Você está na página 1de 13

DAFTAR KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN ............................................................................................................ 2

2.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 3

3.0 ANALISIS AMALAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI SUNGAI LALANG BARU,


SEMENYIH, SELANGOR ..................................................................................................... 5

3.1 ASPEK AKHLAK ........................................................................................................ 5

3.2 ASPEK AKIDAH ......................................................................................................... 6

3.3 ASPEK IBADAH ......................................................................................................... 8

6.0 RUJUKAN .................................................................................................................... 11

7.0 LAMPIRAN ................................................................................................................... 12

1
1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabil’alamin, pertama sekali dan selama-lamanya saya merafakkan


sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat juga saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Sesungguhnya, tanpa izin dari-Nya saya tidak mampu untuk melaksanakan
tugasan ini dengan hanya berbekalkan kudrat sebagai seorang hamba yang lemah.

Di kesempatan ini juga, saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Nor
Ildahayati binti Ilias, Pensyarah Kursus Pendidikan Islam, atas kesudian beliau yang sedia
memberi tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat dan lelah demi membantu saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan
yang banyak membantu saya dalam merungkai setiap isu yang perlu diketengahkan dalam
tugasan ini serta memberi dorongan dan semangat untuk untuk saya terus berusaha
menyiapkan tugasan yang kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya memberikan pemudah cara untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Mereka juga sedaya mampu menyediakan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang membina sehingga saya mampu untuk merealisasikan kerja kursus ini
dengan sempurna.

Akhir kata, ucapan terima kasih saya tujukan buat semua individu yang terlibat sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung semasa proses menyiapkan tugasan kerja
kursus ini.

2
2.0 PENGENALAN

Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan
masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik.
Merekalah yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, orang asli dapat didefinisikan sebagai penduduk asal
sesebuah negeri. Akta Orang Asli 134, 1954 menyatakan bahawa Orang Asli ialah mana-
mana orang yang bapanya ialah daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut
cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan termasuklah seorang
keturunan melalui lelaki orang itu. Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil
sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai
Orang Asli lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya juga mengikut cara hidup Orang
Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.
Anak daripada mana-mana penyatuan seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki
daripada satu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan
lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan masih lagi menjadi ahli
daripada suatu masyarakat Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli sering dilabel sebagai sebuah masyarakat yang tidak
bertamadun dan kuno serta sering ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya
mereka mempunyai tamadun yang tersendiri dan hebat. Didalam masyarakat orang asli tidak
berlakunya perbuatan jahat dan keji seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram,
khianat dan lain-lain lagi. Statistik di Malaysia menurut bancian JAKOA pada tahun 2010,
mendapati bahawa sebanyak 178,197 jumlah orang asli di seluruh Malaysia. Mereka
merupakan kumpulan minority yang hanya 0.7 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.
Orang Asli terdiri daripada tiga kelompok besar iaitu Melayu Proto, Negrito, dan Senoi. Setiap
kelompok dipecahkan kepada enam suku kecil yang berjumlah 18 suku kaum. Mana-mana
Orang Asli yang tidak lagi beregang kepada kepercayaan Orang Asli kerana dia telah
memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut
cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi orang Asli
semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu (Akta Orang Asli 134,1954). Menurut
Abdul Ghafar (2016), sejumlah 30,000 daripada jumlah keseluruhan Orang Asli adalah muslim
dan beragama Islam. Persoalannya, sejauh manakah amalan amal Islami diamalkan oleh
mereka dalam kehidupan seharian. Justeru, satu kajian lapangan telah dijalankan di sebuah
perkampungan Orang Asli di Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor bertarikh pada 15 Mac
2019 untuk melihat sendiri berkaitan amalan amal Islami Orang Asli di situ.

