Você está na página 1de 2

Terkilan aset Tabung Haji dijual, diurus

bukan Islam

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR 27 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO terkilan dan kesal apabila
mengetahui aset-aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bernilai RM19.9 bilion telah
dijual dan dipindahkan daripada tabung dana itu kepada sebuah syarikat bertujuan khas
(SPV) yang diurus sepenuhnya bukan Islam.
Kekecewaan itu dizahirkan Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu,
sejak awal lagi, Pemuda UMNO berasa amat curiga apabila Menteri di Jabatan Perdana
Menteri mengumumkan pemindahan atau penjualan aset-aset Tabung Haji kepada SPV
yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Katanya, Tabung Haji boleh sahaja mewujudkan SPV yang kekal di bawah seliaannya
sebagaimana model-model penerbitan sukuk yang dilakukan oleh banyak institusi dalam
dan luar negara dengan tujuan menstrukturkan kembali kedudukan aset dan liabiliti di
dalam kunci kira-kira institusi berkenaan.
“Pergerakan Pemuda UMNO amat terkilan dengan jawapan bertulis Datuk Seri Dr.
Mujahid Yusof di Parlimen kelmarin yang akhirnya mengakui bahawa aset-aset Tabung
Haji (TH) bernilai RM19.9 billion telah dijual dan dipindahkan daripada TH kepada sebuah
SPV (Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.) yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas
Sdn. Bhd. yang mana ketua pegawai eksekutifnya, Chen Yin Heng.
“Persoalannya apakah tiada langsung tokoh-tokoh Islam bumiputera yang berkelayakan
menguruskan harta umat Islam? Apakah jaminan aset-aset bernilai yang selama ini dimiliki
oleh umat Islam melalui institusi yang cukup dihormati dunia Tabung Haji satu persatu
tidak dikhianati dan jatuh ke tangan orang lain?,” katanya menerusi status dalam
Facebook hari ini.
Tambah Asyraf Wajdi, Mujahid juga bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam
bahawa penstrukturan korporat Tabung Haji melalui penjualan aset-aset kepada SPV
adalah telus dan tiada kompromi terhadap kepentingan umat Islam termasuk aspek
pematuhan syariahnya.
Ini berikutan terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksinya yang
melibatkan aset-aset umat Islam sebelum ini.
“Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar Mujahid mengambil tanggungjawab sepenuhnya
selaku menteri yang diamanahkan menjaga kepentingan institusi terulung umat Islam,
Tabung Haji dengan memberikan jawapan yang telus dan tuntas atas segala keresahan
rakyat terutamanya di kalangan umat Islam hari ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/terkilan-aset-tabung-haji-dijual-diurus-bukan-
islam-1.870884

Você também pode gostar