Você está na página 1de 4

Laporan Amali 3 (Amali 7)

Tarikh: 5 Mac – 9 Mac 2017

Tajuk Amali: Pergerakan makanan dan sistem penghadaman manusia.

Pengenalan: Sistem penghadaman adalah satu proses metabolisme dalam badan


untuk mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat makanan menjadi
nutrisi. Penghadaman ialah proses pemecahan zarah-zarah makanan yang
besar menjadi molekul-molekul boleh larut ringkas yang dapat diserap ke
dalam sel. Sistem penghadaman merangkumi pencernaan fizikal dan
pencernaan kimia. Pencernaan fizikal ialah pemecahan makanan secara
mekanikal untuk menghasilkan butir makanan yang kecil. Pencernaan kimia
ialah proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi molekul ringkas.
Contohnya, molekul protein diuraikan kepada peptida dan akhir sekali asid
amino.

Objektif: Untuk mengenalpasti pergerakan makanan dan struktur sistem


penghadaman manusia.

Prosedur:

1. 3 orang pelajar dikehendaki makan makanan serta minuman yang sama


selama 5 hari berturut-turut
2. Menu makanan yang diambil haruslah seimbang dari segi karbohidrat,
protein, lemak serta serat-serat makanan yang diperlukan
3. Catatan bilangan pelajar buang air besar akan dibuat pada setiap hari.
Rajah 1 : Menu harian yang diambil

Keputusan:

Jadual sistem penghadaman


Pelajar Hari – 1 Hari – 2 Hari – 3 Hari – 4 Hari – 5

A √ √ √ √ √

B √√ √ √

C √ √

Berdasarkan jadual catatan bilangan pelajar membuang air besar selama 5


hari, dapat kita dapati dengan jelas disini bahawa pelajar A dapat membuang air
besar pada setiap hari selama 5 hari berturut-turut iaitu sehari sekali dimana
merupakan jumlah yang diperlukan oleh seorang manusia yang mempunyai sistem
penghadaman yang baik serta sihat. Pelajar A mungkin seorang pelajar yang aktif
serta mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, pelajar A haruslah
mengekalkan gaya hidup sihat ini supaya pergerakan makanan serta sistem
penghadamannya berjalan lancar seperti biasa.
Seterusnya, dapat kita lihat dengan jelas bahawa pelajar B dan juga pelajar C
tidak membuang air besar pada setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pelajar B dan
C mempunyai sistem penghadaman yang kurang efisyen. Faktor gaya hidup juga
memainkan peranan yang besar disini dimana seseorang yang aktif dalam
melakukan aktiviti harian akan mempunyai badan yang sihat serta sistem
penghadaman yang lebih efisyen. Oleh yang demikian, pelajar B dan juga pelajar C
boleh mengatasi masalah penghadaman ini dengan mengambil makanan yang
mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran serta buah-buahan yang dapat
membantu proses penghadaman supaya lebih lancar serta efisyen. Selain itu,
mereka juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pengambilan air juga amat penting dalam
proses penghadaman ini. Setiap individu sepatutnya minum 8 gelas air setiap hari
bagi melancarkan proses dlam tubuh badan kita.

Berikut merupakan struktur sistem penghadaman manusia yang bermula dari mulut
lagi. Disini amat penting kerana semasa mengunyah makanan, proses
penghadaman itu sebenarnya sudah bermula. Jadi penting bagi kita untuk
mengunyah makanan sehingga hancur atau lumat sebelum menelannya.

Kesimpulan

Pergerakan makanan dan struktur sistem penghadaman manusia itu sebenarnya


bergantung kepada individu itu sendiri dimana cara pemakanan serta gaya
hidup sihat dapat membawa kearah sistem penghadaman yang efisyen. Oleh
itu, pentingnya untuk menekankan kepentingan pemakanan seharian kita.
Rujukan

Donald C. Ricco (2010). Fundamental of Anatomy Physiology. Clifton Park NY.


Cengage Learning

Oatis, Carol A. Kinesiology: The Mechanics and Pathomechanics of Human. 2nd ed.
Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins, 2009. Print

Você também pode gostar