Você está na página 1de 21

Keganasan Dalam Sukan

KEGANASAN DALAM SUKAN


i) PENGENALAN
Sifat dan sikap agresif memang sinonim dengan sukan terutamanya sukan yang
berbentuk kontak seperti ragbi,hoki,bola sepak,bola jaring dan beberapa jenis sukan
yang lain.Terdapat beberapa contoh insiden yang melibatkan keagresifan dalam
sukan khususnya tindakan sesetengah pemain yang melakukan kekasaran yang
melampau terhadap lawannya.Sebagai contoh,tindakan beberapa orang pemain
pasukan Kelantan yang melakukan tindakan kasar terhadap pemain Negeri
Sembilan di peringkay suku akhir pertandingan Piala Malaysia pada tahun 2000
yang lalu.
Keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku.Ianya merupakan
satu fenomena tingkahlaku yang sentiasa berlaku dalam sukan.Ianya juga dikenali
sebagai suatu perlakuan yang bermatlamat atau mempunyai niat sehingga boleh
menyebabkan dan mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan
psikologikal.
i) DEFINISI
Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk
tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas
benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari
dicederakan.Manakala menurut Wann (1997) pula,keganasan dalam sukan adalah
satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal,
verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri
dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada harta
benda yang berpunca dari kemarahan.Silva (1981) pula menyatakan bahawa
keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan
kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk
mengelakkan tindakan tersebut.
Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan
oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat,
perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya
adalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira
kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif. Sikap agresif
kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.Keagresifan yang
terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin
kecil.Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan sewaktu pertandingan.Setiap
jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza-beza.
ii) TEORI KEGANASAN
a) Teori Naluri (Instinct Theory)
Teori Naluri diasaskan berdasarkan kepada penulisan psikologis tersohor Sigmund
Freud dan seorang ethologis,Konrad Lorenz.Freud (1950) melihat keagresifan
sebagai naluri dalaman atau sesuatu yang tertanam dalam diri manusia sama
seperti lapar,dahaga serta nafsu seks.Oleh kerana ia merupakan naluri semulajadi
manusia sifat agresif ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh
dikawal serta diluahkan dengan pelbagai cara.Antaranya dengan menggunakan
aktiviti sukan sebagai salah satu cara untuk meluahkan tekanan keagesifan dengan
cara yang dibenarkan dalam konteks masyarakat kita hari ini
Menurut pendekatan Teori Naluri ini keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk
menghilangkan tekanan yang terpendam dalam diri seseorang individu.Proses
meluahkan keagresifan ini disebut sebagai katarsi.Segala bentuk perlakuan yang
lasak dan kasar dianggap sebagai proses meluahkan keagresifan yang terpendam
ataupun katarsis.Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk melepaskan
keagresifan yang terpendam kerana ia dianggap sebagai tempat untuk melepaskan
tekanan yang dibenarkan.Contohnys,seorang pentinju boleh meluahkan
keagresifannya di gelanggang tinju manakala seorang pemain ragbi boleh
melepaskan “geram” dengan membuat tackle terhadap pemain lawan di padang
permainan.

b) Teori Frustration-Aggression
Teori ini berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan
kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini
telah dikemukan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada
berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard,Doob,Miller
dan Mower (1939).Namun pada hari ini,kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya
kerana tidak semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif
dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman.Kajian dan pengalaman telah
menunjukkan bahawa seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif
sewenang-wenangnya Malah,menurut Gill (1986),sikap agresif tidak selalunya
ditonjolkan dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan
dalam pertandingan sukan.Contohnya,terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang
kecewa dalam sesuatu pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap
agresif dalam diri mereka di samping menggunakan pengalaman-pengalaman
lampau.
c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini menerangkan agresif sebagai sikap seseorang yang belajar melalui
penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil.Sebagai contoh,ahli psikologi
Bandura (1977) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang melihat orang dewas
melakukan sesuatu yang ganas akan meniru perbuatan tersebut lebih banyak
berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah dengan perbuatan yang
ganas.Malah,menurut kajian yang dilakukan oleh Smith (1988) terhadap sukan hoki
ais,yang mana terdapat pergaduhan sukan tersebut dan tindakan yang agresfi itu
telah dilakukan oleh pemain-pemain yang lebih professional di mana tindakan yang
agresif itu merupakan sesuatu yang normal dalam permainan sukan hoki ais.Kajian
Pembelajaran Sosial dalam sukan juga menunjukkan bahawa kebanyakan atlet tidak
diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang dengan sendirinya
dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainan-permainan yang
lepas.Bandura (1977),Thirer (1993) telah menekankan bahawa peranan penting
orang lain banyak membantu dalam mengawal atau menyebabkan sikap
agresif,memandangkan model pembelajaran adalah orang yang bersikap agresif.
iii) JENIS-JENIS KEAGRESIFAN
a) Keagresifan Ketara
Silva (1984), menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain
(ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami
kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut
terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.
Contoh:
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang
pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan
kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang
tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan)
semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan
kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat
oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan
pemain pertahanan.Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain
pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain
tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
b) Keagresifan Intrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain,
bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan,
hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut
sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