3
Di negeri Selangor, terdapat tiga suku kaum masyarakat Orang Asli iaitu suku
Semai, Temuan dan Mah Meri. Bagi suku Mah Meri, mereka menetap di Pulau Carey,
Klang. Manakala bagi suku Temuan, mereka boleh didapati hampir di seluruh daerah
di Selangor. Kaum Temuan dan Mah Meri merupakan dua suku kaum yang utama di
Negeri Selangor, manakala bagi kaum Semai, mereka boleh didapati di Hulu
Selangor dan mereka merupakan kaum minoriti, di mana hanya terdapat dua
buah perkampungan sahaja. Dibawah ini merupakan taburan kependudukan
masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor (Laporan JAKOA Negeri Selangor & Wilayah
Persekutuan, 2014).

Jadual 1 Statistik Kependudukan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor


(Laporan
JAKOA Negeri Selangor,
2014)
Bil Bil Ketua Isi Bil Ahli Isi
Bil Daerah Bil Penduduk
Kampungg Rumah Rumah

1 Hulu Langat 9 614 1777 2391

2 Hulu Selangor 16 1047 3229 4276

3 Sepang 15 808 2453 3261

Kuala Langat dan


4 22 1637 4458 6095
Klang

Gombak dan
5 12 1035 2703 3738
Petaling

JUMLAH 74 5141 14,620 19,761

4
3.0 ANALISIS AMALAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI SUNGAI LALANG BARU,
SEMENYIH, SELANGOR

Lawatan saya bersama rakan-rakan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang


Baru, Semenyih, Selangor bertarikh pada 15 Mac 2019 adalah untuk melihat dan mendalami
berkaitan amalan amal Islami yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli yang beragama
Islam dari aspek akhlak, akidah dan ibadah di perkampungan tersebut. Kami dipecahkan
kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan proses temubual bersama Orang Asli di situ.
Saya bersama ahli kumpulan saya berkesempatan untuk mengunjungi rumah dan menemu
bual seorang muslim dalam kalangan Orang Asli yang mesra dikenal sebagai Lernard. Sedikit
latar belakang berkaitan Lernard adalah beliau merupakan seorang lelaki berusia dalam
lingkungan umur 27 tahun. Lernard memeluk Islam melalui hasil perkahwinannya dengan
Suraya seorang wanita beragama Islam pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan 3 orang
cahaya mata dua orang perempuan dan seorang lelaki.

3.1 ASPEK AKHLAK


Hasil daripada kajian lapangan yang dijalankan, saya mendapati bahawa akhlak yang
ditunjukkan oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di perkampungan ini
sebahagiannya mengalu-alukan dan meraikan kehadiran kami siswa guru sebagai tetamu
dengan baik. Mereka ringan mulut untuk menjawab salam daripada kami dan melontarkan
senyuman kepada kami seolah-olah kehadiran kami bukanlah sebagai orang asing terhadap
mereka. Namun, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang tidak mahu memberikan
kerjasama dan enggan di temu bual oleh pihak kami walaupun beragama Islam. Pada
pendapat saya, mungkin Orang Asli yang enggan ditemu bual ini mempunyai perasaan malu
kerana menurutnya, beliau sudah lama tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya
dan ada juga yang sudah tidak mengaku Islam walhal anaknya memeberitahu bahawa
ayahnya itu adalah seorang Islam.

ْ‫ف عَنْ َطا ِئفَةْ ِمنكُمْ نُ َعذِبْ َطا ِئفَةْ ِبأَنَّ ُهم‬ ُْ ‫َْل تَعتَذ ُِروا قَدْ َكفَرتُمْ بَع َْد ِإي َما ِنكُمْ ِإنْ نَع‬
َْ ‫كَانُوا ُمج ِر ِم‬
‫ين‬
Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami
memaafkan segolongan kamu, niscaya Kami akan mengazab golongan
disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (QS. At-
Taubah [9]: 66)

5
Seterusnya, masyarakat muslim Orang Asli dilihat sebahagiannya dilihat berusaha untuk
menutup aurat dengan sempurna. Sebagai contoh, terdapat sekumpulan siswa pelajar yang
berpeluang untuk menerumah seorang wanita tua beragama Islam dan semasa temu ramah
dijalankan wanita itu berusaha untuk menutup rambutnya dengan memakai tudung dengan
sempurna walaupun masih memakai baju berlengan pendek. Rata-rata mereka
menggunakan bahasa yang sopan semasa ditemu bual dan bercakap dengan orang lain
dengan membahasakan diri mereka sebagai “saya” dan menggelar kami dengan kata
panggilan “adik” dan senang untuk berkomunikasi dengan mereka yang terbuka untuk
memberikan kerjasama.

