Você está na página 1de 21

MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM PEMBELAJARAN TILAWAH

AL-QURAN MELALUI AKTIVITI “WALK THRU”

HANAN NAZIHAH BINTI HASMI


PISMP Pendidikan Islam (Ambilan Jun 2015)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KENT TUARAN
SABAH
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini dirancang dan dijalankan berdasarkan kepada kurangnya minat murid dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran.
Oleh yang demikian, saya berusaha mencari jalan untuk menarik minat murid dalam PdPc
Tilawah Al-Quran dengan pelbagai cara yang sesuai supaya proses ini berjalan lancar dan
mengikut silibus yang ditetapkan.

1.1 Pengenalan
Al-Quran merupakan kalam Allah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad
SAW, untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Terkandung di dalamnya ajaran Islam yang
merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib seperti malaikat dan Hari
Pembalasan, asas perundangan, moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia, dan lain-lain lagi.
Menurut SulaimanNordin (1995), membacanya adalah suatu ibadah, menghafalnya adalah
idaman setiap Mukmin, perintah dan larangannya merupakan undang-undang, sistem nilainya
adalah mutlak, segala penyataannyan adalah benar, mengamalkan apa yang disarankannya
adalah bukti keimanan dan Islam wajib mempercayai semua ayat yang terdapat di dalamnya.

Walaupun kandungan Al-Quran menyentuh pelbagai topik, namun tiga topik terpenting
yang menjadi tema utama Al-Quran adalah tauhid (pengesaan Allah), pedoman hidup yang
dibawa oleh rasul-rasul dan pembalasan di alam akhirat. Ketiga-tiga perkara tersebut telah
dinyatakan dengan tegas di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran telah dintakan bahawa Tuhan
itu satu, manusia adalah seelok-elok ciptaan dan manusian mestilah menyembah Allah. Juga
dinyatakan di dalamnya bahawa keseluruhan manusia berasal daripada satu keturunan iaitu
keturunan Nabi Adam AS yang kemudiannya berpecah menjadi puak, bangsa dan
kepercayaan yang lain.

Kemudian Al-Quran menekankan bahawa tuhan mahu orang Islam memberi perhatian
tentang kepentingan pena dalam penyebaran ilmu. Ini dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Alaq
ayat 1-5 :

‫( ا ِۡق َر ۡا َو َرب َُّك‬2)‫سانَ ِم ۡن َعلَق‬ ِ ۡ َ‫( َخلَق‬1) َ‫ِى َخلَق‬


َ ‫اۡل ۡن‬ ۡ ِ‫ا ِۡق َر ۡا ب‬
ۡ ‫اس ِم َربِ َك الَّذ‬
(5)‫سانَ َما لَ ۡم َيعۡ َل ۡم‬ ِ ۡ ‫( َعلَّ َم‬4) ‫ِى َعلَّ َم ِب ۡالقَلَ ِم‬
َ ‫اۡل ۡن‬ ۡ ‫( الَّذ‬3)‫ۡاۡلَ ۡك َرم‬
Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku
darah beku, bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya.
(Surah Al-Alaq: 1-5)

Ayat ini ialah lima ayat Al-Quran pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Perkara pertama yang ditekankan dalam ayat ini bahawa Tuhan ialah pencipta dan yang lain
ialah makhluk. Oleh itu, Tuhan janganlah disamaka dengan makhluk dan sebarang makhluk
janganlah dijadikan Tuhan. Akhir sekali, segala ilmu datangnya daripada Allah. Manusia boleh
berusaha mendapatkan ilmu melalui penyelidikan, pemikiran dan sebagainya tetapi pada
hakikatnya ilmu yang sebenarnya datang daripada Allah.

Jelaslah, Islam ialah agama yang menekankan kepentingan ilmu. Di dalamnya juga
terdapat banyak ayat yang mengajak manusia mengkaji alam ini. Segala ilmu kalau dikaji
secara mendalam akan dapat membawa manusia mengakui keagungan Allah. Selain itu, di
dalam Al-Quran terdapat banyak fakta sains yang terbukti kesahihannya dan ayat-ayat tersebut
menjadi pencetus kepada para ilmuwan untuk terus berusaha mencari ilmu.