Contoh:
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan
lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat
beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada
rakannya yang lain.Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan
pasukannya memenangi perlawanan tersebut.Dalam contoh ini, niat untuk
mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama
pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.
c) Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang
dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat
(kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak
timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu
tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-
peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada
pemain lawan.
Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain
lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan
permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun,
jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan,
ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih”
serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

iv) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Kebangkitan Fisiologi.
Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di persekitaran
dan bunyi bisisng penoton.Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan
untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang
selesa,rimas serta mudah marah.Justeru itu,kesilapan yang sedikit atau tindakan
yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan
menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif.Ini telah
dibuktikan oleh Reifman,Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan
secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang
dibaling oleh pembaling (pitcher).Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin
agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena
balingan pembaling tersebut.
Satu lagi factor yang berkait rapat dengan kebangkitan fisiologi dalam sukan adalah
kebisingan.Kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan
kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut.kajian
yang telah dijalankan oleh Donnerstein dan Wilson (1976),Green (1978) dan Glass
dan Singer (1972) mendapati kebisingan yang tinggi tahap desibelnya merangsang
respon agresif individu terbabit.Justeru itu,kebisingan penonton stadium menjadi
pemangkin kepada tindakan agresif para pemain (Wann,1997)
2. Persepsi Individu Yang Dikasari
Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi)
bahawa beliau akan dikasari oleh oihak lawan.Dalam konteks ini,persepsi tentang
niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih “kukuh” dari
kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di
kalangan pemain.Justeru itu,pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan
dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.
3. Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal Diterima
Takutkan tindak balas yang bakal diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya
akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan.Dengan
kata lain,setiap pemain menghormati pemain pasukan lawannya dan masing-masing
cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak secara agresif.Bagaimanapun akan
sampai satu tahap di mana setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan itu
menjadilkan suasana perlawanan menjadi lebih sengit.Kesannya tindakan atau
perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan
dibalas dengan tindakan yang sama ataupun lebih,untuk menunjukkan siapa yang
lebih hebat.Akhirnya,perlakuan agresif akan sampai ke kemuncaknya jika
perlawanan tidak dikawal dengan baik.

4. Perbezaan Mata Dan Jaringan.


Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin
besar perbezaan mata atau jaringan ,maka semakin banyak kekasaran yang
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan
(Cox,1999).Bagaimanapun jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah
mata kecil,kurang perlakuan agresif dilakukan oleh pihak yang terlibat iaitu pemain
dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain
melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

5. Lokasi Perlawanan
Biasanya,pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif
kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah
pasukan sebagai tuan rumah.Bagaimanapun,menurut Russell (1981),ia bergantung
kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang
dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak,pasukan yang bermain di tempat lawan
biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan
mereka,manakala bagi hoki ais,ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri
ataupun di tempat lawan (Cullen & Cullen,1975).

6. Keputusan Pertandingan
Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang
untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan
yang memenangi perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan
Teori Frustrasi-Agresif (Cullen & Cullen,1975).

7. Kedudukan Pasukan Dalam Liga


Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang
melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di
bawah.Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,pasukan yang Berjaya lazimnya
sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa
kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.Justeru itu,mereka bertindak secara
agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

8. Jangka Masa Dalam Permainan


Umumnya,perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat
sejajar dengan peningkatan masa permainan.Bagaimanapun, kenyataan ini juga
bergantung kepada jenis permainan.Yang jelas,keagresifan jarang berlaku di awal
masa permainan.

