Você está na página 1de 77

1

KATA-KATA ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada warga Negeri Kedah, khususnya Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan
Pendidikan Kedah atas usaha gigih untuk menerbitkan Buku Mesej Lima Minit PPDa. Semoga
dengan penerbitan buku ini akan menjadi panduan kepada warga sekolah untuk
memartabatkan PPDa dan mencapai Sekolah Bebas Dadah seperti yang kita disasarkan.

Kementerian Pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju
modal insan negara pada masa hadapan. Setiap rakyat di negara ini tentunya mahukan sistem
pendidikan terbaik demi menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan
bersaing di peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan
identiti nasional. Bagi merealisasikan objektif tersebut, pelbagai pihak yang mencakupi
Kementerian Pendidikan, warga sekolah, ibu bapa dan pelbagai agensi luar perlulah
menggemblengkan tenaga bagi memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid
sekolah.

Dalam menghadapi alaf baru untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita perlulah
memastikan agar usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah akan terlaksana. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga
pendidikan yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara bersinar di peringkat
global. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara, sekali gus mewujudkan
sistem pendidikan bertaraf dunia. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah, Panel Penulis serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus
bagi merealisasikan penerbitan Buku Mesej Lima Minit PPDa.

DATO’ HAJAH AZUYAH HASSAN

2
KATA-KATA ALUAN
KETUA SEKTOR
PEMBANGUNAN DAN KEMANUSIAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sekalung penghargaan diucapkan kepada panel penulis dan Unit PPDa Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah kerana dapat menyempurnakan tugas dalam menghasilkan Buku Mesej 5 Minit
PPDa. Berkat usaha dan sumbangan idea oleh warga pendidikan khususnya panel penulis
yang dipilih mencerminkan kesepaduan dan semangat juang yang tinggi dalam usaha
membanteras penularan virus Dadah, Alkohol, rokok, inhalan dan HIV/Aids atau D.A.R.I.H.
Adalah diharapkan usaha ini dapat menjana idea kreatif dan kritis dalam pelaksanaan info 5
minit PPDa di sekolah. Sesesungguhnya kerjasama ini memperlihatkan komitmen yang tinggi
dari semua pihak.

Seharusnya kesepaduan jalinan kerjasama dan iltizam warga sekolah dalam merealisasikan
hasrat sekolah bebas dadah turut dirasai oleh semua peringkat. Warga sekolah perlu lebih
perihatin dengan perkembangan semasa juga percambahan idea yang terhasil daripadanya
dijadikan renungan dan iktibar dalam merangsang minda murid serta komuniti. Para pendidik
perlu bijak melaksanakan tugas dan peranan tanpa mengabaikan pemupukan nilai-nilai dan
peradaban timur.

Semoga dengan penghasilan buku ini dapat menjadi panduan kepada guru dan murid di
samping memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Semoga usaha gigih ini akan memartabatkan lagi Tranfomasi
Pendidikan Negara kita.

HAJI HALIM BIN MANSOR

3
DADA
H

4
AKTIVITI 1

APAKAH ITU DADAH ?

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan


kemudaratan kepada kesihatan seseorang
pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani
(mental dan emosi) serta tingkahlaku. Dadah
digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik
atau dihidu. “Penyalahgunaan” dadah bermaksud
dadah itu disalahguna bukan untuk tujuan
perubatan.

CIRI-CIRI DADAH

a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas


sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan
dan penggunaannya adalah dilarang.
c. Diperolehi secara haram.
d. Membawa kepada penggantungan fizikal
dan psikologikal serta meningkatkan daya
tahan terhadap dadah.
e. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau
bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

5
AKTIVITI 2

JENIS –JENIS DADAH

Diperolehi dari tumbuhan pokok popi. Getah


dikeluarkan daripada buah popi dan
OPIAT dikeringkan seterusnya diproses menjadi
dadah seperti candu, morfin dan heroin.

Merupakan bahan kimia psikoaktif yang


STIMULAN meransang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu amfetamin
dan kokain.

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan


untuk semua jenis dadah yang diperoleh
GANJA/ daripada pokok ‘cannabis sativa’. Terdapat
KANABIS beberapa jenis ganja/kanabis seperti
Kanabis Herba, Hashish dan Minyak
Hashish,

Merupakan dadah jenis asli dan sintetik


yang mengubah pencerapan deria. Ia
HALUSINOGEN mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ilusi.

Termasuk juga ubat-ubat ‘sedative’ dan


‘transquilizer’. Ianya bertindak dalam sistem
DEPRESEN saraf tunjang manusia untuk
memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh.

1.Steroid
UBAT-UBATAN DAN
2.Gam, petrol dan inhalan yang lain
BAHAN YANG
DISALAHGUNA 3. Air Ketum

6
AKTIVITI 3

SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI

Najis dadah,
Jika kau suntik ditubuhmu,
Pelbagai penyakit akan menghinggap,
Meningtis memberi kesan jangkitan otak,
Tetanus bisa menyebabkan kancing gigi,
Pabila Endokarditis menyerang jantungmu,
Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D,
Maka,
Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu.

Oh rakan,
Seksa sungguh azab dadah itu,
Sekali kau mencuba,
Selamanya kan sengsara.

Najis Dadah,
Kesan secara makan melalui mulut,
Peparu dan hati mula merosak,
Buah pinggang tidak dapat berfungsi,
Otot-otot mula mengecut,
Tubuh mu mula lesu tidak bermaya,
Berat badan mula menyusut,
Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh!

Justeru rakan-rakan,
Jauhi dadah musuh Negara,
Kitalah penggerak ke arah …. generasi bebas dadah!

7
AKTIVITI 4

PANTUN : KESAN-KESAN DADAH

Jelapang padi diberi nama,


Negeri makmur dalam negara,
Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,


Makan siakap tiga rasa,
Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,


Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara,
Kerana dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,


Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,


Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.

8
AKTIVITI 5

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa


perubahan tertentu seperti rupa, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang
boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja , mutu kerja , disiplin dan hasil
kerja .
 Meradang tidak tentu sebab , selalu menguap dan tidak bermaya .
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyi apa - apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca - kaca dan berair atau mata
yang redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap
ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam wang daripada kawan - kawan atau mencuri barang - barang yang
mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja , saudara - mara atau kaum keluarga
 Selalu mengunjungi tempat - tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat
bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah .

