Você está na página 1de 7

AKTIVITI ANSUR MAJU

1. Hantaran dada berpasangan tanpa bola. ( Statik )

Pemain A ( Melakukan hantaran )

1) Bersedia melakukan hantaran.


2) Berdiri tegak dan siku diletakkan di sisi badan seperti dinyatakan dalam fasa lakuan .

3) Meletakkan ibu jari di belakang bola dengan betul seperti di dalam rajah .
4) Diminta membuka kaki seluas bahu dan berada dalam keadaan stabil dan seimbang.
5) Semasa hantaran dibuat , kaki yang dominan digerakkan ke hadapan sambil lutut
dibengkokkan.
6) Seterusnya siku dan jari-jari diluruskan serentak sementara pergelangan tangan menolak
bola .

7) Langkah yang sama diulang sebanyak 10 kali sebagai latih tubi kemahiran asas
hantaran dada.
Pemain B (Menerima hantaran )

1. Bersedia untuk menerima hantaran yang dibuat oleh pemain A . Pastikan berada dalam
kedudukan yang stabil dan selesa .
2. Berkeadaan lutut dibengkokkan sementara kedua-dua tangan ke hadapan seperti di rajah

3. Apabila bola diterima , bola dirapatkan sambil kaki yang berada di hadapan ke
belakang seperti di rajah
4. Langkah diulang sehingga murid-murid dapat menguasai kemahiran menghantar bola
dengan menggunakan hantaran dada tanpa bola.

2. Hantaran Dada dengan bola (Dinamik )

1. Pelajar akan membentuk 1 bulatan kecil yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan .

2. Untuk pusingan yang pertama , seorang pelajar (Pelajar A) yang dipilih akan berlari ke
tengah bulatan .
3. Pelajar yang berada di sebelah kanan kawasan kosong (Pelajar B) akan membaling
bola kepada pelajar yang berada di dalam bulatan dengan menggunakan hantaran dada
.

4. Pelajar yang berada di tengah bulatan merima bola hantaran aras dada , dan
membaling semula bola tersebut kepada pelajar yang berada disebelah kanan pelajar B
(Pelajar C) .

5. Hantaran yang dibuat mestilah hantaran aras dada dan setiap hantaran mestilah
dilakukan dengan betul tanpa melakukan kesalahan gerak kaki .
6. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua pelajar merasai pengalaman berlari ke tengah
bulatan .
7. Aktiviti ini diulang sebanyak 3 pusingan sebagai latih tubi .

PERMAINAN KECIL

Nama Permainan Kecil : Bom

Organisasi : Setiap kumpulan 5 orang .

Prosedur :

1) Pelajar diasingkan kepada dua kumpulan .


2) Kumpulan pertama di zon A dan kumpulan kedua di zon B .
3) Pemain daripada zon A perlulah menghantar bola kepada pemain di zon B selepas
membuat 3 hantaran di dalam zon A .

4) Sekiranya pelajar di zon B tidak dapat untuk menyambut bola tersebut , maka satu mata
akan diberikan kepada kumpulan pertama yang berada di zon A .
5) Pasukan di dalam zon A dan zon B , bergilir-gilir membuat hantaran aras dada dan
menerima hantaran sehingga masa tamat .

Você também pode gostar