Você está na página 1de 6

1.

0 Pengenalan
Islam sebagai agama yang syumul telah menetapkan panduan yang lengkap kepada
umatnya dalam kehidupan seharian. Baik dari segi ibadah, muamalat, kekeluargaan
mahupun aqidah, Al-Quran dan hadis merupakan dua sumber utama yang perlu
dijadikan panduan oleh umat Islam dalam melayari kehidupan mereka. Panduan dan
syariat yang ditetapkan oleh Islam adalah bertujuan dalam memastikan umat Islam
dapat hidup dalam keadaan harmoni dan hidup berlandaskan pegangan tauhid
terhadap Allah S.W.T.

Menurut Abdillah Mustari (2014), amalan poligami tidak hanya wujud pada zaman
Rasulullah S.A.W. Ianya sudah lama diamalkan dan turut diamalkan oleh agam-
agama lain. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara poligami yang
diamalkan sebelum kedatangan Islam dan juga oleh agama-agama lain. Dalam
memahami konsep dan hukum berpoligami, kita haruslah memahami dan
menghayati ayat-ayat yang telah diturunkan serta sunah yang telah disampaikan
agar maksud dan tujuan sebenar poligami dapat difahami dengan baik dan tidak
dibuat berdasarkan pemerhatian sahaja.

2.0 Definisi poligami menurut konsep perkahwinan dalam Islam.

Perkataan poligami berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘poly’ atau ‘polus’ yang
bermaksud banyak dan ‘gamos’ atau ‘gamain’ yang bermaksud kahwin atau
perkahwinan (Abdillah Mustari, 2014). Secara ringkasnya, poligami ini bermaksud
lelaki yang memiliki lebih daripada seorang isteri pada sesuatu masa. Menurut Basri
Ibrahim (2017) poligami dari sudut pandangan Islam bermaksud seseorang lelaki
yang memiliki lebih daripada seorang isteri pada sesuatu masa tetapi tidak melebihi
daripada empat orang isteri.

3.0 Konsep poligami berdasarkan perspektif perkahwinan dalam Islam

Dalam melayari perkahwinan secara berpoligami, terdapat beberapa konsep yang


perlu difahami dengan baik agar perkahwinan yang dibina mengikut syariat Islam
dan bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang dibina. Berikut merupakan antara
konsep poligami yang perlu diberikan perhatian berdasarkan ayat-ayat Al-Quran
serta hadis dan sirah-sirah terdahulu :
a) Bersikap adil

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah An- Nisa’ ayat 3 yang bermaksud :
“jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil maka (berkahwinlah) seorang sahaja
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.”

Ayat tersebut jelas memberikan gambaran bahawa jika seseorang lelaki hendak
berpoligami, dia hendaklah berlaku adil kepada isteri-isterinya. Adil dari sudut bahasa
bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Basri Ibrahim (2017), adil
dalam berpoligami bermaksud menyamaratakan pelaksanaan kewajipan kepada
para isteri. Justeru, seorang suami seharusnya melaksanakan tanggungjawab dalam
menyediakan nafkah baik daripada segi nafkah zahir mahupun batin secara adil.

Seorang suami yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara adil dalam


sebuah rumah tangga dianggap telah menganiayai isterinya. Sebagaimana hadis
yang diriwayatkan dalam Riwayat Ahmad bin Hanbal, Rasulullah S.A.W bersabda , “
Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang
diantara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan
pinggangnya miring hampir jatuh sebelah”. Hadis ini jelas menerangkan bahawa
seorang suami yang gagal untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya akan menerima
hukuman di akhirat kelak.

Walaupun begitu, persoalan kasih sayang dalam hati yang tidak mencetuskan
kezaliman kepada mana-mana isteri tidak termasuk dalam ertikata keadilan yang
dituntut dalam Islam (Basri Ibrahim,2017). Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’
ayat 29 menerangkan bahawa meskipun seorang suami itu berusaha sedaya upaya
dalam berlaku adil terhadap isteri-isterinya, namun begitu manusia tidak berkuasa
untuk mengawal aspek kasih sayang dan kecintaan dalam hati. Justeru, jika
seseorang suami itu terus berusaha untuk memperbaiki kelemahannya dan tidak
berlaku zalim kepada para isterinya, Allah akan menampunkan dirinya.

b) Tidak beristeri melebihi empat pada sesuatu masa.