Kesimpulannya, Al-Quran akan terus membimbing manusia untuk mencapai


kesempurnaan dalam kehidupan. Al-Quranlah yang mencorakkan hidup orang Islam kerana
kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup dari segi keperibadian,
sistem sosial, keadilan, pengendalian ekonomi, kekeluargaan, kenegaraan dan lain-lain lagi.
Bagi orang Islam yang mempercayai Al-Quran dengan penuh keyakinan, akan mendapatinya
sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya.

Menurut Ahmad MohdSalleh (2011), Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian subjek
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran pada masa ini. Namun subjek ini tidak
menekankan pembelajaran sehingga khatam Al-Quran dan hanya hanya mengutamakan
kebolehan membaca sahaja. Kajian ini akan membincangkan tentang aktiviti “Walk Thru”
dalam bidang Tilawah Al-Quran Tahun Dua untuk pengajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah.
Objektif yang perlu dicapai dalam bidang Tilawah Al-Quran adalah membaca surah-
surah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, menghafal ayat-ayat lazim yang terpilih
untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian serta memahami maksud beberapa surah yang
dipelajari dengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah. Oleh itu, demi
mencapai objektif-objektif tersebut para pendidik perlulah mencari kaedah atau teknik yang
sesuai dan menarik.

1.2 Konteks
Pengkaji merupakan guru pelatih Pendidikan Islam yang telah berpraktikum fasa 1 di Sekolah
Kebangsaan TambalangTuaran Sabah. Semasa di sekolah ini, pengkaji telah dapat mengesan
beberapa masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
dalam bidang Tilawah Al-quran. Kajian ini membincangkan tentang aktiviti “Walk Thru” dalam
bidang Tilawah Al-Quran Tahun Dua bagi pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Pengkaji memilih untuk menarik minat murid dalam pembelajaran dan pemudacaraan (PdPc)
dalam bidang Tilawah Al-Quran sebagai fokus kajian. Kajian ini adalah berdasarkan
pemerhatian guru ke atas murid tahun dua SK Tambalang yang cepat merasa bosan semasa
PdPc Tilawah Al-Quran. Hal ini kerana kaedah dan teknik PdPc yang dijalankan terarah ke
kaedah dan teknik tradisional.

1.3 Refleksi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)


Kajian ini dilaksanakan berpandukan pengalaman yang telah dialami oleh saya sepanjang
tempoh praktikum yang lepas di Sekolah Kebangsaan TambalangTuaran Sabah. Sepanjang
menjalani pratikum fasa yang pertama di SK Tambalang, saya mendapati banyak karenah
(tingkah laku bermasalah) murid Tahun 2 yang perlu diuruskan setiap kali proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terutama dalam bidang Tilawah Al-Quran. Antara
perlakuan murid yang paling ketara adalah tidak mendengar arahan, bermain atau membuat
bising semasa proses PdPc dijalankan. Keadaan sebegini telah menyebabkan proses PdPc
tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Semasa proses PdPc di kelas tersebut, saya mengalami banyak kekangan untuk
menghabiskan setiap ayat Al-Quran yang dibaca. Hampir separuh daripada murid yang tidak
memberi tumpuan dan membuat bising kepada pengajaran. Ini menyebabkan saya perlu
menghentikan pengajaran seketika untuk mengawal keadaan. Keadaan seperti ini telah
menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan pengajaran dan saya membuat keputusan untuk
mengurangkan ayat Tilawah Al-Quran yang perlu diajari. Namun, ini bukan merupakan cara
penyelesaian yang sesuai kerana ia akan mengakibatkan saya tidak dapat menghabiskan
topik-topik pengajaran mengikut silibus yang telah ditetapkan.

Masalah tingkah laku murid adalah disebabkan penggunaan teknik pengajaran Tilawah
Al-Quran yang tradisional seperti Talaqqi Musyafahah,Tasmik, Tadarus dan Tikrar. Mereka
berasa bosan dan tidak berminat jika hanya mendengar dan mengulang bacaan guru. Murid-
murid seperti ini memerlukan teknik pengajaran yang banyak menggunakan pergerakan. Selain
itu, saya dapat mengesan terdapat sebahagian daripada murid-murid sayatidak berminat untuk
belajar, terutamanya mereka yang lemah.Faktor ini juga menyumbang ke arah tingkah laku
negatif mereka yang ditunjukkan di dalam kelas. Menurut Al-Knidi (dalam Rizal:2009)
kurangnya motivasi dan minat murid berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai
dan memahami sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya.

