza di persekitaran


sebanyak 100ml.
ii. Semua sampel air dimasukkan kepada bikar 50ml setiap satunya.
iii. Kertas litmus merah dimasukkan ke dalam sampel air tersebut.
iv. Hasil pemerhatian direkodkan dalam sebuah jadual.
v. Langkah (ii) hingga (iv) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.

(D) Kertas kobalt klorida kontang

i. Sampel air dikumpulkan dari beberapa lokasi berbeza di persekitaran


sebanyak 100ml.
ii. Semua sampel air dimasukkan kepada bikar 50ml setiap satunya.
iii. Kertas kobalt klorida kontang dimasukkan ke dalam sampel air
tersebut.
iv. Hasil pemerhatian direkodkan dalam sebuah jadual.
v. Langkah (ii) hingga (iv) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.

KEPUTUSAN:

Kertas litmus Kertas kobalt


Jenis sampel air Nilai pH
Merah Biru klorida kontang
Bertukar warna
Tiada perubahan Tiada perubahan dari biru muda
Air mineral 7
warna warna kepada merah
jambu
Bertukar warna
Tiada perubahan Tiada perubahan dari biru muda
Air kolam ikan 5
warna warna kepada merah
jambu
Bertukar warna
Tiada perubahan Tiada perubahan dari biru muda
Air kolam renang 7
warna warna kepada merah
jambu
Bertukar warna
Tiada perubahan Tiada perubahan dari biru muda
Air hujan 5
warna warna kepada merah
jambu
Jadual 1: Nilai ph dan perubahan warna kertas pengukur
PERBINCANGAN:

Sampel air yang pertama adalah air mineral. Air mineral ini mudah didapati di
mana-mana kerana air mineral kebiasaan dijual untuk tujuan minuman. Apabila kertas
pH dimasukkan ke dalam sampel air mineral, berlaku perubahan warna terhadap
kertas pH. Warna kertas pH dibandingkan dengan carta warna pH. Nilai pH bagi air
mineral adalah 7. Hal ini menunjukkan bahawa air mineral ini bersifat neutral
bersesuaian dengan kegunaannya untuk tujuan minuman. Seterusnya, sampel ini diuji
dengan kertas litmus merah dan kertas litmus biru. Bagi kertas litmus biru, tidak
berlaku sebarang perubahan warna terhadapnya. Kertas litmus merah juga tidak
mengalami sebarang perubahan warna. Jadi, bersesuaian dengan nilai pH 7 yang
telah ditentukan tadi, kedua-dua kertas litmus tidak akan berubah warna kerana
bersifat neutral. Seterusnya, kertas kobalt klorida kontang digunakan untuk menguji
sampel ini. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Perubahan warna
yang dapat diperhatikan adalah daripada biru muda kepada merah jambu. Hal ini
menandakan kehadiran air dalam sampel ini. Kertas ini sangat sensitif dengan
kehadiran air. Semakin banyak kandungan air dalam sesuatu larutan tersebut,
semakin cepat kertas ini berubah kepada merah jambu. Air mineral ini tidak berwarna
dan tidak berbau.

Sampel air yang seterusnya adalah air kolam ikan yang diperolehi daripada
lokasi berdekatan. Ujian menggunakan kertas pH menunjukkan sampel ini
mempunyai nilai pH 5. Nilai ini menandakan bahawa air kolam ikan ini sedikit berasid.
Hal ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya adalah keadaan fizikal di situ
yang mungkin menyebabkannya sedikit berasid. Ujian ke atas sampel ini dengan
menggunakan kertas litmus tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap kedua-dua
jenis kertas litmus. Tiada sebarang perubahan warna dicatatkan. Hal ini agak
bertentangan dengan nilai pH yang ditunjukkan sebentar tadi. Kertas litmus ini tidak
dapat menunjukkan sebarang perubahan berkemungkinan kerana tidak digunakan
dalam tempoh yang lama dan cara penyimpannya yang tidak betul. Ujian yang terakhir
bagi sampel ini adalah dengan kertas kobalt klorida kontang. Seperti yang dijangka,
warna kertas ini bertukar kepada merah jambu kerana kehadiran air. Air ini berwarna
sedikit kekuningan, mempunyai bendasing dan sedikit berbau.
Sampel air kolam renang merupakan sampel ketiga yang diuji. Sampel air ini
diambil di kolam Recsam. Ujian menggunakan kertas pH menunjukkan bahawa
sampel ini mempunyai nilai pH 7. Nilai pH 7 menandakan bahawa air kolam renang
ini bersifat neutral. Hal ini bersesuaian dengan sampel ini kerana kolam renang
menjadi kegunaan untuk tujuan rekreasi dan sebagainya. Sekiranya nilai pH air kolam
renang melebihi 8, pengguna kolam renang berkemungkinan mengalami masalah
kulit gatal manakala sekiranya nilai pH air kolam renang kurang daripada 7 pula akan
mendatangkan ketidakselesaan kepada mata pengguna kolam renang. Seterusnya,
ujian menggunakan kertas litmus biru dan kertas litmus merah dijalankan ke atas
sampel ini. Tiada sebarang perubahan warna direkodkan kerana sampel ini bersifat
neutral. Ujian kertas kobalt klorida kontang pula dijalankan ke atas sampel ini. Kertas
ini segera bertukar kepada merah jambu menandakan kehadiran air dalam sampel ini.
Air kolam ini tidak berwarna dan tidak berbau.