9
AKTIVITI 6

CERITA :PERANGKAP DADAH

Fuad merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi


nakal. Dia selalu ponteng sekolah dan melepak di cyber
cafe. Puncanya, Fuad tertekan kerana ibu dan ayahnya
sering bertengkar di rumah. Fuad mula mengenali Zack
di cyber café tersebut dan mereka pun mulai rapat. Zack
sangat baik hati dan mengambil berat terhadap Fuad.
Fuad mula menyenangi Zack kerana selalu
membelanjanya makan dan memberikan wang saku
kepadanya. Zack juga selalu memberikan sejenis pil
yang dikatakannya mampu membantu Fuad melupakan
masalah keluarga yang dihadapinya. Fuad memberikan
sepenuh kepercayaan kepada Zack dan menganggap
Zack sebagai abang kandungnya sendiri. Lama-
kelamaan Fuad terlalu bergantung kepada pil tersebut
dan selalu meminta kepada Zack. Zack meminta
bayaran dengan alasan pil tersebut hampir kehabisan
stok. Malangnya semakin lama, harga pil tersebut
semakin tinggi. Setelah ketagihan, Fuad sanggup
menipu dan mencuri bagi mendapatkan bekalan pil
tersebut. Akhirnya, Fuad menyedari pil tersebut adalah
sejenis dadah.

RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan di atas
penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN
CEKAP!

10
AKTIVITI 7

LAGU : DADAH … BOLEH BLAH


(Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)

Engkau cuba buatku merana,


Tapi sayangnya ku keras kepala,
Engkau cuba buatku terpana,
Dari asmara …khayal dan gila.

Ku lepaskan,
Semua yang terkena,
Di dalam diam,
Dadah yang kudamba.

Ulang korus :
Kau fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Boleh blah.

Aku cuba bukan tak mencuba,


Hapuskan dadah, kau tetap bersama,
Di merata kau penuh agenda,
Serlahlah makna kau fikir ku siapa.

Ku lepaskan,
Semua yang terpendam,
Di dalam jiwa,
Sakit yang tak didamba.

Kau fikir aku siapa,


Kau fikir aku siapa,
Lemas Lemas dengan dirimu.(2X)

11
AKTIVITI 8

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?

Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah.

1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat penggunaan dadah.
Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan menghasilkan sikap
negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhi dadah.

2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada
terjebak dengan najis dadah.

3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui bahawa dadah bukanlah
jalan penyelesaiannya.

4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan masyarakat.

5. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.

6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak terhadap sesuatu
permintaan/tawaran yang membahayakan diri.

7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu anda untuk
menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.

8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan mudah untuk mencuba
dadah.

12
AKTIVITI 9

PANTUN DUA KERAT : GENERASI BEBAS DADAH

Bunga emas si bunga suasa,


Dadah itu perosak bangsa.

Sungguh harum si bunga cina,


Kerana dadah hidup merana.

Jebat derhaka berpaling tadah,


Ayuh kita membanteras dadah.

Jadilah kita generasi berwawasan,


Jangan terikut perangai syaitan.

Mari kita membenci dadah,


Membawa malang tak sudah-sudah.

Ganja bukan teman sejati,


Bermacam penyakit sedia menanti.

Tersalah langkah buruk padahnya,


Sesal kemudian tiada gunanya.

AIDS penyakit berbahaya,


Angkara najis dadah durjana.

Virus HIV tiada ubatnya,


Sekali terkena sengsara selamanya.

Oleh itu marilah kawan-kawan, kita perangi dadah habis-habisan.

13
AKTIVITI 10
LAGU TEMA PPDa

Usah biarkan masa berlalu pergi


Dalam meniti ranjau berduri
Wawasan negara
Kekal waja bina bersama
Harapan semua
Anak-anak bangsa
Kami sihat
Kami hebat
Kami kuat
Kami tekad
Tanpa mu
Diri bebas merdeka
Tanpa mu
Hidup riang cemerlang
Tanpa mu
Nusa bangsa gemilang
Tanpa mu
Negara pasti terbilang
Kita bersatu
Kita berpadu
Katakan…….laungkan

“KAMI BEBAS DARI DADAH”

MESEJ : Dibawah Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1983) seseorang akan dihukum
mati mandatori seksyen 39B jika didapati mengedar dadah. Menurut Akta Dadah
Berbahaya(1952), tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti
mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual,
memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar,
mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya.

14
15
AKTIVITI 1

APA ITU ALKOHOL?

Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?

Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil daripada proses
pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin. Alkohol juga merupakan
minuman yang mengandungi lebih daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol
yang diambil bagi tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan dan
pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan
“moods”.

Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia dapat memberi kesan
ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia dapat memberi kesan terhadap badan
peminumnya. Seorang yang ketagih pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
meninggal dunia 15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit
jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.

Rakan-rakan semua,

Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia merupakan salah
sebuah Negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh
penggunaan alkohol yang berlebihan seperti kanser semakin meningkat.

16
AKTIVITI 2

Sajak : Tangisan Kecil Alkohol

Terhempas ke sudut ruang tanpa mata


Dibatasi penghalang besar tembok kaca

Satu malam bercumbu gonggongan serigala


Terhanyut sungai air mata jauh bersama

Buta mencari nasi sesal menelan bubur


Aku, ular gurun fanatik penyedot lumpur

Membakar diri berbotol-botol tak peduli


Dingin, panas, tercekik benak gelap awani

Waktu seperti musuh, detik layaknya candu


Ke mana minit-minit cinta bersembunyi?
Berlalu?