NurulAinul Fatimah (2015), menyatakan setiap guru Pendidikan Islam bertanggungjawab


menyampaikan isi pelajaran berpandukan kepada Dokumen Standard ini Disamping
memastikan setiap daripada objektif yang telah digariskan berjaya dicapai. Oleh itu, saya
mengambil beberapa inisiatif untuk membincangkan masalah tingkah laku bersama guru
pelatih yang lain dan guru pembimbing. Mereka menyarankan saya agar menjalankan aktiviti-
aktiviti yang banyak menggunakan pergerakan semasa pengajaran Tilawah Al-Quran. Ada juga
dalam kalangan guru yang mencadangkan agar saya slide power point yang berbentuk
interaktif. Saya amat menghargai kerjasama dan idea-idea yang telah disumbangkan. Justeru,
saya membuat keputusan untuk membuat penyelidikan tindakan tentang kaedah PdPc Tilawah
Al-Quran yang dapat meningkatkan minat murid melalui aktiviti “Walk Thru”.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pemilihan Fokus Kajian
Di dalam pemilihan fokus kajian, pengkaji lebih berminat untuk memfokuskan kepada satu
masalah sahaja iaitu masalah minat murid semasa PdPc Tilawah Al-Quran. Masalah ini dapat
dikesan semasa pengkaji menjalankan praktikum fasa 1 di SK Tambalang dan perlu mengajar
subjek major Pendidikan Islam Tahun Dua. Semasa proses PdPc berjalan, pengkaji dapat
memerhati sebahagian murid tahun dua tersebut hanya dapat menumpukan perhatian kepada
pembelajaran selama 15 minit awal sahaja. Setelah itu, ada di antara mereka yang mula
mengganggu kawan-kawan yang sedang fokus yang telah mengakibatkan objektif kurang
tercapai. Hal ini telah menyebabkan berlakunya masalah-masalah tingkah laku di dlam bilik
darjah.Walau bagaimanapun, murid-murid tersebut sebenarnya mempunyai potensi untuk
menjadi pelajar yang baik jika guru-guru dapat menarik minat murid menggunakan kaedah dan
teknik yang menarik.

Menurut Woody (1992) semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam
pelbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh
menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya
keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya
dengan orang lain (Ngu Mee Kok, 2012). Sehubungan dengan itu, perkara ini merupakan satu
masalah yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia akan mengganggu kelancaran
sesebuah PdPc. Hal ini kerana, masalah tingkah laku seperti ini akan menyebabkan murid
kurang memahami isi pelajaran serta akan timbul perasaan malas untuk menimba ilmu.
Kegagalan guru dalam menarik minat murid akan menjadikan prestasi murid semakin merosot
dan di sini dapat dilihat pentingnya kaedah dan teknik dalam sesebuah PdPc.

Maka, pengkaji memfokuskan kajian kepada aktiviti luar bilik darjah yang dapat menarik
minat murid untuk mempelajari Tilawah Al-Quran kerana pengkaji menyedari bahawa murid-
murid sepatutnya belajar dan mendapat ilmu semasa PdPc dijalankan. Jika dibiarkan murid-
murid dengan tingkah laku negatif, maka mereka tidak akan dapat belajar dan asyik
mengganggu murid-murid lain yang ingin belajar (Sakinah, 2014). Menurut Honey dan Mumford
(1992) dan Barron (2001), aktiviti luar bilik darjah yang terancang dengan sempurna dapat
memberikan pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan
konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, semangat bekerjasama dalam kumpulan,
disiplin keyakinan dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan
murid-murid. Oleh itu, dengan menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, murid-murid akan dapat
merasakan kelainan semasa proses PdPc Tilawah Al-Quran.