Syariat Islam membolehkan poligami dengan membataskan sehingga empat orang


isteri pada satu-satu masa (Edi Darmawijaya,2015). Seperti yang disebutkan dalam
Surah An-Nisa ayat 3 , “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil pada perempuan-
perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah
dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain); dua,
tiga ataupun empat.”

Seseorang lelaki yang hendak berpoligami hendaklah memastikan bahawa dia tidak
memiliki lebih daripada empat orang isteri pada satu masa sejajar dengan perintah
Allah berdasarkan ayat yang telah dinyatakan di atas. Hikmah daripada perkara ini
adalah bagi memastikan suami dapat menjalankan tanggungjawab dengan
sempurna kepada isteri-isterinya dan tidak berkahwin atas dasar nafsu semata-mata.

c) Tidak boleh memadukan dua orang perempuan yang bersaudara.

Rasulullah S.A.W bersabda dalam riwayat Ibnu Hibban:


“ Bahawa jika kamu melakukan yang demikian (memadukan dua bersaudara atau
ibu saudara dengan anak saudara) kamu telah memutuskan tali kasih sayang
diantara kamu.”

Hadis yang dinyatakan diatas adalah bertepatan dengan ayat 23 dalam Surah An-
Nisa yang melarang seseorang lelaki menikahi perempuan-perempuan yang
mempunyai kaitan persaudaraan, kecuali jika salah seorangnya telah diceraikan atau
meninggal dunia. “Dan (diharamkan) mengumpulkan (dalam pernikahan)dua beradik
perempuan kecuali yang sudah terjadi pada masa lampau”. Hal ini boleh dilihat
apabila Khalifah Uthman bin Affan hanya menikahi Umi Kalthum selepas Ruqayyah
meninggal dunia.

4.0 Hukum berpoligami.

Basri Ibrahim (2008) di dalam bukunya ‘Hidup Bahagia dengan Poligami’


menjelaskan bahawa hukum asal bagi poligami adalah harus.Walaubagaimanapun,
hukum asalnya boleh berubah menjadi hukum lain mengikut situasi (Basri Ibrahim,
2017)

Menurut Marzuki (n.d) poligami menjadi makruh apabila ianya bukanlah satu
keperluan, tetapi bertujuan untuk menambahkan keseronokan semata-mata. Lelaki
tersebut turut meragui kemampuannya untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya. Jika
poligami ini diteruskan, ianya mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada
mana-mana pihak. Sabna Rasulullah S.A.W, “Tinggallah perkara yang meragukan
kepada kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu”. Situasi ini boleh dilihat
jika suami hendak berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu dan tidak
berfikir panjang tentang kemampuan dirinya untuk berlaku adil kepada para isteri dari
sudut zahir dan batin. Selain itu, jika suami tidak mempunyai sebab yang jelas dalam
berpoligami dan isterinya mampu memelihara dan memenuhi keinginannya,
hukumnya adalah makruh.

Menurut Kitab Fiqh Mazhab Syafie, poligami menjadi sunat apabila seseorang lelaki
memerlukan isteri yang lain. Ianya berlaku apabila seorang lelaki tersebut tidak
cukup dengan beristeri satu ataupun isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan
suaminya berkehendakkan anak. Selain itu, suami tersebut yakin dapat berlaku adil
kepada isteri-isterinya semasa berpoligami.

Hukum berpoligami menjadi haram apabila lelaki yang berkeinginan berpoligami itu
yakin tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya ; boleh disebabkan oleh
kekurangan dari sudut kewangan atau kerana kelemahannya sendiri. Seperti yang
disebutkan dalam Surah An-Nisa’ ayat ketiga, adalah memadai bagi seorang lelaki
untuk mempunyai seorang isteri jika dia tidak yakin dapat berlaku adil.