Melihat cermin terpantul lagi tembok kotor


Tangisan kecil bias alkohol,
senyuman fana botol

17
AKTIVITI 3

PANTUN ALKOHOL

Berlayar ke negeri bambu


Dapat kipas berbulu domba
Tegak alkohol timbulkan candu
Belenggu diri dalam sengsara

Bunga teratai, bunga kenanga


Mekar di tepi sungai
Tuan, jangan jual asa
Biarkan alkohol hancurkan hati

Berburu ke Pulau Duri


Tinggalkan kampung halaman
Bahaya alkohol siap mengintai
Generasi muda penuh harapan

Piring plastik dari Palu


Terbang terbawa badai
Jika tuan tak ingin malu
Jauhkan alkohol dari diri

Ada kertas dalam botol


Terombang-ambing di tengah lautan
Wahai pemuda hindari alkohol
Kerana merosak masa depan

Bernyanyi di kebun jeruk


Dapat mangga berwarna biru
Alkohol buatmu mabuk
Fetal Alcohol Syndrome siap jangkitimu

18
AKTIVITI 4

JENIS-JENIS ALKOHOL

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih daripada 5%. Berikut
adalah antara jenis-jenis alkohol :

Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian memlalui


Anggur (Wine) proses pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan
anggur yang matang. Jumlah kandungan alcohol antara 8% hingga
14%. Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada
empat:

a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah


anggur putih ditambah aroma tertentu dan ditinggikan
jumlah alkohol dengan menambahkan minumam spirit
seperti red martini rossi.
b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang
baru dipetik.
c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan
gula pada pemeraman kedua sehingga terdapat
gelembung udara. Contoh champagne.
d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan
menambahkan gula dan spirit.

Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui


Spirit proses pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alcohol
yang tinggi iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada
dua iaitu :

a. Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya


tinggi dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti
brendi, cognac, tequila, vodka, rum dan wiski.
b. Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan
ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua.

19
Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan
Bir
hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.

Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% -


Arak dan Sake
30%.

Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman


nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi
Tuak
gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar
alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.

20
AKTIVITI 5

KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN

Kesan jangka pendek


Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia
menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar,
hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Kesan jangka panjang


i. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan
yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol
setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-tanda
sindrom tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk mendapatkan alkohol,
loya, muntah, demam, gila, sawan dan meracau.
ii. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan dan kebas.
iii. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
i) Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
ii) Muntah darah
iii) Radang kelenjar pankreas
iv) Anemia
v) Kekurangan zat makanan
iv. Kesan pada sistem kardiovaskular
i) Tekanan darah tinggi
ii) Strok
iii) Kerosakan otot jantung
v. Kesan psiko-sosial
i) Cemburu buta
ii) Murung
iii) Bunuh diri
iv) Penderaan terhadap keluarga

21
AKTIVITI 6

SAJAK : BAHAGIA TANPA ARAK

Bangkitlah kawan-kawanku...
Asahlah ilmu...hidupkan sumbu...
Halakan matlamat nan satu dengan penuh jitu
Arus kesengsaraan biarkan berlalu...
Gapai impian ...ciptalah kejayaan
Inilah tapak permulaan
Anjakkan semangat penuh keyakinan

Tataplah wajah ibu bapa kita


Adakah kegagalan yang ingin kita persembahkan?
Nasihat bagaimana yang kita harapkan?...Ingatlah...
Pesanan merekalah sumber rujukan
Agar bahagia kekal berpanjangan…

Ayuh rakan…, ayuh taulan…


Rancangkan hidup dengan berkesan
Arak pemusnah kita lupakan
Kekal bahagia sepanjang zaman…

22
AKTIVITI 7

SAJAK SECAWAN ARAK

Bawa kemari sedihmu,


Kalaupun aku gagal mengubahnya menjadi keping bahagia,
Setidaknya aku bisa membuatmu lupa.

Akulah candu bagi hati yang tersesat,


Membuatmu lupa segala bentuk kesedihan,
Namun aku bukanlah penyelesaian.

Benar,
Damaiku sesat,
Damai yang sesaat,
Dakap aku jangan lepas lagi.
Tuang saja usah ragu,
Hirup wangiku lalu telan dalam sekali tegukan.

Aku akan selalu menggodamu,


Menawarkan bahagia menghapus lara,
Saat kalian sadar makilah aku,
Nyatanya aku telah menjeratmu.

23
AKTIVITI 8

CERITA (KESAN ALKOHOL)

Ali seorang pemuda yang berakhlak mulia. Suatu hari Ali bertemu dengan Rizal,
seorang pemuda yang buruk akhlaknya. Rizal mengajak Ali merompak , tetapi Ali menolak dan
mengatakan yang perbuatan itu salah dan berdosa.
Rizal kemudiannya mengajak Ali minum bir, Pada mulanya Ali menolak. Setelah dipujuk oleh
Rizal, dengan mengatakan bir adalah minuman , Ali cuma perlu minum sedikit sahaja. Akhirnya
Ali termakan dengan pujuk rayu Rizal. Ali menerima pelawaan Rizal untuk minum bir.
Selepas meminum bir, Ali menjadi mabuk dan bertindak ganas. Ali telah bergaduh dengan Rizal
dan kemudian bertindak memukul Rizal hingga mati.

Pengajaran :

1. Alkohol menyebabkan Ali mabuk, tingkah lakunya menjadi ganas, dan seterusnya
bertindak membunuh.
2. Berhati-hati memilih kawan.

24
AKTIVITI 9

Pantun : JAUHI ALKOHOL

Jalan - jalan ke Semarang,


Jangan lupa beli rumbia
Jauhi alkohol mulai sekarang
Untuk kehidupan yang mulia

Beli udang di Pasar Jempol


Masak sambal atas rakit
Sungguh rugi peminum alkohol
Wang habis badan pun sakit

Kaki sakit terpijak semalu


Jumpa dengan anak Pak Kimu
Jika kita tak ingin dimalu
Jauhilah alkohol dari dirimu

Ada kertas dalam botol


Terumbang ambing ditengah lautan
Wahai kawan hindari alkohol
Kerana ia, perosak masa depan

Mak Limah pergi ke Johol


Pergi dengan Cik Rita
Waspada bahaya alkohol
Jangan sampai merugikan kita

Singgah sebentar di Sungai Bongkok


Melihat teruna menjamu selera
Jangan disentuh alkohol dan rokok
Kelak sia - sia ibadah kita

25
AKTIVITI 10

CERITA RINGKAS (JADILAH SEPERTI RASYID)

Cerita 1

Ini Rasyid
Rashid pelajar baik
Rasyid tahu keburukan minuman alkohol
Rasyid tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif
Rasyid segera jauhi alcohol
Rasyid bijak
Jadilah seperti rasyid

Cerita 2

Ini rasyid
Rasyid ada cita-cita
Rasyid tidak mahu terjebak dengan gejala negatif
Rasyid hebat
Jadilah seperti rasyid.

