Você está na página 1de 2

ANALISIS KAJIAN

Profil Responden

Seramai 4 orang responden lelaki dan 6 orang responden wanita telah ditemubual dalam kumpulan
berfokus. Majoriti responden telah berkahwin dan menetap di kawasan tersebut bagi tempoh yang
panjang. Majoriti responden dalam kumpulan tersebut berumur antara 33 hingga 48 tahun. Walaupun
telah berusia, tetapi mereka masih aktif dalam melakukan aktiviti harian. Manakala golongan belia
lebih berminat bekerja di luar.

1. Kepercayaan

Pada asalnya, suku Temuan mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka iaitu kepercayaan
animisme di mana mereka tidak menganuti mana-mana agama. Mereka lebih mempercayai akan
wujudnya semangat alam seperti kubur, pokok dan sebagainya. Kini, penduduk Asli Temuan telah
menganuti agama berikutan penyebaran agama dalam perkampungan mereka. Akan tetapi, majoriti
penduduk disana masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Rajah 1 menunjukkan
seramai 35% penduduk asli Temuan menganuti agama Kristian, 30% memeluk agama Islam dan 35%
selebihnya masih berpegang kepada kepercayaan animisme.

Kepercayaan suku asli Temuan

35% 35% Kristian


Islam
Animisme

30%

2. Kegiatan Ekonomi

Rajah 2 menunjukkan 82 peratus responden bekerja sendiri berbanding dengan 18 peratus yang
bekerja luar iaitu dalam sektor kerajaan dan swasta. Pekerjaan sendiri merangkumi penjualan sumber
bukan makanan yang diperoleh daripada hutan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Kayu
gaharu, nibong, umbut kelapa, herba dan sebagainya adalah sumber bukan makanan. Aktiviti
pencarian kayu gaharu menjadi pekerjaan utama penduduk dengan hasilnya dijual seminggu sekali.
Pekerjaan sampingan ialah menganyam kraftangan daripada rotan, lempit, bertam dan sebagainya.

Di samping itu, masyarakat Orang Asli juga mencari hasil hutan lain untuk dijadikan sebagai sumber
pendapatan sampingan seperti mencari petai untuk dijual, menoreh getah, pertukangan dan
sebagainya. Ada juga antara mereka yang tidak menjual hasil hutan tersebut malah dijadikan sumber
makanan mereka seharian. Antara hasil hutan yang biasanya menjadi sumber rezeki mereka
termasuklah pucuk ubi, rebung, umbut kelapa, sayuran hutan sebagainya. Mereka menjadikan sumber
hutan sebagai sumber makanan demi mengurangkan bebanan mereka kewangan mereka untuk
membeli-belah barangan pengguna.

Kegiatan Ekonomi suku asli Temuan

18%
Bekerja
sendiri
Bekerja
luar
82%

3. Budaya Tradisi

Perayaan nenek moyang merupakan perayaan terpenting bagi suku kaum Asli Temuan yang masih
mengamalkan animisme. Perayaan ini akan disambut pada setiap 31 Disember saban tahun. Pada hari
tersebut, mereka akan berkumpul beramai-ramai di kawasan lapang bagi meraikan tahun baru yang
akan bermula. Dalam perayaan tersebut, suku kaum Asli Temuan akan mengadakan tarian sewang
dan diikuti dengan alunan muzik. Tarian sewang merupakan tarian tradisi suku kaum Asli Temuan di
mana, penari-penari akan memakai pakaiaan tradisi yang diperbuat daripada kulit kayu bagi
persalinan lelaki, manakala bagi perempuan pula mereka akan mengenakan pakaian yang diperbuat
daripada daun nipah atau mengkuang serta perhiasan daun kelapa yang dianyam untuk dijadikan
selempang yang dililit di pinggang, kepala dan dada. Disamping itu, tarian sewang merupakan tarian
yang boleh menyembuhkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan roh-roh si mati. Namun kini,
sewang lebih dikenali sebagai acara bersuka-ria bagi menyambut tetamu dan sebagainya.

Você também pode gostar