Selain itu, di dalam Islam juga menggalakkan umatnya untuk mengembara dan
meneroka untuk tujuan mempelajari dan memahami alam sekelilingnya. Perkara ini jelas dapat
dilihat dalam Al-Quran surah Al-Fatir ayat 44:

‫ْف َكانَ َعاقِ َبة الَّذِينَ ِم ْن قَ ْب ِل ِه ْم َو َكانوا‬


َ ‫ض فَيَ ْنظروا َكي‬ ِ ‫أ َ َولَ ْم يَسِيروا فِي ْاْل َ ْر‬
‫ت َو َۡل فِي‬ ِ ‫س َم َاوا‬ َّ ‫َيء فِي ال‬ ْ ‫َّللا ِلي ْع ِجزَ ه ِم ْن ش‬ َ َ‫أ‬
َّ َ‫شدَّ ِم ْنه ْم ق َّوة ً ۚ َو َما َكان‬
ِ ‫ْاْل َ ْر‬
ً ‫ض ۚ إِنَّه َكانَ َع ِلي ًما قَد‬
(44) ‫ِيرا‬

Maksudnya: Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat
bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-
orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun
yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(Surah Al-Fatir : 44)

Melalui ayat ini, dapat disimpulkan bahawa kaedah pengembaraan atau lawatan ada
ditunjukkan di dalam Al-Quran dan ia juga menjadi amalan Rasulullah dalam mendapatkan ilmu
pengetahuan serta pendidikan (Afiq, 2014). Kaedah ini juga telah pun diteladani oleh para
pendidik Islam kemudiannya. Menurut Afif Abdul Fattah (1993), mereka menganggap
mempelajari ilmu pengetahuan melalui kaedah tersebut adalah sangat berkesan terutama
dalam pembelajaran ilmu hadis, sejarah, bahasa, kesusasteraan dan akidah. Walau
bagaimanapun, kaedah lawatan atau pengembaraan ini bukan sahaja terarah ke dalam bidang-
bidang yang disebut sahaja. Kaedah ini boleh diubahsuai untuk digunakan dalam bidang
Tilawah Al-Quran menggunakan kreativiti dan inovasi seseorang guru itu sendiri.

Aktiviti “Walk Thru”merupakan satu aktiviti yang menggunakan kaedah pengembaraan


dan lawatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini minat murid terhadap PdPc
Tilawah Al-Quran akan dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, penyediaan aktiviti yang terancang
akan menjadikan pelajar untuk terlibat secara aktif dan dapat menggalakkan murid
bekerjasama, meditasi dan menjadi lebih kreatif. Selain itu, pelajar bebas untuk memilih mana-
mana institusi ilmuan dan bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka secara
berkesan. Mereka dapat bergaul dengan mesra dan berpeluang mendapatkan ilmu secara
lebih terperinci dan konkrit (Asyaibani, 1991).

Penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
salah satu daripada fokus dan matlamat dalam pengajaran guru (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan ini, murid akan menjadi lebih faham mengenai suatu tajuk
yang diajar kerana mereka merasai sendiri serta terlibat secara langsung dalam memperoleh
ilmu yang diajar. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara koperatif merupakan salah satu
daripada kaedah pembelajaran yang memberikan murid peluang untuk terlibat secara total
dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kaedah ini juga dapat membantu murid
untuk melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih naik dan berkesan.

Justeru itu, penggunaan kaedah koperatif dalam aktiviti “ Walk thru” dapat membantu
menarik minat murid dalam PdPc Tilawah Al-Quran. Hal ini kerana, jika masalah ini berterusan
berlaku ia akan mendatang masalah tingkah laku yang lebih membimbangkan. Kajian tindakan
yang dijalankan ini juga adalah amat relevan dalam memenuhi keperluan murid yang dikaji iaitu
meningkatkan minat murid dalam PdPc Tilawah Al-Quran bagi mengatasi masalah tingkah laku
dalam bilik darjah.

2.2 Pengumpulan Data Awal


Pemerhatian pengkaji ke atas penglibatan dan fokus murid tahun dua semasa sesi PdPc
Tilawah Al-Quran merupakan permulaan bagi kajian tindakan yang akan dihasilkan. Semasa
sesi PdPc tersebut, ada beberapa orang daripada murid kelas berkenaan telah mula hilang
fokus dan tidak berminat selepas 15 minit bermula. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
beberapa data awal melalui pemerhatian mengenai murid-murid tersebut. Pemerhatian atau
pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Oleh yang demikian, alat kajian pertama pengkaji adalah melalui permerhatian dalam
meninjau masalah yang telah dikenal pasti iaitu minat murid dalam sesi PdPc.

Melalui pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji mendapati sebahagian besar murid
cepat hilang fokus dan kurang minat untuk belajar. Hal ini disebabkan oleh kaedah pengajaran
guru lebih kepada kaedah tradisional di mana murid mendengar dan mengulang bacaan guru.
Fokus dan minat murid dapat dibuat perbandingan melalui pemerhatian bermula sehingga
berakhirnya sesi PdPc tersebut. Berikut adalah senarai semak data awal melalui pemerhatian
pengkaji semasa sesi PdPc berjalan.