Menjelaskan secara ringkas tentang kesan negatif minum minuman beralkohol


a. Mempengaruhi proses pertumbuhan & pembangunan.
b. Kesan kepada kesihatan semakin teruk.
c. Proses pembelajaran terganggu (tidak dapat tumpu perhatian).
d. Masalah kenakalan (cenderung melakukan kesalahan).
e. Tekanan ekonomi (mendapatkan bahan) mendorong berlakunya kegiatan jenayah.

26
AKTIVITI 11

KESAN ALKOHOL KEPADA REMAJA

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan
mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja tersebut seperti dibawah.
Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada cabaran dan
tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih mendedahkan remaja kepada
tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti
memandu dalam keadaan mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila
mereka telah mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada
penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan menjadi mangsa
perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah kandungan luar nikah dan penyakit
kelamin.
Kesan kepada Psikososial
i) Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada
pelajaran.
ii) Remaja/ pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii) Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah tingkahlaku
‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti
negatif yang lain. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli
alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri
dan lain-lain.

27
28
AKTIVITI 1

SYAIR SENGSARA ROKOK

Sengsara hidup bangkai bernyawa,

Angkara rokok musuh durjana,

Marilah kita seia sekata,

Bulatkan hati kuatkan jiwa.

Penyakit kronik datang melanda,

Perokok sakit dimamah usia,

Menyedut racun bahan kimia,

Sedap di mulut diri merana.

29
AKTIVITI 2

LAGU VAPE (rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)

Rokok elektronik

Hisap wap nikotin

Kesannya negatif

Diri sendiri

Bila sudah cuba

Mesti mahu lagi

Rosak gigi kamu

Jantung dan hati

c/o:

Rokok elektronik

Vape nama diberi

Asap kepul-kepul

Buat sakit hati

Hei…

Jangan hampirinya

Nanti kau terseksa

Rokok elektronik

Baik buang saja

30
AKTIVITI 3

INFO SEBATANG ROKOK

BAHAN TOKSIK DALAM SEBATANG ROKOK

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam sebatang rokok. Di bawah hanya
beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia Sumber bahan


dalam rokok kimia

Metanol Bahan Api

Nitrobenzena Gasolin

Karbon Monoksida Asap kereta

Cecair pemetik
Butana
api

Logam dalam
Raksa
jangka suhu

Bahan utama
Vinil Klorida
plastik

Toulena Pelarut industri

Ammonia Pencuci lantai

Arsenik Racun tikus

Bahan utama
Kadmium
bateri alkali

Bahan utama
Stearik
dalam lilin

Sianida Racun berbisa

31
AKTIVITI 4

SELOKA: JANGAN MEROKOK!

Ini satu nasihat hamba,


Buat perokok yang di luar sana,
Jangan diteruskan budaya bahaya,
Rokok bawa kesan bahana.

Sekali kena payah untuk berhenti,


Berbatang-batang kau tak peduli,
Banyak duit dibazirkan membeli,
Sampai botak apa dah jadi?

Wahai perokok dengarlah ini,


Janganlah jangan cukuplah dan henti
Ingatlah insan di kanan dan kiri,
Kalau tak ingat nyawa sendiri.

Untuk berhenti masa masih ada,


Selagi anda masih sihat sejahtera,
Bila dah terlantar menyesal tak guna,
Walau darah jadi air mata.

Kepada perokok yang berhenti cuba,


Banyak jalannya jika berusaha,
Jika hendak pastinya ya,
Kalau tidak banyak alasannya.

Buat insan yang belum cuba,


Usah mula untuk tahu dan rasa,
Bak kata hamba di atas tadi,
Sekali kena payah untuk berhenti.

32
Akhir kalam dengarlah kata,
Rokok ini cukup bahaya,
Tiada langsung faedahnya mencuba,
Taruhannya besar yakni nyawa.

Janganlah jangan cuba mencuba,


Hatta hisap walau sesekali,
Jika hendak terpulanglah jua,
Tepuk dada tanya hati.

33
AKTIVITI 5

SAJAK : BAHAYA ROKOK

Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu

Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa

Sedarla wahai perokok


Merokok hanyalah penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..

34
AKTIVITI 6

INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK

 Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai orang mati
kerana merokok
 Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang yang
sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok
 Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon monoksid dan tar
 Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat,
mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah
 Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan darah
membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan akan menjadi
letih dan mengantuk
 Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus atau mulut

RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok. Peraturan


sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan
dibuang sekolah

35
AKTIVITI 7

CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK

Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai rokok.
Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga bangsaku berwarna hitam.
Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape,
shisha, itu semua cucu-cicitku. Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup
secangkir bahagia dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang sepatutnya
digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila dibakar. Tidak
mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku
maafkan wahai manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan
kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat. Kenapa aku maafkan
kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan bangsaku telah berjanji
aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit jantung. Jenis kanser?
Tidak perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu selamat,
tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah mencubaku. Tiada erti sihat
jika bersamaku.

36
AKTIVITI 8

TIPS BERHENTI MEROKOK 12 M :

1. Melengah-lengahkan -tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.

8. Membasuh tangan selalu.

9. Mandi dengan kerap.

10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi.

12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

37
AKTIVITI 9

MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STIK

Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni.

Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.

Sisi Jahat : Shisha stick ja.

Sisi Baik : Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick ada nikotin. Sedut
sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai otak.

Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.

Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.

Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa.

Sisi Baik : Bila dah kena Jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis, hepes, aspergillosis
dan helicobacter baru nak sedar?

Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu.

Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan apa ja penyakit
mudah berjangkit semua nak hinggap.

Aku : SHISHA PERGI JAUH-JAUH!

38
AKTIVITI 10

LIRIK LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK

(menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)

Anak Malaysia warga berbudaya,

Bertatasusila, berimej mulia,

Merokok hanya akan mencemarkannya,

Janganlah kita ketagih dengannya

Tak nak merokok hoi hoi

Tak nak merokok hoi hoi

Jika merokok banyak padahnya..

Tak nak merokok hoi-hoi

Tak nak merokok hoi-hoi

Kerana rokok cemarlah budaya

Anak Malaysia warga berupaya

Sihat sejahtera, cergas sentiasa

Merokok hanya melemahkan kita

Itulah bahaya jika menagihnya

39
Tak nak merokok hoi hoi

Tak nak merokok hoi hoi

Jika merokok banyak padahnya..