Akhir sekali, sampel air yang diuji adalah hujan. Setelah dibandingkan dengan
carta warna kertas pH, sampel air hujan mempunyai nilai pH 5. Sama seperti air kolam
ikan, sampel air hujan juga sedikit berasid. Apabila hujan turun daripada atmosfera,
bendasing turut becampur dengan air hujan. Kejadian ini menyebabkan air hujan
sedikit berasid. Kebiasaannya, air hujan mempunyai nilai pH 5 hingga 7. Antara
bendasing yang kebiasaannya bercampur dengan air hujan adalah karbon dioksida
(CO2), sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NO). Sekiranya pH air hujan kurang
daripada 5, hal ini menandakan hujan tersebut adalah hujan asid. Hujan asid boleh
berlaku disebabkan oleh tindak balas bahan kimia secara semulajadi ataupun
disebabkan oleh aktiviti manusia. Kawasan perindustrian yang kian bertambah
membebaskan pelbagai bahan kimia ke atmosfera. Kesannya, tanaman, ternakan dan
manusia akan mengalami kemudaratan. Ujian seterusnya menggunakan kertas litmus
merah dan kertas litmus biru tidak menunjukkan sebarang perubahan warna.
Perubahan yang sepatutnya dijangkakan adalah terhadap kertas litmus biru yang
bertukar kepada warna merah. Ujian kertas kobalt klorida kontang pula menunjukkan
bahawa terdapat kehadiran air kerana berlaku perubahan warna daripada biru muda
kepada merah jambu. Air hujan juga tidak berwarna dan tidak mempunyai bau.

Setelah diperhatikan secara keseluruhan, terdapat kemungkinan bahawa


kedua-dua jenis kertas litmus ini sudah tidak boleh digunakan. Hal ini kerana kertas
litmus merah dan kertas litmus biru tidak dapat menunjukkan sebarang perubahan
biarpun sampel yang digunakan sedikit berasid. Jangka hayatnya yang sudah lama
dan cara penyimpanan yang tidak betul mungkin menjadi punca kepada hal ini.
Seterusnya, nilai pH yang berbeza menandakan bahawa keputusannya banyak
bergantung kepada kawasan sampel air diambil. Sememangnya faktor ini banyak
mempengaruhi kualiti air di sesuatu kawasan.

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

1. Tidak memegang kertas pengukur dengan tangan basah kerana kertas pengukur
sangat sensitif dengan kehadiran air.

KESIMPULAN:

Setiap sampel mempunyai kualiti yang berbeza berdasarkan ujian-ujian yang


telah dijalankan.
Rujukan
Balun, R. (2017, April 24). Why Is Rain Naturally Acidic? Diperoleh daripada
Sciencing: https://sciencing.com/rain-naturally-acidic-6475032.html

Better Health Channel. (2017, Mac 28). Swimming pools - water quality. Diperoleh
daripada Better Health Channel:
https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/swimming-pools-
water-quality

DOKUMEN.TIPS. (20, Julai 2015). Kertas Kobalt Klorida Kontang. Diperoleh


daripada DOKUMEN.TIPS: https://dokumen.tips/documents/kertas-kobalt-
klorida-kontang.html

Fondriest Environmental, Inc. (2013, November 19). pH of Water. Diperoleh


daripada Fondriest Environmental Learning Center:
https://www.fondriest.com/environmental-measurements/parameters/water-
quality/ph/

Ling, L. S., & Audrey. (2007). Complete Text & Guide Bilingual Science Form 2.
Shah Alam, Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Mohd Ihsan Che Mohd Noh. (2015, Disember 27). Adakah air yang kita ambil benar-
benar berkhasiat? Diperoleh daripada Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/adakah-air-yang-kita-ambil-benar-
benar-berkhasiat-1.173495

Ruff, B. (2017, Jun 8). How to Do a Litmus Test. Diperoleh daripada wikiHow:
https://www.wikihow.com/Do-a-Litmus-Test

Spector, D. (2018, Mac 8). Here’s how many days a person can survive without
water. Diperoleh daripada Business Insider Malaysia:
https://www.businessinsider.my/how-many-days-can-you-survive-without-
water-2014-5/?r=US&IR=T

Você também pode gostar