Você está na página 1de 16
[Kes No. 5(22\/4-432/15} MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA. NO. KES : 5(22)/4-432/15 DIANTARA ABDUL RAHIM BIN MOHAMED DAN YAYASAN SELANGOR NO. AWARD :1143 TAHUN 2019 DI HADAPAN TEMPAT TARIKH RUJUKAN TARIKH SEBUTAN TARIKH BICARA. PERWAKILAN RUJUKAN : YADATIN KALMIZAH BINT! SALLEH - PENGERUS! : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur 14.05.2015 08.07.2015; 07.08.2015; 21.10.2015; 23.11.2015; 12.01.2016; 16.02.2016; 21.07.2016; 05.12.2016; 10.01.2017; 18.07.2018 27.09.2016; 09.05.2017; 28.09.2017; 29.01.2018; 02.04.2018; 10.04.2018; 21.05.2018 : Pihak Yang Menuntut mewakili diri sendiri Tetuan Rastam Singa & Co, Peguam mewakili pihak Responden Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja Abdul Rahim bin Mohamed (selepas i oleh Yayasan Selang ini dirujuk sebagai “pihak Yang Menuntut’) pada 31.05.2014 jor (selepas ini dirujuk sebagai “pihak Responden’). I]mukasurat Kes No, 5(22V/4-492/15) AWARD [1] Kes ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan menurut peruntukan Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ("APP") pada 14.05.2015 dan telah diterma oleh Mahkamah ini pada 02.06.2015, DOKUMEN-DOKUMEN [2] Dokumen-dokumen yang dirujuk semasa perbicaraan adalah seperti berikut: a) Penyata Tuntutan PYM bertarikh 23.10.2015; b) _Penyata Balasan pihak Responden bertarikh 26.01.2016; c) _ Rejoinder pihak Yang Menuntut bertarikh 21.07.2016; 4) Ikatan Dokumen pihak Responden - COB; ) __ Ikatan Dokumen Tambahan pihak Responden - COB1; f) _Ikatan Dokumen Tambahan (I!) pihak Responden - COB2; 9) Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor bertarikh 11.01.2012 - COB3; h) Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor (penuh) bertarikh 11.01.2012 - COB4; i) Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor bertarikh 18.01.2012 — COBS; i) Ikatan Dokumen pihak Yang Menuntut — CLB; k) _Ikatan Dokumen Tambahan pihak Yang Menuntut - CLB1; 1) Tawaran Pembaharuan Perkhidmatan Bertaraf Kontrak sebagai Pengurus di Kem Ampang Pecah — CLB2; m) __ Ikatan Dokumen Tambahan (II) pihak Yang Menuntut — CLB3; n) __ Penyata Saksi pihak Responden : Zahura binti Zakry - COWS1; ©) _ Penyata Saksi pihak Responden : Norazah binti Asari COWS2; p) _ Penyata Saksi pihak Yang Menuntut : Abdul Rahim bin Mohamed — CLWS1 & CLWS1A; @) _ Penyataan Saksi pihak Yang Menuntut : Ramii bin Ibrahim @ Mamat - CLWS2. 2|mukasurat Kes No, 5(22)/4-432/15} FAKTA KES [3] Pihak Yang Menuntut (“PYM”) mula bekerja dengan pihak Responden secara kontrak mulai Mei 2011 selama 2 tahun dan penyambungan kontrak bergantung kepada permohonan sebelum tamat kontrak dan Laporan Penilaian Prestasi Kerja serta keperluan perkhidmatan. Melalui surat bertarikh 30.04.2014 daripada pihak Responden kepada PYM memaklumkan bahawa permohonan penyambungan kontrak perkhidmatan PYM di Yayasan Selangor (“Yayasan”) hanya dilanjutkan untuk tempoh 1 bulan mulai 01.05.2014 dan tamat pada 30.05.2014. PYM menyatakan penamatan kerja beliau di Yayasan adalah tanpa alasan dan sebab yang adil. KES PIHAK RESPONDEN [4] Pihak Responden menghujahkan bahawa jawatan yang disandang oleh PYM sewaktu berkhidmat di dalam syarikat adalah jawatan kontrak menurut surat tawaran yang diserahkan kepada PYM. [5] Menurut pihak Responden, PYM telahpun menyempumakan ketiga-tiga tempoh kontrak sepertimana yang telah ditawarkan oleh pihak Responden (sila rujuk COB - Tab A, CLB2 (A) dan COB - TAB H). [6] _Jika dirujuk kepada ketiga-tiga dokumen tersebut jelas menunjukkan tempoh perkhidmatan kontrak PYM telahpun tamat. Pihak Responden tidak menamatkan perkhidmatan PYM. [7] Pihak Responden seterusnya menghujahkan bahawa pertukaran PYM sepanjang dalam tempoh kontrak pertama adalah tidak relevan. Dalam surat tawaran yang bertarikh 28.04.2011, PYM ditawarkan sebagai Pengurus Gred N48 bertaraf kontrak. Tempoh kontrak PYM adalah 2 tahun mulai 03.05.2011. Tempat bertugas adalah di Ibu Pejabat Yayasan atau mana-mana tempat yang diarahkan. 3|/mukasurat

Você também pode gostar