Tak nak merokok hoi-hoi

Tak nak merokok hoi-hoi

40
INHALAN

41
AKTIVITI 1

DEFINISI INHALAN

Pada suatu petang, Damia dan Ifti sedang bersiar-siar di taman permainan. Tiba-tiba mereka
teringat akan keratan akhbar yang dibaca semasa di sekolah tadi.

Damia : Ifti, awak ingat lagi keratan akhbar yang kit abaca di perpustakaan tadi?

Ifti : Ya Damia. Tajuk berita itu ialah Inhalan, Hiburan baru remaja kini. Tapi Damia,
apakah

yang dimaksudkan dengan inhalan?

Damia : Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan
daripada pelarut organik dan bahan meruap. Malahan, untuk pengetahuan awak,
bahan-bahan ini boleh dijumpai di sekeliling kita sahaja.

Ifti : Benar betul, Damia! Apakah bahan-bahan itu?

Damia : Antaranya ialah aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi,
penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Ifti : Wah, memang bahan kegunaan harian kita. Tapi Damia, kenapakah inhalan ini
berbahaya?

Damia : Ifti, sekiranya kita menghidu atau menyedut bahan-bahan kimia secara
berlebihan, inhalan ini boleh menyebabkan kematian sel otak dan boleh juga
berhadapan dengan risiko kecacatan akal.

Ifti : Jadi Damia, kita mestilah berhati-hati semasa menggunakan bahan-bahan ini dan
mengamalkan gaya hidup sihat supaya badan cergas dan minda cerdas tanpa
inhalan.

42
AKTIVITI 2

CARA PENGAMBILAN INHALAN

43
AKTIVITI 3

JENIS –JENIS INHALAN

1. Pelarut/cecair
 Cat, bahan pengilat,minyak tanah,petrol,gam,cecair pemadam dan dakwat pen
 Meruap pada suhu bilik
 Mudah dan senang didapati
 Thiner,pembersih cat,cecair dobi,gam,cecair pemadam dan cecair penanda

2. Bahan gas
 Pemetik api,gas peti sejuk,kloroform, haloten dan nitrous oksida
 Pelali perubatan contoh eter,kloroform,halothane
 Digunakan dalam produk di rumah

3. Aerosol
 Pemetik api, pewangi,penyembur rambut,pelindung fabric
 Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut

4. Bahan nitric
 Bertindak meransang sistem pusat
 Climax,popers,rush,locker room

44
AKTIVITI 4

KESAN PENYALAHGUNAAN INHALAN

Kesan Penyalahgunaan Inhalan boleh dibahagikan kepada 5.

1. Kesan Serta-merta

2. Kesan Jangka pendek

3. Kesan Jangka panjang

4. Psikologi

5. Sosial

Kesan Serta Merta:

i. Euphoria
ii. Terangsang (Excitation)
iii. Bersin
iv. Batuk
v. Semput (Wheezing)
vi. Berdebar-debar
vii. Loya, muntah, cirit-birit
viii. Halusinasi

45
AKTIVITI 5

KESAN JANGKA PENDEK

Berikut 14 kesan Jangka Masa Pendek yang dapat dilihat kepada penagih Inhalan

i. Pening
ii. Loya
iii. Sakit kepala
iv. Keliru
v. Lemah otot badan
vi. Hilang kawalan pergerakan
vii. Pertuturan tidak jelas
viii. Pengsan
ix. Agresif
x. Semut-semut (tingling) atau kebas pada hujung kaki & tangan
xi. Tiada Perasaan (apathy)
xii. Kesukaran berfikir
xiii. Hilang kawalan diri
xiv. Kesan teruk seperti kerosakan otak dan kematian mengejut boleh berlaku semasa
penggunaan pertama

46
AKTIVITI 6

KESAN JANGKA PANJANG

i. Organic Brain Damage – Psychosis – Dementia


ii. Kerosakan kekal sistem saraf, hati, otot, sumsum tulang & buah pinggang
iii. Hilang berat badan
iv. Gangguan penglihatan – kerosakan pada saraf periferi
v. Hilang deria bau
vi. Kurang / hilang pendengaran
vii. Kerosakan paru-paru
viii. Sesak Nafas
ix. Kesan kepada otak dan tubuh
a. Korteks serebral: kerosakannya boleh menyebabkan perubahan dalam personaliti,
hilang daya ingatan, halusinasi dan masalah pembelajaran
b. Serebelum: kerosakanya boleh menyebabkan masalah pengimbangan dan
pergerakan
c. Hipokampus: kerosakanya boleh menyebabkan masalah daya ingatan

47
AKTIVITI 7

KESAN PENGAMBILAN INHALAN (KERATAN AKHBAR)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah

 Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan dadah kerana ia


mampu merosakkan orgam dalam badan dalam tempoh yang singkat.
 Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan masyarakat
memandang enting gejala tidak sihat ini.
 Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan estet.
 Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan kanak-kanak dan
remaja yang menetap di flet perumahan kos rendah.
 Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :
o Kesan kepada jantung
o Kanser Hati
o Kerosakan Buah Pinggang
o Kerosakan Otak
o Kegagalan Paru-paru

48
AKTIVITI 8

Boria Inhalan

Cerita hari ini tentang inhalan

Disalah guna memberi kesan

Jangan sengaja kita amalkan

Boleh akibat pelbagai kesan

Ewah…..

Bermacam jenis bahan inhalan

Yang kita guna dalam kehidupan

Jangan jadikan diri bebanan

Pada keluarga dan juga rakan

Kesan inhalan sangat bahaya

Hilang ingatan dengan tiba-tiba

Halusinasi menyusul pula

Benda yang tiada dikatanya ada

Ewah..

Jika inhalan jadi amalan

Apa ditutur tiada siapa peduli

Kita seperti dalam khayalan

Dengan masyarakat menjauhkan diri

Ewah..

49
Penagih inhalan buruk kesannya

Menjadi ganas dengan tiba-tiba

Badan pun kurus tiada selera

Kesan tempias pada negara

50
AKTIVITI 9

PANTUN NASIHAT INHALAN

Pagi-pagi menetak dahan,

Dahan pokok banyak duri;

Jauhi diri dari inhalan,

Jika diamal merosak diri.

Setiap petang berjalan-jalan,

Sambil berjalan berpimpin tangan;

Banyak kesannya mencuba inhalan,

Batuk muntah lemah badan.