9. Penggunaan Steroid
Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana
kesan sampingannya.Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan
keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid.Justeru itu sebagai
jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan,kita perlu memastikan agar pemain
tidak mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang sebelum mereka mengikuti
pertandingan.

v) CARA-CARA MENGATASI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul
Jurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan mengajar mereka untuk bersikap dengan
baik dan menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu bermain dalam
sesebuah pertandingan.Jurulatih juga perlu mendisiplinkan atlet untuk mengawal
keagresifan mereka bukan sahaja sewaktu bermain malah selepas tamatnya
sesebuah pertandingan terutama sekali jika mereka terpaksa berhadapan dengan
kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji perwatakan seseorang atlet
tersebut.Misalannya,mendapatkan biodata atlet yang merangkumi latar belakang
keluarga,rakan-rakan terdekat,pengambilan makanan,sejarah penyakit serta segala
maklumat yang penting berkaitan dengan atlet tanpa mengganggu privasi atlet.
Dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet,jurulatih juga sepatutnya tahu
bagaimana hendak menyelesaikan masalah di samping menunjukkan tindakan yang
tidak ganas.Cmtohnya, menurut Miller (1993),di sebuah sekolah di Maryland
terdapat satu program yang menawarkan latihan untuk memperbaiki suasana
sekolah.Program ini dimulakan dengan mengenalpasti pelajar yang berketrampilan
dan berkemahiran berkomunikasi yang baik akan bertindak sebagai perantara dalam
menyelesaikan konflik dengan pelajar yang bermasalah.Ketua rakan sebaya ini akan
mengajar cara-cara menyelesaikan masalah tanpa tidakan yang ganas.Walaupun
contoh ini bukan satu-satunya model penyelesaian masalah,namun ia jelas
menunjukkan kepentingan mengajar kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah
tanpa tindakan ganas.
2. Ceramah Motivasi
Menyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang pada kebiasaannya disampaikan
oleh pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu
menerapkan unsur-unsur fair-play kepasa atlet.Dengan cara itu,mereka bukan
sahaja diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinan diri,konsentrasi dan
motivasi malah telah diberikan suntikan tentang perlunya “ semangat kesukanan”
semasa bertanding.Dengan cara tersebut,ia boleh membantu mengelakkan sikap
agresif.

3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium.


Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal
tindakan ganas yang dilakukan oleh penonton.Di sini terdapat beberapa strategi
umum bagi mengawal tindakan agresif penonton.Antaranya,mengharamkan
pengambilan alcohol kepada penonton dalam sebarang pertandingan
sukan.Pemeriksaan perlu dilakukan di pintu masuk penonton bagi mengelakkan
mereka daripada membawa masuk barang-barang yang membahayakan seperti
mercun,kayu,benda-benda tajam serta minuman memabukkan.

4. Memisahkan Penyokong Pasukan


Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan
atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium.Perkara tragis perlu dielakkan
seperti yang berlaku di beberapa Negara Eropah di mana ramai penonton mati
akibat pergaduhan antara penyokong.

5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga


Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga,maka kita akan menjaga kesopanan
serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi


Maklumat.
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap
perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif.Ini adalah kerana kewujudan
sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar
api dendam di antara pemain,malahan di antara paa penyokong.Ini akan
menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang
berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds
United dan Kelab Galatasary dari Turki.

vi) RUMUSAN
Kesimpulannya,keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka
yang terlibat mempunyai niat yang positif untuk bersama-sama mengatasi keadaan
ini.Pengiat sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda
di bawah didikan masing-masing dapat bertanding dalam suasana yang selamat
dan kondusif.

BIBLIOGRAFI
Nota Psikologi Sukan
http://sainssukan.forumotion.com/t87-psikologi-sukannota (diakses pada 10 Februari
2012)
Keganasan Dalam Sukan
http://www.scribd.com/doc/58352554/KEGANASAN-DALAM-SUKAN (diakses pada
15 Februari 2012)
Keganasan dan Keagresifan dalam Sukan
http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html
(diakses pada 20 Februari 2012)
http://www.lmsipda.net/lms/course/info.php?id=123 (diakses pada 24 Februari 2012)
Mohd Sofian Omar Fauzee, (2002). Psikologi Sukan; Daya Tahan Mental Dan Emosi

Di Kalangan Atlet. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2001). Psikologi Sukan; Aplikasi Teori dan Praktikal

