Você está na página 1de 9

LAPORAN PERKEMBANGAN MURID BERDASARKAN ANALISIS DAN INTEPRESTASI

DATA YANG DIPEROLEH.

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu proses yang amat
penting yang berperanan untuk mengukur tahap perkembangan kanak-kanak yang berumur
0 hingga 8 tahun. Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran yang dirancang dan dikendalikan
oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang bersifat formatif
melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis.

2.0 PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN MURID

Pada peringkat permulaan, pentaksir telah menentukan aspek yang hendak ditaksir pada
kanak-kanak sama ada aspek perkembangan kognitif, perkembangan afektif atau
perkembangan psikomotor. Pentaksir telah memilih aspek perkembangan kognitif untuk
melihat tahap kognitif kanak-kanak melalui aktiviti yang dijalankan. Pentaksir telah memiih
beberapa kaedah penilaian untuk melihat perkembangan murid. Antara kaedah yang dipilih
ialah membuat rekod senarai semak, rekod skala kadar dan pemerhatian hasil kerja.
Pemilihan perancangan penilaian dan pentaksiran ialah berdasarkan masa yang diberikan.
Pentaksiran menggunakan kaedah pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan serta pemerhatian terhadap hasil kerja yang telah dihasilkan oleh
murid. Kemudian pentaksir akan menyediakan instrumen-instrumen penilaian. Pentaksir akan
menjalankan pentaksiran dalam masa sejam iaitu sejam sebelum murid-murid rehat.
Sebelum memulakan proses pentaksiran, pentaksir meminta kebenaran telebih dahulu
dan memberitahu waktu yang dipilih untuk melaksanakan proses pentaksiran sebelum
melaksanakanakannya. Sebelum memulakan proses pentaksiran, pentaksir telah memilih
murid yang hendak ditaksir. Pentaksir akan mengumpul maklumat-maklumat peribadi murid
untuk melihat latar belakang murid melalui guru kelas prasekolah. Melalui maklumat-
maklumat tersebut, pentkaksir dapat mengenali murid dengan lebih mendalam. Seterusnya,
setelah mengumpul maklumat melalui pemerhatian, pentaksir akan memindahkan maklumat
pada instrumen yang telah dibina. Kemudian pentaksir akan menganalis data yang diperoleh.
3.0 ANALISIS DAPATAN
Berdasarkan instrument penilaian yang dibina dan maklumat yang telah dikumpul
berdasarkan pentaksiran yang dijalankan pentaksir telah mengkaji perkembangan kognitif
dari segi bahasa, sains awal dan matematik awal murid Y tersebut. Hasil dapatan senarai
semak yang dibangunkan, saya dapat melihat tahap perkembangan murid dari aspek
kognitif. Pada permulaan perkenalan murid Y seorang murid yang agak pemalu dan kurang
berinteraksi dengan pentaksir. Namun setelah aktiviti dijalankan murid Y lebih selesa untuk
menjalankan aktiviti. Dalam kemahiran mendengar dan bertutur murid dapat mendengar
dan memahami dan memberi respons secara gerak laku atau lisan. Aktiviti pertama yang
dijalankan ialah murid dikehendaki melakarkan di atas kertas berdasarkan cerita (rajah 1)
yang disampaikan oleh guru kemudian diikuti aktiviti kedua iaitu membuat bentuk
menggunakan alatan.

Pada suatu hari terdapat sebuah rumah yang sangat besar di


tengah-tengah hutan. Terdapat 2 ekor burung terbang bebas di
awan. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri di hadapan rumah yang
besar tadi. Kemudian di sebelah kanan rumah terdapat 3 batang
pokok yang tinggi. Di bawah pokok terdapat sebuah kolam ikan
yang sangat cantik. Di atas bumbung rumah terdapat satu
matahari yang bersinar di pagi hari.

Rajah 1
Murid Y dapat melakarkan apa yang disampaikan oleh guru dengan baik. Rujuk rajah 2.
Berdasarkan aktiviti yang dijalankan pentaksir dapat membuat penilaian dan petaksiran
menggunakan senarai semak, skala kadar dan pemerhatian hasil kerja perkembangan
kognitif. Berdasarkan senarai semak, pentaksir mendapati murid telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam perkembangan kognitif iaitu kemahiran mendegar dan
bertutur serta kemahiran menulis bagi perkembangan bahasa (rujuk rajah 3). Semasa
aktiviti 1 dijalankan murid Y mendengar dan memahami dan memberi respons terhadap
arahan guru. Murid memberi respons terhadap cerita guru dengan melukis di atas kertas.
Namun semasa aktiviti berjalan, guru bersoa ljawab dengan murid Y namun murid Y tidak
dapat berinteraksi dengan baik dengan guru. Murid Y hanya bertanya pada rakan
sebelahnya berbanding guru. Berdasarkan analisis, murid Y lemah dari segi
menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar. Murid Y teragak-agak untuk melukis
ideanya, murid Y akan melihat rakan sebelahnya terlebih dahulu sebelum mula untuk
melukis.