Jika selalu mengambil inhalan,

Memberi kesan jangka panjang;

Jika diambil secara berterusan,

Rosak otak dan buah pinggang.

Wahai kawan dengarkan ini,

Pantun nasihat jadi panduan;

Pandai-pandailah menjaga diri,

Jangan tersalah memilih kawan.

51
AKTIVITI 10

Lirik Lagu Lenggang- Lenggang Kangkung

Lenggang-lenggang kangkung

Kangkung tepi telaga

Jangan ambil inhalan

Kelak membawa duka

Lenggang-lenggang kangkung

Kangkung tepi telaga

Dari hidu inhalan

Baik hidu bunga

Lenggang-lenggang kangkung,

Kangkung berikat-ikat

Langkah biar bersantun

Baru hidup berkat

52
AKTIVITI 11

SAJAK SALAHGUNA INHALAN

Aku tidak ingin mencuba dulunya

Namun pengaruhmu

Jadikan aku luntur, aku lemah.

Maafkan aku ibu, ayah

Ampunkan aku adik; abang; kakak

‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan

Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka

Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba.

Namun

Kudratku tidak sehebat mana rupanya

Aku jatuh lemas, tewas.

Maafkan aku ibu, ayah

Ampunkan aku adik; abang; kakak

‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan

Aku ingin melangkah kembali

Ke jalan benar dengan iman dan amal

Langkah penuh gagah

Selamat tinggal inhalan!!

53
Hati – hati kawan Betul… betul…
kawan semua !!! betul !!!!!!!!
Jauhkan diri kamu
daripada HIV dan
AIDS… Bahaya tau !!!!
Takut !!!

54
AKTIVITI 1

SYAIR KAMI ADALAH SAHABAT (HIV AIDS)

HIV Aids jangan dihina,

Pesakit disayang selami jiwa,

Boleh berkawan sesama kita,

Salam dan sentuh tidak mengapa.

Makan bersama main bersama,

Bersin dan batuk bukanlah punca,

HIV Aids takkan terkena,

Andai ilmu penuh di dada.

55
AKTIVITI 2

SAJAK HIV AIDS PEMBUNUH

Dalam meniti kedewasaan ini

Benteng iman cuba diruntuh

HIV AIDS menerjah jiwa manusia

HIV AIDS kau menjalar ke urat darah

Berkongsi jarum saling menyuntik membunuh sel-sel anti bodi

Lesu…layu...bangkai bernyawa

Hilang arah lupa kiblat

HIV AIDS menggoda , memujuk rayu

Seks bebas menjadi sajian nafsu serakahmu

Tewas merana menunggu mati

Tanpa diduga ia juga hadir

Meragut kebahagian

Perpindahan darah dari pesakit HIV AIDS

Buat insan yang tidak berdosa

Menempah maut bersama-sama

Kejam…kau amat kejam…

Pergi lah kau…jauh…jauh…

56
AKTIVITI 3

DIALOG PENDEK : SIMPTOM HIV AIDS

(Suasana di bilik doktor di sebuah hospital bersama-sama dengan pesakit HIV AIDS positif)

Pesakit HIV AIDS : Selamat pagi, doktor. (sambil batuk-batuk)

Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk. Apa perkembangan hari ini, En. M ?

Pesakit HIV AIDS : Kurang selesalah , doktor. Saya ni…sejak dua hari lalu asyik

cirit-birit jer…dah la tak lalu makan. Letih saya ni….doktor.

Doktor : ooo…begitu. Saya faham. Macam mana dengan bengkak pada leher,

ketiak dan pangkal paha En.M yang lalu?

Pesakit HIV AIDS : Itu pun satu hal juga, doktor. Lihat ni… mulut saya,

Penuh dengan bintik-bintik putih. Macam ulser..tapi…sakitlah,

Doktor.

Doktor : En.M, penyakit ini dinamakan penyakit kandidiasis iaitu penyakit kulit

yang disebabkan sejenis kulat di bahagian mulut dan tekak.

Semua yang En.M alami sekarang ini adalah simptom-simptom

jangkitan HIV AIDS seperti mana yang saya cakap dulu kepada En.M

Doktor : En. M, ada tak tanda-tanda yang En.M alami selain yang kita

bincangkan tadi ? Contohnya berpeluh pada malam hari ?

Pesakit HIV AIDS : Ya…betul tu doktor. Saya selalu berpeluh pada waktu malam.

Doktor : Tak mengapa En.M. Banyakkan bersabar dan jangan putus asa.
Mudah-mudahan, setiap penyakit ada penawarnya.

57
AKTIVITI 4

INFO HIV AIDS

"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh
sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang
menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk
melawan penyakit.

Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh
dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam
tubuh individu yang belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti
kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:

� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan

Aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti
berikut:
1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah

Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :

� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau


tandas ataupun melalui gigitan nyamuk

� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut

58
adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah
digalakkan untuk menderma darah.

� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang
didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS.
Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai
tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.

� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana
virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS

59
AKTIVITI 5

LAGU HIV / AIDS

AIDS membawa bencana


AIDS tak kenal mangsa
Membawa derita sengsara
Siapa saja yang menghidapnya
Jauhi dari gejala dadah
Dan perhubungan jenis rambang
Yang menjadi punca durjana
AIDS mengancam manusia
Amalkan hidup secara sihat
Dapat menghindar dari AIDS
Hidup kita lebih mulia
Di samping keluarga bahagia

60
AKTIVITI 6

IT IS REAL, ISN’T IT? (POEM HIV)

Gloomy Wednesday morning


It brought long painful shock to be healed
Even Sunday was not shining
So many dark sides should be revealed

Memory is not always about sweetness


Sometime it makes us hurt and gives us bitterness
Some other times it borrows us love
But only in this way we can learn how to live

Hundred times she asks


Does God give it as her curse? Or as an ordeal?
Thousand times God answers
It’s not a big deal

Day by day, these tiny black dots come up


Spread out from the top to the bottom of their body
Itcy, croup, and fever are never truly covered up
Like happy mushrooms in rainy

Terrible weariness is a new best friend


Ready to come whenever it wants
While only distrust left for real former friend
Pulled away from their side whatever it takes

Even if they lost much of their weight,


Even if they lost their grateful health,

61
Even if they lost a lot of wealth,
Promise they’d love to keep in faith.

Life is too priceless to be ended this way


Even death approaches closer than another day
Nothing can change the gift of precious life
No matter what God puts into their chance of life

There must be a reason for any storm cloud


And there must be a rainbow after all
As red as saint blood
So then the virus could leave them all

62
AKTIVITI 7

KISAH PEMUDA HIV AIDS

Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada berkongsi jarum
suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 34, menanggung bahana
daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan menghidap penyakit HIV positif.

Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak menganggap
disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah dalam kehidupannya. Sebaliknya
dia bersyukur. Disahkan sebagai penghidap HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah
dengan kata-kata. Bahkan, Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak baginya
mengenal erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang Maha Esa.

“Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al Fatihah pun saya
tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,” tuturnya yang gemar dengan aktiviti
menghidu gam sejak usianya 15 tahun. Daripada aktiviti menghidu gam, Haikal mula terlibat
dengan penyalahgunaan dadah.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Haikal akhirnya
ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan dipenjarakan sebanyak empat kali. Di penjara,
Haikal mula mengenal agama dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.
Ketika di penjaralah dia mendapat berita yang mengejutkan.

“Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV positif. Namun, saya
bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di
Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dengan membantu memberi khidmat kaunseling kepada penghidap HIV / AIDS.

63
AKTIVITI 8

INFO HIV / AIDS

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENGHIDAPI PENYAKIT HIV /


AIDS

1. Memahami apakah itu AIDS


 Aids merupakan Aquired Immunodeficiency Syndrom
 Aids berpunca daripada virus Human Immunodeficiency Virus
 Aids merupakan sejenis penyakit yang merosakkan sistem imun anda
2. Jangan melakukan hubungan seks yang tidak dilindungi ( seks bebas )
3. Jangan berkongsi picagari / jarum
4. Dapatkan maklumat tentang latarbelakang penderma organ / darah
5. Elakkan daripada tersentuh dengan darah orang lain
6. Aids tiada penawar

64
AKTIVITI 9

TANDA-TANDA POSITIF HIV

Kasihan Manan. Sejak akhir-akhir ini dia kelihatan sangat lemah dan lesu. Badannya juga
semakin kurus. Dalam masa dua bulan berat badannya turun mendadak sehingga 8 kg. Tidur
malamnya juga sering terganggu kerana kerap berpeluh. Manan juga kerap diserang demam
panas, batuk dan cirit-birit. Selain itu, Manan juga mengalami ruam kulit serta ulser dalam
mulutnya.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Manan diberitahu kesemua itu adalah tanda-tanda
individu yang positif HIV. Antara yang diterangkan oleh pegawai perubatan seseorang yang
menghadapi HIV/Aids menunjukkan tanda-tanda;

 Terlalu lemah dan lesu


 Penurunan berat badan yang mendadak
 Demam panas yang kerap
 Peluh malam
 Kelenjar limfa membengkak
 Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
 Cirit-birit yang kronik
 Batuk kronik
 Hilang ingatan
 Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

Manan sangat menyesal dengan sikap dan tingkahlaku buruknya selama ini. Manan berharap
para remaja dan golongan masyarakat tidak melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat
sehingga menjejaskan kesihatan dan masa depan masing-masing. Pilihlah rakan dan kawan
yang sesuai untuk masa depan. Say no to HIV and Aids!!

65
AKTIVITI 10

PANTUN HIV DAN AIDS

Kayuh rakit di Sungai Ular,

Kayuhan kuat bersama-sama;

Penyakit AIDS mudah menular,

Jagalah diri jangan terkena.

Riuh rendah suara teriak,

Kakak merenung sambil bersimpuh;

Andai HIV sudah membiak,

Pertahanan badan menjadi lumpuh.

Tanam petola pokok menular,

Jaga duri terkena sakit;

Bila Aids sudah menular,

Badan mudah dijangkiti penyakit.

Jalan-jalan keliling taman,

Sambil menghirup sedapnya susu:

Hidup mesti punyai iman,

Jangan ikut hawa dan nafsu.

66
TAK NAK…

TAK NAK……

67
AKTIVITI 1

APA ITU KETUM

Tahukah rakan-rakan, apakah itu ketum ?

Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga
pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk
rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk
penagihan heroin.

Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh,
ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk
mengurangkan rasa pahitnya.

Pada 03 Oktober 2005 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan
bahawa meminum air ketum sehingga memabukkan dengan mencampurkan bahan-bahan lain
seperti ubat batuk, lingkaran ubat nyamuk dan minuman ’Coke’ hukumnya adalah haram.

RUMUSAN : Penagihan ketum hukumnya haram dan amat berbahaya kepada kesihatan .

68
AKTIVITI 2

KESAN – KESAN PENAGIHAN KETUM

Masih ingatkah lagi rakan-rakan apa yang telah kita telah belajar minggu lepas iaitu apakah itu
ketum. Minggu ini kita akan belajar pula tentang kesan penagihan ketum ke atas diri kita :

Antara kesan buruk penyalahgunaan daun ketum ialah

 susut berat badan


 insomnia
 anoreksia
 bibir menjadi kering
 sembelit atau kesukaran membuang air besar.
 kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi
 Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
 sengal-sengal sendi
 mudah marah
 hilang motivasi
 hilang kawalan diri
 rasa bosan dan malas
 kurang sensitive terhadap kesakitan fizikal dan emosi
 anak mata menjadi sempit

RUMUSAN : Setelah kita mengetahui kesan buruk akibat ketagihan air ketum maka hendaklah
kita menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan masalah air ketum.

69
AKTIVITI 3

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH KETUM

Rakan-rakan,

Kenalkah rakan-rakan akan ciri-ciri penagih ketum ?

Sekiranya seseorang itu kerap mengambil air ketum, ianya menjadi satu tabiat buruk.
Penyalahgunaan daun ketum sebenarnya boleh menimbulkan gejala-gejala kurang sihat
seperti:

a) keganasan,
b) permusuhan,
c) pengeluaran air mata yang kerap,
d) sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi,
e) kerap membuang air kecil dan
f) sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).

Manakala penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang pula menghasilkan
tingkahlaku berikut :

a) gejala tarikan/gian fizikal


b) merasa seram sejuk,
c) muntah,
d) cirit-birit,
e) mudah marah
f) sering menjadi letih-lesu.

 Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 atau 5 hari.