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan

Psikologi, Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan,Kuala

Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

KEGANASAN / KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

žKEGANASAN/KEAGRESIFAN

1. Fenomena tingkah laku

2. Sentiasa berlaku dalam sukan

3. Tindakan – akibatkan – kecederaan kerosakan

4. Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau


mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha
untuk mengelakkan tindakan tersebut.
5. Wann (1997): keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk
mencederakan secara fizikal, verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba
mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan

6. Melibatkan

6.1 Atlet

6.2 Pegawai

6.3 Jurulatih

6.4 Penonton

7. Jenis-jenis keganasan/keagresifan

7.1 Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja


bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah
atau kecewa

7.2Keagresifan instrumental: tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk
mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran

7.3 Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak
lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan

PUNCA-PUNCA KEGANASAN
1. Psikologi

PROVOKASI

Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

TEKANAN EMOSI – (STRESS)

Prestasi di bawah jangkaan


Jangkaan menang – kalah
Provokasi pihak lawan & penonton

JANGKAAN PERLAKUAN KASAR

* Atlet jangka akan dikasari – bertindak agresif

KURANG PENGETAHUAN

*Sukan Kontak – pijak pemain yang jatuh


* Penonton tidak tahu undang - undang

2. Persekitaran

LOKASI PERTANDINGAN
*Sokongan Padu – penyokongt tuan rumah
*Pelawat – tindakan balas

CUACA

* Cuaca Panas - bertindak agresif

* Hujan – padang licin

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

* Kalah – tertekan – bertindak agresif

ASPEK KESELAMATAN

* Tahap keselamatan – longgar


* Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
* Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

3. Biologi

HORMON ADRENALIN

*Hormon – meransang
*Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising

KEBANGKITAN FISIOLOGI
* Naik semangat

* Respon Unik

* Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat

KESAN STEROID

* Steroid – kesan sampingan – mood sukar dikawal

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN

Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi


keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan kajian
tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan dalam sukan.

i. Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di
persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat dengan
kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang
selesa, rimas dan mudah marah.

Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan
oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk
bertindak secara agresif. Manakala kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh
meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut.
Kebisingan yang tinggi akan merangsang keagresifan.

ii. Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal mangsa
merasakan bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, pesepsi tentang
niat pemain lawan untuk mengkasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan
atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif dikalangan pemain.
Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan
cara yang sama ke atas pihak lawan.

iii. Takut kepada tindak balas yang diterima – Takutkan tindak balas yang diterima dari
pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu
perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati pasukan lawannya dan
masing- masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak agresif.
Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar lawannya dan
tindakan ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih sengit. Kesannya, tindakan
atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas
dengan tindakan yang sama ataupun lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat.
Akhirnya, perlakuan agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal
dengan baik.

iv. Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais
mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ).

v. Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak
lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga
maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung
kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.

Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana
mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama
jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).

vi. Keputusan PertandIngan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya
tidak berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain
pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan
Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975 ).

vii. Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas
dalam liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang berada di
kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang
berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah
kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan. Dengan itu, mereka akan bertindak
secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

viii. Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu
perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan.
Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas,
keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.

ix. Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan
ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah
peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu,
sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak
terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.

Kebimbangan Dalam Sukan (anxiety)


KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi
pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu
terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu
yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai


kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002)
kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat
stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau
bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan
kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit
sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika
merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap
bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)


Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu
seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2. Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)


Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi
di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3. Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)


Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat
dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut
terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
4. Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)
Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang
terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai
contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan
mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan
kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga
membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada
busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan
seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata
akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah
menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan
meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas
meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan,
semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah
tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas
atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar
kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan
situasi.

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan
meningkat dalam suatu situasi yang teruja.
1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang
boleh mengugat ego atlit tersebut.
2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang
mengancam harga diri seseorang.
3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana
seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang
boleh mencederakannya.
4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan
tekanan dan kebimbangan.
5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa
pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6 th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang
paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara
ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam
inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan
responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan
gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah
dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu.
Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan,
tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan
yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap
kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas
pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda
kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot
merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk
mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran
menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam
dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan
memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan
fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis
dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur
kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk
mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek
psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan
maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan
kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu,
kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi.
Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman
(1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal


selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang
terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh
Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika
(cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu
bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu
kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita
memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum
serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan


berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan
somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan
bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga
hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan
berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan
sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif


dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan
seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi
sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera,
1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam
bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