Rajah 2 menunjukkan hasil kerja murid pada aktiviti 1

BILANGAN PENILAIAN REKOD SENARAI SEMAK


PERKEMBANGAN KOGNITIF
BELUM
MENGUASAI
(TIDAK)
26%

TELAH MENGUASAI
(YA)
74%

Rajah 3 menunjukkan bilangan penilaian rekod senarai semak perkembangan kognitif


Seterusnya dalam aktiviti 2, pada peringkat permulaan murid dikehendaki mencari 5 objek
yang mempunyai pelbagai saiz. Murid Y mendengar arahan guru dengan baik. Oleh itu
murid Y telah mencari objek yang mempunyai pelbagai saiz. Kemudian setelah tu, murid
dikehendaki menyesun objek yang dipilih mengikut ciri seperti objek yang bersaiz kecil dan
bersaiz besar. Hal ini menunjukkan murid mempunyai kemahiran dalam mengelaskan
objek dalam sains awal. Secara tidak langsung, murid Y dapat menunjukkan perbandingan
ukuran saiz objek.
Selain itu, murid juga mempunyai kemahiran membanding kuantiti objek. Murid Y
memberitahu kepada rakannya bahawa dia masih belum mengumpul objek yang cukup
iaitu 5. Hal ini menunjukkan sikap kerjasama antara murid Y dengan rakannya. Kemudian
berbalik kepada perkembangan kognitif, murid Y mempunyai masalah dalam membuat
seriasi saiz dari kecil ke besar. Murid Y tidak dapat meyusun seriasi objek dengan betul
(rujuk rajah 4).

Rajah 4 menunjukkan murid Y melakukan seriasi objek

Aktiviti diteruskan dengan murid dikehendaki membentukkan bentuk-bentuk dengan


menggunakan objek. Melalui aktiviti ini, didapati murid Y dapat mengecam bentuk-bentuk
mudah seperti segiempat sama, segi empat tepat, segitiga dan bulat. Hal ini jelas
menunjukkan murid Y mempunyai kemahiran yang terkandung dalam standard kandungan
MA 6.2 menghasilkan binaan berdasarkan bentuk-bentuk yang biasa dijumpai di
persekitaran (rujuk rajah 5)
Rajah 5 menunjukkan murid membuat bentuk bulat menggunakan objek

Penilaian Rekod Skala Kadar Perkembangan Kognitif


3.5

2.5

1.5

0.5

0
1 2 3 4 5

Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran menulis Sains awal Matematik awal

Rajah 6 menunjukkan carta penilaian rekod skala kadar perkembangan kognitif

Kesimpulannya, pentaksir dapat merumuskan bahawa murid Y mempunyai pekembangan


kognitif yang baik (rujuk carta 6). Namun masih memerlukan tindakan susulan untuk
memperbaiki kelemahan.
4.0 TINDAKAN SUSULAN

Untuk meningkatkan perkembangan murid, tindakan susulan hendaklah dilaksanakan


untuk meperbaiki kelemahan. Tindakan susulan bertujuan untuk mengatasi kelemahan
kanak-kanak dan memperkukuh kelebihan kanak-kanak yang sedia ada. Menurut Surayah
Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009) terdapat 3 jenis tindakan susulan iaitu aktiviti
bimbingan, aktiviti mengukuhan dan aktiviti pengayaan. Aktiviti bimbingan ialah aktiviti
yang tertumpu kepada kanak-kanak yang belum dapat menguasai kemahiran yang
dipelajari. Oleh itu untuk memperbaiki kelemahan murid Y dalam menyampaikan idea yang
didengar ialah, guru perlu melakukan aktiviti yang memudahkan murid untuk menguasai
kemahiran tersebut. Guru perlu kreatif dalam memilih aktiviti bimbingan supaya kanak-
kanak tidak menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran tersebut. Guru boleh
memberi rangsangan dengan menunjukkan puppet, kad imbasan atau sebagainya untuk
merangsang idea pemikiran murid. Selain itu, guru boleh melakukan aktiviti bermain doh
untuk membantu murid dalam menyampaikan idea mereka.
Selain itu, untuk mengukuhkan lagi kemahiran yang diperoleh kanak-kanak, guru perlu
menjalankan aktivi pengukuhan. Murid Y telah menguasai pelbagai kemahiran dalam
matematik. Oleh itu guru perlu memperkukuhkan lagi aktiviti dengan melakukan explorace
di sekitar prasekolah. Guru memberikan murid bergerak dalam kumpulan kemudian
mereka perlu mencari sampul surat yang terdapat di sekitar bilik darjah. Kemudian di dalam
sampul surat terdapat puzzle yang bergambar pelbagai jenis bentuk. Murid perlu
menyelesaikan puzzle tersebut dan menyebut nama bentuk tersebut. Kumpulan yang
dapat menyelesaikan tugasan awal akan diberikan bintang.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, proses pentaksiran dan penialain terhadap perkembangan kognitif


adalah sangat penting. Berdasarkan penilaian ini, guru dapat mengenal pasti taham
perkembagan kognitif murid. Perkembangan kognitif merangkumi segala perkara yang
berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasinya. Perkembangan kognitif juga merupakan
paras pengetahuan dan keupayan murid menggunakan pengetahuan tersebut untuk
memahami dunia di sekitar mereka (Rohani Abdullah, 2001).
RUJUKAN

Nik Azis Nik Pa, & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd .

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Surayah Zaidon , & Haslinda Md. Ali . (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah . Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing .
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Portfolio Murid

 Maklumat murid

 Maklumat ibu bapa

2. . Dokumen Pentaksiran

 Rekod senarai semak

 Rekod skala kadar

 Pemerhatian hasil kerja

3. Pelaporan

 Pengenalan

 Perancangan pentaksiran dan penilaian

 Analisis dapatan

 Tindakan susulan

 Rumusan

4. Rujukan

Você também pode gostar