Você está na página 1de 2

Siti Nor Hidayatidayu Razali

news@nstp.com.my
Kota Bharu: Bonggol baru dibina dipercayai menyebabkan seorang penunggang
motosikal hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah
kereta di hadapan sebuah sekolah di Kampung Tiong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, Wan Mohamad Firman Wan Yunus, 19, yang
menunggang Honda Wave maut di tempat kejadian kerana parah di kepala
manakala pemandu kereta Proton Iswara pula tidak cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Ibrahim Sharif berkata,
kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 20 tahun itu
dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh menghala ke Pasir Tumbuh untuk pulang ke
rumahnya di Peringat.

Menurutnya, pemandu kereta dikatakan cuba memperlahankan kenderaannya


kerana ada bonggol baru yang dibina di lokasi itu.

“Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah
bertentangan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan kereta.

“Pemandu kereta tidak sempat memberhentikan kenderaannya kerana jarak


terlalu dekat sebelum dia terlanggar motosikal mangsa yang menyebabkan lelaki
itu tercampak ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Tok
Borat Parit Limbat, Pasir Tumbuh parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”
katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 5:37 AM

Você também pode gostar