5.0 Kesan menghalang poligami terhadap individu dan masyarakat.


Berikut merupakan antara kesan menghalang poligami terhadap individu dan
masyarakat :

a) Berlaku penzinaan.
Agama Islam menutup segala peluang yang dapat menimbulkan umatnya
terjeremus kepada perbuatan-perbuatan terlarang dan menyesatkan. Dengan
demikian agama Islam membolehkan poligami agar dalam rumah tangga terjalin
hubungan yang harmonis serta terjaga dari perbuatan zina.(As-Sofyan,
2016).Halangan dalam berpoligami boleh menggalakkan penzinaan terjadi diantara
pasangan lelaki dan perempuan. Hal ini pada akhirnya akan menimbulkan masalah
yang lebih besar dan menjurus kepada dosa besar.

b) Perkahwinan di sempadan- perkahwinan tidak sah taraf.


Situasi yang sering berlaku apabila terdapat halangan dalam berpoligami adalah
perkahwinan di sempadan. Daripada segi hukum agama, pernikahan di luar negara
ini sah selagi ia memenuhi dan mematuhi semua hukum syarak.(Roos Niza Shariff,
2017). Walaubagaimanapun, perkahwinan ini memberikan impak dari sudut undang-
undang apabila ianya membabitkan kesahihan perkahwinan tersebut. Jika sijil
perkahwinan yang dikeluarkan adalah tidak sah dan tidak didaftarkan di Malaysia,
pasangan boleh dikenakan denda menurut hukuman dari pejabat agama Islam di
negeri mereka menetap. Namun begitu, hal ini akan menimbulkan maslah yang lebih
besar sekiranya pasangan yang tidak mendaftarkan perkahwinan ini mempunyai
anak ataupun berlaku kematian suami atau isteri. Hak mereka tidak akan dapat
dibela kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah.

c) Keretakan rumah tangga.


Selain itu, halangan dalam berpoligami akan menyebabkan keretakan dalam
rumah tangga. Terdapat kes-kes dimana isteri diabaikan oleh suami kerana tidak
memberi persetujuan untuk berpoligami. Selain itu, terdapat juga isteri dan anak-
anak yang didera secara mental dan fizikal oleh sebab hasrat suami untuk
berpoligami yang terhalang. Justeru, ianya akan menyebabkan keretakan dan
keruntuhan rumah tangga yang boleh memberikan kesan kepada individu dan
masyarakat.

6.0 Rumusan

Syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Dalam hal ini, poligami diharuskan dalam Islam bagi memelihara keturunan dan
mengelakkan berlakunya penzinaan serta bagi melindungi para wanita. Justeru itu,
konsep poligami harus dihayati bagi memastikan ianya bukanlah hanya untuk
memuaskan nafsu atau ego seorang manusia. Suami seharusnya adil dalam
melayani isteri-isterinya dan isteri seharusnya memahami keperluan dan
tanggungjawab suami dalam perkahwinan. Kesimpulannya, jika kehidupan ini
dilandaskan pada Al-Quran dan Sunnah, sudah pasti kebahagiaan dapat dicapai.
RUJUKAN

Abdillah Mustari.(2014). Poligami dalam reinterpretasi.


As-Sofyan. (2106).Analisis pemikiran musdah mulia terhadap keharaman polligami.
Jurnal hukum keluarga Islam.
Basri Ibrahim.(2008). Hidup bahagia dengan poligami. Selangor : PTS Publications
Sdn. Bhd.
Basri Ibrahim. (2017). Fiqh sunnah. Selangor :Karangkraf.
Edi Darmawijay. (2015). Poligami dalam hukum Islam dan hukum positif. Gender
equality : International journal of child and gender studies.
Marzuki. (n.d). Memahami ketentuan poligami dalam hukum Islam. Diakses dari
http://staffnew.uny.ac.id/upload/132001803/lainlain/Dr.+Marzuki,+M.Ag_.+Mema
hami+Ketentuan+Poligami+dalam+Hukum+Islam.pdf
Roos Niza Shariff.( 2017).Nikah sempadan dan implikasi undang-undang. Utusan
Malaysia. Diakses dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/nikah-
sempadan-dan-implikasi-undan g-undang-1.478931

Você também pode gostar