Você está na página 1de 2

PENILAIAN 1 : TABI’IN

Dalam video sekitar 10 minit menceritakan tentang seorang tabi’in yang bernama Abdullah
ditimpa satu musibah yang mana anaknya ditikam dan dibunuh oleh seseorang. Hal ini demikian,
telah disampaikan oleh seorang pemuda Abdullah berkali-kali kerana dia khawatir Abdullah tidak
mendengarnya. Hal ini kerana reaksi yang dipaparkan oleh Abdullah sangat tenang walaupun dia
disampakan berita yang mengejutkan dan berat untuk ditanggung. Kata Abdullah berkali-kali
kepada pemuda itu dengan ungkapan “Inalillah wa Inna ilaihi raji’un” yang bermaksud “dari Allah
kita datang dan kepadanya kita kembali”.

Penilian terhadap video tersebut adalah bagaimana sikap seseorang mukmin apabila
menghadapi musibah sama ada musibah itu besar aau kecil. Imam Ibnu Katsir berkata:
“maksudnya : seseorang yang ditimpa musibah dan dia meyakini bahawa musibah tersebut
merupakan ketentuan dan takdir Allah, kemudian dia bersabar dan mengharapkan (balasan pahala
dari Allah), diikuti (perasaan) tunduk berserah diri kepada ketentuan Allah tersebut, maka Allah
akan memberikan petunjuk ke (dalam) hatinya dan menggantikan musibah dunia yang
menimpanya dengan petunjuk dan keyakinan yang benar dalam hatinya, atau Allah akan
menggantikan apa yang hilang daripadanya dengan sesuatu yang lebih baik baginya.

PENILAIAN 2: MAZHAB

Dalam video ini menceritakan tentang satu persoalan yang telah ditujukan kepada mufti
Menk yang berkaitan dengan mazhab yang perlu diikut oleh seseorang yang baru memeluk Islam.
Berkaitan dengan soalan ini mufti menk telah menjwab dengan jelas menyatakan bahawa mazhab
yang perlu diikut adalah berdasarkan kesesuaian masyarakat disitu. Sebagai contohnya di negara-
negara Islam ada yang mengikut mazhab hanafi, maliki, hanbali dan syafie. Di Malaysia
masyarakat Islam mejoritinya mengikut mazhab syafie. Oleh itu sekiranya seseorang baru
memeluk agama Islam di Malaysia , dia mestilah mengikut mazhab Syafie sesuai dengan mazhab
yang diikuti masyarakat tersebut. Yang perlu ditekankan adalah bahawa tidak salah melakukan
ibadah berbeza mazhab. Hal ini kerana ia dipengaruhi oleh cara hidup masyarakat di tempat
mereka tinggal. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi pelaksanaan, akan tetapi keempat-
empat mazhab ini mempunyai satu pegangan dan kepercayaan yang sama.

Você também pode gostar