Jika dinilai aspek akhlak terhadap Lernard, individu yang ditembual oleh saya dan ahli
kumpulan sendiri, lelaki ini nyata mengamalkan akhlak sebagai seorang muslim dengan
sangat baik. Beliau menyambut kami dengan baik, senyum dan mesra. Beliau juga berusaha
menutup auratnya dengan sempurna walaupun memakai seluar pendek semasa di rumah
tetapi ia masih dapat menutup bahagian lututnya. Beliau juga menjaga batas dalam pergaulan
melalui usahanya untuk berkahwin awal pada usia muda 22 tahun sudah cukup untuk
menjelaskan betapa Bernard sebenarnya berusaha untuk menjaga batas dalam pergaulannya
antara lelaki dan perempuan. Namun, apa yang dikesali adalah apabila melihat kepada
keadaan rumahnya kerana kebersihan persekitaran rumah berada pada tahap memuaskan.
Islam amat menitikberatkan perihal kebersihan kerana

3.2 ASPEK AKIDAH


Sejumlah besar masyarakat Orang Asli di perkampungan ini masih mengamalkan
kepercayaan animisme dan menganut agama Kristian. Hanya segelintir sahaja daripada
mereka yang beragama Islam. Bagi yang mengamalkan animisme saya yakin dan percaya
mereka masih mengamalkan aktiviti pemujaan dan ritual nenek moyang yang sekian lama
diamalkan oleh mereka. Di sesebuah rumah, masih terdapat objek pemujaan yang diletakkan
di hadapan rumah mereka dan semasa mereka menjalankan aktiviti harian seperti menyapu
sampah dan menyidai pakaian di ampaian saya mendapati ada diantara mereka yang
memakai “takal” yang digunakan sebagai pelindung mengikut kepercayaan mereka.
Sesungguhnya mereka adalah dalam golongan yang masih tidak megetahui kerana firman
Allah dalam surah Al-Maidah ayat ke-3;

6
ِ ْ ‫ضيتُ لَ ُك ُم‬
‫اْل ْس ََل َم‬ ِ ‫ْاليَ ْو َم أ َ ْك َم ْلتُ لَ ُك ْم دِينَ ُك ْم َوأَتْ َم ْمتُ َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬
‫َّللا َغفُور َر ِحيم‬ َ َّ ‫ص ٍة َغي َْر ُمت َ َجانِفٍ ِ ِْلثْ ٍم ۙ فَإ ِ َّن‬
َ ‫ط َّر ِفي َم ْخ َم‬ ُ ‫ض‬ ْ ‫دِينًا ۚ فَ َم ِن ا‬
Maksudnya:
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.
Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Hasil tinjauan terhadap masyarakat muslim di kawasan tersebut, mereka


kebanyakkannya sudah meninggalkan amalan atau ritual nenek moyang mereka atau apa-
apa aktiviti pemujaan. Mereka juga sudah tidak mengetahui adat-adat orang asli yang
diamalkan oleh sebahagian animisme yang lain. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, kami
mendapati masyarakat Orang Asli ini sebenarnya masih cetek pengetahuannya tentang Islam
kerana mereka kurang memahami perkataan atau terma-terma tentang Islam sendiri
contohnya Qada’ dan Qadar, Kaabah, dan Malaikat. Apa yang mereka tahu tentang Islam
hanyalah apa itu solat dan puasa.