Jadual 2.2 (1) : Senarai Semak Pemerhatian Minat Murid Semasa PdPc Tilawah Al-Quran

Jawapan
Bil Soalan
Ya Tidak
1 Murid mendengar dan mengikuti arahan guru
2 Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela (lelaki)
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela
3
(perempuan)
4 Murid bekerjasama dalam kumpulan
5 Murid memberi sumbangan idea
6 Murid menjawab soalan yang guru ajukan
7 Murid ada ajukan soalan kepada guru
8 Murid beri perhatian kepada guru
9 Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP

2.3 Tindakan
Kajian ini dilaksanakan berasaskan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan
Laidlaw (1992) yang melibatkan beberapa peringkat. Dalam melaksanakan kajian, model ini
mempunyai empat kitaran yang mewakili empat peringkat. Kesemua peringkat ini akan
dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Antara peringkat yang telah dirangkumkan dalam
model ini adalah refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan. Peringkat
yang seterusnya pula diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang perkara-perkara
yang perlu di buat dan kemudian melaksanakan tindakan iaitu membuat perancangan yang
komprehensif supaya tindakan bertepatan dengan masalah yang ingin diatasi. Peringkat yang
keempat pula adalah menilai daripada hasil pelaksanaan kajian sehingga masalah yang
dihadapi selesai. Rajah 2.3(1) di bawah berikut merupakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Rajah 2.3 (1) : Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

2.3.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan


Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan pemerhatian di dalam kelas semasa proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pemerhatian ini dilaksanakan untuk mengenal
pasti minat dan fokus murid dalam PdPc bidang Tilawah Al-Quran. Hasil daripada
pemerhatian pada PdPc tersebut, pengkaji mendapati bahawa 15 daripada 30 orang murid
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan kurang minat terhadap
PdPc tersebut. Antara masalah tingkah laku akibat daripada kurang minat itu, mereka mula
membuat bising dan mengganggu rakan sekelas yang. Ini telah mengakibatkan PdPc tidak
berjalan dengan lancar

2.3.2 Merancang
Untuk mengatasi masalah minat murid ini, saya perlu merancang dan menyediakan
bahan untuk membuat intervensi menggunakan aktiviti “Walk Thru”di dalam PdPc bidang
Tilawah Al-Quran. Dalam aktiviti ini murid-murid dapat meneroka sambil belajar di mana
murid akan di minta mencari bahan berkaitan tajuk pembelajaran dan berkongsi bahan-
bahan tersebut melalui stesen yang telah disediakan. Melalui aktiviti “Walk Thru”minat murid
dapat ditingkatkan kerana ia memerlukan penglibatan murid secara aktif. Selain itu, aktiviti
ini juga dapat menguatkan lagi ingatan murid-murid.

2.3.3 Tindakan Implementasi


Tindakan pertama pengkaji adalah meminta murid-murid mencari bahan-bahan berkaitan
tajuk pembelajaran yang akan diajar melalui pelbagai bentuk. Setelah itu, murid-murid akan
mengumpulkan bahan-bahan yang dicari dihadapan guru dan guru akan mengasingkan
bahan tersebut mengikut jenis seperti sumber internet, majalah, atau artikel. Kemudian,
bahan-bahan tersebut akan diletakkan di stesen-stesen yang telah disediakan oleh guru
mengikut jenis sumber bahan yang diperoleh. Murid kemudian akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan bergerak secara berkumpulan untuk melawat ke stesen-stesen
tersebut.

2.3.4 Melihat Kesan Tindakan


Setelah kajian ini dijalankan, saya akan menemu bual beberapa orang murid dan
menganalisis hasil dapatan yang diperoleh melalui aktiviti “Walk Thru”ini. Ini adalah
bertujuan membantu pengkaji membuat penambahbaikan dalam perlasanaan aktiviti “Walk
Thru” dalam bidang Tilawah Al-Quran yang dapat meningkatkan minat murid dalam PdPc
berkenaan.