Dalam konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah dua


konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah berbeza dan
memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza. Walau bagaimanapun
kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu sama lain dan juga
berkait rapat dengan stres. Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state
(state anxiety) atau stres berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould
dan Krane (1992) pula menyatakan bahawa kebimbangan juga dianggap sebagai
implikasi emosi atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan.
Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan stres dalam
sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai sesuatu yang
memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada perasaan atlet
bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya, atau akan
mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud dalam aktiviti
sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih kuat, atau
mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang penting seperti
pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan ini boleh
menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai tahap
keyakinan dan penghargaan diri yang rendah.
Menurut Spielberger (1972), kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu:
a. Kebimbangan state (state anxiety)

Kebimbangan state ialah kebimbangan dalam bentuk sementara yang berbeza dari
segi intensitinya, seimbang dengan kekuatan pada tanda penurunan rasa takut.
Kebimbangan state mengandungi komponen kognitif dan somatik. Kebimbangan
kognitif seperti kekhuatiran mempunyai ciri-ciri tanggapan negatif dan imej
kegagalan. Manakala kebimbangan somatik merujuk kepada simptom fizikal dan
fisiologi seperti gementar dan berpeluh. Contohnya, apabila seseorang bercakap di
depan khalayak ramai buat pertama kali, akan menunjukkan tanda keresahan
seperti menggeletar dan berpeluh. Martens et al. (1990) menjelaskan
kebimbangan state kompetitif ialah perasaan tertekan yang disebabkan persepsi
individu terhadap situasi yang sedang dan akan dihadapi sebagai satu keadaan
yang memberi ancaman. Kebiasaannya, tanda-tanda kebimbangan state ini akan
diukur menerusi simptom-simptom somatik (fisiologi) dan kognitif (psikologi).

b. Kebimbangan Trait (trait anxiety)

Kebimbangan trait adalah lebih lama berbanding kebimbangan state. Individu yang
mempunyai kebimbangan trait atau juga disebut sebagai A-trait person mengalami
kebimbangan atau ketakutan terhadap sesuatu benda yang tidak spesifik. Individu
jenis ini juga mungkin dihantui oleh kebimbangan akibat peristiwa-peristiwa lampau.
Individu jenis A-Trait tahap tinggi mempunyai kebarangkalian mengalami
kebimbangan state yang ekstrem. Kajian Weinberg dan Hunt (1976), dan Anshel et
al. (1993) juga mendapati bahawa kebimbangan memberi kesan penurunan
kemahiran koordinasi otot di kalangan individu A-state.

Walau bagaimanapun, bukan seperti kebimbangan, proses kebangkitan tidak dilihat


sebagai emosi yang kurang menyenangkan, kerana punca berlakunya kebangkitan
tidak semestinya disebabkan sesuatu peristiwa yang negatif, tetapi boleh jadi positif.
Kebangkitan dalam sukan biasanya dikaitkan dengan desakan (drive), penggiatan
(activation), kesediaan (readiness) atau keterujaan (excitation). Keaktifan dalam
pergerakan tubuh badan dan minda bagi mencapai tahap persembahan yang
diperlukan oleh atlet hanya dapat dicapai jika atlet dapat menghasilkan tahap
kesediaan atau kebangkitan fizikal dan psikologi yang diperlukan. Anshel (2003)
telah mengkaji aspek emosi dalam kebangkitan termasuklah perasaan positif
(kegembiraan dan kebahagiaan), dan perasaan negatif (ketakutan, malu dan
tekanan). Kebangkitan perlu diawasi di kalangan atlet dan jurulatih kerana
kebangkitan perlu dipastikan sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi
mengelakkan kejatuhan mutu dan kualiti persembahan. Selain itu, atlet juga perlu
tahu teknik-teknik sebenar bagaimana untuk mengawal kebangkitan kerana apabila
atlet mula merasai kebangkitan dalam persembahan, ianya tidak selalu berakhir
dengan kejayaan.

Terdapat beberapa teori yang boleh menjelaskan hubung kait antara kebimbangan
dan kebangkitan dengan persembahan dalam sukan seperti Teori Multidimensi
Stres-Persembahan, Teori Desakan Hull (1943), Inverted-U Hypothesis, Teori
Catstrophe, dan Teori Reversal.
- See more at: http://www.zairedin.com/2011/12/kebimbangan-dan-kebangkitan-dalam-
sukan.html#sthash.w0EHmM7Q.dpuf

Você também pode gostar