Menurut Lernard, beliau tahu sikit-sikit tentang Nabi Muhammad SAW tetapi tidak
tentang nabi dan rasul yang lain. Beliau juga tahu tentang adanya malaikat yang mencatat
dosa dan pahala apabila seseorang berbuat baik dan melakukan kejahatan tetapi tidak tahu
namanya dan berkaitan malaikat-malaikat yang lain baik dari segi nama mahupun tugasnya.
Bernard juga percaya pada hari akhirat yang akan tiba suatu hari nanti tetapi belaiu tidak tahu
tentang akan berlakunya kemunculan Dajjal dan Nabi Isa sebelum hari akhirat. Sehingga ke
hari ini, Lernard juga masih belum mampu untuk membayangkan bagaimana keadaan
Kaabah yang menjadi kiblatnya semasa menunaikan solat dan suasana di Tanah Suci Mekah.

7
3.3 ASPEK IBADAH
Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa masyarakat muslim di
Kampung Sungai Lalang Baru sebahagiannya menunaikan ibadah seperti solat di surau yang
berhampiran. Ada di antara mereka yang masih tidak yakin untuk menunaikan solat secara
bersendirian di rumah da nada di antara mereka yang meragukan berkaitan soal kebersihan
persekitaran di rumah mereka sendiri. Mana tidaknya, di sekitar kawasan rumah mereka
terdapat begitu banyak anjing berkeliaran yang dahulunya menjadi haiwan peliharaan
keluarga masyarakat Orang Asli. Apabila ditanya berkaitan keharaman haiwan seperti anjing
dan babi dalam Islam, mereka rata-rata enggan mengulas panjang berkaitannya. Di rumah
juga mereka tidak mempunyai kelengkapan yang cukup seperti sejadah, kain pelekat dan
sebagainya. Maka, surau menjadi pilihan rata-rata masyarakat Orang Asli di kampung ini
kerana di surau mereka lebih selesa dan yakin untuk beribadah kepada Allah.

Selain itu, masyarakat muslim Orang Asli juga sebahagiannya sudah mengetahui cara
berwudhuk dengan betul. Ada diantara mereka dapat mendemostrasikan cara mengambil
wudhuk mengikut urutan dengan betul. Namun, sebahagian daripada mereka yang ada
kalanya terlupa dan kurang pasti berkaitan urutan berwudhuk dengan betul. Di samping itu,
mereka juga sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh surau. Hal ini dapat
dilihat apabila mereka memberitahu bahawa banyak ceramah-ceramah yang diberikan oleh
ustaz di surau.

Di samping itu, masyarakat muslim di kawasan tersebut kurang pengetahuan tentang


berpuasa di bulan Ramadhan. Hal ini kerana segelintir daripada mereka mengakui bahawa
mereka jarang-jarang berpuasa pada bulan Ramadhan. Mereka juga kurang pengetahuan
tentang amalan-amalan yang diamalkan sepanjang bulan Ramadhan misalnya solat tarawih,
bersahur dan lain-lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka kurang tahu atau tidak
memahami rukun Islam yang menjelaskan tentang kefardhuan untuk berpuasa di bulan
Ramadhan.

Menurut Bernard, sejak memeluk Islam, beliau berusaha untuk menjaga solatnya
dengan baik. Apabila azan berkumandang di surau berhampiran, beliau akan surau untuk
menunaikan solat di sana. Namun apabila meyentuh bab puasa, beliau jujur menjawab
bahawa beliau hanya “kadang-kadang” berpuasa dan kebiasaannya beliau tidak berpuasa
pada bulan Ramadhan atas faktor keletihan kerja di hutan dan kampung. Kendatipun begitu,
beliau sentiasa ternanti-nanti ketibaan bulan Ramadhan ini kerana pihak surau selalu
mengadakan majlis berbuka puasa di surau. Beliau juga amat jarang membaca Al-Quran baik
di rumah mahupun di surau.