2.3.5 Refleksi
Pengkaji akan membuat refleksi berkaitan hasil yang telah diperolehi melalui
perlaksanaan aktiviti “Walk Thru” dalam bidang Tilawah Al-Quran. Refleksi ini adalah untuk
membantu pengkaji membuat penambahbaikan dalam intervensi yang dijalankan.
Sekiranya kajian ini tidak berhasil, kitaran kedua akan dilaksanakan sehinggalah kesemua
murid berjaya meminati PdPc bidang Tilawah Al-Quran.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Pengkaji telah menyatakan tiga objektif dan tiga persoalan kajian yang menjadi panduan dalam
melaksanakan kajian ini. Objektif adalah untuk menentukan samada sesebuah kajian itu
berjaya atau tidak, dimana setiap kajian perlulah mempunyai objektif kajian.

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid semasa pembelajaran dan pemudacaraan
(PdPc) dalam bidang Tilawah Al-Quran.

3.2 Objektif Khusus


Terdapat tiga objektif kajian yang ingin dicapai:
i. Meningkatkan minat murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran melalui aktiviti “Walk Thru”.
ii. Meningkatkan amalan pengajaran guru melalui aktiviti “Walk Thru” dalam bidang
Tilawah Al-Quran.
iii. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan semasa pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) melalui aktiviti “Walk Thru” dalam bidang Tilawah Al-
Quran

3.3 Soalan Kajian


Tiga soalan yang akan dijawab oleh pengkaji dalam kajian ini adalah:
i. Adakah minat murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah Al-Quran dapat ditingkatkan melalui
aktiviti “Walk Thru”?
ii. Adakah amalan pengajaran gurudalam bidang Tilawah Al-Quran dapat
ditingkatkan melalui aktiviti “Walk Thru”?
iv. Adakah suasana yang menyeronokkandapat diwujudkansemasa pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc)melalui aktiviti “Walk Thru” dalam bidang Tilawah Al-
Quran ?
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini dijalankan keatas murid-murid kelas perdana di salah sebuah sekolah di daerah
Tuaran. Pengkaji merupakan guru pelatih yang berpraktikum fasa 1 selama tiga bulan di
Sekolah Kebangsaan Tambalang. Murid–murid ini adalah dari tahun dua yang beragama Islam
dan berumur 8 tahun. Subjek kajian ini adalah seramai 30 orang murid yang merangkumi 14
orang lelaki dan 16 orang perempuan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pemerhatian keatas
prestasi murid-murid terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa
menjalankan praktikum fasa 1.

Aktiviti ini amat sesuai dilaksanakan dan digabungjalinkan dalam proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) dan ia adalah faktor utama murid-murid ini dipilih sebagai subjek
kajian. Selain itu, pemilihan ini dibuat selepas mengambil kira analisis usia dan tahap
kecenderungan kecerdasan mereka yang lebih menjurus kepada fokus kajian. Subjek kajian ini
dipilih kerana mereka berada di dalam kelas yang sama tetapi memiliki tahap kebolehan yang
berbeza. Ada diantara mereka yang dapat fokus sepanjang proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) berjalan dan ada yang tidak sampai separuh masa sudah mula hilang
fokus. Kumpulan sasaran ini dapat dilihat secara ringkasnya dalam jadual 1.

Jadual 4.1 : Kumpulan Sasaran Mengikut Jantina

JANTINA BILANGAN
Lelaki 14 orang
Perempuan 16 orang
JUMLAH 30 orang
5.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Langkah-langkah Tindakan
Berikut merupakan langkah-langkah tindakan bagi aktiviti “Walk Thru” dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) bidang Tilawah Al-Quran. Langkah pertama adalah mengenal pasti
aspek amalan yang dihadapi iaitu minat murid terhadap PdPc bidang Tilawah Al-Quran. Dalam
langkah ini guru akan mengenal pasti masalah menggunkan kaedah pemerhatian.

Langkah kedua pula, guru akan mula merancang intervensi yang akan dijalankan keatas
murid-murid. Dalam langkah ini, guru akan menyediakan bahan yang sesuai dengan intevensi
yang akan dijalankan dan melihat kesan keatas minat murid dalam PdPc bidang Tilawah Al-
Quran. Setelah itu, guru akan memulakan tindakannya dengan meminta murid mencari bahan
berkaitan isi pembelajaran dan akan dikumpulkan oleh guru. Bahan-bahan tersebut akan
diasingkan mengikut jenis sumber seterusnya akan diletakkan dan ditayang di stesen-stesen
yang telah disediakan oleh guru. Kemudian, guru akan mula menganalisis kesan daripada
intervensi yang telah dijalankan. Hal ini bertujuan membuat penambahbaikan dalam tindakan
yang telah dilaksanakan. Sekiranya ia dapat jalankan sebaik mungkin, minat murid dalam PdPc
Tilawah Al-Quran dapat ditingkatkan.