RUMUSAN : Setelah mengenal ciri-ciri penyalahgunaan air ketum maka dapatlah kita
berwaspada dengan orang-orang yang terlibat dengan air ketum ini.

70
AKTIVITI 4

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH KETUM

Penagih ketum mempunyai masa depan yang kurang cerah . Rakan-rakan, hari ini saya akan
menjelaskan kepada rakan-rakan mengenai masa depan seorang penagih dadah.

a) Jadi seorang pemalas


b) Hilang fokus dalam pelajaran
c) Susah untuk lulus peperiksaan
d) Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah
e) Dipulaukan oleh masyarakat
f) Susah dapat kerja
g) Sering dicaci dan dicurigai
h) Dibenci dan dihina
i) Dibuang kerja atau sekolah
j) Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
k) Masa depan yang gelap

RUMUSAN : Setelah mengetahui bahawa penyalahgunaan air ketum ini tidak mempunyai masa
depan, maka pilihlah jalan selamat dengan tidak terlibat dengan penyalahgunaan air ketum.

71
AKTIVITI 5

APA ITU MITRAGYNINE ?

Mari kita mengenali apakah itu Mitragynine dalam ketum.

Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun
1952. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan,
pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.
Kesannya adalah sama dengan morfin iaitu seseorang itu akan merasa khayal , rasa pening
dan mengantuk.

RUMUSAN : Jelaslah bahawa mitraginin termasuk di dalam bahan terlarang mengikut Akta
Racun 1952. Oleh itu jauhilah air ketum.

72
AKTIVITI 6

HUKUMAN PENAGIHAN KETUM DI MALAYSIA

Hukuman bersabit penagihan ketum adalah seperti berikut :

Hukuman jika sabit kesalahan di bawah seksyen 30(30 ) boleh dikenakan denda di bawah
seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10000 atau penjara sehingga 4 tahun
atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi kita sebagai murid sekolah pula, kesan sampingan yang dihadapi oleh
seseorang itu ialah :

a) Ponteng sekolah sehingga boleh dibuang sekolah.


b) Bermusuhan dengan guru-guru
c) Boleh terjebak dengan masalah kecurian
d) Boleh terjebak kepada penyalahgunaan dadah

RUMUSAN : Kesan penyalahgunaan air ketum membawa diri seseorang itu kepada masalah
sosial yang lebih teruk.

73
AKTIVITI 7

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR TERJEBAK PENAGIHAN KETUM

Rakan-rakan,
Kita telah mempelajari pelbagai perkara tentang ketum. Minggu ini, kita akan melihat pula
faktor-faktor pelajar terjebak penagihan ketum.
a) Diri sendiri
-Sikap Ingin Mencuba.
-Ingin keseronokan
-Kekurangan Kasih Sayang.
-Tekanan jiwa

b) Rakan sebaya
-Inginkan penerimaan rakan-rakan
-Tersalah pilih rakan

c) Ibu bapa
-Tidak pedulikan anak
-Ibu bapa kurang faham tanggungjawab
-ibu bapa bercerai

d) Sekolah
- Kurang kawalan sekolah terhadap gejala social seperti buli, rokok.
- kurang hubungan degan ibu bapa tentang masalah murid.

e) Masyarakat dan persekitaran


- Masyarakat tidak peduli
- Kawasan persekitaran yang negative

RUMUSAN : Semua pihak hendaklah bekerjasama dan berperanan dalam membendung


masalah penagihan air ketum.

74
Lampiran

JADUAL PELAKSANAAN MESEJ 5 MINIT PPDa

MURID
BIL TARIKH TAJUK GURU BERTUGAS
BERTUGAS

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

75
23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

DISEMAK OLEH; DISAHKAN OLEH;

……………………………………
…………………………………………

(PK HEM) (GURU BESAR/PENGETUA)

76
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

PANEL PENULIS

BIL NAMA JABATAN/SEKOLAH


1 AMRAN BIN ZAKARIA JPN KEDAH
2 ARIFF BIN ARIFFIN JPN KEDAH
3 SUHAIMI BIN OTHMAN JPN KEDAH
4 HAJI MOHD ZAKRI BIN BAKAR SMK SERI ENGGANG, BALING
5 ROSIDI BIN CHE SU SMK BALING
6 KHAIRUL ZAHILAH BINTI KHAIRUDIN SMK TAMAN KENARI
7 FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM SK MERBAU PULAS
8 NOR SYAHIDAH BINTI ABDUL RAZAK SK LANGKAWI
9 AYUNI JALILAH BINTI JAAFAR MAKTAB MAHMUD LANGKAWI
10 FAZIRAH BINTI AWANG SMK BATU 5, JALAN JENIANG
11 SADINA BINTI MAT DIN SK SIMPOR
12 SAFIZA BINTI ISMAIL SK SULTAN AHMAD TAJUDIN
13 ROSNAH BINTI MD ZAIN SMK PERMATANG BONGLAI
14 MOHAMAD FAIZAL AHMAD NORIMAN SMA ISLAHIAH ISLAMIAH, LUBUK MERBAU
15 MAHAMAD FUAD BIN ZAKARIA SK KURONG HITAM, KUALA NERANG
16 NOROLHUSNA BINTI HARUN SK HAJI ISMAIL
17 NOORSHALIZA BINTI ZULKIFLI SK BUKIT PAYONG
18 NOORZARINA BT ABDULLAH SK PENDANG
19 SALINA BINTI MOHAMAD SK MERGONG
20 ISMAJULIAN BINTI ISMAIL SMK TUNKU PUTRA, LANGKAWI
21 HALIJAH BINTI MAHMUD SMK SULTANAH BAHIYAH
22 SITI AISHAH BINTI MOHD DANI SMK ALOR JANGGUS
23 MOHD SHAHRUL IZWAN BIN ZAKARIA SMK ALOR JANGGUS
24 NORZILAH BINTI HJ AHMAD SMK TUNKU SULONG
25 ASMADIE BIN ANUAR SMK TUNKU SULONG
26 MOHAMMAD YADZNI BIN MAJID SK DATO’ WAN KEMARA
27 ROHANITA BT UMAR SK KUALA NERANG
28 WAN NUR MARIANI BT AHMAD ZAHRI SK KUALA NERANG
29 ZAITON BINTI ZAKARIA SK TAMAN RAKYAT

77

Você também pode gostar