8
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan dengan menjalanakan kajian lapangan di


perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru, terdapat beberapa cadangan bagi
menambah baik amalan amal Islami dalam kalangan masyarakat Orang Asli muslim di
Malaysia antaranya ialah dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat
Orang Asli bagi membeli keperluan untuk menunaikan ibadah seperti telekung, sejadah, Al-
Quran dan lain-lain. Selain itu, sumbangan juga dapat diberikan bagi tujuan menaik taraf
rumah yang sudah usang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di rumah mereka. Hal
ini juga menunjukkan keprihatinan muslim yang lain dan mengesyorkan bahawa Islam amat
mementingkan kebersihan dalam beribadah.

Seterusnya, wakil-wakil yang arif dalam bidang agama perlulah dihantar dan
diletakkan di setiap kawasan perkampungan orang asli bagi mengajarkan dan menjalankan
aktiviti keagamaan secara percuma. Hal ini dapat memberi pendedahan dan menjadikan
masyarakat muslim Orang Asli tidak terabai untuk mencari ilmu sendiri. Wakil-wakil seperti
ustaz dan ustazah juga dapat memantau dan memperbaiki amalan mereka seperti solat dan
berpuasa. Ceramah juga dapat dilaksanakan setiap minggu bertujuan untuk saling ingat-
mengingati agar akidah Islam yang dipegang tidak terpesong daripada ajaran agama yang
sebenarnya.

Di samping itu, penempatan masyarakat muslim Orang Asli dapat dijadikan sebagai
satu kelompok agar tidak bercampur dengan penganut agama lain. Hal ini kerana, melalui
tinjauan yang dilakukan, terdapat anjing-anjing peliharaan daripada kejiranan yang berlainan
agama berkeliaran di kawasan tersebut mengakibatkan kebersihan di kawasan perumahan
diragui. Hal ini juga dapat menjejaskan perihal ibadah yang ingin dilaksanakan oleh penganut
agama Islam. Penempatan yang berkelompok juga dapat memberi faedah kepada
masyarakat muslim kerana mereka dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
keagamaan seperti solat berjemaah, iftar perdana dan lain-lain.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh
menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan
hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang
melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan
kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka
Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari,
No.2442, 6901, Muslim, No.2580)
9
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di perkampungan


Orang Asli di Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor masih kurang penghayatan berkaitan
Islam dan kurang mengamalkan amalan amal Islami dalam kehidupan seharian mereka. Hal
ini demikian kerana, mereka kurang pengetahuan tentang agama Islam itu sendiri. Usaha
untuk membantu masyarakat ini perlulah dilakukan secara jitu dan konsisten supaya
masyarakat ini terpandu arah dan tujuan hidup mereka ke jalan yang sebenar seperti mana
yang dianjurkan dalam Islam melalui pengabdian diri hanyalah kepada Allah. Jika perkara ini
dapat dilakukan melalui usaha sama oleh semua pihak, maka tidak mustahil lebih ramai
masyarakat Orang Asli yang akan tertarik untuk memeluk agama Islam dengan izin Allah
SWT. Firman Allah dalam surah AL-Qasas;

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah


petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi
Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang perturnNya): dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat
hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)

10
6.0 RUJUKAN

Hasan Mat Nor, 1998. Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Kertas
Kadangkala Bil. 8. JabatanAntropologi & Sosiologi. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).

Iskandar Carey, 1976. Orang Asli: The Aboriginal of Penisular Malaysia. First Edition. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015. Edisi Keempat, Cet. Keenam, Kuala Lumpur:
Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.

Laporan JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, 2014. Shah Alam: JAKOA Negeri
Selangor & Wilayah Persekutuan.

Siti Nor Awang dan Juli Edo, 2003. Isu Pembangunan dan Dampak Sosial di Kalangan
Masyarakat Orang Asli. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

11
7.0 LAMPIRAN

12
Gambar-gambar sekitar lawatan pelajar di perkampungan Orang Asli Sungai Lalang Baru,
Semenyih, Selangor

13

Você também pode gostar