Langkah yang seterusnya dalah refleksi. Di dalam refleksi guru dapat melihat apa yang
perlu ditambahbaik dalam intervensi yang dilakukan olehnya. Sekiranya kajian ini tidak
berhasil, kitaran kedua akan dilaksanakan sehingga kesemua murid dapat meminati PdPc
Tilawah Al-Quran.

5.2 Perancangan Kaedah Pengumpulan Data


5.2.1 Instrumen Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data.
Pemerhatian dijalankan bagi mengumpul maklumat keatas minat murid dalam PdPc
bidang Tilawah Al-Quran.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur


di mana senarai semak akan disediakan secra berstruktur. Pemerhatian secara
berstruktur ini dijalankan sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan.
Pemerhatian ini dilaksanakan sebanyak dua kali. Berikut merupakan senarai semak yang
telah dibina.
Jawapan
Bil Soalan
Ya Tidak
1 Murid mendengar dan mengikuti arahan guru
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela
2
(lelaki)
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela
3
(perempuan)
4 Murid bekerjasama dalam kumpulan
5 Murid memberi sumbangan idea
6 Murid menjawab soalan yang guru ajukan
7 Murid ada ajukan soalan kepada guru
8 Murid beri perhatian kepada guru
9 Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP
Jadual 5.2.1 (1) : Senarai Semak Pemerhatian Minat Murid Semasa PdPc Tilawah Al-Quran
5.2.2 Instrumen Temu Bual

5.2.3 Instrumen Analisis Dokumen


Analisis dokumen merupakan cara pengkaji mendapatkan data daripada hasil kerja
murid yang diperoleh sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Pengumpulan
data melalui analisis dokumen ini dapat member maklumat yang relevan kepada kajian
yang dijalankan.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


5.3.1 Analisis Data Pemerhatian

Jawapan
Bil Soalan
Ya Tidak
1 Murid mendengar dan mengikuti arahan guru /
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela /
2
(lelaki)
Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela /
3
(perempuan)
4 Murid bekerjasama dalam kumpulan /
5 Murid memberi sumbangan idea /
6 Murid menjawab soalan yang guru ajukan /
7 Murid ada ajukan soalan kepada guru /
8 Murid beri perhatian kepada guru /
9 Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PnP /
Jadual 5.2.1 (1) : Senarai Semak Pemerhatian Minat Murid Semasa PdPc Tilawah Al-Quran

5.3.2 Analisis Data Temu Bual


5.3.3 Analisis Data Dokumen
5.4 Persembahan Data Kajian
5.5 Jadual Perlaksanaan Kajian
5.5.1 Carta Gantt
Bil Aktiviti
BULAN JANUARI BULAN FEBRUARI BULAN MAC BULAN APRIL
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

Mengenal pasti
1. masalah dan
pengumpulan
data awal

Menulis
2. proposal kajian

Merancang
3. tindakan
Melaksanakan
4. tindakan

Membincangkan
5. masalah
Ujian untuk
6. mengesan
pencapaian
murid

Refleksi kajian
7.

Menulis laporan
8. kajian
Pembentangan
9. proposal kajian

5.6 Anggaran Perbelanjaan


6.0 RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Al-Hadis

Ab. Halim Tamuri&Khairul Azman Ajuhary (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Berteraskan Konsep Mu’allim.dalam Journal of Islamic and Arabic Education.

Abdul RaofDalip (1998). Pendidikan Islam : Falsafah pedagogi dan metodologi. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ahmad MohdSalleh (2008). Siri Pendidikan Guru : Pengajian Agama Islam j-Qaf. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
AkhtiarPardi dan ShamsinaShamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam
Penyelidikan Pendidikan.Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Chow Fook Meng&JaizahMahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Penerbitan MultimediaSdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Afiq Bin Johari (2014). Penggunaan Kaedah KAKI Dalam Memperkukuh Fakta
Bidang Sirah. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.

Você também pode gostar